Jumaat, 20 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Hebatnya Hassan Ali... hihi...

Posted: 20 Jan 2012 10:50 AM PST

Aku termasuk dalam majoriti pendokong Pakatan yang tanpa segan silu masih ghairah memperkatakan tentang pemecatan bekas Exco Selangor, Datuk Hassan Ali. Apa taknya, memang syok boleh dok bercerita tentang Hassan Ali yang terkenal sebagai pakar motivasi dan bijak berkata-kata ini. Sayang kepetahannya menjerat diri kali ini.

Hassan bukan kecik anak dalam politik Malaysia. Suka atau tidak, pemecatannya akan memberi kesan kepada PAS. Ramai masih menyuarakan sokongan kepada Hassan terutama berhubung tentang pendirianya berkaitan Islam. Masih ramai yang keliru terutama ahli-ahli PAS sendiri diantara perjuangkan Islam dan pertahankan Melayu yang menjadikan Hassan Ali dilihat bagai sedang melawan arus dalam PAS.

Hassan kini diangkat sebagai pejuang Melayu Islam yang teraniaya dalam parti berteraskan Islam, yakni PAS. Payah la kalau isu ini diangkat dan diaminkan semahunya oleh ahli PAS sendiri. Hassan yang dilihat lantang bersuara dan menegur, digambarkan berjaya menggusarkan barisan tertinggi PAS yang merasakan mereka tergugat kerana ada pemimpin bawahan berani bersuara dan berbeza pandangan. Malah ada yang lebih jauh igauannya mengatakan bahawa kejayaan PAS di Selangor berpunca daripada Hassan.

PAS masih utuh sebagai wadah pilihan tapi diwaktu yang sama Hassan Ali akan menggelongsor jatuh bagai buah yang telah busuk. Namun PAS perlu bertindak segera membetulkan persepsi negatif hasil dari pemecatan Hassan Ali serta liputan meluas media penjilat UMNO yang mengeksploitasikan keadaan. Jangan biarkan lebih ramai ahli resah gelisah.

Rakyat dan pendokong Pakatan perlu disedarkan bahawa Hassan Ali sebenarnya tidak akan kemana-mana tanpa PAS.

Kembangnya rambut Rosmah... haha...

Posted: 20 Jan 2012 05:35 AM PST

Dekat Pilihanraya, Najib semakin baik dengan rakyat!
Assalamualaikum,Tempoh penggal pemerintahan sudah semakin hampir tamat, yang juga menandakan pilihanraya negara semakin hampir.PR meningkatkan kempen menyedarkan rakyat akan keperluan menukar kerajaan dan BN menerusi pengerusinya merangkap PM, Najib tidak mahu ketinggalan.Memandangkan isu keburukan PR sudah semakin tiada sesudah DSAI dibebaskan dari drama liwatnya, Najib mula menggunakan pendekatan mesra rakyat.

Di Selangor, Najib mengumumkan keprihatinan kerajaan dengan memberi peruntukan segera untuk membina sebuah surau dan kuil di Rimba Raya yang satu ketika dulu merupakan tempat di mana rakyat dizalimi oleh Khir Toyo.Najib juga berjanji dengan peniaga di komplek PKNS untuk menyelesaikan masalah mereka dan berjanji dengan rakyat Selangor untuk menyelesaikan segala masalah mereka sekiranya menang.Masalah yang dibuat oleh Abu HAssan Omar, Mat Tyson dan Khir Toyo sejak bertahun tahun dulu kini dijanjikan Najib akan diselesaikan dalam tempoh 5 tahun penggal pemerintahan akan datang sekiranya BN menang pilhanraya kali ini.

Dari Selangor, Najib ke negeri kelahirannya Pahang, di mana Najib akan melancarkan dana bantuan untuk nelayan.Nelayan yang pada setiap kali ada pilihanraya akan dibantu kerajaan bakal mendapat durian runtuh kali ini.Kerana bukan sahaja mereka akan dibantu tetapi anak anak mereka juga akan dibantu.Itu janji Najib untuk pilihanraya kali ini walaupun janji janji pilihanraya yang lalu tidak semua ditunaikan terhadap masyarakat nelayan.Tabung kecemasan yang diumumkan pada PRK Kuala Terengganu sekarang entah ke mana, tetapi Najib masih berani untuk turun dan berjanji kepada nelayan dengan harapan undi para nelayan akan diberikan kepada BN.

Lebih menarik, Najib juga akan memberi bantuan khas kepada nelayan yang botnya tenggelam dan diserang jerung pada tahun 1993, 19 tahun yang lampau.Demikianlah baiknya Najib kerana prihatin dengan kesusahan nelayan terbabit sejak 19 tahun yang lampau walaupun dalam tempoh itu, nelayan tersebut tidak dipandang Najibpun.

Selepas ini akan kedengaran berita Najib menemui rakyat dari berbagai latar belakang yang berbeza untuk menunjukkan keprihatinannya sempena pilihanraya yang hampir tiba dan selepas pilihanraya seperti biasa kalau Najib dan BN menang, minyak akan naik harga lagi dan secara langsung, para nelayan akan menanggung akibat.

Kisah seketoi daging busuk... kahkahkah...

Posted: 20 Jan 2012 04:09 AM PST

Alhamdulillah, Hassan Ali Tidak Mahu Merayu Kepada PAS

ALHAMDULILLAH, selain dari kita baru sahaja mendapat nikmat kebebasan DS Anwar Ibrahim dari fitnah Liwat II baru-baru ini, terbaru satu lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita apabila Dr Hassan Ali dikatakan tidak akan merayu untuk kekal di dalam PAS.

Memetik kenyataan beliau,"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan 'parasit' ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti".

Memang benar, beliau tidak boleh melakukannya di dalam parti iaitu untuk menghancurkan PAS dari dalam. Segala gerak geri beliau yang bertopengkan perjuangan Islam, Melayu dan raja-raja itu telah lama dihidu oleh pemimpin-pemimpin dan kita sendiri. Kononnya beliau gagal mendapat sokongan dari PAS di dalam isu arak dan murtad, tetapi beliau lupa bahawa beliau sebenarnya ketika itu berada di dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jauh lebih baik dari Umno sebelum itu.

Apakah isu arak di Selangor yang menyebabkan Dr Hassan Ali tidak mahu bersama PAS lagi? Adakah cara Dr Hassan Ali sesuka hati merampas arak dari kedai-kedai 7 Eleven itu tanpa menghiraukan undang-undang yang di luar kawalan kerajaan negeri itu tindakan bijak? Apakah tindakan berhikmah tetapi berkesan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan cara berbincang dengan pengusaha kedai-kedai berkenaan agar tidak menjual minuman keras tersebut di penempatan majoriti Melayu itu tidak kena dengan Dr Hassan Ali? Jika begitu, mengapa tidak sahaja Dr Hassan Ali rampas semua arak-arak di Kilang arak terbesar di Shah Alam?

Adakah beliau tidak sedar, minuman keras yang kebanyakannya dijual di kedai-kedai 7 Eleven itu telah ditafsirkan oleh undang-undang persekutuan sebagai bukan minuman keras kerana di bawah peratusan alkohol yang dikatakan arak, maka kedai-kedai berkenaan mempunyai hak untuk menjualnya dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk menghalangnya? Namun demikian, langkah kerajaan negeri tetap dibuat secara berbincang dan meminta kerjasama pengusaha kedai-kedai berkenaan agar menjauhkan penjualan minuman keras tersebut di penempatan majoriti umat Islam. Ini tidak pernah berlaku sewaktu Umno memerintah Selangor.

Tindakan paling bijak kerajaan negeri juga adalah dengan menawarkan modal perniagaan bagi umat-umat Islam yang mahu berhenti di kedai-kedai penjualan arak. Alasan yang diberikan oleh Dr Hassan Ali kononnya perjuangan beliau di dalam isu arak ini sentiasa ditentang oleh beberapa pimpinan PAS Selangor merupakan alasan yang terlalu dungu. Mengapa Dr Hassan Ali tidak menyalahkan JAIS yang sepatutnya ke depan di dalam isu ini? Adakah JAIS hanya bekerja untuk menangkap mereka yang memberi tazkirah tanpa Tauliah sahaja? JAIS sebenarnya sudah tahu bahawa undang-undang Persekutuan banyak menghalang tugas-tugas mereka sebab itu di zaman Umno memerintah lagi penjualan arak langsung tidak dikawal. Apakah JAIS hanya wujud di Selangor sewaktu PR memerintah sahaja?

Alhamdulillah, meskipun menyedari undang-undang berkaitan arak ini di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah yang bijak penuh hikmah agar kesucian Islam tetap terpelihara. Dr Hassan Ali bertindak seolah-olah Kerajaan Persekutuan diperintah oleh PAS atau Pakatan Rakyat. Dr Hassan Ali mungkin berangapan Selangor di bawah Umno lebih bersih dan suci dari kerajaan sekarang.

Isu Gereja pula, Dr Hassan Ali mendakwa PAS Selangor bersekongkol dengan DAP dan PKR menentang usaha beliau yang kononnya berjuang menentang gejala murtad. Akhirnya, kita diberitahu isu Gereja ditutup kerana tiada bukti yang boleh menyatakan berlakunya kerja memurtadkan umat-umat Islam di Gereja berkenaan. Bukankah sebelum ini, Dr Hassan Ali dan JAIS sendiri melalak di dalam TV dan media mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh? Di mana bukti itu? Mengapa PAS tidak dibenarkan bertemu pihak Gereja dan JAIS? Tidakkah baik jika PAS sendiri menyiasat isu berkenaan jika JAIS sendiri gagal menyiasat dan mendapatkan bukti? Apakah kehendak PAS untuk bertemu pihak Gereja, maka Dr Hassan Ali anggap PAS menyokong Gereja?

Dr Hassan Ali tidak perlu memberi berbagai alasan dan hujah dangkal beliau jika beliau tidak mahu merayu untuk dikekalkan bersama PAS. Bersyukur lah kita dengan tindakan Dr Hassan Ali itu kerana PAS tidak harus memiliki seketul daging busuk yang bakal menjangkiti orang lain. Biarlah daging busuk ini terpelanting dari PAS bersama beberapa ekor lalat yang menghurunginya.

Kelaku MB Kedah dah macam Hassan Ali... kahkahkah...

Posted: 20 Jan 2012 01:30 AM PST

Mahasiswa mahu MB Kedah bebaskan KUIN daripada AUKU

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Seperti perumpaan "paku dulang paku serpih", mungkin itulah gambaran yang disuarakan kumpulan mahasiswa terhadap kepimpinan PAS yang mendesak Putrajaya agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) namun gagal menasihati Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

PAS bersama rakan komponen Pakatan Rakyat selama ini mendesak Putrajaya memansuhkan AUKU namun lima mahasiswa KUIN digantung pengajian tahun lalu dengan menggunakan undang-undang itu.

Kesemua penuntut itu didakwa di bawah kesalahan AUKU kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester.

Tempoh penggantungan empat mahasiswa sudah tamat.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata sehingga kini masih belum ada jawapan rasmi daripada Azizan mengenai AUKU.

"Masih belum ada kenyataan rasmi daripada KUIN, kerajaan negeri Kedah khususnya Menteri Besar dalam isu penggantungan lima mahasiswa KUIN ini.

"Jika di Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan AUKU tidak akan digunakan. Jadi apa pendirian Kedah di bawah PAS dalam isu ini...dalam manifesto Pakatan Rakyat mengatakan akan mansuhkan AUKU tapi di Kedah macam mana pula?" katanya pada sidang media di hadapan ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini.

Jelas Safwan, penggantungan lima mahasiswa KUIN itu bertentangan dengan janji dan prinsip Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang yang telah menyekat kebebasan mahasiswa selama ini.

"Kita mahukan satu jawapan rasmi dan permohonan maaf daripada kerajaan negeri Kedah dalam perkara ini, jika perlu bayar ganti rugi.

"Namun sehingga kini tiada respons, memorandum sudah dihantar namun tiada jawapan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abd Razab menegaskan penggantungan lima mahasiswa itu disifatkan beliau sebagai diskriminasi terhadap kebebasan akademik.

"Apa yang berlaku di KUIN bertentangan dengan apa yang diperjuangkan PAS dan Pakatan rakyat, kita membantah sebarang bentuk diskriminasi terhadap kebebasan akademik," katanya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berkumpul di hadapan ibu pejabat PAS sambil membawa sepanduk tertulis "Bebaskan 5 Mahasiswa KUIN", "Benarkan Mahasiswa Bersuara", "Mahasiswa Tolak AUKU" dan "Mansuhkan Akta 174".

MalaysianInsider

Hodoh sungguh kepala hotak menteri nih... kahkahkah...

Posted: 20 Jan 2012 12:00 AM PST

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri

Hazlan Zakaria
Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka," kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai 'bahaya' yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

Laa... Amanat Haji Hadi punya pasai ka?

Posted: 19 Jan 2012 11:34 PM PST

Murtad Jika Masuk DAP?

SEBENARNYA ada banyak sebab kenapa DAP kurang mendapat sokongan orang Melayu di negara ini. Selain dari usaha tanpa henti UMNO yang menggambarkan DAP sebagai parti perkauman cina dan pro komunis, kurangnya orang Melayu mengisi saf kepimpinan DAP juga dilihat sebagai penyumbang kepada hilangnya minat orang Melayu untuk menyertai parti itu.

Tapi jangan terkejut jika penulis dimaklumkan bahawa ada juga diantara faktor yang menghindar orang Melayu dari menyertai DAP itu juga berasal dari parti komponen dalam Pakatan Rakyat sendiri!!

Yang penulis maksudkan ialah Amanat Haji Hadi pada 1982, dimana amanat tersebut menghukum mana-mana orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir.

Selain dari itu, sebagai parti yang mengamalkan sistem sosialis, DAP turut menerima tempias apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak pencalonan mantan Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali di kawasan Parlimen Kota Bharu pada 2004 kerana beliau menyifatkan fahaman sosialis sebagai adik komunis.

Semua ini sekadar memburukkan lagi imej DAP di kalangan orang Melayu yang memang sedia tercalar oleh propaganda UMNO ke atas parti tersebut yang keterlaluan dan lebih menjurus kepada soal perkauman.

Sementara DAP berusaha keras membaiki imej negatif ke atasnya yang dilemparkan oleh UMNO melalui cara tersendiri dengan membawa masuk orang Melayu seperti Arif Sabri, Aspan Alias dan terbaru Hata Wahari, penulis melihat ada keperluan untuk kepimpinan PAS sendiri, terutama Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang sendiri (sebagai pencetus Amanat Hadi) membantu DAP mengikis tanggapan serong orang Melayu ke atasnya.

Cadangan penulis untuk Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi mengeluarkan fatwa bahawa orang Melayu yang menyertai DAP tidak kafir atau terkeluar dari landasan Islam.

Fatwa ini perlu diberi publisiti meluas di seluruh negara kerana dengan cara itu sahajalah orang Melayu akan lebih yakin untuk menyertai DAP sebagai wadah perjuangan politik mereka.

Lagipun DAP terbukti telah banyak berjasa kepada PAS apabila membantu calon parti tersebut memenangi beberapa kerusi parlimen dalam kempen pilihanraya umum 2008 dan beberapa siri pilihanraya kecil selepas itu.

Sebagai contoh, DAP telah berjaya membantu kemenangan calon PAS, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin di kawasan Parlimen Bukit Gantang pada 2009 dengan menyapu bersih undi nelayan cina di Kuala Sepetang, dikala undi dari kawasan orang Melayu terbahagi sama rata antara PAS dan UMNO.

Sebaiknya fatwa tersebut dikeluarkan dalam masa sehari dua ini bagi menambah keyakinan di kalangan orang Melayu terhadap parti tersebut.

Inilah masa dan ketikanya kedua parti menggunakan kelebihan masing-masing untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya umum akan datang.- SPR

Ahsan, TOKEY KEDAI BUNDLE... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2012 08:00 PM PST

Kualiti barang reject :Dato Dr.Hassan Ali

Oleh: umnopenyangak

Assalamualaikum,,..

Cuba bayangkan keadaan ini : 2 orang kanak kanak berlari, seorang di depan dan seorang dibelakang, tiba tiba yang dibelakang jatuh dan tercedera tanpa sedikitpun tersentuh dengan yang dihadapan.Kanak kanak yang jatuh tadi kemudiannya menyalahkan kanak kanak yang di hadapan menjadi penyebab dia jatuh dan tercedera, alasannya kerana yang di hadapan itu berlari terlalu laju dan kerana ingin mengejarnya, maka dia terjatuh dan tercedera. Gambaran umum yang boleh disimpulkan berlaku kepada pemecatan HA.

Cuma dalam kes HA ada perkembangan yang menyerupai perkembangan Zul Kulim selepas dia dipecat dari PKR.Mula mula HA tunjuk hebat apabila mengatakan dia tidak akan turun ke perhimpunan 901 dan menghasut orang ramai terutama pelajar supaya jangan turun.HA mengatakan perhimpunan itu hanyalah untuk kepentingan peribadi DSAI yang tidak ada kena mengena dengan perjuangan PR dan telah menyerang DSAI dengan berkata DSAI sudah diberi masa yang cukup di mahkamah untuk membela diri.Nada suara yang sama dengan pemimpin dan pencacai UMNO.

Selepas dia dipecat, HA menyalahkan pula DSAI kerana dipecat, samalah dengan kes kanak kanak yang terjatuh tadi.Perkembangan terkini, HA membangkitkan adanya parasit dalam PAS dan berjanji akan menjelajah negara untuk mendedahkan parasit tersebut dan seterusnya menegaskan bahawa dia akan kembali ke pangkuan PAS setelah semua parasit ini dibersihkan dari PAS.

Untuk menghangatkan lagi suasana, HA turut sama pemimpin, pencacai dan media UMNO menuduh DSAI menyokong homosex dan ulasannya menunjukkan betapa DSAI tidak boleh diharapkan seperti dia.DSAI dituduh gila kuasa sedangkan dia sudah berada di puncak EXCO dan sedia dikorbankan.Dalam kes ini, HA tidak perasan yang dia sudah beri bola tanggung kepada DSAI yang pernah duduk di kerusi no 2 negara(kalau nak dibandingkan jawatan Exco HA macam langit dengan bumi) dan lebih dari sedia dikorbankan sehingga sanggup masuk penjara!

Apa yang berlaku ini menyerlahkan satu perkara, kualiti yang jauh berbeza antara HA dan DSAI.Perbezaan antara kualiti barang reject dan barang ori.Tetapi tidak baik menutup terus peluang kepada HA , oleh itu elok juga diberi peluang kepada HA untuk melakukan apa yang dia nak lakukan ia itu jelajah negara dan dedahkan parasit dalam PAS, walaupun barang reject, kekadang lebih baik dari barang ori.Apa lagi, HA buktikan apa yang dikatakan, jangan sembang kosong di TV dan akhbar UMNO sahaja!

Sah minah ni dah silap makan ubat... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2012 06:00 PM PST

Shahrizat Silap Besar.. Kami Cukup Bersedia

KUALA LUMPUR 19 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,"

"Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak," tegasnya.

Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman," jelas beliau.

Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

"Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,"

"(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya.

Bikin malu kompeni BUNDLE jaa... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2012 04:00 PM PST

Pendedahan Khalid Memalukan Ahsan

Oleh Mohd Sayuti Omar

Dalam sidang akhbar mengumumkan perlantikan Exco baru kerajaan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai mengganti Hasan Ali @ Ahsan Akidah serta rombakan kecil portfolio, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sesuatu yang tidak disangka oleh orang ramai iaitu mengenai surat Hasan Ali kepadanya. Oh rupa-rupanya ada protes senyap oleh Ahsan terhadap tindakan segera Khalid itu.

Menurut Khalid, Hasan ada menghantarkan surat kepadanya mempertikaikan tindakannya untuk melantik penggantinya yang dipersoalkan terlalu awal. Menurut Khalid dalam surat itu Hasan memberi tahunya dia masih lagi ada peluang dan ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Ertinya Ahsan masih merasakan dia masih ahli Pas padahal secara tektikalnya dia sudah pun bukan ahli Pas lagi.

Tektikal inilah yang Ahsan tidak faham dan sekaligus menunjukkan dia jahil politik. Kalau dia arif dan mengerti tindakan politik, bila parti mengambil tindakan drastik itu bermakna adalah masalah parti disebaliknya. Saya sudah mentafsirkan tindakan drastik dengan memberi edah selama sebulan itu satu startegi untuk membuang Ahsan.

Itulah kerana terlalu bijak dan pandai cakap hal-hal seni kejahatan seperti urusan pemecatan beliau itu tidak sempat diketahui. Malangnya lagi nasihat orang tidak mahu dengar dan ego dengan kecerdikan sendiri yang tidak banyak membawa untung.

Pendedahan Khalid tentang surat Hasan yang membawa maksud supaya tidak menyegerakan melantik penggantinya sesuatu yang memalukan. Dengan pendedahan itu menunjukkan Hasan yang sebelum ini cakap sedap, keras dan berbunyi tegas jadi sebaliknya. Orang boleh membuat ulasan yang surat itu seolah-olah Ashan menyesal atas apa yang berlaku.

Surat yang didedahkan oleh Khalid itu juga membolehkan orang mentafsir yang Hasan berharap jawatan itu akan terus dipegangnya. Orang mentafsir yang dia hendak merayu dan mengharap rayuan diluluskan. Mungkin Ahsan sudah berbincang dengan mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak akan mempertahankan dirinya dan berharap jawatan Exco itu akan kekal kepadanya.

Langkah diambil Khalid itu tidak salah dan tidak perlu dipersoalkan Ahsan. Sebagai seorang yang patuh kepada peraturan dan profesional dalam administratif jujur dalam pentadbiran Khalid bertindak mengikut maklumat dengan menggunakan kuasa yang ada kepadanya.

Katanya dia menerima surat pemakluman dari ibu pejabat Pas mengenai Ahsan Akidah dipecat bertarikh 10 Januari. Menurutnya dalam surat itu tidak pun dijelaskan soal rayuan. Khalid hanya berpandu kepada isi surat berkenaan dan tentulah dia menerima pemakluman itu sebagai muktamad.

Sebagai ketua eksekutif Khalid perlu mengambil tindakan dan menyegerakan mengisi kekosongan itu. Dia perlu berbuat begitu seberapa cepat yang boleh kerana ia ada sangkut paut dengan kepentingan rakyat. Khalid dalam soal ini meletakkan soal rakyat lebih utama daripada memikirkan atau simpati kepada Ahsan.

Ahsan sebenarnya tersalah langkah. Dia sepatutnya memaklumkan surat itu kepada istana Selangor dan bukan pejabat MB Selangor. Di sini kebijaksanaan Ahsan boleh dipertikaikan. Inilah yang dikatakan Ahsan mendapat nasihat yang tidak pandai dan lebih kepada 'kaki pong' sahaja, alhasilnya dia terlepas segala-galannya.

Dengan protes kecil itu saya beranggap Ahsan sayang untuk melepaskan jawatan itu walaupun sebelum ini dia berkata, dia akan terus berjuang samada jadi Exco atau tidak. Kalau dia tidak sayang dan terkedu dengan pemecatannya itu untuk apa dia hantar surat mempersoalkan tindakan Khalid. Kalau kita redha dan merasa kuat dan mendapat sokongan ramai, peduli sama ada Khalid hendak segera atau tidak hendak mencari pengganti.

Tetapi jadi sebaliknya. Ahsan mempersoalkan dan persoalan itu menyebabkan Ahsan kini dilihat sudah terjempit. Untuk pengetahuan Ahsan apa-apa isu atau perkembangan dalam politik ia berjalan dan bergerak begitu cepat dan pantas. Ia laksanakan kereta api laju yang akan meluncur tanpa mempedulikan kepada mana-mana penumpang yang lambat atau merasa dia akan ditunggu oleh keretapi itu.

Ahsan adalah penumpang yang hendak menaiki atau mempermainkan dengan kereta api laju. Walhasilnya jadilah Ahsan seperti hari ini penumpang malang yang mahu naik koc kelas pertama tetapi natijahnya dia ditinggal keretapi.

Nasihat akhir saya untuk Hasan lebih baik beliau redha di atas apa yang berlaku seperti mana yang diucap-ucapkan sebelum ini. Dia pernah berkata kepada saya yang berbunyi begini; "hari ini kalau di Selangor ada pemimpin muda yang lebih berkelayakan, saya akan redha melepaskan jawatan saya kepada pemimpin sebegitu..." Nah pemimpin muda itu kini sudah pun ada dia ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Rani Osman maka Ahsan hendaklah mengotakan kata-katanya itu.

Sedap telinga saya ketika mendengar pengucapan Ahsan tempoh hari, bangga dengan semangat dan pendiriannya. Sifat begitulah yang dimahui, tetapi apabila sebaik terlepas keretapi laju, Ahsan merembas beg dan bergelepar dan meraung-raung menyebabkan penghormatan saya kepada beliau terus hilang.

Kepada salah seorang penasihatnya, saya sudah cakap Ahsan akan menjadi tumpuan dan kata-kata berbisa kerana kedudukannya sebagai ahli Pas dan seorang Exco. Selepas ini sesudah dia tidak jadi Exco tidak ada siapa akan menghairaukan dia lagi. Justeru mintalah Ahsan berhenti dan pertelagahan beliau dengan Mustapa Ali sudah dimenanginya.

Kalau Ahsan diam dan tidak terus mempersoalkan Pas dia akan tetap kekal sebagai Exco dan dia juga saya yakin akan diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihan raya. Percayalah, tekan saya bergaduh dengan jemaah tidak akan menang betapa hebat, gah, bijak mana sekalipun kita.

Saya sudah memberi kata-kata nasihat itu. Apakah ia sampai ke telinga Ahsan atau tidak walahualam, tetapi orang yang mengambil nasihat itu adalah orang yang berada dengannya sepanjang hari dan akan berhubung tidak kurang 10 kali sehari.

Akhirrul kalam, nasib Ahsan hari ini tak ubah seperti ais di dalam gelas yang mengandungi air panas, dia akan mengecil kemudian akan tenggelam didalam gelas larut bersama air kemudian menjadi sejuk. Ibarat bekas air dikedai kopi selepas pelanggan bangun pergi tuan kedai akan mengambil gelas itu dan mencurahkan air bekasan itu ke dalam longkang.

Nampaknya Ahsan kini sudah pun hampir dengan longkang

http://msomelayu.blogspot.com/

Rayu la woii... rayu laa... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2012 02:30 PM PST

Kes Liwat: Peguam Negara Silalah Merayu

PENULIS dimaklumkan bahawa esok (Jumaat) adalah hari terakhir untuk pejabat Peguam Negara mengemukakan rayuan berhubung keputusan mengejutkan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar pada 9 Januari lepas.

Agak menjadi tanda tanya juga mengapa sehingga ke hari ini pejabat Peguam Negara tidak memberikan sebarang indikasi sama ada rayuan bagi kes tersebut akan dibuat atau tidak? Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail juga dimaklumkan enggan mengulas tentang isu tersebut bila dihampiri wartawan pada minggu sudah.

Penulis ingin menyeru kepada pihak Peguam Negara agar mengemukakan permohonan rayuan bagi kes tersebut dengan segera. Anwar sendiri telah memberikan kenyataan tidak kisah jika Peguam Negara memutuskan kes tersebut perlu di rayu keperingkat Mahkamah yang lebih tinggi.

Lagipun tidak ada apa yang hendak ditakutkan kerana penulis dan ramai yang lain percaya Anwar tidak bersalah. Penulis percaya, proses rayuan ini akan 'menyucikan' lagi Anwar setelah keputusan Hakim Datuk Zabidi Md Diah 'membersihkannya' daripada dakwaan liwat tersebut.- SPR

Tiada ulasan: