Sabtu, 7 Januari 2012

Addin

Addin


(Video) Gempar!! Pembaca Berita Buletin Utama TV3 Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Posted: 07 Jan 2012 08:33 AM PST

Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara! Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali. Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya! Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:

@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.


Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini. Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.

Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010. Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!

Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba!  Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu!


Sumber : Jalan Pulang

Addin :

Masin mulut..


Bukti Blogger Penfitnah Ustaz Azhar Idrus Seorang Jahil

Posted: 07 Jan 2012 06:57 AM PST

Semalam dan hari ini blog Addin di serang ekoran artikel yang di keluarkan oleh Papagomo (termasuk ler blog Azmy Kelana Jaya ni). Bermacam - macam kata-kata kesat dan nista yang di tinggalkan di ruangan komen blog Addin. Namun Addin delete kesemua komen yang menggunakan perkataan-perkataan kesat dan lucah itu. Addin tetap berpegang terhadap kebebasan bersuara di media internet namun komen seperti itu tidak layak di publish.. bikin banyak dosa je. 

Peduli apa.. ini wilayah Addin. Berkenaan fitnah yang dilemparkan oleh blogger pencacai Azmy Kelana Jaya (rumah kata pergi..kubur kata mari) terhadap Ustaz Azhar Idrus makin menampakkan kejahilan blogger Azmy Kelana Jaya.

Sejak bila blogger pencacai UMNO cakna pada agama? Kalau blogger pencacai Azmy Kelana Jaya tau agama.. nilailah gambar di atas. Lagi pun kebanyakan artikel-artikel yang di keluarkan oleh blogger pencacai  hanya fitnah yang hanya ingin menjatuhkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja.. tiada asas yang kukuh!!

Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar? 



Rasanya ramai dah tahu yang pendakwah dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini telah menunjukkan bakat dalam bidang muzik dengan bermain gitar dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada malam tahun baru tempoh hari.

Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.

Khabarnya berpuluh ribu orang telah hadir menyaksikan persembahan tersebut. Namun rupa-rupanya tindakan Ustaz Azhar bermain gitar telah menyebabkan beliau dihentam teruk dalam internet, kononnya perbuatan tersebut haram dan beliau sebenarnya ejen Yahudi.

Fitnah dari blogger Azmy Kelana Jaya

Penulis memandang berat tuduhan sebegitu kerana ia dibuat tanpa disertakan nas serta hujah yang meyakinkan. Mungkin benar ada pendapat Ustaz Azhar yang mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengah pihak namun untuk terus menganggapnya ejen Yahudi sebagai contoh, adalah satu tuduhan yang melampau.

Benar, Ustaz Azhar bukan lulusan Al-Azhar, bukan mempunyai sijil agama yang berlambak-lambak, namun yang pasti beliau mempunyai ilmu yang tinggi berkat kesungguhannya menuntut ilmu agama dengan tok-tok guru dan ulama yang terkenal

Kalau betul beliau salah, kalau betul beliau sesat, sudah tentu dah lama beliau disenaraihitamkan oleh jabatan agama, sudah tentu beliau dilarang menyampaikan kuliahnya di merata-rata tempat di seluruh negara. Berbalik kepada isu bermain gitar ini, seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar menggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam.

Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan. Inikan lebih baik daripada menyambut tahun baru dengan konsert hiburan, menari, dan lain-lain yang boleh melalaikan kita. Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.

Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.

Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya'nya bahawa muzik (sama') mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut:

"Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi…Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya."

Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash'ari dan telah berkata: "Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud." Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi.

Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik. Dari sudut sejarah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.

Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi'zafah, dan daff (sejenis tamborin).

Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam.

Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah Lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar). Al-Farabi sendiri adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis suatu karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami.

Jadi atas huraian tersebut, penulis tidak nampak di mana salahnya Ustaz Azhar kerana bermain gitar tersebut. Yang salah mungkin kita yang tak habis-habis ada sifat dengki dan iri hati sesama manusia, Wallahualam. ~mynewshub


Mak Nyah Pun Nak Join Perhimpunan 901 Bela Anwar

Posted: 06 Jan 2012 09:54 PM PST

Jikalau Mak Nyah pun nak join perhimpunan 901  untuk menunjukkan soladiriti rakyat Malaysia di atas kezaliman kerajaan UMNO BN terhadap Anwar.. apatah lagi kita ni?? Kepada pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, mari kita beramai-ramai berhimpun pada 9 Januari ini di Mahkamah Kuala Lumpur. Kita turun beramai-ramai untuk menunjukkan semua rakyat tolak kezaliman ke atas sesiapa sahaja. 

Perhimpunan 901 ini juga untuk memberi isyarat yang kerajaan UMNO BN yang bahawa hayat mereka semakin hampir.. ayuh kita turun!!

Pondan Pun Nak Join Perhimpunan 901 Bela Anwar

KUALA LUMPUR – Golongan pondan dan pekerja seks akan turut menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada Isnin depan? Begitulah antara berita yang tersebar di dalam ruangan forum dan blog sejak akhir-akhir ini.

Dalam salah satu entry yang tersiar dalam blog Teruna Desa, turut disiarkan gambar pekerja seks di Chow Kit yang menyatakan hasrat mereka untuk menyertai perhimpunan berkenaan. " Apa salahnya kalau orang macam kami nak sertai perhimpunan itu, hina sangatkah?

" Lagipun kami merasakan kami dah lama terpinggir dan didiskriminasi, kami perlukan pembelaan seperti mana Datuk Seri Anwar perlukan pembelaan untuk dirinya," kata Meliasa (bukan nama sebenar), salah seorang pekerja seks di dalam blog berkenaan.

Hari ini polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

Sehingga semalam sebanyak 535 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perhimpunan anjuran PKR itu pada Isnin depan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Anwar yang dipetik dalam The Malaysian Insider sebelum ini menyokong hak Seksualiti Merdeka untuk melahirkan pandangan pihak terbabit berkenaan isu yang diketengahkan

"Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka. "Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?" kata beliau baru-baru ini.

Sehubungan itu, Anwar berkata pihak berkuasa seharusnya melibatkan Seksualiti Merdeka dalam perbincangan jika mereka tidak bersetuju dengan matlamat program tersebut daripada menggunakan dasar-dasar yang ekstrem untuk menangani pergerakan hak asasi seksual. ~mynewshub

Sumber : Mak Nyah Pun Nak Join Perhimpunan 901 Bela Anwar

Tiada ulasan: