Ahad, 29 Januari 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Bergambar : Gua ambil C&U (senjata api)

Posted: 29 Jan 2012 08:19 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Mungkin tak setaraf dengan Rela, polis dan askar. Tapi dah blog gua, gua tulis la pengalaman gua. Syarikat hantar gua ambil C&U untuk lesen senjata api. Bawah PDRM. Garang nak mampos bai polis yang handle senjata api nih. Sebab benda alah ni berbahaya. Tak bleh buat secara kuliah Semanis Kurma der.

4 orang dari Kelantan dan beberapa dari negeri lain diasingkan sebab pemohon baru. Kena ajar teori dulu. Ada 3 orang polis garang handle senjata api nih. A dan B handle latihan pemegang lesen. Manakala polis C handle kitorang.

Cerita 1.
Setelah diajar, dan diberi amaran tentang keselamatan senjata api, polis C pun bertanya.

"Baik. Sekarang siapa dalam kumpulan ini pernah menembak. Tak kira la senapang kawan ke, abah ke. Keluar ke depan. Cepat! Cepat!!!"

3 orang keluar. 2 dari Kelantan (termasuk gua), sorang dari mana ntah.

"Kamu tembak guna apa?" Soal polis pada member gua.

"Senapang kawan. Dia Rela."

"Kamu?" Polis tu tanya gua plak.

"Arwah Abah punya. Dia Rela gak dulu."

"Kamu?"

"Senapang Funfair."

Dengan polis2 sekali gelak. Terus mamat tu dipanggil Funfair.

Cerita 2.
Member gua ni memang lucu orangnya. Polis C petik nama dia. Dia dah gelabah. Polis tu ajar dia cara tembak berdiri. Tapi dia kidal. Polis tu tukar la cara2 untuk orang kidal.

"Kalau kidal, dah senapang kat bahu kiri, apsal guna mata kanan? Mata kiri! Mata kiri! Woi Mat! Bengong! Mu tutup 2-2 mata wat per?"

Member gua punya cemas nak kenyit mata yang mana satu, sampai dia kenyit kedua-dua mata. Wakakakaka.

Cerita 3.
Lepas teori dan praktikal tanpa peluru, tiba time guna peluru. Peluru hidup bai. Member gua yang tadi, orang pertama. Lepas 'cekah' pum gun tu, buka kunci keselamatan picu, ready nak tembak, polis bunyi wisel tanda tembak. Tapi member gua g 'cekah' sekali lagi pum tu. Melantun peluru hidup keluar. Ada lagi 3 dalam. Dia terus tarik picu tapi tak meletup.

Dia angkat tangan menandakan dia ada masalah. Betul dah. Yang salahnya, dia pusing badan nak tgk sama ada polis perasan dia angkat tangan atau tidak. Pusing dengan muncung senapang bersama. Gua orang no 2 belakang dia. Budak depan gua terus meniarap. Gua tak tiarap la sebab muncung tu sebenarnya kat kumpulan lain.

Polis B yang berdekatan terus berlindung belakang gua. Niamakai. Gua pun menyangkung la. Biar polis tu terdedah. Polis tu terus serbu member gua tadi. Seb baik tak kena penyepak. Dia dah angkat kaki dah. Huhu. Polis tu dah nak halau dah member gua dari situ. Mujur la polis A dan C tarik kasi kaunseling kat member gua tu. Dia direhatkan sebentar.

Guna peluru penabur tu bai. Kompom mampos 3-4 orang kalau meletup tadi. Gua kompom syahid punya. Sebab dah lebih 24 jam gua tak kutuk ulama Hadi. Hua3...

Cerita 4.
Walau gua baru, dalam kumpulan pemohon baru, ada 3 orang termasuk si Funfair yang berjaya tembak kesemua 4 piring sasaran. Posisi menembak berdiri. Habes sesi pum gun, kami dapat main pistol plak.

"Kalau lulus pistol, bleh mohon jadi bodiguard." Sound anak tokey syarikat pada gua. Gua bukan minat pun. Gua minat senjata api tu jer. Ni baju gua masa kena tahan kes dituduh hina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos tu.


Dulu gua selalu bangangkan polis dalam Gerak Khas yang tembak tak kena2. Rupa2nya pistol memang payah bai. Tak tahu la pistol tu yang bangang atau gua sama bangang dengan polis Gerak Khas Yusof Haslam tu.

Jarak piring 20 meter jer, gua hanya dapat tembak sekeping dari 4. Si Funfair dapat 2 keping. Tapi tak aci sebab polis pegangkan tangan dia. Sorang lagi hanya dapat tembak tanah. Hahaha.

Berikut adalah gambar2 curik yang gua sempat ambik. Gambar curi tak ketat sangat. Yang ketat gila babi ialah komponen senjata dan peluru. Kelonsong peluru pun tak boleh bawa keluar. Siap kena ikrar sumpah lagi.







Tiada ulasan: