Ahad, 29 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Di Belakang Tabir Live Streming Kuliah Ustaz Azhar Idrus Tadi

Posted: 29 Jan 2012 06:54 AM PST

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/428893_335908876442393_429747011_n.jpg

Terima kasih banyak di atas kerjasama sahabat semua sebab ramai yang dapat manfaat dari kerja-kerja ni.

Gambar Sekitar Kuliah Agama Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Shah Alam

Posted: 29 Jan 2012 06:29 AM PST

Live Kuliyah Magrib Perdana Ustaz Azhar Idrus 29hb Jan 2012

Posted: 29 Jan 2012 04:40 AM PST

Kalau video Live diatas tidak berfungsi, boleh cuba play video dibawah :-

Klik butang play untuk mulakan tontonan Live



Kuliyah Magrib Perdana Ustaz Azhar Idrus
Ahad 29hb Januari 2012
Masjid Negeri Shah Alam.

Cara YB PAS Dengan YB Umno Melawat Pesakit. Anda Nilaikan

Posted: 29 Jan 2012 03:55 AM PST

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/430584_295345003848345_100001185422604_773956_555604608_n.jpg

Yang tangan bersilang kat belakang tu bekas bakal MB Kelantan, Awe Adek muka tembok

Yang dalam gambar kecil tu, YB Pakatan semasa melawat rakyat dalam kesusahan

Anda nilaikan la perangai dan tabiat mana yang sesuai dengan YB



Anwar: Hadi aset penting buat Pakatan

Posted: 29 Jan 2012 02:56 AM PST

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang yang mana Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka mampu untuk memenangi.

Presiden PAS itu menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

"Saya harapkan Ustaz Hadi akan menarik balik keputusannya itu kerana khidmatnya amat diperlukan.

"Beliau penting buat PAS dan juga Pakatan Rakyat," jelas ketua pembangkang itu kepada The Malaysian Insider dalam khidmat mesej teks yang dihantar oleh setiausaha akhbarnya.

Pemimpin PKR itu turut menambah, beliau akan berjumpa Hadi "dalam masa terdekat" bagi memastikan Ahli Parlimen Marang itu "kekal mengetuai kepimpinan PR."

Abdul Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan PR beliau termasuk, Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, Anwar dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

Umno membuat penjelasan bahawa pengumuman Hadi itu menunjukkan terdapatnya krisis dalaman parti Islam tersebut.

"Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

"Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Hasan Ali," jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin memetik laporan Bernama Online.

Bekas exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyojong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyojong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas Ketua PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Abdul Hadi juga menyatakan sekiranya beliau tidak akan bertanding untuk mana-mana kerusi, beliau akan bergerak bebas ke seluruh negara untuk berkempen.

Anwar turut melakukan perkara yang sama dalam kempen ketika Pilihan Raya 2008, ekoran beliau tidak dibenarkan bertanding atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

Namun begitu, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu merupakan kunci utama pembangkang menewaskan penguasaan dua per tiga Barisan Nasional di Parlimen dan menguasai lima negeri.

PRU13: Nik Aziz tolak hasrat Hadi

Posted: 29 Jan 2012 01:57 AM PST

norhasram Mohamad

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13, yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

"Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.

Abdul Hadi mengetuai Pas sejak 2002 dan beliau mempertahankan jawatan presiden tanpa cabaran pada pemilihan Jun lalu.

Nik Sapeia bebas tuduhan cederakan Mahathir

Posted: 29 Jan 2012 01:55 AM PST

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof daripada pertuduhan menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati majistret yang mendengar kes itu telah terkhilaf daripada segi fakta dan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Nik Sapeia pada 14 Januari 2010. - Bernama

Video Sekitar Solat Jumaat DS Anwar Di Masjid Subang

Posted: 28 Jan 2012 06:40 PM PST


PRU13: Anwar harap Hadi batal hasrat

Posted: 28 Jan 2012 05:50 PM PST

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menarik balik hasrat beliau tidak mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat Pas dan Pakatan Rakyat (PR)," kata Anwar dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden Pas itu, yang berusia 65 tahun, kritikal buat pemuafakatan PR, yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi, yang mengumumkan pendirian mengejutkan itu kepada Sinar Harian dalam satu temu bual, kelmarin.

"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

"Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.

Abdul Hadi mengetuai Pas sejak 2002 dan beliau mempertahankan jawatan presiden tanpa cabaran pada pemilihan Jun lalu.

Surat Rasmi Pertubuhan Yahudi B’nai B’rith International Kepada DS Anwar

Posted: 28 Jan 2012 05:20 PM PST

May 25, 2010
The Honorable John F. Kerry, Chairman
The Honorable Richard G. Lugar, Ranking Member
Committee on Foreign Relations
United States Senate
Washington, D.C. 20510

Ke Hadapan Senator Kerry dan Senator Lugar:

Bagi pihak B'nai B'rith International yang memiliki 200,000 ahli dan penyokong, kami menulis untuk melahirkan keperihatinan kami mengenai pengunguman anti-Semitik yang melampau oleh ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Anwar, yang telah meluangkan beberapa tahun di Washington, D.C. menanamkan imej pro-Barat, telah bagaimana pun menggunakan kedudukannya di parlimen Malaysia sebagai ruang untuk menyebarkan propaganda anti-Semetik. Kritikannya yang terbaru terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah ditabur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel, seperti kata-kata pada April 30 bahawa pengintip Israeli sedang "terlibat secara langsung dalam urusan kerajaan." Dalam peristiwa lain, beliau mendakwa kewujudan "Kakitangan perisik Israel di dalam Unit IT Polis."

Anwar juga berkata di dalam parlimen, syarikat perhubungan awam yang "dikawal orang Yahudi" yang diupah oleh Perdana Menteri telah cuba untuk memperalatkan Malaysia supaya menyokong polisi-polisi AS. Ketika menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 pada 2008, beliau telah berkata pada temuramah dengan IslamOnline, "Saya ada bukti yang membuktikan kerajaan mendapatkan sokongan pelobi Yahudi dalam AS dan beberapa parti di dalam Israel."

Memandangkan Anwar telah berperanan dalam kebangkitan perbahasan mengenai anti-Semitik di dalam politik Malaysia, kami meminta kepada para pegawai AS memutuskan pertalian dengan Anwar Ibrahim. Seorang penyebar kebencian anti-Yahudi seperti Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menikmati hubungan positif yang dianugerahkan oleh Amerika Syarikat ke atasnya.

Terima Kasih atas perhatian dan kerjasama anda. Kami berharap agar dapat berhubung berterusan dengan anda berkenaan perkara ini pada masa-masa akan datang.

Dengan penuh hormat,

Dennis W. Glick
Daniel S. Mariaschin
President Executive Vice President - http://bnaibrith.org/letter52610.cfm

Tiada ulasan: