Rabu, 4 Januari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Keganasan polis di UPSI: 17 badan tidak teragak-agak lanjutkan isu ke antarabangsa

Posted: 04 Jan 2012 08:02 AM PST

(MerdekaReview)
PENDIRIAN


Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan keganasan semasa perhimpunan mahasiswa di UPSI. Kes tersebut menunjukkan sikap pegawai polis yang tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

GAMIS menuntut pembelaan terhadap keganasan yang dilakukan terhadap Muhammad Safwan bin Anang Tali, Timbalan Presiden Gamis khususnya dan umumnya kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam himpunan tersebut.

Kami juga memberi amaran keras kepada media arus perdana khususnya, agar tidak sesekali menyelewengkan maklumat sebenar insiden. Kami mengharapkan pihak media berlaku telus dalam menyampaikan berita dan informasi kepada rakyat. Kami secara tegas akan terus bersama-sama Gerakan Menuntut Kebebasan Berakademik (BEBAS) sehingga mencapai matlamat.

TINDAKAN

Kami akan menyerahkan laporan kepada SUHAKAM dan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan membawa tiga tuntutan:

1. Mendesak Najib Razak dan Hishammuddin Hussein dan Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.

2. Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

3. Mendesak agar Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis.

Kami tidak teragak-agak melanjutkan perkara ini ke peringkat antarabangsa sekiranya tiada sebarang tindakan yang segera yang diambil oleh pihak terbabit.

*Kenyataan media bersama oleh
1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
5. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
6. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
7. Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
8. Pro Mahasiswa Nasional
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
10. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
11. Ikatan Studi Islam Universiti kebangsaan Malaysia (ISIUKM)
12. Maaruf Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIA)
13. Al-Azhar Members KUIS (ALAM)
14. Badan Agama dan Dakwah Rohani UKMKL (BADAR)
15. Persatuan Pendidikan Islam UPSI (PPI-UPSI)
16. Rakan Penggerak Ad-Din UPSI
17. Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL

Skandal NFC Semakin Lelocon

Posted: 04 Jan 2012 04:16 AM PST

Sekarang semakin jelas kepada kita semua kenapa 'Datuk' di sebelah ini kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah.

Datuk ini ketawa dan suka kerana banyak sangat peristiwa lucu dan aneh berlaku berkaitan skandal NFC.

Beliau yang mempunyai 'bin' yang sama dengan Pengerusi NFC, tetapi Pengerusi NFC dan isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menafikan ada kaitan keluarga dengannya.

Mungkinkah penafian tersebut dibuat kerana 'Datuk' ini dituduh cuba merasuah pegawai polis ketika siasatan skandal NFC? Klik sini

Kedua, kerana kebodohan Pengerusi NFC, Mohamad Salleh Ismail, mengalahkan mana-mana lembu dalam dunia ini - meminta perkhidmatan rundingan dan nasihat dari seorang yang menjalankan perkhidmatan limosin hingga menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya dengan mudah.

Hari ini,Pengarah Strategi Keadilan Mohd Rafizi Ramli Mendesak SPRM Siasat Pengerusi Eksekutif NFC Atas Cubaan Rasuah

Ust Azizan Razak Kena Salak Anjing Gila

Posted: 04 Jan 2012 01:16 AM PST


Keputusan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan jualan minuman keras mulai Jun tahun ini mungkin satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah, kata ADUN Kulim, Lim Soo Nee di sini

Kemungkinan tersebut kini sudah menjadi kenyataan bila anjing gila MCA mula menyalak kuat di sini .

Begitulah drama Umno/BN untuk mewujudkan ikon pejuang jihad. Panglima Jihad ala Umno, Zulbabwe dan Ibrahim Katak tentu sudah siap dengan skrip masing-masing tunggu di belakang tabir ….

Hello, Badan Disiplin PAS .....

Posted: 03 Jan 2012 09:26 PM PST

Nordin Othman - Tahniah DAP...tak kira siapa...PR mesti telus..keyakinan rakyat terhadap PR mesti dibina jika mau ke putrajaya..yg penting siasat dahulu betul atau tidak...

Malaysiakini melaporkan - Pucuk pimpinan DAP telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu untuk menyiasat dakwaan salah guna kuasa oleh Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming ketika beliau memegang jawatan ahli exco kerjaan negeri semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur malam tadi, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Klik sini

Hello, Badan Disiplin Pas .... tak mampu ke nak contohi DAP dalam perkara macam ini? Bila nak panggil Hasan Ali?

Tiada ulasan: