Biaqpila |
- Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP
- Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap
- LEMBU TENGOK PUN TERBERAK
- LAWAK AHAD: I LOVE U
Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP Posted: 15 Jan 2012 02:00 PM PST Memandangkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan bahawa beliau kembali. Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata walaupun Shahrizat sepatutnya berbuat demikian secara sukarela memandangkan siasatan polis ke atas kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), beliau percaya bahawa beliau ditekan untuk berbuat demikian. "Tiada siapa yang percaya Shahrizat akan kembali ke kabinet atau Parlimen selepas tamat cuti tiga minggunya yang berakhir pada 3 Februari ini," katanya. Menurut Lim, ini disebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan bercuti Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah sesuatu yang tepat. "Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi," kata Najib dipetik berkata di akhbar-akhbar hari ini. Ini, kata Lim, bermakna bahawa Shahrizat berjaya menghalang siasatan dijalankan ke atas peranannya yang didakwa dalam skandal tersebut yang tercetus berikutan pendedahannnya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tahun lalu. Sementara itu, Lim juga menggesa kerajaan menubuhkan siasatan awam berhubung skandal NFC yang juga perlu merangkumi peranan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pertanian semasa kejadian itu dan Datuk Seri Noh Omar selaku menteri pertanian dan asas tani sekarang. Lim berkata bahawa pembekuan aset NFC sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah tidak mencukupi tanpa siasatan penuh dijalankan. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap Posted: 15 Jan 2012 04:51 AM PST Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.- Bernama Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Posted: 14 Jan 2012 11:00 PM PST GAMBAQ SUASANA RAPAT RAKYAT DI ALOQ STAQ MALAM TADI DEY MACHA!!! HANGPA RASA NAJIB KECUT TELOQ DAK? TENGOK GAMBAQ KAT ATAS TU KAH! KAH! KAH! SIA-SIA DIA BAGI RM100 DUIT SEKOLAH DIA PULAK YANG DISEKOLAHKAN BALIK GERENTI TIDOQ PUN TAK LENA DOK PIKIAQ BILA NAK BUAT PILIHANRAYA NAK BUBAR PARLIMEN PUN TAK SANGGUP LAGI I HELP U,U TAK HELP ME KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Jan 2012 05:00 PM PST boy : aku akan buat ko cakap " i love u". girl : tak mungkin ! boy : ok, kita tengok...cakap ' umno lembu '. girl : umno lembu ! boy : cakap 'khir toyo kena hukum penjara ciput je 12 bulan '. girl : khir toyo kena hukum penjara ciput je 12 bulan ! boy : berapa umur ko ?! girl : 21... boy : haa,kan aku dah berjaya buat ko bagitau umur ko.. :D girl : grrr!!...tadi ko cakap nak buat aku cakap " i love yOu "... huhh!! boy :Hah!! tu ko baru je ko cakap.. hahaha!!! girl : errrrkkk!! bencii!!!! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan