Ahad, 29 Januari 2012

Addin

Addin


Gempar!! Hassan Ali Ada Rahsia Salah Laku Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 29 Jan 2012 02:00 PM PST

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau. Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Beliau mempunyai masa 30 hari untuk membuat rayuan. ~sinarharian 


Sah.. Terbukti BR1M Senjata Politik Umno

Posted: 29 Jan 2012 07:46 AM PST

Menteri Umno cakap, BR1M bukan senjata politik Umno tetapi hari ini berlaku sebaliknya. Addin sendiri mengalaminya.. borang BR1M yang di isi dan di hantar ke LHDN pada Disember lepas. Akhirnya jawapan di terima hari ini, tetapi yang telefon Addin siang tadi adalah makcik Umno. Makcik Umno nih suruh Addin datang ke umahnya ambik baucer. Pelik jugak pada mulanya, kenapa makcik nih boleh tau Addin yang mohon BR1M sedangkan borang yang di hantar sendiri ke LHDN. 

Sesampai je kat umah makcik Umno nih, dia serahkan baucer yang tertera disampulnya tarikh 4/2/2012 majlis penyerahan wang akan di buat di sebuah dewan. Makcik Umno nih sempat jugak tanya Addin mengundi di mana, dan tak mau ke tukar tempat mengundi.

Addin jawab kat makcik Umno nih sekarang mengundi di Parlimen Pekan, Pahang dan tidak terlintas untuk tukar tempat mengundi. Sebelum Addin balik sempat jugak, dia offer untuk isi borang keahlian Umno... sambil lalu Addin cakap 'takper ler'...

Macam nih pun Umno masih menidak lagi, BR1M merupakan senjata politik Umno. Addin beranggapan makcik Umno nih, mybe Ketua Wanita Umno Cawangan ataupun seangkatan dengannya. Umno terus memperbodohkan rakyat.. mungkin pemberian wang seperti ini akan mencairkan hati rakyat pada tanggapan Umno. 

Walhal sebaliknya.. rakyat menyumpah seranah Umno hingga ke anak cucu kerana cuba memperbodohkan rakyat. Cara mudah ada tapi terus menerus menyusahkan rakyat untuk laba politik Umno. Mampus Umno!! Mampus Umno!!

Addin :

Bak kata Tuan Guru Nik Aziz.. "dio we kite pitih kito ambik..tapi undi..kito undi PAS!!"

Sumber :  Sah.. Terbukti BR1M Senjata Politik Umno (Pengalaman Addin)


"Tak Wajar SPRM Simpan Rekod Harta Menteri" - Menteri

Posted: 29 Jan 2012 05:52 AM PST

Kalau macam ni ler statement seorang timbalan menteri kabinet Najib, sampai bila-bila pun rasanya gejala rasuah terus berleluasa di Malaysia malah digalakkan demi mempertahankan kuasa puak-puak nih. Jika di Hong Kong, kesemua menteri dan timbalan menteri diwajibkan menyerahkan rekod harta kepada ICAC (Independent Comission Against Corruption) setiap tahun tanpa gagal.

Ianya bertujuan mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah hinggakan negara bekas tanah jajahan Britain itu kekal antara 10 negara paling bersih di dunia. Tetapi di Malaysia, menteri sarankan tindakan 10 tahun kebelakang. Boleh di ibaratkan macam ni ler.. jangan siasat menteri tapi siasat rakyat bawahan. 1Malaysia, Tranformasi Najib.. kah.. kah.. kah..

Tak wajar SPRM simpan rekod harta menteri/timbalan menteri

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata tidak wajar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyimpan rekod harta menteri dan timbalan menteri. Beliau berkata, peranan utama SPRM ialah menerima dan menyiasat aduan mengenai rasuah.

"Bukan bagi ketua SPRM menyimpan rekod menteri dan timbalan menteri. "Bagi saya kami telahpun diminta dari awal lagi (semasa dilantik menteri dan timbalan menteri) mengemukakan rekod aset kami (sebagaimana telah dilakukkan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Liew, yang juga presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), diminta mengulas kenyataan pengerusi panel penasihat SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh baru-baru ini bahawa "SPRM akan mendapatkan salinan perisytiharan harta menteri-menteri kabinet dan pasangan mereka serta anggota lain keluarga yang dikemukakan kepada Perdana Menteri".

"Kami mencadangkan supaya salinan perisytiharan harta semua anggota pentadbiran pusat diberikan kepada suruhanjaya," kata Zaitun. ~bernama

Adam Adli Bakal Tentang Najib Di Parlimen Pekan

Posted: 29 Jan 2012 02:31 AM PST

Tahun PRU 12 - 2008 di Parlimen Pekan, Najib ditentang oleh calon anak muda Keadilan bernama Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin atau mesra dengan panggilan Jonah ketika itu beliau adalah Naib Ketua AMK Pusat yang juga merupakan bekas pimpinan mahasiswa dan aktivis kesatuan sekerja.
 
Keputusan pada PRU 12 2008, Najib mendapat undi 36262 manakala Jonah memperolehi undi sebanyak 9798 tetapi jangan kita lupa Najib hampir tewas pada PRU 10 1999, ketika itu Najib menang hanya 241 undi kerana gelombang reformasi isu pemecatan Anwar Ibrahim.

Ketika itu majoriti undi kaum Cina masih dengan BN bukan seperti sekarang yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika pada PRU 10 sokongan kaum cina seperti sekarang, dah lama Najib terkubur di Pekan.

Jika diteliti rekod pencapaian Najib sebagai ahli politik secara individunya, beliau tidaklah mempunyai kekuatan sendiri malah tidak keterlaluan jika dikatakan nasib lebih banyak menyebelahinya.

Kelebihan beliau dalam mendaki hieraki politik negara lebih banyak bergantung kepada kedudukan beliau sebagai anak kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

PRU 13 kemungkinan besar akan berlaku pada 11 March 2012, tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda mahasiswa dengan peristiwa berdarah adalah sejarah penting yang kita tidak boleh lupakan begitu sahaja.

Mereka hanya menuntut janji Najib yang mahu hapuskan AUKU...tetapi tunggu punya tunggu dah jadi penunggu maka akhirnya anak muda mahasiswa beranikan diri menuntut janji manis Najib.

Mereka pergi ke Putrajaya dan menurunkan bendera gambar Najib. Maka gegak gempita hingga muncullah "Hang Ludah" pemuda Umporno Perkasam.

Anak muda Mahasiswa diugut dengan pelbagai ugutan dan halangan hingga digantung dari Universiti. Beliau adalah hero baru anak muda Mahasiwa bernama Adam Adli.

Keberaniannya terserlah menentang Najib... kecekalannya... ketabahannya tidak lagi boleh dipertikaikan maka sudah sampai masanya anak muda bernama Adam Adli diberi peluang sebagai calon untuk menentang Najib di Pekan pada PRU 13.

Biarlah tahun 2012 bukan sahaja tercatat sejarah peristiwa berdarah anak muda menyambut tahun baru tetapi tercipta satu lagi sejarah terbesar di Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia kecundang dan tersungkur di Pekan ditangan anak muda....lawan tetap lawan. ~sharpshooter

Addin :

Pada masa itu.. Addin bertugas di Pekan, sempat berkempen untuk Khairul Anuar

Sokong Israel.. Ini Penjelasan Anwar Ibrahim

Posted: 29 Jan 2012 12:22 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wawancara beliau oleh The Wall Street Journal bahawa beliau menyokong terhadap usaha melindungi keselamatan Israel telah diputarbelit oleh media/blogger Umno-Barisan Nasional. Saya diwawancara oleh The Wall Street Journal pada hari Khamis, 26 Januari lalu dan antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. "Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Anwar, beliau mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang beliau berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Keadilan Sejagat

"Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi," jelas Ketua Umum PKR itu yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata pandangannya adalah selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan

Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

"Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan Menteri Luar kita," katanya.

Ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York (General debate of the 66th session of the United Nations General Assembly), Menteri Luar menyebut:

"…Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Tegas Anwar, "ternyata dari kenyataan Menteri Luar, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," ujarnya.

Pendirian PKR katanya adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Semalam, sebuah akhbar arus perdana bahasa Malaysia melaporkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap usaha melindungi keselamatan Israel. ~freemalaysiatoday


Cina Tetap Bersama Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya

Posted: 28 Jan 2012 11:38 PM PST

Masyarakat Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak termakan dengan pujuk rayu dan 'kata-kata manis' pemimpin Umno yang cuba mengulangi peristiwa sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999. Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno mutakhir ini cuba mengambil hati kaum Cina yang sudah jemu dengan sikap berpura-pura Umno.

"Pemimpin Umno cuba mengulangi 'skrip' sebelum pilihanraya 1999, cakap Perdana Menteri ketika itu kononnya menghargai sumbangan kaum Cina dalam pembangunan Negara,

"Apabila orang Cina sokong MCA dan BN menang, pemimpin Umno kembali menuduh orang Cina dengan macam-macam fitnah,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, pada tahun 1999 orang-orang Melayu marah kepada Umno kerana kes pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi undi orang Cina yang menyokong MCA menyebabkan Umno kembali berkuasa dan bertindak lebih rasis, perkauman dan amalan rasuah meningkat.

Oleh itu beliau mengingatkan supaya masyarakat Cina harus sedar tentang perkara ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

"Masyarakat Cina mesti ingat, walaupun pelbagai program yang dibuat termasuk sambutan tahun baru secara besar-besaran dibuat, sebenarnya Umno cuba memancing undi untuk mengekalkan kuasanya,"jelasnya.

Menyentuh soal bantuan rakyat 1Malasia sebanyak RM500 yang digembar gemburkan oleh pemimpin Umno masakini, beliau mendakwa tidak ramai orang Cina yang membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Beliau bekata, majoriti orang Cina yang berniaga bimbang permohonan melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri itu akan dimanipulasi.

Namun begitu beliau berkata, tidak salah kepada orang yang benar-benar susah dan memerlukan untuk megambil bantuan tersebut kerana ia bukanlah wang MCA atau wang Umno.

Bahkan, katanya, rakyat berhak kerana wang tersebut adalah hasil kutipan cukai dari seluruh rakyat Malaysia.~buletinonline

Patutlah 60,000 Hadir Majlis Tahun Baru Cina Anjuran Najib.. 300 Biji Bas Beb!!

Posted: 28 Jan 2012 10:58 PM PST


60,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Sitiawan

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 bermula dengan suasana meriah dan muhibbah apabila Perdana Menteri mengunjungi keluarga Tan Sing Leng di Taman Sepakat, dekat Kampung Selamat, Sitiawan sebentar tadi. 

Kehadiran Najib dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan tetamu kenamaan lain disambut meriah dengan tarian singa dan hampir 20 ahli keluarga Sing Leng turut berkumpul untuk menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu.
 
"Saya sekeluarga begitu gembira dan teruja menerima kunjungan Perdana Menteri ke rumah saya sempena Tahun Baru Cina. "Ini merupakan kenangan paling manis dalam hidup saya keluarga kerana dapat berjumpa dengan Najib dalam suasana yang mesra dan muhibbah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.

Katanya, kunjungan itu juga membuktikan kerajaan pimpinan Najib serius untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Beliau katanya, pernah melihat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dari jauh tetapi beliau tidak langsung menduga akan bertemu dengan Najib yang kini merupakan Perdana Menteri keenam.
Anaknya, Tan Kee Siew, 40, pula berkata semua ahli keluarganya tidak mahu melepaskan peluang untuk bermesra dengan Perdana Menteri dan tetamu kenamaan lain.

Sambutan Tahun Cina tahun ini juga pastinya lebih bermakna bagi keluarga Ling Tai Yew, 52, dan Ngu Mee Ang, 49, apabila Perdana Menteri sudi meluangkan masa untuk menziarahi keluarga berkenaan.

Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu beberapa hari lalu dan langsung tidak menyangka pemimpin nombor satu negara dan tetamu kenamaan lain turun padang untuk berjumpa rakyat di Sitiawan.

"Hari ini saya sekeluarga cukup bertuah kerana dapat bertemu dan bermesra dengan Perdana Menteri dan meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama kami," tegasnya lagi.

Selain itu, peluang bertemu Perdana Menteri kata Ling, akan dimanfaatkan untuk menyuarakan hasratnya agar pihak kerajaan dapat membantu anak perempuannya yang menghidap sakit mental.

Selain keluarga Tan dan Ling, kemeriahan turut dirasai jiran mereka, M Muniandy, 37, yang tinggal di taman perumahan sama.

Katanya, sejak 10 tahun, masyarakat di situ hidup dengan aman kerana saling hormati-menghormati antara satu sama lain.

"Apabila tiba musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, saya akan berkunjung ke rumah jiran untuk sama-sama meraikannya dalam suasana harmoni.

"Amalan kunjungi-mengunjungi ini perlu diteruskan kerana dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa," kata pemandu lori itu lagi.

Dianggarkan 60,000 rakyat jelata memeriahkan majlis Tahun Baru Cina Malaysia 2012 yang berlangsung di Padang Lapangan Terbang Sitiawan bermula jam 8.45 malam ini.

Majlis itu diserikan dengan pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina termasuklah tarian singa membabitkan 250 kumpulan yang terbesar pernah diadakan setakat ini. ~peraktoday


Addin :

Patulah 60,000 yang hadir...300 biji bas beb!! Nantilah malulah Najib dan Zambry Kadir oii..

Panas!! Siapa MP BN Bakal Keluar Umno 31 Januari Ni?

Posted: 28 Jan 2012 08:36 PM PST

Memandangkan 27 Januari adalah tarikh Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, maka Lajim terpaksa menunda 'pengumuman rasminya' pada hari ini kepada 31 Januari 2012 kerana tidak sempat pulang pada malam semalam selepas 'bertikam lidah' dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman di mesyuarat berkenaan. Difahamkan, Lajim menafikan semua dakwaan yang disiarkan di Sabahkini.net dan Facebook, terutama yang dimulakan oleh Musli Oli bahawa beliau ada menghadiri dan berucap di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas anjuran Mantan Adun Kuala Penyu, Datuk John Ghani.

"Semua yang dilaporkan media adalah fitnah dan didalangi oleh tokoh tertentu untuk membunuh karier politik saya di dalam UMNO.

Saya menafikan sekeras-kerasnya saya ada hadir dan berucap di majlis berkenaan dan saya tetap setia kepada UMNO," kata Lajim di hadapan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.

Penafian Lajim berada di majlis Sambutan Krismas John Ghani yang turut dihadiri Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Nizar dan ramai pemimpin Pakatan Rakyat, sekaligus membuktikan bahawa Lajim sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada tindakan Majlis Tertinggi UMNO.

Mustahil tiada 'Special Branch' hadir di majlis tersebut atau sudah kena 'Cover-up' dan 'Kao-Tim' sehingga Majlis Tertinggi UMNO tidak mendapat gambaran yang sebenar apa yang Lajim lakukan pada malam itu.

Lajim mungkin boleh memperdaya MT UMNO, tetapi mampukah beliau membohongi Datuk John Ghani, Hiew King CHeu dan Martin Gumpangang (T-Shirt hitam) yang berkaroke bersama Lajim pada malam penuh meriah tersebut?

Menurut maklumat yang diterima daripada Krew Sabahkini.net di Beaufort, Lajim tidak dibenarkan lagi merasmikan acara rasmi kerajaan terutama Majlis Penyerahan BR1M sehingga menimbulkan ketegangan apabila kebanyakan majlis tersebut diwakili Adun Klias, Datuk Azizah Mohd Dun.

Dalam pada itu, pemerhati politik menyifatkan kehadiran Lajim di Majlis Tertinggi UMNO semalam dianggap sebagai 'Gunting Dalam Lipatan' sehingga beliau dipulaukan oleh majoriti Majlis Tertinggi yang telah menjenamakan beliau sebagai 'MT Andropause'!

Percubaaan untuk menghubungi Lajim dan Musa Aman gagal, namun ramai MT yang dihubungi mengesahkan ada pertikaman lidah antara Lajim dan Musa Aman; namun menyifatkan kejadian berkenaan sebagai lumrah dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. ~sabahkini

Muhyiddin Lidah Bercabang.. Kat Bawah Nih Apa??

Posted: 28 Jan 2012 06:26 PM PST

Muhyiddin..hang betul-betul lidah bercabang.. orang kampung mungkin lah hang boleh kelentong hidup-hidup. Tapi rakyat sekarang makin cerdik dan bermaklumat..bukannya bodoh macam Umno. Hang nak spin lebih-lebih statement Anwar tu buat apa? Buat malu jer.. Itu menampakkan hang dengan Umno sudah ketandusan isu.. hang dengan Umno nih dah gersang. Kat bawah nih Addin sertakan bukti yang Malaysia ada hubungan dengan Israel.

Betul ke nih? Fuhh!! dasyat.. Sebenarnya siapakah pengkhianat kepada agama Islam? Siapakah pengkhianat kepada bangsa Melayu? Dan siapakah pengkhianat kepada negara Malaysia selama nih? So hang jawablah dengan tulus ikhlas.. jangan jadi lidah bercabang!!

Klik untuk besarkan

Muhyiddin Mahu Anwar Jelaskan Kenyataannya Tentang Israel

MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah, Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata masyarakat Palestin ketika ini dianggap sebagai rakyat terbuang, tanpa mempunyai tempat tinggal dan pada masa sama berhadapan dengan kezaliman tentera Israel.

Muhyiddin ditanya tentang kenyataan pemimpin pembangkang itu ketika ditemuramah oleh WSJ semalam, di mana Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel.

"Barisan Nasional berasa amat kecewa (dengan kenyataan Anwar itu)," katanya.

Kerajaan, kata beliau, turut berasa amat kecewa dengan proses damai Israel dan Palestin yang telah berlangsung lama tetapi sehingga kini gagal mencapai objektifnya untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-dua pihak.

Muhyiddin turut ditanya tentang pemberian RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan berharap mereka yang masih belum menerima bantuan terbabit supaya dapat bersabar.

"Kerajaan berharap dapat menyelesaikan pembayaran itu secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata, mereka yang ditolak permohonan untuk mendapatkan BR1M juga masih berpeluang menerimanya dan boleh merayu kepada agensi-agensi kerajaan yangmengendalikan pemberian bantuan itu. ~bernama 

Tiada ulasan: