Muslimeen United |
- Penjara DSAI mudahkan PR ke P'Jaya
- Panduan lengkap peserta demo 901.
- Ini dia Penghasut, Batu Api dan Penderhaka Kepada YDP Agong
- BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - DS Anwar
- Aksi lembu-lembu betina tua berdailog dengan Auntie BERSIH 02
- Video Ust Azhar Idrus vs Ust Fathul Bari : Isu hukum berdemonstrasi
- Ku Utuskan Mawar Merah Untuk Safwan Sebagai Rakaman Perhargaan - Koh Wee Sun
- Mendaulatkan Syariat Allah Amanah Paling Besar
Penjara DSAI mudahkan PR ke P'Jaya Posted: 06 Jan 2012 09:46 PM PST PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat meraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN). Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini. "Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan... Anwar masuk atau tidak (ke dalam penjara) tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara. "Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi. Kira-kira 2,000 orang telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan ketua pembangkang itu. Anwar (gambar) menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual. "Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya. "(Tetapi) jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku. Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan. "Berdasarkan pada fakta, undang-undang... Anwar perlu dibebaskan pada 9 Januari ini. Tetapi kita menggunakan undang-undang Umno," tambahnya yang kelihatan penat tetapi bertenaga. Beliau menambah "komited" untuk menentang demi reformasi dalam negara walaupun telah menerima tawaran dari beberapa negara asing yang mahu memberikan perlindungan. Kebanyakan orang ramai yang menghadiri ceramah itu merupakan penyokong-penyokong kuat Pakatan Rakyat dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkeyakinan Anwar tidak bersalah. "Individu seperi (Mohd) Saiful akan sentiasa ada. Perbicaraan pertama, kini yang kedua. Tiada bukti dakwaan Mohd Saiful. "Walaupun orang biasa apabila mereka membaca akhbar mereka akan memberitahu ia tiada asas," kata seorang ahli perniagaan berbangsa Punjabi yang mahu dikenali sebagai Jit. Jit berkata dia hadir ke ceramah itu kerana mahu memberikan sokongan kepada Anwar serta kerajaan negeri Selangor yang mana telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding ketika di bawah pentadbiran BN. "Sekurang-kurangnya kami tahu ke mana wang kami pergi." Seorang bekas tentera S.M Amin memberitahu dia memandu dari Klang bersama rakan-rakannya untuk mendengar ucapan Anwar. "Anwar ialah mangsa dalam sistem BN. Disebabkan itu saya memandu dari Klang untuk menunjukkan sokongan dan membuktikan rakyat berada di belakang Anwar, Pakatan Rakyat," katanya. Dia berkata kepimpinan BN gagal untuk menyedari bahawa mereka perlu membayar kembali dosa-dosa yang dilakukan selepas mati. "Sudah tentu, beliau tidak bersalah, rakyat sudah bosan sebab itu mereka berada di sini untuk menyokong Anwar, Pakatan Rakyat," kata seorang warga emas berumur 65 tahun yang mahu dikenali sebagai Ali. Ali percaya tuduhan terhadap Anwar patut digugurkan dan berkata akan menyertai perhimpunan 901 pada Isnin ini. PKR telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 9 Januari untuk menyokong Anwar di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan menambah polis telah memberikan kebenaran. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu semasa satu taklimat dan sidang akhbar bersama PKR selepas rundingan dengan parti itu. Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri. -TMI |
Panduan lengkap peserta demo 901. Posted: 06 Jan 2012 09:45 PM PST Baca, faham dan sebar. Okey di bawah neh ada beberapa perkara yang korang kena tahu sebelum menyertai demo 901. Ingat, demo 901 ialah demo aman bukan demo provokasi. Oleh itu, korang kena ikut rule yang tertentu agar korang aman dan selamat. 1. Di manakah demo tersebut diadakan? Di mahkamah jalan duta. 2. Di manakah saya patut berkumpul? Di kawasan parking mahkamah jalan duta. 3. Pukul berapakah saya patut tiba di sana? Selewat2 nya jam 8 pagi. Tapi dijangka ramai yang turun seawal jam 1 pagi [mungkin menunggu di lokasi yang berlainan]. 4. Boleh kah saya menunggu di kawasan masjid jalan duta? Boleh, tetapi kalau polis halau sendiri mao tanggung. 5. Boleh kah saya menunggu di kawasan lain selain dari kawasan2 yang ditetapkan? Boleh, tetapi kalau terjadi apa2 jangan salahkan sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri. 6. Saya pelajar, saya ingin menyertai demo 901, boleh kah? Tidak boleh. Kalau tanya pada aku jawapan dia tidak boleh. Aku cadangkan jangan korang sertai sebab si puad tue dah bagi warning keras untuk buang pelajar2 yang terlibat dalam demo 901. Tapi kalau ada di antara korang yang berazam nak pergi demo 901 juga, sila pastikan ; - jangan bawa kad pelajar. Waima apa2 benda yang boleh mengaitkan ko sebagai pelajar, jangan bawa. - jangan mengaku ko ialah pelajar andai ditahan. - kalau boleh, jika di soal polis, buat2 berlakon seolah2 ko ke sana sebab nak sokong saiful. Nak jatuhkan rejim zalim kena guna akal strategi beb. Tak guna gak asyik kita jek ke dalam, sekarang kita kena cari jalan supaya yang ke dalam itu bn, bukan nya kita. Tak guna kita berkeras atas benda yang akhirnya kita akan jadi mangsa sampai bila2. Sebab tue aku cadangkan lawan dorang guna strategi. 7. Saya nak pergi demo, saya nak bawa banner dan baju 901, boleh ke? Tidak boleh. Polis dah larang apa2 banner, sticker, kertas, risalah, badge, baju 901. Asal sahaja ada perkataan 901, polis tak bagi korang bawa untuk di pamerkan ketika berdemo. Kalau korang bertegas, polis akan amek tindakan atas tindakan mencetuskan provokasi. Polis akan beri alasan bahawa mereka dah warning awal2, apsal tak ikut arahan? So, kalau ada di antara korang nak bawa juga pastikan ; - sorok barang2 tersebut sehingga sampai di kawasan perhimpunan. - jangan ikut laluan yang diroadblock, bimbang korang ditahan dipertengahan jalan dan kantoi disebabkan barang2 tersebut. Last2 tak dapat turun demo. Kan dah sia2. 8. Apa yang saya patut buat bila tiba di kawasan demo? Berhimpun dengan rakan2 berdemo. Lebih baik, jika anda dapat berhimpun dengan sesiapa yang anda kenal di dalam or di luar facebook. Kalau tiada, berhimpun sahaja dengan sesiapa yang dekat dengan anda ketika itu. Masuk je. Jangan risau, ikut pengalaman bersih aku, time neh seme pendemo2 akan jadi kawan mengkawan. 9. Arahan siapa yang perlu saya ikut ketika berada di lokasi perhimpunan? Arahan yang tidak mengalakkan kepada apa2 provokasi, itulah yang anda patut ikut. Mana2 arahan yang mendekatkan dan mengalakkan kepada provokasi, jangan ikut langsung. Kita tidak tahu apa tujuan dan niat mereka. Boleh jadi penyamar. 10. Polis larang kami berbuat bising, adakah ini bermaksud saya tidak boleh bercakap langsung? Ini idea yang sangat bullshit. Amat mustahil untuk senyap dalam keadaan seperti neh. Jangan risau, bukan anda sahaja yang ada mulut dan ada suara. Polis pun tak larat nak tangkap semua. 11. Polis telah memberikan garisan / penanda aras di kawasan yang boleh berhimpun, apabila garisan / had larangan itu sudah dipenuhi orang, di manakah saya patut berada? Sila berfikir semasak2 apabila anda berada dalam situasi seperti neh. Melanggar arahan polis akan di anggap mencetuskan provokasi dan mereka mungkin gunakan taktik neh untuk menghalau anda. Andai di halau, sila beredar secara baik. Andai tidak halau, stay sahaja di lokasi yang dah padat tue, andai ditahan? Sila jangan melawan menggunakan badan, sebaliknya gunakan hujah. Minta polis tunjukkan sebab kenapa anda harus ditahan. Kalau boleh gunakan apa sahaja alasan supaya anda tidak ditahan. Jika polis bagi alasan, mari kita ke belakang sekejap ka, ke sana ka, ke sini ka, jangan ikut. Sebaliknya, minta sahaja polis berunding di hadapan orang ramai. Taktik neh aku dah pakai time bersih. Memang depa tak bantai korang depan2 orang, sejurus korang dah jauh dari pandangan orang ramai, mungkin tak pasal2 kepala ko kena luku. Bangsatnya polis yang ketuk pale aku. Aku dendam sampai sekarang dowh. 12. Apa yang saya patut buat bila polis tetap menahan saya masuk ke dalam trak? Jangan risau. 901 telah dibekalkan dengan barisan peguam bagi menjamin anda. Anda hanya perlu inform kepada no yang tertera. [no nanti aku siarkan ye]. 13. Apa yang saya patut bawa ketika berdemo 901? Kamera, telefon dan duit yang sedikit. RM10.00 lebih bagos. Tapi rm50.00 lebih rasional berdasarkan keadaan ekonomi sekarang neh. Jangan bawa dompet. Nanti lari2 satgi dompet hilang, menyesal tak sudah ko. Kalau nak bawa, bawa beg sandang. So boleh masukkan barang2 penting disini. Jangan bawa benda2 yang berat sehingga korang sukar nak berlari dan bergerak pada hari itu. Aku takpelah. Sebab aku pergi atas kapasiti ahli media. 14. Apa yang saya patut buat andai melihat provokasi? Rakam. Selepas rakam sebar di internet. Ingat, bukan seme yang hadir pada 901 ialah truly 901. Ramai di antara mereka ialah askar upahan untuk create chaos. So rakam je. Bila rakam, anda sebar. Dari situ maybe kita dapat siasat siapa sebenarnya yang buat provokasi. Tah2 SB dan Polis. Macam isu adam adli tue. Hehehe. Kan kantoi. 15. Apa yang saya patut buat andai melihat polis memukul orang awam? Rakam. Dah rakam baru pergi bantu orang awam tersebut. Bertanya dan berhujah kenapa perlakuan polis kasar kepada dia. Jangan keluarkan bahasa kesat. Dan jangan balas balik kekasaran polis dengan cara yang kasar [body contact]. Kita mahu cari impak yang positif ke atas perjuangan kita. Jadi, biarkan kita kekal menjadi orang baik dan orang jahat itu biar mereka yang pegang. 16. Dsai ditahan polis, keputusan mahkamah bias. Ramai orang marah2 apa yang patut saya buat? Teruskan demo secara aman. Dan nasihatkan orang sekeliling agar tetap berdemo secara aman. Jangan panjat kereta orang, jangan musnahkan apa2 barang awam dan jangan usik apa2 harta awam. Hormati hak orang lain sebagaimana anda mahu hak anda dihormati. 17. Dsai didapati tidak bersalah, apa yang perlu saya buat? Ikut apa yang orang ramai buat. Andai mereka tetap berdemo, maka ikut sahaja panduan di atas neh. 18. Saya melihat ada pimpinan parti yang ditahan. Apa yang perlu saya buat? Rakam, rakam dan rakam. Inilah apa yang anda patut buat dalam apa juga situasi sekalipun. Dan jangan sesekali membuat provokasi dan sila halang rakan2 anda daripada berbuat provokasi. Ingat, bukan hanya anda je ada kamera. Polis pun ada. Jadi, jangan biarkan polis berpeluang rakam gambar peserta 901 melakukan provokasi. 19. Saya melihat ahli2 pekida dan perkasa menganggu kami, apa yang perlu saya buat? Rakam perlakuan mereka dan jangan layan beruk2 neh. Mereka neh ada masalah yang besar dalam memahami bahasa manusia. 20. Demo 901 berlangsung sangat baik, apa yang perlu saya buat? Tak perlu buat apa2. Ucapkan terima kasih pada pdrm yang berkerjasama bagi memastikan demo 901 neh berjalan aman. 21. Demo 901 berlangsung sangat teruk, apa yang perlu saya buat? Muhasabah diri. Cari mana silap salah di mana2 dan perbaiki diri agar kesilapan sama tidak berulang. Manakala, jika kesilapan datangnya dari orang lain [pihak satu lagi] sila sebarkan secepat yang mungkin agar kebenaran dan hak dapat ditegakkan. |
Ini dia Penghasut, Batu Api dan Penderhaka Kepada YDP Agong Posted: 06 Jan 2012 09:38 PM PST Apa la nak jadi dengan UMNO sekarang ni haa?? Ada ke patut failkan injuksi ke mahkamah utk membatalkan fatwa yg telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kedah..... aku rasa ini kali pertama aku dengar suatu fatwa dibawa ke mahkamah utk diputuskan sebagai 'batal'....adakah kuasa mahkamah hanya dikepalai oleh seorang atau dua hakim punya kredibiliti utk membatalkan suatu fatwa yg dibuat secara musyawarah mengikut perimbangan maslahah dan hukum-hakam oleh 10 ulamak besar Kedah. Sudah ketandusan isu puak2 ini hinggakan hukum-hakam dijadikan bahan mainan dgn mahkamah yg tak ikut hukum Islam dijadikan platform penghakiman. Ini dia bukti keputusan yang oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berkaitan Madrasah Salihiah. Segala keputusan yang dibuat tiada kena mengena langsung dengan Kerajaan Negeri kedah. Nilaikanlah sendiri.Bagi Sk Orang yang layak di panggil batu api, penghasut, pengkhianat dan penderhaka adalah Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) iaitu Mansor Ahmad (gambar atas berbaju kuning). Sk amat mengenali mamat berbaju kuning ni. Seorang kontraktor kelas F. Kononnya nak jadi hero, nak jadi jaguh kampung. Nak jadi hero selamatkan madrasah ni dah nampak bagus dah.. tapi yang sebenarnya pengerusi berbaju kuning ni sendiri pun taktau hujung pangkal, taktau kepala ekoq. Pakai hentam saja. Bab Agama diri sendiri pun lintang pukang. Sepatutnya tindakan patut diambil keatas pengerusi BBSMS ni kerana menghina Datuk Mufti Kedah. Hina Mufti Kedah dah kira Menghina Sultan Kedah, Hina Sultan Kedah dah dikira Menghina YDP Agong. Sk mengharapkan agar ada individu yang berani tampil bersuara di atas kedurjanaan dan keceluparan pengerusi ini. http://siasahkini.blogspot.com/2012/01/ini-dia-penghasut-batu-api-dan.html |
BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - DS Anwar Posted: 06 Jan 2012 09:36 PM PST PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini. Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya. Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh. Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya. "BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas. Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan. Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya 'lawan tetap lawan' sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam. "Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya. -Hrkh |
Aksi lembu-lembu betina tua berdailog dengan Auntie BERSIH 02 Posted: 06 Jan 2012 03:46 PM PST Kisah ini aku dah story kat SINI sebelum ini, Baru terjumpa aksi-aksi kebodohan lembu nak tunjuk cerdik dengan auntie BERSIH 2.0 ... terbayang keikhlasan diwajah auntie tu, walaupun dia seorang Cina,, moga-moga Allah S.W.T memberikan hidayah dan petunjuk Nur Islam buat dirinya..... fikrahnya lebih mulia dari 4 ekoq lembu tu,,, |
Video Ust Azhar Idrus vs Ust Fathul Bari : Isu hukum berdemonstrasi Posted: 06 Jan 2012 03:29 PM PST |
Ku Utuskan Mawar Merah Untuk Safwan Sebagai Rakaman Perhargaan - Koh Wee Sun Posted: 06 Jan 2012 03:19 PM PST Mengapa saya terfikir untuk memberikan bunga kepada Safwan? Mengapa 19 orang ibu atau sahabat saya ini terfikir untuk memberikan bunga kepada Safwan? Saya tidak berbicara tentang politik di sini. Saya hanya ingin berbicara tentang pendidikan. Kawan saya di sini (laman Facebook penulis) semua tahu, bahawa saya telah mengajukan dua soalan sejak anak sulung saya belajar di sekolah rendah, dua tahun yang lalu. Apa itu pendidikan, dan ke manakah anak kita dibawa dengan pendidikan kita ini? Ini kerana pengamatan saya mendapati, bahawa pendidikan di sekolah bukan untuk mencerahkan minda, bukan untuk mengajar bagaimana anak saya membezakan antara yang baik dengan buruk, bukan untuk mengajar mereka menganalisa, sebaliknya mengajar mereka untuk percaya kepada autoriti, akur sepenuhnya. Kanak-kanak bukan belajar bagaimana untuk menyelesaikan tugasan bersama, tetapi belajar bagaimana untuk mengatasi murid yang lain dari segi prestasinya. Namun, bukankah pendidikan seharusnya mendidik anak kita, bagaimana untuk berfikir dan menganalisa? Bukankah pendidikan kita seharusnya mengajar kanak-kanak bagaimana menjadi seorang insan yang baik? Mereka sepatutnya berkemampuan untuk membezakan, antara autoriti yang betul dengan yang salah - dan bukannya mempercayai autoriti sepenuhnya. Mereka boleh akur dan patuh, tetapi anda seharusnya memujuk dan meyakinkan mereka - apa perlunya mereka untuk mematuhi sesuatu? Ramai ibu bapa tidak memikirkan bahagian ini, lantas gagal menyedari di manakah masalahnya. Apabila kita mendapati ramai pelajar yang tidak tahu apa yang ingin dilakukan selepas Tingkatan Lima, atau mengisi ruang cita-cita dalam borang mengikut pandangan ibu bapa atau abang dan kakak - ianya masalah pendidikan, selain kawalan ibu bapa yang keterlaluan. Namun, kumpulan pelajar ini mampu berfikir, maka mereka menyedari mengapa pentingnya kebebasan akademik. Mereka menyedari bahawa sesuatu yang bernilai untuk mahasiswa dan mahasiswi telah hilang dengan kemunculan AUKU. Mereka tahu. Tetapi mereka bukan berteriak dalam kedai kopi, atau memaki dalam Facebook, atau mencemuh ketika berbual-bual dengan kawan. Mereka tampil ke depan dan meminta agar kerajaan memandang berat isu ini. Kemudian anda boleh lihat keberanian dan semangat setiakawan yang ada dalam diri mereka ketika membantu kawan mereka. Peristiwa pada awal pagi 1 Januari 2012 berlaku kerana mereka menyatakan sokongan mereka terhadap Adam Adli (yang dipanggil menghadiri prosiding lantaran perbuatannya menurunkan bendera berwajah Najib). Pada hari itu, ramai yang ditangkap kerana menyokong kawan mereka yang dibelasah polis. Mereka tidak meninggalkan situ sebab ketakutan, kerana yang dibelasah itu adalah kawan mereka. Sikap sedemikian gagal ditemui dalam dunia orang dewasa seperti kita. Apa yang saya nampak dari Adam dan Safwan adalah semangat ini - mereka mempunyai pandangan mereka yang tersendiri, mereka mampu berfikir, mampu menganalisa senario terkini, malah menterjemahkan pandangan mereka kepada tindakan. Semangat sedemikian telah lama hilang dalam diri kita. Sekarang saya mula nampak cahaya, walaupun belum pasti apakah makna di sebalik cahaya ini (maafkan saya, saya hanya seorang ibu, bukan pendidik, malah bukan penganalisa politik). Namun saya tetap ingin memberikan sekuntum bunga kepada anak-anak sebegini, untuk merakamkan penghargaan dari hati saya. Terima kasih kepada beliau dan rakan beliau - kerana menerokai satu kemungkinan halatuju reformasi pendidikan - demi anak saya atau rakan anak saya. -MerdekaReview *Koh Wee Sun ialah seorang suri rumah tangga, antara ibu yang memberikan bunga kepada Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), setelah beliau dikejarkan ke hospital lantaran keganasan yang berlaku dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi 1 Januari 2012. Bunga ini disampaikan melalui Chua Yee Ling (gambar kanan, baju hijau), ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. **Tulisan ini dipetik, diterjemah dan disunting dari Facebook Koh Wee Sun dengan kebenaran. |
Mendaulatkan Syariat Allah Amanah Paling Besar Posted: 06 Jan 2012 03:17 PM PST HULU TERENGGANU - Amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan Syariat-Nya sebagaimana yang pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang "Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk". Menurutnya, undang-undang tersebut -undang Tubuh Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911, menyambung apa yang tercatit di 'Batu Bersurat' yang bertarikh tahun 700 Hijrah dan bersamaan 1100 masihi yang dijumpai di Kuala Berang. "Kita (PAS) sedang menyambut 100 tahun "Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk" yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak. "Adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911. "Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta'ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan Syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh Nabi-nabi dan Rasul," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam. Antara pimpinan lain yang berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. Menurutnya, kedatangan Islam ke alam Melayu pula bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah atau Islam baka dan keturunan. Namun, katanya kedatangan Islam ke alam Melayu ini adalah Islam orang, negara dan kerajaan sekaligus. "Ini (Islam) bukan main-main. Para pendakwah Islam yang datang ke alam Melayu bukan Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bukan Islam yang didaftarkan di Pejabat Agama, bukan sekadar Islam baka dan keturunan. Islam yang dibawa ke alam Melayu adalah Islam orang, Islam negara dan kerajaan. "Maka, hukum Islam diamalkan. Di atas 'Batu Bersurat' dicatit undang-undang jenayah, undang-undang hudud, undang-undang muamalat yang disebut dalam al-Quran dan Hadis SAW. Diamalkan di Melaka dan di negeri-negeri Islam di alam Melayu ini," jelasnya dihadapan hampir 10,000 hadirin. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa 'hilangnya' amanah tersebut setelah didatangan penjajah menakluk negeri-negeri orang Islam. Waktu itu, katanya penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam sendiri di seluruh dunia. "Hilangnya semua amanah (syariat Islam) ini apabila datangnya penjajah. Penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam di seluruh dunia. "Mereka (penjajah) lagakan orang Islam dan pecahkan orang Islam. Pecahkan bangsa-bangsa orang Islam dan mereka (penjajah) berjaya menakluk dan menjajah negara orang Islam. Sejak itulah Islam tidak berdaulat dan berkuasa lagi," ujarnya. Ustaz Abdul Hadi menjelaskan perkara tersebut melalui ayat-ayat Allah yang diterangkan dalam Surah an-Nisa' yang membawa maksud penegasan dari Allah SWT. -BO |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan