Jumaat, 27 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Al Kisah Dari Seorang Mantan Exco Agama Selangor

Posted: 27 Jan 2012 09:10 AM PST

Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam:

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000.

Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000.

Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka.

NFC: Tiada perlu suruhanjaya diraja, kata Muhyiddin

Posted: 27 Jan 2012 03:00 AM PST

PUTRAJAYA - Pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak diperlukan memandangkan langkah-langkah sedang diambil kerajaan melalui beberapa agensi penguatkuasaan sudah memadai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain penjelasan dan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung isu itu, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terperinci.

"Saya fikir langkah-langkah yang diambil juruadit negara ataupun Ketua Audit Negara dengan penjelasan itu memadai. Lagipun dalam peringkat yang sama beberapa agensi penguatkuasaan iaitu Polis Diraja Malaysia dan SPRM pun buat
siasatan mereka. Kita harap hasil siasatannya dapat disiapkan dengan segera, bagi kita mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Di samping itu, daripada segi kerajaan sendiri kita telah melantik syarikat perunding kewangan ini akan buat pemeriksaan teliti untuk melihat semua sekali status kewangan syarikat ini di mana perbelanjaan yang telah dibuat, pinjaman yang telah dibekalkan dan berapa banyak baki wang dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Umno Putrajaya di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mahukan rakyat mendesak kerajaan supaya membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu NFC yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

"Mungkin pihak pembangkang mahu melihat projek ini gagal, kalau gagal sahlah bahawa pandang mereka itu adalah betul. Tetapi sebagai sebuah projek yang didukung kerajaan yang dilaksanakan oleh swasta, kita mahu projek ini menjadi projek berdaya maju. Jadi langkah-langkah ini saya fikir memadai," katanya.

Timbalan Perdana Menteri akur beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan projek itu berjaya dan berdaya maju.

Muhyiddin berkata kerajaan hanya boleh menilai kedudukan sebenar NFC dan keberkesanan projek berkenaan selepas menerima laporan-laporan daripada agensi terbabit.

Dalam satu kenyatan Rabu lepas, Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, 'in a mess' ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan. - Bernama

PAS: ‘Lupakan Hasan Ali, fokus PRU-13’

Posted: 27 Jan 2012 02:45 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.

"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.

"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu.

Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu.

Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan.

"Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.

Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.

"Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya.

Aziz Bari: Saya terpaksa terjun dunia politik

Posted: 27 Jan 2012 02:39 AM PST

NURKHAIRINI JUMARI

SHAH ALAM – Setelah hampir sebulan meletakkan jawatan sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau terpaksa terjun ke dunia politik kerana tiada pilihan.

Menurutnya, penyertaannya dalam politik adalah "terpaksa" setelah menyedari haknya sebagai ahli akademik dinafikan, selain mendapat tekanan daripada pihak tertentu.

"Saya dilatih sebagai ahli akademik, bukan dipilih untuk jadi ahli politik dalam konteks sekarang ini. Saya bukan memilih bidang profesion berpolitik itu. Saya terpaksa, seolah- olah dicampak dalam dunia politik.

"Saya dipaksa dan terpaksa memilih jalan politik kerana tidak boleh berfungsi sebagai ahli akademik. Orang melihat saya dan tidak boleh menerima kita memberi pandangan berkaitan perkembangan semasa di mana semuanya dianggap politik.

"Oleh itu, apa pilihan yang saya ada?" katanya kepada Sinar Harian selepas Wacana Sinar Siri ke-10 anjuran Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Bagaimanapun, Aziz bersikap terbuka jika ditawarkan menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang."Spekulasi akan bertanding mana- mana kerusi akan ada kerana kini saya sudah tidak bekerja.

"Dalam hal ini saya terbuka dan sebagai rakyat Malaysia saya boleh buat apa yang difikirkan sesuai dan tidak melanggar undang-undang," katanya.

Beliau berkata, setakat ini sudah banyak parti politik yang menawarkannya bertanding atas tiket parti masing-masing.

"Saya sudah sebut banyak kali, Pas, DAP dan PKR banyak kali melamar saya menjadi calon pilihan raya. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Dewan pun belum bubar.

"Saya terpaksa sesuaikan juga kawasan mana yang nak bertanding, kerusi siapa dan adakah yang dibawa sesuai dengan apa yang saya pegang," katanya.

Katanya, beliau kini sedang meneliti parti mana yang sesuai dengan perjuangan yang hendak dibawa dalam politik.

"Kalau hendak terlibat dalam politik, saya pastikan idea saya diterima, kalau katakan tidak seratus peratus pun sebahagian besar yang kukuh dan boleh diterima.

"Pada saya bertanding dalam pilihan raya ini sebagai satu ruang perjuangan. Kalau soal nak cari makan, saya rasa tak perlu, saya sudah bersara awal," katanya.

Noh Omar Jaguh Terbaru Selamatkan Shahrizat!

Posted: 27 Jan 2012 12:38 AM PST

Tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar menjelaskan sebab musabab mengapa projek yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam rupanya semakin menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

Walaupun tidak menamakan syarikat mana yang dituduhnya gagal dari segi kerjasama strategik dengan NCF Corporation sebagai syarikat induk projek, ia tidak dapat menjawab persoalan bagaimana dana sebesar RM250 juta yang diberikan telah dengan niat disalahgunakan untuk tujuan bukan penternakan lembu.

Noh kini cuba menjadi jaguh mempertahankan tindakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang kini bercuti tiga minggu dari segi mengalihkan kesalahan yang telah dilakukan kepada menuduh pihak lain yang menjadi punca kegagalan projek yang diusahakan pada 2007.

Kununnya dengan penjelasan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang seolah-olah kes ini cuba dibersihkan namun Noh sebenarnya bertindak bodoh dengan membenarkan justifikasi perbelanjaan keluarga Shahrizat membeli kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur dan Orchard Scotts di Singapura sebagai langkah sementara menjana pendapatan sebelum projek tersebut disusun semula.

Hakikatnya, hampir kesemua wang RM250 juta tersebut sudah dibelanjakan yang mana Noh langsung tidak menjawab soalan wartawan yang meninta penjelasannya di Tanjung Karang, Selangor, semalam.

Tambah pelik, tindakannya menuduh peserta yang berpotensi menternak lembu di situ gagal melaksanakannya seolah-olah keluarga Shahrizat bersih suci murni dari dosa pembelian kondo, tanah di Putrajaya, dan sebuah kereta mewah Mercedes Benz, seperti yang dibongkar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin setelah Ambrin mendedahkannya dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Persoalannya kini, bagaimanakah Noh boleh mengatakan Pusat Feedlot Nasional (NFC) satu kegagalan yang bukan berpunca daripada keluarga Shahrizat sendiri padahal kesemua bukti dan fakta yang dikemukakan jelas terang dan nyata??

Sebenarnya, semua tindakan yang dilakukan Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali, Muhyiddin Yassin malah Noh sendiri membuktikan bahawa skandal NFC sudah menjadi buah mulut orang Melayu di serata negara termasuk tanah rancangan FELDA yang juga berdepan dengan masalahnya sendiri.

Tidak dapat dinafikan skandal ini sudah berjaya membuka mata orang Melayu di luar bandar yang selama ini tidak ambil pusing berkenaan isu nasional yang melibatkan maruah dan martabat orang Melayu hingga ada penganalisis politik meramalkan Umno-APCO semakin sukar mendapat undi golongan ini sekiranya pilihanraya umum berlaku dalam waktu terdekat.

Najib Altantuya jangan lagi cuba menjadi hakim menentukan mana yang benar dan mana yang salah kerana semua perkara ini tidak akan belaku sekiranya kerajaan mengamalkan dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang kini hilang bersama Mahathir ditelan rasuah dan penyelewengan yang tidak pernah berkesudahan!

JALAN PULANG

Gambar TG Haji Hadi Semasa Ditemuramah Wartawan Sinar Harian Sekejap Tadi

Posted: 26 Jan 2012 08:50 PM PST

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/417159_229495133802279_146911248727335_488975_325426266_n.jpg

Gambar Sekitar Ceramah Perdana Anwar Di Sabak Bernam. [Kawasan Umno]

Posted: 26 Jan 2012 04:14 PM PST

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/401131_10150508855691510_153563841509_9189037_258109871_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/419392_10150508820131510_153563841509_9188982_1257497688_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/428264_10150508805526510_153563841509_9188967_1110753514_n.jpg

Tiada ulasan: