Sabtu, 7 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Ada Pihak Yang Akan Timbulkan Provokasi Bantah Kehadiran Anwar Ke Kuantan Petang Ini !

Posted: 06 Jan 2012 08:33 PM PST

KUANTAN, 7 Jan - Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) ke sini petang nanti dijangka penuh dengan kontroversi apabila dimaklumkan terdapat kumpulan tertentu yang akan membuat provokasi bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang itu. Difahamkan, Anwar dijangka tiba memalui Lapangan Terbang Sultan Hj.Ahmad Shah dekat sini jam 3.00 petang ini. Kehadirannya dijangka akan disambut oleh ribuan penyokong pembangkang yang akan membanjiri lokasi terbabit. Laporan berkenaan kekecohan sudah tersebar meluas menerusi SMS, yang menyebut kumpulan NGO dan parti politik yang membantah kehadiran Anwar dipercayai akan melakukan agenda tersebut. Orang ramai yang ingin menyambut Anwar digesa berhati-hati dan tidak menimbulkan huru-hara bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi. Difahamkan, PKR Pahang akan menganjurkan sambutan besar-besaran di lapangan terbang itu mulai jam 2.30 petang ini.


Video: Himpunan Bebas Anwar Dapat Kebenaran

Posted: 06 Jan 2012 07:19 PM PST

Usaha mengadakan Himpunan Aman dengan mobalisasi 100,000 rakyat untuk memberi sokongan berhubung keputusan pembicaraan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini mandapat kebenaran pihak polis. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata pihak polis beri kebenaran untuk orang ramai berkumpul di tapak letak kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta dari jam 7.00 pagi pada tarikh tersebut.


Tiada ulasan: