Ahad, 29 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


‘Suara dari langit’ dijawab minggu depan

Posted: 29 Jan 2012 11:00 AM PST

PETRA JAYA: Kejadian aneh 'suara dari langit' yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik.

Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan.
"Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.

"Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube.- BH

PANAS: Penyokong totok UMNO bodoh piang...

Posted: 29 Jan 2012 10:00 AM PST


Dengaq dan hayati betoi-betoi ucapan ketua pembangkang nih...

Kesimpulannya, bodoh bangang sangat la para penyokong totok UMNO yang masih lagi ghairah menjilat juboq UMPORNO nih...

Mai pakat-pakat "DISLIKE" video sampah nih...

Posted: 29 Jan 2012 09:00 AM PST


Payah jaga manusia jenih perasan camni. Dia sorang ja paling bijak pandai, orang lain semua bodoh... haram satu apa pun tak reti... JOM pakat-pakat 'DISLIKE' video sampah nih...

Apa kata Raja Perkasa... kahkahkah...

Posted: 29 Jan 2012 07:44 AM PST

KENAPA NEGARA KAPIR RAKYAT PERCUMA

PENCERAHAN DARI PEMBACA

Alhamdulillah kawe antara yang terpilih untuk menikmati kehidupan di negara kafir Jerme. Sejok 10 tahun duk di sini, xdop sebarang rasa prejudis dirasai, semasa tempoh pengajian hingga kini di bidang kerjaya. Malah pihak polis juga sgt professional dlm menangani beberapa kes yg telah kawe alami spnjg hidup sebagai „Ausländer" di negara kafir Jerme ini.

Tapi hari ni kawe xterpanggil nok sentuh bab pengajian percumo, benda tu terlalu basic, tertulis sbg undang2 negara bahawa adalah kewajipan sebuoh kerajaan utk memberikan pendidikan kpd rakyatnya. Byk lagi elemen basic dipraktikkan oleh negara kapir Jerme tanpa diheboh-hebohkan utk kepentingan pemerintah, antaranya highway tanpa had laju percuma,harga kreta yg murah, wang bulanan kpd penganggur dan wang sara anak. Tp satu bendo yg buat kawe nok tulis hari ni adalah pasal kononya Malaysia negara berbilang kaum.

Kawe terbaca berita psl Ahmad Maslan menegaskan tidak perlu debat antara Anwar dan Najib, antara sbbnya kerana Malaysia lain dgn negara Barat adalah negara berbilang kaum. Hanya org yg bodoh boleh terima alasan ini dan hanya yg masih bodoh akan percaya bahawa negara Barat tidak berbilang kaum. Di Jerme contohnya pelbagai kaum hidup di sini dan walaupon ramai pendatang, mereka mendpt hak dan layanan sama spt rakyat Jerme yg asal.

Di nagara2 Barat lain di Eropah, mahupon Amerika juga pelbagai kaum hidup bersama-sama Adakah kita pernah dengar mereka bangga dgn negara mereka yg berbilang kaum? TIDAK PERNAH!! Ini kerana mereka tidak lihat rakyat mengikut bangsa warna kulit mereka. . Ini mungkin benda baru bagi mereka yg tidak pernah ke oversea. Kpd yg sedang ternganga tak percaya, jalankan siasatan sendiri, Lebai Google sedia berkhidmat.

Malaysia sbrnya merupakan satu-satunya negara yg kawe tahu yg masih mengamalkan dasar pecah perintah penjajah dan sebuah negara yg masih gagal membentuk negara bangsa walaupon sudah lama merdeka. Pemerintah masih menjalankan dasar mereka mengikut kaum dan ini merupakan kegagalan mereka. Kita dari kecil ditipu kononnya Malaysialah satu-satunya masyarakat majmuk berbilang kaum di dunia ini. Kita telah dididik dari kecil utk mengenali kaum2 lain sedangkan anak2 kecil langsung tidak boleh membezakan kaum dan warna kulit. Ini adalah satu fakta halus yg sentiasa digunakan utk kesinambungan politik Barisan Nasional. Kita harus bangun dan sedar bahawa dari kecillah juga kita diajar agar kita menyokong politik perkauman mereka.

Lihatlah di negara jiran,tidak perlu ke Eropah; Indonesia, Singapura dan Thailand, mereka juga berbilang kaum. Namun berbeza dgn negara kita, mereka telah disatukan, hak mereka disamaratakan, jiwa negara bangsa mereka diserlahkan dan tiada antara mereka yg terlalu bangga dgn kaum etnik mereka.

Kawe buke tak suka kita bangga dengan kaum kita, tapi jika ini menjadi penghalang utk negara ini maju ke hadapan dan menjadi kemudahan utk bomoh perkauman, UMNO dan MCA menjual ubat mereka, perkara ini harus diberhentikan. Bukanlah juga kawe nak menafikan bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk, namun fakta ini tidak perlulah dibanggakan. Ia bagaikan kita riuh ke serata dunia heboh mengatakan kita memiliki zakar, sedangkan lelaki lain juga memilikinya. Sesungguhnya perkara yang bangang itu wajiblah kita hindari. Trimo kaseh.

By Kurik on KERANA RASUAH MAKA BELAJAR KENA BAYAR on 1/28/12 - Bro: TT

Ni blogger bengap mana pulak dahhh...

Posted: 29 Jan 2012 05:30 AM PST

Blogger Umporno Cabar Anwar Debat Isu Moral Dengan Najib

AKU terbaca satu blog pro Umno yang aku malas mahu letak link kat sini sebab aku takut ramai belia kita akan menjadi rosak akhlak apabila membaca blog fitnah dan lucah. Blog tersebut menyarankan agar Anwar dan Najib berdebat di dalam isu `moral', bukannya di dalam isu dasar atau ekonomi negara.

Memang puak-puak tu amat suka kepada cerita-cerita seks dan lucah sebab itu muka-muka mereka lah yang selalu hadir ceramah Umi Hafilda yang pastinya boleh membuatkan mereka `resah, panas dan ghairah' mendengar cerita lucah dari betina tua yang bujang itu. Maka, tidak hairanlah mereka tidak peduli soal dasar atau ekonomi negara, yang mereka mahu dengar adalah cerita lucah. Sebab itu, mereka mencadangkan agar debat Anwar dan Najib mesti menjurus ke arah itu.

Sebenarnya, mereka ketinggalan bas. Awal-awal lagi Anwar sudah bersedia untuk berdebat dengan Najib atas tajuk apa sekalipun hatta soal moral. Anwar menyebut sedemikian sewaktu Najib pernah berkata sekiranya beliau berdebat dengan Anwar, Ketua Pembangkang ini pasti demam. Anwar telah menjawab bahawa beliau tidak kisah jika demam sekali pun asalkan Najib menjadi `jantan' bukan `betina' yang hanya pandai menyalak di depan media sahaja. Anwar berulangkali menyebut beliau lebih suka berdebat soal negara dan kebaikan rakyat, tetapi jika Najib mahu berdebat di dalam isu moral sekali pun beliau bersedia menerimanya.

Oleh yang demikian, Blogger pencacai Umno ini tidak perlulah menampakkan kebodohannya dengan membuat cabaran yang pasti akan menyusahkan bos mereka sendiri iaitu Najib. Anwar telah lama mencabar Najib sebelum Blogger bengap ini membuat cabaran. Sekarang, Blogger bengap dan lembab ini harus memulakan tindakan mendesak agar Najib bertukar menjadi `jantan sejati' untuk menyahut cabaran Anwar berdebat samada di dalam isu ekonomi mahu pun isu moral. Beranikah Najib? Jika Najib berani, esok aku mohon borang Umno !!/wfauzdin.blogspot.com

Anwar takut hilang kawan...

Posted: 29 Jan 2012 03:00 AM PST

Anwar minta Ustaz Hadi tarik balik hasrat undur

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.

"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan dengan tajuk Ustaz Hadi sedia undur diri.

Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Tuan Guru Hadi (gambar) yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook Tuan Guru Presiden.

Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?

Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran – yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah…

Wartawan: Bertanding parlimen atau Dun?

Abdul Hadi: Itu terpulang kepada parti menilai.

Wartawan: Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?

Abdul Hadi: Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.

Hassan Ali wajib baca nih...

Posted: 29 Jan 2012 01:50 AM PST

Hasan Ali kesudahannya letih

Oleh Adnan Ibrahim

PENGALAMAN lalu seperti Ustaz Latif dari Besut, Ustaz Ghazali dari Losong Terengganu akhirnya mengaku kalah selepas penat berceramah atas platform Umno.

Walaupun mereka tidak masuk Umno tetapi selepas digantung daripada PAS, mereka berceramah bersama platform Umno mengambil kesempatan menyerang pemimpin PAS yang menyebabkan mereka digantung. Akhirnya mereka ini kepenatan dan mohon masuk PAS kembali. Itu yang saya mahu ingatkan Hasan Ali.

Saya tahu Hasan Ali bukan macam Ibrahim Ali. Semua serba serbi Hasan Ali tidak boleh menandingi Ibrahim Ali.

Hasan Ali bukan orang banyak duit, tidak macam Ibrahim Ali. Ibrahim Ali kalau dia mahu dia boleh beli rakyat Pasir Mas tetapi Hasan Ali apa ada.

Tengku Razaliegh Hamzah pun yang banyak duit hanya mampu bertahan tiga penggal bawa Parti Semangat 46 kemudian tidak tahan… masuk balik Umno. Tak leh tahan kalau tak da duit...

Sebab main politik menghabiskan duit. Lainla kalau lawan je menang.

Saya masih ingat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal semasa Ahmad Shabery Chik lawan Ahmad Said. Nak harap duit Semangat 46 turun kepada jentera pilihan raya bertugas… jangan harap.

Kami juga jentera PAS yang keluar duit. Saya ketika itu bertugas dibawah Cikgu Sufian dibilik gerakan di simpang jalan ke pantai bersama pemuda Binjai, Kijal, Chukai dan dari cawangan lain yang bersedia bertugas malam bagi mengawal dakyah dan sebaran Umno.

Mana ada pemuda 46. Kami semua dari PAS. Tunggu duit 46 pun tidak sampai kat bilik gerakan kami.

Hendak makan pun terpaksa pemuda yang bertugas secara sukarela hulur bagi sumbangan.

Bukan mahu perlekeh 46 tetapi peringatan bahawa kerja pilihan raya bukan kerja sorang tetapi kerja ramai.

Rasanya la… kalau orang tak pernah ceramah dan bertungkus lumus dalam jemaah PAS… rasanya dia tidak leh gi ke mana.

Boleh la takat dua tiga round… lepas tu dia sendiri rasa fed up.

Lagi pun saya perhati orang yang dia dok serang tak lawan.

Rupanya dia dok main pedang sorang… libas angin. Bunyi tu tak sampai ke mana. Akhir tuan hayung pedang ke hulu ke hilir yang penat. Kesudahannya lidah juga terjelir.

Tapi manusia itu pelupa kata Mahathir. Kata Mahathir tu termasuk la dia ni kot mudah lupa.

Sirah dan sejarah serta pengalaman lalu sudah terpampang. Selagi hati dia bersih dia akan letih jika bertindak lawan haluan.

Tidak tahu lah kalau dia bertindak nekad macam Nakhae, Asri tetapi mereka ini pun tidak boleh pi ke mana pun. Jadi calon pun tak dapat. Akhirnya orang politik berkubur dengan politiknya.

Jadi sementara masih cerah baik ambil langkah selamat. Jangan kira Ibrahim Ali. Dia banyak duit. Dia boleh belanja petugas dia tetapi Hasan Ali boleh ke… nanti lama-lama petugas Hasan Ali lari. Tinggallah Hasan Ali terkonteng-konteng.

Masa itu tiadalah lagi think tank. Ya la think tank pun mahu makan juga. Hasan boleh ke terus menerus suap…

Sementara masih laku ni boleh la round round. Itu pun laku pasal ada orang perguna kerana mereka yang guna tu rasa untung ke dia. Jadi dia guna. Kalau dah monopaus… tengok pun tak selera maka terkonteng-konteng la.

http://nanbinjai.blogspot.com/

Dasar akai kemetot... kahkahkah...

Posted: 29 Jan 2012 01:15 AM PST

Anwar dakwa kenyataan tentang Israel diputar belit

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

"Pendirian PKR adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilapor meminta Anwar memberi penjelasan tentang dakwaan memberi komitmen untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah olehWall Street Journal.

Muhyiddin menimbulkan persoalan sama ada Anwar mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Muar semalam.

Dalam kenyataan balasnya, Anwar berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.

"Ternyata dari kenyataan menteri luar negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi," katanya.- M'kini

Bakar: Polis tahan sorang lelaki

Posted: 28 Jan 2012 11:40 PM PST

Polis tahan lelaki dalam kes bakar bakar motosikal, teksi

PETALING JAYA: Polis malam tadi menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian membakar 26 motosikal dan sebuah teksi dalam pergaduhan antara dua kumpulan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari Sunway di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata penganggur berusia 20-an dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan di rumahnya di sekitar lokasi kejadian.

"Polis juga sudah mengenal pasti tiga hingga empat lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian ini," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Arjunaidi berkata, kes berkenaan lebih menjurus kepada masalah peribadi apabila kedua-dua kumpulan itu dipercayai tidak berpuas hati sesama sendiri sebelum bertindak membakar kenderaan di kawasan itu menggunakan petrol atau minyak tanah.

"Kejadian jam 4.00 pagi itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api," katanya. - BERNAMA

Azizan dinasihat jangan dok main ACI MENYOROK... haha...

Posted: 28 Jan 2012 11:20 PM PST

Usah sembunyi di belakang undang-undang, kata Aziz kepada MB Kedah

Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menasihatkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak berselindung di sebalik isu teknikal undang-undang apabila berdepan dengan aktivis mahasiswa tentang kebebasan akademik di Kedah.

"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan."kata bekas professor ini kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk.

"Seperti mana ISA, Akta Hasutan, dan PPPA," katanya merujuk kepada undang-undang keselamatan, percetakan dan penerbitan yang disifatkan Pakatan Rakyat sebagai undang-undang "berlebihan" dan "lapuk", yang dijanjikan mereka untuk diubah, menurut manifesto pilihan raya mereka yang kenali sebagai Buku Jingga.

Azizan, pemimpin PAS kanan, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.

"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya, perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," kata Azizan semalam.

Abdul Aziz kembali bertelingkah lidah dengan Azizan berikutan tuduhannya terhadap Aziz yang mendakwa beliau "buta undang-undang" dan tidak berkelakuan sesuai ahli akademik.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mendesak Azizan agar membatalkan keputusan mahkamah menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikannya kes mahkamah akademik.

"Sebagai ilmuan syariah, menteri besar Kedah seharusnya mengetahui perkara ini. Beliau terlepas pandang berkaitan perkara itu dan seharusnya mengemukakan permohonan maaf dan membatalkan keputusan yang dibuat KUIN," jelas Abdul Aziz.

Beliau terus menkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.

Abdul Aziz turut mendesak agar Azizan tidak melibatkan pemimpin politik berhubung perkara itu bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat "daripada perkara yang bukan sahaja membazirkan wang dan tenaga, tetapi paling nyata menurunkan martabat janji mulia yang dibuat dalam dasar rangkakerja biasa."

Beliau turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.

Malah, Aziz turut mengingatkan Karpal dan Azizan bahawa, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengawal mahasiswa dan mereka seharusnya tidak berterusan dalam menyokong AUKU dan undang-undang tidak adil lain, sebaliknya menunaikan janji mereka untuk pembaharuan, termasuk memansuhkan akta terbabit.

Lima mahasiswa KUIN itu dibawa berdepan jawatankuasa disiplin pada 25 Mei 2011 kerana melanggar undang-undang AUKU dengan menyertai demonstrasi, membuat ucapan menggunakan pembesar suara dan mengadakan sidang media untuk membantah tindakan menggunakan blok untuk kelas agama sebagai tempat untuk sekolah pintar.

Mohd Faiz Mohd Arshad telah digantung dua semester, dan rakan-rakannya digantung satu semester dan diberikan surat amaran.

Walaupun penggantungan tersebut sudah berlangsung sejak lapan bulan lalu, dengan empat daripada mereka telah kembali ke kampus, aktivis berkenaan mengambil keputusan untuk mencabar keputusan mahkamah tersebut.

Mohd Faiz Mohd Arshad menuntut penggantungannya ditarik balik dan rakan-rakannya menuntut ganti rugi kewangan kerana ketinggalan kelas.

Azizan telah membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju bahawa tindakan KUIN itu salah dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk membuat keputusan.- TMI

Anwar Berjaya ‘Tikuskan’ Najib... kahkahkah...

Posted: 28 Jan 2012 08:00 PM PST

Oleh: laniismaa

Calon Presiden Amerika selalu berdebat dalam kempen mereka. Najib dan Anwar juga perlu berdebat. Isu debat bermula apabila Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian meminta agar PM Najib dan Anwar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Merdeka Centre, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sehingga kini kelihatan Anwar sudah menang dalam isu debat. Anwar menang mengagah dan mengacah Najib. Najib semakin menikus dan enggan menjawab, Anwar makin garang mencabar.


"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit." Cadangan terbaru debat antara mereka yang dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.

"Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat. Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat", kata Anwar sebelum ini.

Tun Mahathir berkata debat antara Najib dan Anwar tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing. Tun berkata debat hanya diadakan sekiranya Anwar sependapat dengan kerajaan.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini. Sejak bila Ahmad Maslan mengambil berat tentang budaya?

Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek berkata, idea debat antara Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak tidak relevan. Menurut beliau, debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri.

"Misalnya seperti isu video, apakah video yang ditayangkan itu Anwar, memang itu isu peribadi, tapi sebab itu kepentingan umum, jadi perlulah buat. Apa-apa pun perlulah dipertimbangkan sebaiknya," katanya Sabery yang berminat dengan video lucah rekaan berbanding dengan isu negara.

Selepas ini tentu Anwar makin galak mencabar kerana PM semakin menikus.

Anwar jangan takbur, boleh terkencing hang nanti... kahkahkah...

Posted: 28 Jan 2012 07:40 PM PST

Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah - Anwar

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 28 Jan: "Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit."

Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.

Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.

Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.

Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan Najib sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

"Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya," kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini baru-baru ini.

Hari ini, Anwar memberikan syarat dan cadangan yang cukup berat sebelah untuk Najib iaitu tempoh masa bercakap yang lebih untuk Najib.

Cadangan itu dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.

Sikap Najib enggan berdebat ini dibidas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat," katanya.

Hang Tuah teriak tak berlagu... kahkahkah...

Posted: 28 Jan 2012 02:30 PM PST

Hang Tuah: Banyaknya laporan polis...

Oleh Adnan Ibrahim

SEBELUM perhimpunan 901, hampir 300 repot polis telah dibuat oleh Melayu dan Perkasa bagi menyekat perhimpunan itu daripada terus diadakan pada 9 Januari lalu. Anda juga boleh kira berapa ratus atau ribu repot polis keatas Mohamad Sabu yang berkata Mat Indera pejuang kemerdekaan. Sehingga Prof Khoo Kay Kim kata Malaysia tidak dijajah.

Sarjana ini pula menambah Hang Tuah tidak wujud tetapi Melayu yang hunus keris senyap membisu. Perkasa yang senantiasa tampil garang buat laporan polis macam polis kawan dia pun menikus. Mana suara-suara takkan Melayu hilang di dunia. Kenapa menyepi? Apakah repot selama ini hanya mainan politik. bila PAS atau PKR atau DAP yang sebut semua pakat hentam dan repot polis tapi...

Bila bukan musuh mereka, mereka sepi membisu.

Bernangis tak berlagu Hang Tuah kerana orang Melayu sudah tidak pertahankan orang Melayu. Mungkin Hang Tuah hanya mampu bersuara sebenarnya orang Melayu sekarang lebih mempertahankan kekuasaan politik dan harta mereka daripada nama Hang Tuah.

Ehhh! Hang Tuah pun tahu menilai Melayu mana yang berpura-pura.

Baik kau jaga Perkasa nanti Hang Tuah sumpah kau kerana tidak mempertahankan nama lagenda Hang Tuah.

Berita berikut:

Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak Pernah Wujud!

January 16, 2012

PETALING JAYA – Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun sejarawan terkenal, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM) mendakwa sebaliknya.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.

"Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, " katanya.

Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut.

"Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan 'cerita' dan bukannya bukti," tambahnya.

Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun menjalankan penyelidikan yang bersungguh-sunguh tentang dakwaan cerita sejarah tersebut.

"Kita memang mempunyai banyak cerita tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, ahli-ahli sejarah telah bersusah payah melakukan penyelidikan sejarah awal negeri Melaka itu dan mendapati banyak cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa lalu tidak dapat dibuktikan, "katanya.

Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Beliau menambah, kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan seperti yang beliau dakwa.

Sukatan pelajaran ini bagaimanapun hanya akan diperkenalkan pada tahun 2014

http://nanbinjai.blogspot.com/

Tiada ulasan: