DUNIACACAMARBA |
- Waspada dengan Panggilan daripada Nombor 03-22662222/03-22663444
- Zua XPDC Tarik Anak Muda Dekati PAS
- PKR: 'Dakwa Ketua NFC (Suami Sharizat) atas cubaan sogok polis, SPRM'
- Curi Seluar Dalam RM30, Kena Penjara Sebulan
- Jangan MENGGATAL dengan Isteri Orang!!!
- Lelaki Nepal di atas Katil Remaja 17 Tahun
- [PANAS] Isu Amalina Pakai Pakaian Seksi, Apa Komen Amalina? Apa Kata Ibunya?
Waspada dengan Panggilan daripada Nombor 03-22662222/03-22663444 Posted: 04 Jan 2012 02:10 AM PST Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya panggilan individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kebelakangan ini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. "Kebanyakan pemanggil memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil," katanya. Ramli menasihatkan orang ramai agar mendapatkan butiran pemanggil dan memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor tertera. "Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman," katanya. Ramli berkata, polis menerima laporan mengenai penipuan menggunakan nombor talian ini daripada orang ramai dan pihaknya akan menyiasat dengan segera. Beliau berkata, semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu. P/s: Anda juga harus berwaspada dengan taktik sesetengah pihak yang membuat tawaran polisi insuran yang murah melalui telefon. Modus operandinya bermula dengan membuat panggilan telefon, kemudian menawarkan polisi insuran sekitar RM50 ke bawah dan cara pembayarannya melalui kad kredit. Sudahlah syaratnya mudah, tanpa perlu mengisi borang, dan segala urusan melalui telefon. Yang membuatkan mangsa terjerat apabila mereka memberikan butiran kad kredit termasuklah pin keselamatan kononnya untuk urusan pemotongan yuran bulanan. Ringkasnya, berwaspadalah dengan segala urusan atau tawaran yang dilakukan melalui telefon. | ||||
Zua XPDC Tarik Anak Muda Dekati PAS Posted: 04 Jan 2012 01:00 AM PST Saya petik: [HD] KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu. Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama dalam program tersebut. Selain Zua, program tersebut turut menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri. Pengarah Program, Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu. "Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS. "Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima golongan seperti mereka, " jelasnya. JOM diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir Gebu, Penaga. Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat serta tomoi. Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua. | ||||
PKR: 'Dakwa Ketua NFC (Suami Sharizat) atas cubaan sogok polis, SPRM' Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST [MK] Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan. Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC. Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh. Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi "orang tengah". Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh. Menurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut. Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut. "Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut: "Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta. "Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini. Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak. Sebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya. "Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM," katanya. Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa "prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar". "Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya," katanya. Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah. P/s: TERBURAI lagi! | ||||
Curi Seluar Dalam RM30, Kena Penjara Sebulan Posted: 03 Jan 2012 11:08 PM PST Saya petik: [SH] KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu. Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu. Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini jam 2.47 petang, 1 Januari lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Dia juga dituduh kerana gagal menunjukkan kad pengenalan ketika diminta polis pada jam 3 petang di tempat dan tarikh sama. Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata, kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan. Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. P/s: Gaji RM2000, curi seluar dalam RM30....!!! | ||||
Jangan MENGGATAL dengan Isteri Orang!!! Posted: 03 Jan 2012 08:39 PM PST Saya petik: [HM] JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit. Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama. Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin. Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan. Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek tajam. "Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut. "Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar raya berkenaan," katanya. Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. | ||||
Lelaki Nepal di atas Katil Remaja 17 Tahun Posted: 03 Jan 2012 07:11 PM PST Saya petik: [HM] KLANG: "Memang selama ini naluri keibuan saya seperti ada sesuatu yang tak kena kepada anak gadis. Akhirnya saya bertindak menyiasat sendiri dan luluh hati apabila menangkap anak saya dengan lelaki Nepal di bilik tidur rumah kami," kata seorang ibu berusia 30-an. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pelabuhan Klang, di sini, wanita terbabit berpura-pura tidur untuk melihat pergerakan anak gadisnya berusia 17 tahun yang sebelum ini di adu jiran menjalinkan hubungan dengan warga asing. Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan. "Biasanya saya tidur di ruang tamu sebab lebih senang menjaga suami yang sakit. Namun, saya runsing memikirkan aduan mengenai anak saya oleh jiran-jiran. "Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena. "Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu," katanya. Dia dan suami menyerbu ke dalam bilik berkenaan sebelum memberkas warga Nepal berusia 20-an. Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya. Bagaimanapun, katanya, dalam kekecohan di rumahnya itu, lelaki Nepal terbabit menyusup keluar dan gagal dikesan. Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol. "Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas," katanya. | ||||
[PANAS] Isu Amalina Pakai Pakaian Seksi, Apa Komen Amalina? Apa Kata Ibunya? Posted: 03 Jan 2012 04:36 PM PST
Sejak beberapa hari ini, isu gambar Nur Amalina berpakaian seksi dan berpenampilan yang jauh berbeza berbanding dengan penampilannya sebelum terbang ke UK untuk melanjutkan pelajaran hangat diperkatakan di blog mahupun di laman sosial. DCM pun ada melahirkan rasa terkejut dengan perubahan tersebut. Seperti dijangka, ibu Amalina, Sabariah Hassan tampil memberikan respons terhadap kiriman blog dan dakwaan pihak-pihak tertentu terhadap anak gadisnya. Menurut Sabariah, Amalina cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh dan meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK). Malah Amalina turut didakwa sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. Amalina dikatakan sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini seperti yang dilaporkan di Berita Harian. Isu kiriman blog yang mendakwa Amalina gagal sudah terjawab walaupun banyak pihak akan terus mempersoalkannya. Misalnya, ada suara nakal yang mempersoal "kehebatan" Amalina menulis buku perubatan walaupun masih dalam pengajian. Dalam laporan yang sama, Sabariah juga ada menyentuh tentang isu penampilan, gaya berpakaian, dan cara hidup anaknya yang didakwa bebas dan liar. Menurut Sabariah, beliau kesal dengan laporan blog yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya yang berusia 23 tahun itu. Gambar-gambar itu, katanya, dipercayai "dicuri" dari laman sosial Facebook Nur Amalina. Penjelasan Sabariah ini telah menjawab dakwaan bahawa gambar-gambar itu adalah rekayasa Photoshop atau superimposed. Cuma agak kurang bijak jika Sabariah berkata gambar itu "dicuri" kerana foto-foto yang dimuatnaikkan ke laman sosial bebas ditatap dan dimuatturunkan oleh sesiapa yang mempunyai akses. Jika gambar itu berunsur peribadi, mengapa dimuatnaikkan ke laman sosial? Yang mungkin mengejutkan kita apabila Sabariah mendakwa "Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. "Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu," katanya. Apa komen Amalina?
Apabila ibu Amalina sendiri berkata demikian, saya tidak mahu komen apa-apa. Amalina sendiri melalui akaun FBnya juga sudah memberikan respons yang agak mengejutkan. Apa lagi yang mampu kita katakan selain mengharapkan pelajar cemerlang Malaysia ini berjaya menamatkan pengajiannya dan dalam masa yang sama dapat menjadi muslimah yang boleh dijadikan suri teladan. Kiriman sebelum ini di sini. P/s: Kebanyakan blog yang menyiarkan isu Amalina ini bukanlah mahu memfitnah atau mencaci, tetapi mahu melahirkan rasa terkejut dengan penampilan pelajar cemerlang itu. Rasa-rasanya, isu Sufiah Yusuf, gay Melayu, sudah cukup membimbangkan banyak pihak. Atas rasa bimbang dan prihatin, maka banyaklah pihak yang membangkitkan isu ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan