Addin |
- Bila Mamat Nih Nak Masuk Penjara?
- (Gambar) Tuan Guru Nik Aziz Berkhutbah Jumaat Di Masjid Beijing
- Blogger Pencacai RBF Online Mohon Maaf Kat Wardina
- Bongkar!! Siapa Sebenarnya Ketua Zon PAS Gombak Yang Masuk Umno?
Bila Mamat Nih Nak Masuk Penjara? Posted: 20 Jan 2012 11:04 AM PST Tahniah kepada ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS) yang dilantik sebagai EXCO Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Perlantikan ini tidak dapat dielakkan apabila Pas memecat keahlian Datuk Dr. Hasan Ali. Ini bermakna pada sidang DUN akan datang Dr. Hasan akan berada di barisan pembangkang negeri. Namun perlantikan tersebut yang diikuti oleh rombakan potfolio EXCO, yang menyaksikan EXCO Pas tidak akan terbabit dengan pentadbiran agama Islam negeri menimbulkan seribu tanda tanya bukan sahaja kepada penyokong Pas tetapi orang Islam keseluruhannya. Ada dua kemungkinan mengapa Pas tidak lagi terbabit dengan potfolio agama Islam. Pertamanya, Pas sendiri tidak lagi berminat dengan potfolio tersebut kerana keadaan negeri Selangor sekarang mencemarkan perjuangan Islam Pas sendiri. Dalam tidak sampai empat tahun memerintah, Selangor kini dipenuhi oleh hampir 10, 000 rumah urut. Hampir 80 peratus daripadanya terutama di bandar-bandar utama Selangor, menawarkan khidmat urut berunsurkan seks. Dalam masa pemerintahan Pas bersama sekutunya juga, jumlah kelab malam dan pusat hiburan bertambah berkali ganda serta tidak lagi tertakluk kepada peraturan operasi sehingga jam 1 pagi. Dalam keadaan ini, sememangnya pemimpin Pas di peringkat bawahan tidak lagi mampu mengangkat muka kerana dakwaan mereka memperjuangkan pemerintahan Islam dan negeri ini sebagai "Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur" sejak pemerintahan Pakatan hanya meenjadi jenaka rakyat. Jadi untuk mengelakkan ia menjadi bebanan politik dalam pilihan raya akan datang, Pas akan ke seluruh ceruk desa dan kampung menyatakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerusi mereka kecil dan tidak lagi memegang potfolio agama. Dengan cara ini mereka akan cuba menyucikan diri mereka di kalangan pengundi Islam dan menggesa lebih banyak kerusi diberikan kepada mereka agar mereka lebih berkuasa daripada DAP dan PKR. Kemungkinan kedua ialah Parti Keadilan Rakyat dan DAP tidak mahu EXCO yang menjaga hal ehwal Islam cuba menjadi wira orang Islam dengan mengadakan pemeriksaan dan serbuan ke atas premis-premis yang membabitkan aktiviti tidak bermoral dan akhirnya menimbulkan kemarahan kumpulan tertentu yang memberi sokongan kuat kepada DAP dan sebahagian calon PKR dalam pilihan raya lalu. Saya tidak pasti sejauh mana benar, namun difahamkan sokongan kumpulan yang pro kepada rumah urut dan pusat hiburan lewat malam ini penting kepada DAP dan PKR dalam memenuhi tuntutan dana pilihan raya mereka dan juga rangkaian propaganda mereka di kalangan orang bukan Islam. Justeru perlantikan seorang lagi wakil Pas dalam menjaga kepentingan agama Islam di negeri ini mungkin akan menimbulkan masalah seperti mana semasa Dr. Hasan Ali berada di dalam barisan EXCO. Dari sudut politik menjelang pilihan raya, nyatalah keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim ini menguntungkan semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pas boleh cuci tangan mengatakan ia tidak mempunyai kuasa,dan jika benar seperti gosip politik mengenai hubungan DAP dengan tauke-tauke tertentu, maka DAP boleh terus bermaharajalela. Islam? Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur (Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah)? Mimpi di siang harilah penyokong Pas. Ini hanyalah slogan-slogan politik pemimpin Pas. Dulu pernah diejek kepada UMNO kononnya parti yang taksub kepada adat resam melampaui kepentingan Islam. Hari ini sekelip mata Pas dilantik menjaga adat resam dan meninggalkan Islam kepada PKR. Kepada umat Islam yang pernah mengundi Pas dengan kepercayaan kononnya Pas akan menjaga kepentingan Islam lebih baik dari UMNO; nyatalah Pas sudah menjadi seperti peribahasa "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi." APSAL MALAON NI SEMPAT TULIS BLOG LAGI ? BILA NAK KE PENJARA ? SEMPAT PULAK NAK BERPERIBAHASA... KAMI DOAKAN KHIR TOYO SELAMAT KE PENJARA ! berhubung isu exco pas selangor , aku dah dapat cerita sebenar... aku perlu hadam cerita ni dengan betul takut nanti aku kena cas derhaka... KAH KAH KAH KAH KAH KAH Tunggu.... | ||
(Gambar) Tuan Guru Nik Aziz Berkhutbah Jumaat Di Masjid Beijing Posted: 20 Jan 2012 01:30 AM PST Untuk pengetahuan semua, buat pertama kalinya Masjid Beijing di Rantau Panjang mengadakan solat Jumaat. Dan orang yang pertama memberi khutbah ialah Tuan Guru Nik Aziz...Allahu Akhbar!! Addin pernah singgah di masjid ini, sungguh indah seni binaannya. Kepada yang datang ke Kelantan, ini adalah salah satu destinasi terbaru untuk melawat. Ko orang ingat mesti Masjid Beijing kat China, Kelantan pun ade yek.. Gambar ~kerabu | ||
Blogger Pencacai RBF Online Mohon Maaf Kat Wardina Posted: 19 Jan 2012 11:34 PM PST Blogger pencacai, RBF Online telah memohon maaf kat Wardina seperti di laporkan di Sinar Harian. Blogger RBF Online memutuskan untuk menamatkan kontroversi berhubung kejadian samun melibatkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah dan keluarganya, Khamis lalu dengan memohon maaf atas tulisannya. Semalam, Wardina menjemput blogger RBF Online itu agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang dilalui keluarganya minggu lalu lakonan atau pun kisah benar. Kecut perut jugak blogger pencacai nih... tidak sia-sia je.. silap-silap kena saman dengan Wardina. Lain kali jangan tabur fitnah dan mulut celupar, nanti makan diri sendiri. Kat bawah ni Addin sertakan petikan kata-kata berapi dari RBF online .. mujur ler Addin tak termuntah depan laptop.. "Atas dasar menghormati nasihat seorang pemimpin besar yang sampai ke pengetahuan saya melalui khalifah-khalifahnya, maka dengan ini saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tulisan saya berhubung kes pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina dan keluarganya," Kah..kah..kah.. khalifah yang mana satu nih?? Baca lagi kat sini. Sumber : Blogger Pencacai RBF Online Mohon Maaf Kat Wardina | ||
Bongkar!! Siapa Sebenarnya Ketua Zon PAS Gombak Yang Masuk Umno? Posted: 19 Jan 2012 08:17 PM PST Mari kita amati gambar nih.. macam ade persamaan je.. Tengok betul-betul gaya berdiri mamat nih.. dahi.. mata.. telinga.. tubuh badan.. dan lengan.. Ini cam kes pelanduk 2 serupa jer. Mamat nih yang buat provok masa Bersih 2.0. Berapa orang peserta Bersih yang kena hentam dengan buku limanya? Inilah wajah sebenar Umno yang di katakan memperjuangkan agama, bangsa dan negara.. Berikut kenyataan polis mengenai mamat nih : Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai tahun lalu didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu. Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan. "Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini. Gambar dia bertaburan dalam Internet, polis boleh kata takde bukti? Macam ada yang tak kena jer. Betoi ke orang tu anggota polis? Takde tag nama dan pakai bandana serta bawa buku lima tu masuk dalam SOP polis ke? Atau dia pakai bandana sebab takut dikenali? Ini pulak kata PAS tentang mamat yang mengaku ketua zon ni: Bila masa PAS lantik dia (Mohd Jais) jadi ketua zon ... aku pun tak tahu... lagipun geng nie masuk Pas dulu, tak pernah mai surau pun...duk pakai seluar pendek.. duk karaoke depan umah..- SU PAS Kg Kerdas. Ape pun, kot dah rupa serupa, perangai tentu serupa kan? Adekah Hassan Ali gelak guling2 keseronokan bila bace berita penyokongnya kuar PAS (kononya)? Artikel ni di cilok dan di edit dari ~ yongsukakuning |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan