Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Lama Tak Tengok Awek nih ...?
- Woiiiit, siapa ada simpan Buku Panduan Seks ...?
- Prihal Profesor Pencen ...?
Posted: 31 Jan 2012 07:07 AM PST |
Woiiiit, siapa ada simpan Buku Panduan Seks ...? Posted: 31 Jan 2012 02:18 AM PST Buku panduan seks bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" telah diharamkan Kementerian Dalam Negeri pada November lalu. Pihak kementerian berkata sesiapa yang memiliki buku yang mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci itu boleh didenda sehingga RM5,000. Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. "Mereka (Kelab Taat Suami) masih menyimpan buku panduan seks itu, dan kita juga telah lihatnya sendiri dalam rakaman video dalam program anjuran mereka baru-baru ini." Sepenuhnya di sini ... |
Posted: 30 Jan 2012 10:35 PM PST "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya. "Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya. Dr Aziz hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA. Menjawab pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Aziz berkata, beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor. "Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya. Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu." Di sini ... Berkaitan ... |
You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan