Addin |
- Dr. Azizan Razak Akan Di Pecat Dalam Isu KUIN?
- Bongkar!! Satu Lagi Projek 'Tangkap Muat' Di Melaka
- Najib Takut Ahli-Ahli UMNO Sabotaj BN Pada PRU 13?
- Panas!! Tembelang Video Seks Fitnah Terbaru Dato' Trio Terbongkar
- MB Kedah, Dr. Azizan Bidas Prof. Aziz Bari
- Dr. Hassan Ali Gila No. Plat Kereta?
- Gempar!! Persatuan Pelacur Nekad Nak Tumbangkan BN Pada PRU 13
Dr. Azizan Razak Akan Di Pecat Dalam Isu KUIN? Posted: 28 Jan 2012 03:00 PM PST Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah. Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas. Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan "Buku Jingga bukan al-Quran" yang harus dipatuhi sepanjang masa. "Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider. "Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib)," tambahnya. Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN. Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz. Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak. Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan. Azizan turut menyifatkan Aziz "buta undang-undang" dan tidak bersikap seperti tokoh akademik. "Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula. "Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat," katanya. Beliau menambah: "Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur." Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah. "Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, 'gentleman' sikit. "Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain," katanya. Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN. "Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya."Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah," katanya. PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu. ~themalaysianinsider | ||
Bongkar!! Satu Lagi Projek 'Tangkap Muat' Di Melaka Posted: 28 Jan 2012 08:29 AM PST Seperti dalam gambar di atas kita dapat melihat bagaimana Muzium Pengangkutan Melaka ini beroperasi dan apakah kebaikan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Melaka dengan adanya muzium seperti itu? Walaupun muzium itu dibina bagi menayangkan kenderaannya namun adakah tempatnya strategik kepada pelancong ataupun rakyat Melaka sendiri? Berapa ramaikah pelancong atau rakyat Melaka yang datang dan berapakah jumlah kos yang telah dihabiskan oleh kerajaan Melaka bagi menampung kos operasi Muzium Pengangkutan Melaka itu? Berapakah jumlah kos untuk mendekorasi muzium tersebut yang dikatakan menelan belanja yang cukup besar dengan saiz yang tidak seberapa besar itu. Ketika sidang DUN Melaka, wakil DAP ada bertanya 3 soalan kepada Ketua Menteri Melaka berkaitan tentang Muzium Melaka itu. Antara soalan yang dibangkitkan adalah jenis dan jumlah perbelanjaan bulanan untuk muzium pengangkutan itu dan jawapan daripada Ketua Menteri berkaitan soalan itu adalah perbelanjaan merangkumi tiga jenis perbelanjaan iaitu emolumen, utiliti dan kawalan keselamatan. Bagi perbelanjaan jenis emolumen bagi bulan April hingga Jun 2010 adalah seperti berikut yang mana jumlahnya adalah RM3,840.59 (April - RM986.53, Mei - RM986.53 dan Jun - RM1,444.03). Perbelanjaan bagi utiliti pada tiga bulan yang sama juga adalah berjumlah RMRM784.23 (Mei - RM474.82 dan Jun - RM309.41). Manakala perbelanjaan bagi kawalan keselamatan pada Jun 2010 adalah berjumlah RM1,946.67. Ketika ditanya soalan yang kedua kepada Ketua Menteri berkaitan jumlah pelawat yang telah melawat muzium tersebut sejak pembukaannya dan ini jawapannya "bagi pelawat yang telah mengunjungi muzium tersebut sejak pembukaannya pada 15 April 2010 adalah seramai 28 orang (tempatan) dan jumlah kutipan tiket adalah berjumlah RM265.00. Bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi muzium ini, maka tiket masuk dipakejkan sekali dengan Muzium Adat Istiadat , Alor Gajah dan Muzium Orang Asli, Ayer Keroh, Melaka". Soalan yang terakhir ditanya kepada Ketua Menteri adalah berkaitan dengan kos untuk "set-up" muzium tersebut. Jawapan Ketua Menteri berkaitan soalan itu adalah kos penubuhan muzium adalah RM198,900.00. Ianya melibatkan panel pameran dan grafik, tapak meletak kenderaan, kemudahan pejabat, pondok kawalan keselamatan, bekalan elektrik, sistem audio dan sistem CCTV. Persoalannya, strategikkah Muzium Pengangkutan Melaka yang agak jauh dari pusat pelancongan? Pada masa yang sama bangunan disebelah muzium ini masih kosong dan tidak didiami tanpa sebarang aktiviti kecuali muzium tersebut. Adakah ini yang dikatakan negeri maju? ~penyelia Dun bukit baru Addin : Ini projek "tangkap muat' Ali Rustam yang ke berapa..aku pun tak tahu.. Sumber : Bongkar!! Satu Lagi Projek "Tangkap Muat' Di Melaka | ||
Najib Takut Ahli-Ahli UMNO Sabotaj BN Pada PRU 13? Posted: 28 Jan 2012 07:27 AM PST Gambaran jelas tarikh pilihan raya umum semakin hampir, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kali mengumumkan Umno mempertimbangkan untuk mengaktifkan jawatankuasa displin parti sebagai persiapan awal. Presiden Umno ini menjelaskan langkah itu diambil untuk mengukuhkan disiplin parti dan seterusnya menghalang sebarang usaha untuk sabotaj pemilihan parti sebelum pilihan raya diadakan. "Kami tidak mahu sesuatu berlaku selepas pemilihan, kesannya telah pun berlaku. Jadi lebih baik kita proaktif. "Ini adalah yang pertama kali, dalam erti kata lain kami mengaktifkannya (jawatankuasa) lebih awal," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno malam tadi. Perdana menteri bagaimanapun menafikan Umno menjangkakan sabotaj besar-besaran di antara ahli akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang menambah ia hanya langkah berjaga-jaga. Beliau berkata ia bukan perkara luar biasa menghadapi masalah disiplin dalam mana-mana pilihan raya terutamanya dari ahli-ahli yang tidak dipilih menjadi calon. "Dalam parti yang besar, terdapat ramai yang membantah...Mungkin mereka tidak dipilih dan pengikutnya, yang akhirnya memilih menyokong pembangkang. "Oleh itu, pada saat ini kita perlu kukuhkan disiplin (dalam parti)," kata Najib. Beliau berkata timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan pembentukan jawatankuasa disiplin dan jumlah anggotanya. Dijangkakan Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 lebih awal, mengambil kira faktor kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini, Bajet 2012 dan janji-janji transformasi termasuk jaminan akan meningkatkan kebebasan awam. Mengenai persiapan Umno menghadapi pilihan raya umum, Najib menunjukkan tanda isyarat bagus tetapi menambah masih banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan kemenangan setiap calon. "Lantaran, sudah menjadi tanggungjawab ahli majlis tertinggi untuk bekerja lebih keras tanpa mengira waktu," katanya. Pada perhimpunan agung Umno Disember lalu, Najib memberitahu kepimpinan tertinggi parti itu mengutamakan perpaduan berbanding kepentingan diri sendiri dan melatakkan pilihan raya umum fokus penting daripada pemilihan parti. Beliau mengingatkan gendang pilihan raya semakin kuat dan meminta semua ahli perlu mementingkan "calon mampu menang" pada pilihan raya umum, yang beliau ramalkan akan menjadi "luar biasa." Masalah dalaman dan sabotaj, termasuk ahli parti menentang Barisan Nasional (BN), dikatakan penyumbang utama kepada prestasi suram Umno pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan parti pemerintah itu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Sumber : Najib Takut Ahli-Ahli UMNO Sabotaj BN Pada PRU 13? | ||
Panas!! Tembelang Video Seks Fitnah Terbaru Dato' Trio Terbongkar Posted: 28 Jan 2012 06:03 AM PST
Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang kononnya mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut? Mungkinkah Dato' Trio yang melakonkannya? Atau mungkin Datuk Trio akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula? Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa. Nampaknya, cubaan kali kedua Dato' Trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kali kedua, tidak menjadi kenyataan sebelum video tersebut tersebar pun. Di edit dari ~ jalanpulang Sumber : Panas!! Tembelang Video Seks Fitnah Terbaru Dato' Trio Terbongkar | ||
MB Kedah, Dr. Azizan Bidas Prof. Aziz Bari Posted: 27 Jan 2012 09:10 PM PST MB Kedah : Orang luar jangan campur urusan Kuin ALOR SETAR - Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain. Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya. "Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Azizan diminta mengulas kenyataan Aziz dalam Wacana Sinar Harian kelmarin yang mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan. Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda. Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100. Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media. Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari. Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda. "Kita tidak mahu melayan sebarang isu itu kerana mahkamah sudah menetapkan hukuman setimpal ke atas pelajar terbabit. ~sinarharian | ||
Dr. Hassan Ali Gila No. Plat Kereta? Posted: 27 Jan 2012 08:47 PM PST Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam ; Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000. Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000. Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka. ~ kedahlanie | ||
Gempar!! Persatuan Pelacur Nekad Nak Tumbangkan BN Pada PRU 13 Posted: 27 Jan 2012 03:15 PM PST Perubahan pemikiran politik yang sedang melanda pelbagai golongan di negara ini sejak tahun 2008 turut sama dirasai oleh golongan pelacur. Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, perkara tersebut diakui oleh Pengerusi Persatuan Pelacur ketika ditemui tidak lama dulu. Beliau berkata, selepas mengadakan dailog selama dua jam, mereka telah bertanya, bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13. "Persatuan pelacur selepas (ber)dialog (men)ceritakan masalah masing-masing, lalu bertanya, bilakah pilihanraya (ke-13 akan diadakan). "Saya jawab tak tahu (bila tarikh pilihanraya) saya kata (tanya) adakah awak sokong PAS, dia kata kemungkinan besar pada kali ini mereka beramai-ramai akan menyokong PAS,"jelasnya. Ustaz Azman yang juga Naib Yang DiPertua PAS Dungun berkata demikian dalam Majlis Penerangan yang dianjurkan Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah dekat sini pada 24 Januari. Sehubungan itu, beliau bertanya kembali kepada Pengerusi Persatuan pelacur itu, mengapa mereka golongan yang dianggap 'telah rosak akhlak' mahu menyokong PAS. Lalu, Pengerusi mereka berkata, menurut Ustaz Azman, mereka menjadi rosak dan menjadi 'punah' kerana kerajaan yang memerintah sekarang tidak bertanggungjawab. Justeru, katanya lagi, mereka mahu masa depan yang baik dan perlu kepada sebuah kerajaan yang baik, yang boleh memberi bimbingan ke arah kebaikan. ~buletinonline |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan