Isnin, 30 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Subsidi Gula: Lain yang dipersoalkan, lain pula yang Ismail Sabri jawab..

Posted: 30 Jan 2012 03:30 AM PST


Apa yang menjadi persoalan dalam isu subsidi gula ini ialah mengapa subsidi untuk gula perlu ditingkatkan sedangkan harga gula dipasaran dunia sedang mengalami penurunan?


Ini kerana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mendakwa kerajaan UMNO/BN telah meningkatkan kadar subsidi gula sebanyak 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga gula pada RM2.30 sekilogram ekoran "kenaikan kadar gula dunia.".


Selepas mengalami peningkatan pada nilai USD29.47 (RM89.66) setiap seratus paun pada Julai 2011, harga gula mengalami penurunan berterusan setiap bulan, dengan USD28.88 (RM87.87) pada Ogos, USD26.64 (RM81.05) pada September, USD26.30 (RM80.02) untuk Oktober, USD24.52 (RM74.60) pada November, dan USD23.42 (RM71.26) untuk Disember pada kadar seratus paun.

Laporan penuh sila baca di SINI dan juga di SINI

Itu adalah fakta.. cuba korang baca apa jawapan dari Ismail Sabri mengenai hal ini menurut apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO, dalam jawapannya ini beliau langsung tidak menyentuh tentang hal harga gula dunia yang didakwanya telah meningkat tapi hanya menyalahkan pihak Pakatan Rakyat..


Pembangkang dibidas isu subsidi gula


BERA 29 Jan. - Parti pembangkang dibidas kerana melemparkan tohmahan kononnya kerajaan menambah subsidi gula daripada 20 sen kepada 54 sen bagi tujuan memancing undi pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tohmahan pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana semua yang dilakukan kerajaan adalah semata-mata untuk mengurangkan beban rakyat.

"Mereka kata kita tambah subsidi gula daripada RM262.41 juta kepada RM567 juta pada tahun ini adalah untuk pilihan raya.

"Ini semua tidak betul. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kalau kita tidak tingkatkan subsidi bermakna harga gula akan naik. Kalau harga gula naik bermakna produk-produk sampingan yang lain juga akan turut meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Bera di sini, hari ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat menghadiri majlis tersebut dengan dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bersama lebih 3,000 penduduk sekitar daerah ini.

Ismail Sabri menegaskan, sekiranya subsidi gula tidak dinaikkan, harga bahan mentah itu akan meningkat di pasaran. Sekali gus, akan mengakibatkan harga produk-produk lain akan naik.

"Sekiranya ini berlaku, maka tidak ada gunanya kita berusaha mengurangkan beban rakyat tetapi harga barang meningkat dan ini akan menjejaskan usaha kita dalam membantu rakyat," katanya.

Dalam perkembangan yang sama Ismail Sabri berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlakunya kegiatan penyeludupan gula ke negara jiran akibat kenaikan produk itu di pasaran dunia.

Jelasnya, kerjasama erat kementeriannya dengan agensi penguatkuasaan seperti Unit Pencegahan Penyeludupan dan Polis Diraja Malaysia akan sentiasa dipertingkatkan bagi membendung kegiatan tersebut.

"Saya amat berharap setiap rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan cintakan negara dengan tidak melibatkan diri dengan kegiatan yang merugikan rakyat serta negara itu.

"Kesedaran ini perlu ada dalam diri, jangan hanya kerana sedikit keuntungan kita jual maruah negara," katanya.

Muhyiddin punca kemelut NFC?

Posted: 30 Jan 2012 02:19 AM PST


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menubuhkan suruhanjaya diraja tidak perlu bagi menyiasat penyelewengan projek Fidlot Nasional (NFC).


Katanya, penjelasan Jabatan Audit negara serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malysia (SPRM) memadai.

Selain itu katanya kerajaan juga turut melantik firma perunding perakaunan bagi menjalankan proses penilaian bagi melihat status kewangan syarikat yang mengurus projek tersebut.

Kenyataan Muhyiddin tersebut ekoran gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya dilantik suruhanjaya diraja bagi menyiasat NFC.

Isu NFC secara tersuratnya melibatkan dua faktor utama. Pertamanya sebagimana dipapar di dada media berhubung penyelewengan dan salah urus oleh NFC melibatkan pinjaman dari dana rakyat bernilai RM250 juta.

Keduanya, berhubung tender terhad yang membolehkan projek tersebut diberikan kepada suami seorang menteri. Manakala Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani ketika tender tersebut diberikan kepada suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul adalah Muhyiddin.

Dari sudut politiknya, isu penyelewengan dan salah urus oleh syarikat-syarikat yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno adalah perkara biasa berlaku.
Tetapi isunya adalah dana rakyat yang sebegitu besar diberikan kepada syarikat yang tidak ada pengalaman langsung dalam industri ternakan lembu.

Maka disinilah letaknya kesalahan Muhyiddin. Persoalannya mengapakah Muhyiddin sanggup memperjudikan RM250 juta wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai pengalaman.

Suapan politik

Begitu juga persoalannya mengapa Muhyiddin memberikan projek tersebut kepada suami Shahrizat sedangkan terdapat enam syarikat yang terlibat dalam permohonan untuk projek tersebut.

Dari sudut persepsinya menggambarkan tindakan Muhyiddin tersebut merupakan 'suapan' politik terhadap Shahrizat bagi mendapatkan sokongan wanita terhadap beliau menentang Najib.

Apatah lagi ketika era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin diletakkan sebagai 'check and ballence' untuk mengimbangi pengaruh Najib.

Shahrizat juga bersalah kerana sebagai seorang menteri yang hidup dalam gelombang politik tentunya menyedari risiko sekiranya orang ramai mengetahui projek tersebut diberikan kepada syarikat suami beliau.

Atau Shahrizat dijanjikan 'perlindungan' oleh Muhyiddin supaya rahsia projek tersebut tidak akan bocor kepengetahuan rakyat atau orang politik.

Ketika itu pula Muhyiddin adalah orang Abdullah. Maka jaminan perlindungan tersebut menjadikan Shahrizat mempunyai keyakinan bahawa 'rahsia' tersebut tidak akan bocor.

Bagi Muhyiddin pula, sokongan dari wanita Umno amat diperlukan setelah merasa selamat dan selesa dengan kedudukan Pemuda Umno yang diterajui menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin.

Kambing hitam

Paling lucu dan memualkan apabila entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba seorang ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail ditangkap dan dijadikan kambing hitam.

Beliau didakwa dengan dua pertuduhan menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat sebanyak RM1.755 juta.

Tidak sampai 45 minit didakwa di mahkamah Klang berhubung NFC Shamsubahrin juga didakwa atas pertuduhan menipu seorang majistret.

Demikianlah bagaimana 'licik' polis serta 'auta' pemimpin-pemimpin Umno-BN dalam menutup penyelewengan NFC.

Fakta asas untuk pelajar yang akan memasuki sekolah menengah pun tahu 'makhluk' pertama yang harus disiasat atau diadili adalah mereka yang bertanggungjawab mengurus tadbir NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat.

Bukan mencari kambing hitam sebagaimana kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dulu. Malah sehingga ke saat ini misteri pembunuhan tersebut tidak diketahui walaupun pembicaraan dijalankan bertahun-tahun.

Muhyiddin punca kemelut NFC

Muhyiddin juga tahu sekiranya siatan diraja dijalankan maka orang pertama yang akan disiasat adalah beliau selaku Menteri yang meluluskan pemberian projek kepada suami Shahrizat.

Fakta pertama yang akan dipersoalkan oleh jawatankuasa siasatan tersebut adalah bagaimana beliau memberikan projek RM250 juta tersebut kepada suami seorang menteri kabinet yang tidak berpengalaman.

Penjelasan Muhyiddin kepada jawatankuasa siasatan tersebut akan menyerlahkan lagi betapa amalan kronisme berleluasa berlaku dalam pentadbiran Umno-BN.

Namun lebih membimbangkan Muhyiddin adalah terbongkarnya agenda sulit beliau dan Shahrizat menumbangkan bosnya sekarang, Najib Razak.

Najib juga menyedari Muhyiddin bersama team beliau mengintai pelbagai sudut untuk menyingkirkan beliau. Namun kesahihan belum dapat dibuktikan. Lantaran itu Najib tidak mahu mengadakan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno selama tiga tahun berturut-turut.

Muhyiddin juga sedar, Najib juga telah berjaya menghidu kelibat beliau bersama teamnya.

Memang agak menghairankan mengapa selepas lebih tiga tahun projek Fidlot yang merupakan salah satu dari pelbagai projek lagi didedahkan oleh Ketua Audit negara. Sedangkan progres projek-projek yang diberkan kerajaan kepada 'kroni-kroni' lain tidak didedahkan.

Apakah pendedahan penyelewengan NFC mempunyai kaitan dengan arahan dari Najib untuk menyingkirkan Muhyiddin?.

Berdasarkan fakta asas, sesiapa sahaja termasuk orang-orang Umno akan melihat punca kepada masalah NFC bermula dari 'anugerah' projek oleh Muhyiddin kepada suami kepada Ketua Wanita Umno.

Pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan tersebut telah meletakkan Umno berada dalam keadaan paling tertekan. Sehingga Umno disamakan dengan lembu.

Saat menghadapi PRU13 turut meningkatkan darjah kemarahan ahli-ahli dan pemimpin Umno kepada Shahrizat dan Muhyiddin.

Lalu usaha menolak untuk diadakan siasatan diraja dilihat Muhyiddin sebagai jalan paling selamat untuk menutup agenda tersembunyi beliau.


TVS News

Scandal Fidlot : Shamsulbahrin diarah rasuah polis oleh NFC?

Posted: 30 Jan 2012 12:05 AM PST


Nampaknya Ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang hendak dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' dalam skandal NFC ini tidak rela dirinya dikorbankan.. oleh itu beliau mula mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku..


Dalam laporan polis yang dibuatnya beliau mendakwa telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.

Alangkah baiknya jika kedua-dua yang disabitkan kesalahan kerana tuduhan membunuh Altantuya juga menerangkan apakah motifnya Altantuya dibunuh oleh mereka kerana hingga ke hari ini kita masih tidak tahu pakah motifnya Altantuya dibunuh..


PKR dakwa NFC arah Shamsulbahrin rasuah polis

PETALING JAYA, 30 Jan — PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berikutan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mendakwa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.

Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pihaknya difahamkan bukti tersebut dikirim melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut kepada Shamsulbahrin.

"Shamsulbahrin telah membuat satu laporan polis bahawa terdapatnya arahan supaya merasuah pihak polis untuk menutup siasatan terhadap NFC.

Menurut Zuraida, berdasarkan laporan polis yang dibuat Shamsulbahrin pada 27 Januari lalu, ahli perniagaan tersebut mengakui telah menerima tekanan melalui telefon oleh pegawai NFC supaya merasuah pihak polis untuk menutup kes skandal NFC.

Selain itu, pelantikan tersebut jelas Shamsulbahrin bertujuan untuk menjadikannya "kambing hitam" isu skandal NFC.

"Antara perkara yang dipersetujui antara Shamsulbahrin dan (pegawai NFC) adalah memperkemaskan penyata akaun dan kewangan NFC, agar tidak berlaku syak semasa siasatan forensik perakaunan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pihak polis.

"Shamsulbahrin dibayar RM2.2 juta untuk tujuan itu dan direkodkan sebagai "bayaran kepada perunding dan penasihat media dan komunikasi korporat" dalam rekod akaun NFC.

Berdasarkan perjanjian tersebut jelas Zuraida, antara perkara yang dipersetujui dan diatur adalah pesanan 200 ekor lembu dara dari Afrika, Datuk Salleh dipertemukan dengan pegawai tertinggi Bukit Aman bagi memudahkan siasatan dan "menguruskan" pegawai polis dan SPRM.

"Apabila akaun dan aset NFC dibekukan, Salleh telah menuduh Shamsulbahrin cuba menipu dan kemudian memerangkapnya, disusuli satu siasatan dan pembekuan ke atas akaun syarikat dan isterinya," tambahnya.

"Shamsulbahrin juga menjelaskan, siasatan yang dijalankan ke atasnya berunsurkan politik yang mana, beliau merasakan dirinya telah dianiaya oleh pihak berkuasa bagi menutup skandal NFC," tambah Zuraida, dan menegaskan, walaupun maklumat tersebut sudah berada dalam tangan pihak berkuasa, namun, sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil.

Sehubungan itu, Zuraida menegaskan, SMS yang diterima Shamsulbahrin itu menjadi bukti kukuh terdapatnya cubaan merasuah pihak polis oleh Salleh bagi menutup siasatan terhadap NFC.


The Malaysian Insider

Subsidi Gula: Kerajaan UMNO/BN perbodohkan rakyat.

Posted: 29 Jan 2012 09:11 PM PST


Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?"


DAP tuntut KPDNKK perjelas isu subsidi gula

KUALA LUMPUR, 29 Jan - DAP mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyatakan keperluan kerajaan menaikkan kadar subsidi gula dan menjelaskan sama ada benar kerajaan membayar sehingga RM198 juta setahun kepada dua syarikat yang memonopoli perniagaan gula di Malaysia: Malayan Sugar Manufacturing Holdings (MSM Holdings) dan Tradewinds Corporation Bhd.

Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua meminta Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkara tersebut berikutan harga pasaran gula dunia secara keseluruhannya mengalami penurunan.

Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, berdasarkan laporan akhbar, kementerian berkenaan telah meningkatkan kadar subsidi gula sebanyak 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga gula pada RM2.30 sekilogram ekoran "kenaikan kadar gula dunia."

"Kerajaan perlu menjelaskan kenaikan kadar subsidi gula tersebut, berikutan kenaikan kadar subsidi sehingga 170 peratus setahun itu adalah tidak relevan berikutan harga pasaran gula dunia mengalami penurunan.

"Apa yang menjadi persoalannya, adakah harga pasaran gula dunia sejak enam bulan lepas terus meningkat sejak kali terakhir pada Mei 2011, sedangkan pasaran dunia menunjukkan penurunan.

"Malah, sejak meningkat pada nilai USD29.47 (RM89.66) seratus paun pada Julai 2011, harga gula mengalami penurunan berterusan setiap bulan, dengan USD28.88 (RM87.87) pada Ogos, USD26.64 (RM81.05) pada September, USD26.30 (RM80.02) untuk Oktober, USD24.52 (RM74.60) pada November, dan USD23.42 (RM71.26) untuk Disember pada kadar seratus paun," katanya.

Harga gula meningkat kali terakhir pada kadar 20 sen pada bulan Mei 2011 kepada RM2.30 sekilogram.

Namun begitu, kenaikan tersebut merupakan peningkatan daripada kadar RM1.45 sejak Januari 2010 dan apabila dinilaikan ia menjadikan peningkatan kepada 58.6 peratus kenaikan bagi tempoh hanya 18 bulan selepas tindakan kerajaan mengurangkan kadar subsidi.

Menurut beliau lagi, walaupun mengekalkan kadar harga gula pada RM2.30 sen sekilogram, kerajaan masih dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kadar subsidi, bukannya semakin menambah perbelanjaan terhadap subsidi, seperti dakwaan menteri berkenaan yang dilihat berbangga dengan tindakan tersebut.

"Apa yang lebih mengelirukan adalah, jumlah subsidi kerajaan telah meningkat kepada 170 peratus bagi disesuaikan dengan "peningkatan mendadak" kadar semasa gula yang tidak wujud," katanya lagi.

Akhbar The Star semalam melaporkan, Ismail Sabri berkata,"harga gula dunia meningkat, tetapi kami tidak akan menaikkan kadar harga ... Kami mencuba sedaya upaya kami untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat."

Tindakan itu menurut Tony seakan-akan menarik perhatian rakyat supaya melihat kebaikan kementerian berkenaan memberikan subsidi bagi mengekalkan harga barangan keperluan itu, sedangkan hakikatnya, pasaran gula dunia pula menunjukkan penurunan berterusan.

Kira-kira 99 peratus keperluan gula mentah Malaysia hari ini diimport, sedangkan pasaran gula di negara ini dimonopoli oleh dua syarikat gergasi, MSM Holdings dan Tradewind Corporation Bhd.

MSM Holding merupakan anak syarikat Felda dengan nilai pegangan saham sebanyak 71 peratus, dan Tradewind dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak 43 peratus dan 20 peratus oleh Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd.


The Malaysian Insider

Harga Gula Dunia Menurun Tapi Subsidi Gula Malaysia Meningkat?

Posted: 29 Jan 2012 07:41 PM PST


Jumaat lepas, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.


Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.


Betulkah harga gula didunia telah meningkat? Atau subsidi dipertingkat oleh kerajaan UMNO/BN untuk meningkatkan keuntungan kroni mereka?

Mengikut rekod setelah pengeluaran gula Malaysia dikuasai oleh kroni UMNO/BN harga gula di Malaysia telah meningkat sebanyak 4 kali ini sejak daripada tahun 2010 :

1- 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)

2- 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)

3- 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)

4- 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)

Peningkatan harga gula sejak daripada tahun 2010 adalah bersamaan dengan 58.6 peratus. Kalau dahulu, negara mengimport sehingga 99 peratus gula daripada luar, sekarang ini kerajaan terpaksa import gula telah meningkat sehingga 100 peratus yang sebahagian besarnya datang dari negara Brazil.

Tetapi yang peliknya apabila dirujuk harga gula dunia sebenarnya, ianya telah jatuh sejak 6 bulan lepas. Sepatutnya apabila melihat situasi sekarang ini, subsidi gula akan berkurangan berbanding kenyataan Ismail Sabri baru-baru ini :

Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat


Lihat graf harga gula dunia di bawah ini..



(Sumber : Indexmundi)



- Harga gula dunia naik, harga di Malaysia naik
- Harga gula dunia turun, harga di Malaysia masih lagi kekal sama
- Harga gula dunia menurun, subsidi kerajaan telah meningkat?

Hakikatnya, harga gula dunia telah mencecah kepada paras tertinggi AS$29.47 (RM89.66) setiap £100 pada bulan Julai 2011. Walaubagaimanapun selepas daripada itu, harga gula dunia telah mula menurun setiap bulan kepada paras AS$ 23.42 pada bulan Disember 2011 yang lalu di mana penurunannya telah mencecah sehingga 20.5%.

Nak kencing rakyat pun agak-agak la....

Pemimpin UMNO kena tahu.. bukannya semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan seperti pencacai UMNO..

Tak cukup dana untuk pilihanraya ke?

Dua syarikat kroni UMNO/BN yang memonopoli pengeluaran gula ialah MSM Holdings dan Tradewind Corporation Bhd.

MSM Holding merupakan anak syarikat Felda dengan nilai pegangan saham sebanyak 71 peratus, dan Tradewind dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak 43 peratus dan 20 peratus oleh Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd.


Info dari Berita Semasa

Tiada ulasan: