Ahad, 29 Januari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jangan biarkan AUKU jadi bahan kelakar Umno/BN

Posted: 29 Jan 2012 12:18 AM PST

Azizan, pemimpin kanan PAS , MB Kedah, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.

"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya, perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," katanya.

"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan."balas Aziz Bari pula.

Aziz turut mengkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.

Difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.

Demikian antara isi pertelingkahan antara Aziz dan Azizan. Pertelingkahan ini akan diheret ke mahkamah dan akan melibatkan dua loyar yang sama-sama dari Pakatan Rakyat.

Dua-dua loyar ini menentang AUKU.Tapi dalam proses mahkamah nanti, seorang akan membela AUKU, sementara yang lagi satu akan menentangnya.Maka gelaklah Umno/BN melihatkan Pakatan Rakyat bertelagah sesama sendiri. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Kenapa mereka ini tidak mahu cari jalan menyelesaikan pertelingkahan ini diluar mahkamah?

Penyelesaian diluar mahkamah tentunya tidak memerlukan kos yang tinggi. Azizan pun tidak perlu bersusah payah menggunakan dana kerajaan negeri. Apatah lagi budak-budak yang belum lagi mempunyai pekerjaan dan dari kalangan rakyat marhaen.

Mengapa sesama kita tidak boleh cari jalan penyelesaian yang win-win position. Janganlah jadikan isu AUKU ini jadi bahan kelakar Umno/BN untuk ketawakan PR.


Tiada ulasan: