Sabtu, 7 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Hishamuddin Rais Menghasut..

Posted: 06 Jan 2012 10:52 PM PST


Tadi aku terbaca dari sekurang-kurangnya dua Blog yang menyokong Pakatan Rakyat melaporkan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub dan beberapa orang lagi telah ditahan Polis.


Jadi aku minta pengesahan dari seorang sahabat.. katanya bukan Hishamuddin tapi Anak Saudara dia.. namanya Siddiqin Wartawan dari Suara Keadilan direman selama empat hari atas sebab Polis nak tahan dia.. he..he.. sebabnya akupun tak tahu lagi..

Di bawah ini ialah rakaman Video, Hishamuddin Rais sedang menghasut penduduk Lembah Pantai



Dan malam ini Hishamuddin Rais dijangka akan menghasut di Cherok Tok Kun (Kampung Anwar Ibrahim), Bukit Mertajam pula..

Malah bukan dia seorang tapi disertai juga oleh Chegu Bard dan A Samad Said, DS Wan Azizah mungkin tidak akan turut serta..


Datanglah beramai-ramai!!!!!!

Menteri Pengajian Tinggi akui kehebatan Anwar..

Posted: 06 Jan 2012 09:54 PM PST


Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh The Malay Mail, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengakui kehebatan dan serta daya penarik yang dimiliki oleh DS Anwar Ibrahim dalam menakluki hati para pelajar untuk menjadikan beliau seorang pemimpin yang dikagumi oleh para pelajar.


Dalam masa yang sama beliau juga turut menggesa agar Barisan Nasional mencari pemimpin yang boleh diketengahkan untuk menandingi Anwar Ibrahim dalam mendapatkan sokongan daripada golongan pelajar.

Wanted — 'Anwar' to take on Anwar

Barisan Nasional needs leaders who can engage varsity students

PETALING JAYA: BARISAN Nasional (BN) needs a stable of leaders who can engage college and university students much as Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim can rally youths to his cause.

Higher Education Deputy Minister Datuk Saifuddin Abdullah told The Malay Mail if BN lacked this pool of leaders, the political coalition had better nurture a few to match Anwar's fiery and magnetic personality.

"Students, universally and throughout history, are usually inclined to be antiestablishment.

"They are also attracted to idealistic and charismatic leaders not because they are immature and, hence, easily manipulated, but simply because idealistic and charismatic leaders normally address issues close to students' idealism and their lookout for icons that represent their idealism.

"BN should have their own brand of idealistic and charismatic leaders that are real and genuine, not makeup or cosmetic. These leaders must be open and easily accessible to students."

Saifuddin said these inspiring figures did not have to be radical or revolutionary, but a progressive personality and a leader who understands the basic wants and needs of the students, and able to speak the students' language as well as registering and championing their causes, was enough.

"BN leaders must understand the three basic things that the students want: they want their voices heard, they want their roles recognised, they want their issues addressed in ways that are student-oriented."

When asked if any current BN public figures or youth leaders fitted the bill, Saifuddin said there were "several" with a student following.

"Students are divided into two main categories: the politically active and the non-politically active. The politically active are a minority and perhaps half of them are attracted to people like Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"However, students' demo can happen any time, with or without Anwar. The question is, will it get support?

"But if we do things better and amend Section 15 of the Universities and University Colleges Act (UUCA) in a progressive and comprehensive way, we should be able to demotivate, if not totally stop, such demonstrations."

Saifuddin's response came in light of a recent rise of student demonstrations, both pro-government and pro-opposition, which had caused an uproar among the higher education community.

The Malay Mail

Dari Tan Sri Khalid kepada Najib..

Posted: 06 Jan 2012 09:10 PM PST


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.


"Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid.

Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri

"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.

"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.

Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya

Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.

"Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya.

Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.

TVS News

Ribuan juga mendengar amanat Anwar di Subang Jaya.. (Gambar)

Posted: 06 Jan 2012 05:25 PM PST


Dari apa yang dilaporkan oleh Tulang Besi @ Malaysia Waves, ceramah DSAI di Padang Bola 3K, Subang Jaya, SS13 hampir 10,000 Rakyat Subang Jaya telah hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Dalam ucapannya di Subang Jaya ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.

"Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya.

Anwar menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.

"Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.

"Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku.








Bagi aku jumlah tersebut adalah satu jumlah yang biasa dalam setiap ceramah yang DSAI merupakan pemidato utamanya.

Aku tertarik dengan ulasan sebuah Blog Pro UMNO yang dengki dengan jumlah kehadiran tersebut, dalam laporan oleh Pencacai UMNO itu beliau menulis ceramah Anwar telah gagal kerana menurutnya orang ramai telah diangkut dengan bas sekolah.

Dalam postingnya itu disertakan dua keping gambar, gambar pertama disiarnya sekeping gambar yang nampak seperti gambar pada awal ceramah diwaktu orang ramai masih belum memenuhi ruang padang.


Gambar kedua pula ialah gambar sebuah Bas Persiaran, yang ditulis sebagai gambar bas sekolah yang diletakkan jauh dari padang..



Tiada ulasan: