Sabtu, 7 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Harimau sambaq kepala budak

Posted: 07 Jan 2012 10:00 AM PST

Harimau zoo sambar kepala budak

MOSCOW: Kegembiraan satu keluarga mengunjungi zoo bergerak di Blagoveshchensk, timur Russia bertukar tragedi yang hampir menyebabkan kematian apabila seorang daripada mereka diserang harimau, semalam.

Hanya dikenali sebagai Timofei, budak berusia tiga tahun itu sedang berdiri berhampiran pagar sementara yang menempatkan harimau Amur – spesies hidupan liar yang jarang ditemui.

Ketika Timofei bersedia dirakamkan gambar oleh ibu bapanya, harimau itu menjangkau kepala mangsa menyebabkan berlaku kekecohan.

Saksi berkata, seorang pekerja zoo berjaya memukul haiwan liar itu dengan kayu sebelum ia melepaskan kepala Timofei.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kritikal selama dua jam Doktor berkata, Timofei mengalami kecederaan parah pada kepala dan otak. – DM

Syok ooo mengata kat Hassan Ali... kahkahkah...

Posted: 07 Jan 2012 08:30 AM PST

Apa lagi Hasan Ali ni?

Setelah semua pihak menutup mulut dan tidak mahu mengulas apa sahaja tindakan Hassan Ali, namun Exco Kerajaan Selangor itu masih berkokok di luar sana.

Tidak segan silu menggunakan TV3 dan akhbar lain yang pro-Umno, Hassan terus menyatakan pendiriannya terhadap beberapa isu semasa termasuk dalam kes Himpunan 901.

Saya amat bersetuju dengan cadangan Hassan agar Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang atau Tuan Guru Nik Aziz menjadi Perdana Menteri, namun dalam pada itu juga Hassan ada menyatakan agar ahli PAS tidak menyertai himpunan 901.

Beliau menyelar kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Abdul Hamid yang mahu ahli PAS turut serta dalam Himpunan 901 di Mahkamah Jalan Duta 9 Januari ini.

Inilah toleransi Hassan Ali dalam berpolitik, duduk dalam PAS, menang atas tiket PAS, tetapi nada percakapan sama seperti Ibrahim Ali yang menang atas tiket bersama PAS pada PRU-2008.Inilah kebijaksanaan politik Hassan Ali yang mashul..Hebat sangat, pandai sangat...pandaiiiiiii woooooo (pinjam kata Ali Maiden)...

Tiada bezanya antara Hassan dan Ibrahim Ali, malahan nada mereka hampir serupa kini.

Ramai kalangan ahli PAS memang terpesona dengan kepetahan Hassan Ali bermotivasi, hingga menampakkan wajah sebenar tokoh motivasi itu kini.

Tak mengapalah wahai Hassan, teruskan bermotivasi dan teruskan menjaja pandangan kamu di akhbar pro-Umno, walaupun ianya perit kepada PAS...tak apa kamu memang hebat dan dipuja oleh ramai..Anta hebattt.... hebattttt....(meyampah aku dengan ayat ni).

Selepas ini akan ada lagi kenyataan Hassan Ali yang terpaksa hanya dipandang sahaja oleh kita semua sebagai suatu yang sangat bertentangan dengan parti...Tak apa kebebasan...bebas menyatakan apa sahaja,,,katalah selagi kamu hidup.......

Ahhhh...malas dah aku nak layan si Hassan Ali ni..ada baik aku jumpa Pak Ali (kawan yang menjual air tebu)...dia ada jauh lebih baik dari HA.....

Eeii, gelinya... giliaq Ummi Hafilda nak selak kain... kahkahkah...

Posted: 07 Jan 2012 08:08 AM PST

Ummi: Sedia dedah rahsia 'bateri 3A'


KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.

"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik.

Dalam perkembangan berkaitan, kata Ummi, beliau tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan serta kelemahan ketiga-tiga mereka termasuk Azmin sungguhpun mereka adalah adik-beradik sehingga kesemuanya bersara daripada politik dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Tetapi saya masih mempunyai sifat perikemanusiaan dan kalau boleh enggan mendedahkan keburukan abang kandung saya sendiri.

"Mereka perlu bertaubat dan meminta maaf seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu atas skandal seksnya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda yakin Azmin serta PKR tidak akan mampu mengumpulkan sehingga 100,000 penyokong fanatik Anwar untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara Isnin ini.

"Azmin boleh berangan seperti Mat Jenin. Dia juga pernah berangan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum lalu tetapi tiada apa yang berlaku," katanya.

-Utusan

Botak Chin pun tak jahat sampai camni... kahkahkah...

Posted: 07 Jan 2012 06:00 AM PST

Anwar Ibrahim Patut Dinobatkan Sebagai Lelaki Paling Jahat Di Malaysia

KALAU merujuk kepada media-media propaganda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, dan TV3, jelas Anwar Ibrahim merupakan manusia yang paling teruk diserang kiri kanan atas bawah, siang malam pagi dan petang.

Malah kalau kita lihat sejarah, beliau seolah-olah sudah jadi manusia paling jahat di dunia. Apa kesalahan yang tidak dituduh ke atas beliau?

Liwat, zina, penipu, ajaran sesat, salah guna kuasa, ejen Amerika, ejen Arab Saudi, ejen Israel, nak bangkrapkan negara, nak jual negara, menghancurkan Islam, pecah belahkan masyarakat, membuat huru-hara, pelakon video lucah, dajal, dan sebagainya.

Tuduhan seks saja, berapa banyak versi sudah dilemparkan ke atas beliau? Kononnya Anwar zina dengan bini kawannya, zina dengan pelacur, ada anak haram, liwat pemandu, liwat adik angkat, liwat pembantu, liwat rakan sepenjara.

Tunggu masa saja beliau akan dituduh lakukan hubungan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Malah, sepanjang ReJaM© mengenali tokoh-tokoh pemimpin yang ada di dunia ini, Anwar lah manusia yang digambarkan sebagai paling jahat dalam sejarah.

Terbaru, Anwar dituduh membawa fahaman yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Kononnya Anwar membawa fahaman pluralisme pulak.

Berdasarkan tuduhan yang terlalu banyak ini, Anwar wajar dinobatkan sebagai manusia paling jahat di Malaysia atau barangkali sebagai manusia paling jahat di muka bumi ini.

Inilah propaganda yang cuba ditanam di dalam fikiran rakyat Malaysia. Namun jika difikirkan secara rasional benarkah ada manusia sejahat itu di Malaysia ini? Benarkah ada manusia yang mampu jadi sejahat itu di dunia ini?

"Najib Razak pula wajar dinobatkan sebagai manusia paling suci di Malaysia "- SPR

Nik Aziz pun Hassan Ali kencing, inikan pulak Mat Sabu... kahkahkah...

Posted: 07 Jan 2012 04:49 AM PST

Nasihat Mohd Sabu kepada Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menasihatkan seluruh ahli dan kepimpnan PAS, khususnya AJK PAS Pusat, Dato' Dr Hasan Mohd Ali agar tidak mengkritik dasar mahupun keputusan parti terutama nya menggunakan medium musuh (Umno).

Sebaliknya sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan membabitkan perkara yang te lah ditetapkan melalui Muktamar PAS, mereka haruslah 'beruzlah' atau mendiamkan diri, katanya.

Menurut Mat Sabu, sejak dahulu lagi, kepimpinan mahupun ahli PAS yang tidak bersetuju dengan sebarang keputusan PAS mengamalkan sikap berdiam diri dan tidak mengkritik melalui medium musuh.

Dalam keputusan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) semasa zaman Dato' Asri Muda, meskipun ada beberapa pimpinan dan ahli tidak berpuas hati dengan pendekatan PAS ketika itu, namun mereka berdiam diri sahaja, katanya.

Begitu juga semasa mengangkat keputusan bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan bekerjasama dengan Semangat 46, ada juga ahli yang tidak setuju, katanya.

Namun mereka berdiam diri dan mengambil tindakan untuk tidak aktif sebentar dengan parti, sebaliknya apabila keadaan reda, mereka kembali aktif, katanya.

Dalam perkembangan terbaharu pula, beliau menasihatkan pihak-pihak yang terbabit agar berdiam diri dan sebaiknya berbincang secara dalaman untuk menyampaikan pandangan.

"Nasihat Abang Mat, adalah lebih baik berdiam diri, ataupun sedia berbincang secara dalaman biarpun dengan suasana yang panas dan tegang, agar ia tidak menjadi bahan untuk musuh menyerang kita," ujarnya.

Anwar dah menang...

Posted: 07 Jan 2012 01:30 AM PST

Anwar: Pakatan akan dapat lebih sokongan jika saya dipenjarakan

PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

"Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak (ke dalam penjara) tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.

"Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi.

Kira-kira 2,000 orang telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan ketua pembangkang itu.

Anwar (gambar) menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.

"Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.

"(Tetapi) jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku.

Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan.

"Berdasarkan pada fakta, undang-undang...Anwar perlu dibebaskan pada 9 Januari ini. Tetapi kita menggunakan undang-undang Umno," tambahnya yang kelihatan penat tetapi bertenaga.

Beliau menambah "komited" untuk menentang demi reformasi dalam negara walaupun telah menerima tawaran dari beberapa negara asing yang mahu memberikan perlindungan.

Kebanyakan orang ramai yang menghadiri ceramah itu merupakan penyokong-penyokong kuat Pakatan Rakyat dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkeyakinan Anwar tidak bersalah.

"Individu seperi (Mohd) Saiful akan sentiasa ada. Perbicaraan pertama, kini yang kedua. Tiada bukti dakwaan Mohd Saiful.

"Walaupun orang biasa apabila mereka membaca akhbar mereka akan memberitahu ia tiada asas," kata seorang ahli perniagaan berbangsa Punjabi yang mahu dikenali sebagai Jit.

Jit berkata dia hadir ke ceramah itu kerana mahu memberikan sokongan kepada Anwar serta kerajaan negeri Selangor yang mana telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding ketika di bawah pentadbiran BN.

"Sekurang-kurangnya kami tahu ke mana wang kami pergi."

Seorang bekas tentera S.M Amin memberitahu dia memandu dari Klang bersama rakan-rakannya untuk mendengar ucapan Anwar.

"Anwar ialah mangsa dalam sistem BN. Disebabkan itu saya memandu dari Klang untuk menunjukkan sokongan dan membuktikan rakyat berada di belakang Anwar, Pakatan Rakyat," katanya.

Dia berkata kepimpinan BN gagal untuk menyedari bahawa mereka perlu membayar kembali dosa-dosa yang dilakukan selepas mati.

"Sudah tentu, beliau tidak bersalah, rakyat sudah bosan sebab itu mereka berada di sini untuk menyokong Anwar, Pakatan Rakyat," kata seorang warga emas berumur 65 tahun yang mahu dikenali sebagai Ali.

Ali percaya tuduhan terhadap Anwar patut digugurkan dan berkata akan menyertai perhimpunan 901 pada Isnin ini.

PKR telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 9 Januari untuk menyokong Anwar di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan menambah polis telah memberikan kebenaran.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu semasa satu taklimat dan sidang akhbar bersama PKR selepas rundingan dengan parti itu.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri.

TERHOT!!! Hishamuddin Rais si Tukar Tiub dituduh menghasut

Posted: 06 Jan 2012 11:25 PM PST

Rakaman Video, Hishamuddin Rais sedang menghasut penduduk Lembah Pantai... kahkahkah...


Dan malam ini Hishamuddin Rais dijangka akan menghasut di Cherok Tok Kun (Kampung Anwar Ibrahim), Bukit Mertajam pula..


Datanglah beramai-ramai untuk dengaq hasutannya.... kahkahkah...

Siri wajib tonton... wajib tau, haha...

Posted: 06 Jan 2012 10:35 PM PST



Ni pasainya Anwar tak mau bersumpah...

Posted: 06 Jan 2012 09:40 PM PST

Kenapa Anwar tidak mahu bersumpah?
Walaupun beliau sedar tindakan mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya... kenapa? bacalah penjelasan dari DSAI sendiri..

"Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah," tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama.

Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam.

Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini.

Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama.

"Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah.

"Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar," katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online.

Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam.

"Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah.

"Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam," katanya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku "Qazab" untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah.

"Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat.

"Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun," katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan.

Hassan Ali kebai dari kena tibai... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 07:00 PM PST

Hassan Ali bertekad untuk menjadikan PAS sebagai musuh

Hasan Ali sudah membuat onar dan akan terus membuat onar lagi kepada PAS. Setiap keputusan yang dibuat parti diperleceh dan dikencing beliau secara terbuka di media musuh.

Nampak pada zahir, bahawa beliau telah bertekad untuk menjadikan PAS sebagai musuh. Pada tanggapan aku, kemungkinan pada peringkat kedua nanti, Hasan Ali akan bertindak menyerang pimpinan PAS, termasuk batang tubuh TGNA mursyid am PAS.

Keberanian Hasan Ali menjadi tanda tanya, adakah beliau membuat onar kerana mahu dibuang daripada PAS, atau beliau merasa dirinya kebal dari tindakan dan telah mendapat perlindungan dari dalam parti.

Daripada kerdurhakaan Hasan Ali terhadap PAS dalam edisi pertama dan kedua, jelas sekali bahawa Hasan Ali telah menang besar. Kemenangan ini diperolehi dengan bantuan pemimpin PAS sendiri. Beliau merupakan "musuh PAS paling istimewa kerana mendapat perlindungan daripada pemimpin PAS sendiri untuk menghancurkan PAS".

Bahkan dengan bantuan daripada beberapa pemimpin tertinggi PAS, beliau telah berjaya mempermain dan memalukan TGNA musrsyid am PAS dan kes minta maaf.

Sebuah parti politik akan menemui kegagalan, jika kepimpinan parti gagal menyelesaikan sesuatu masalah parti dengan segera dan tepat. Bahkan ahli dan penyokong parti akan merasa tidak puas hati dan merasa bosan dengan suasana dalam parti sendiri.

Sesetengah pimpinan parti lebih memenangkan rasa hormat dan malu lebih daripada kepentingan dan masa depan parti. Lihatlah bagaimana Mat Sabu, Mahfoz Omar, Salahudin Ayob dan Mujahid Rawa menunjukkan sikap tidak setuju dengan tindakan Hasan Ali, namun tidak apa yang dibuat kecuali mendiamkan diri dan membisukan mulut.

Tindakan mereka ini bagaikan :' seorang panglima yang berani di medan perang, namun penakut dengan bini di rumah"

Sementara sesetengah pimpinan meredai dan menyokong kelakuan yang dilakukan oleh Hasan Ali.
Pimpinan PAS seperti Harun Din, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasariddin Mat Isa, Nasaruddin Tantawi dan Nik Abduh merupakan penyokong secara langsung ata tidak langsung kepada Hasan Ali. Walaupun mereka tidak menzahirkan diri, namun ahli dan penyokong PAS dapat membacanya.

Sikap TGHH sebagai Presiden parti menambah kekalutan isu Hasan Ali, sikap beliau yang tidak tegas dan membiarkan isu ini berlarutan tanpa jawapan yang nyata, mungkin meninggalkan kesan kepada sokongan dari luar parti yang sangat diperlukan.

Ahli dan penyokong PAS hanya menunggu satu suara keramat daripada pimpinan PAS. Suara ini diharapkan dapat menamatkan penantian yang penuh dengan tanda tanya ini dalam isu ini. Suara TG. Nik Aziz Nik Mat, sebagai mursyid Am PAS… Ultraman

Betoi ka Anwar berjaya jerat musuh dia... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 05:23 PM PST

Seronoknya jadi orang BODOH!

"Assalamualaikum,,..

Masih segar dalam fikiran dakwaan seseorang yang selama ini penulis umnopenyangak tidak faham dengan tata cara mahkamah dan keadilan yang dituntut tidak mengikut prosiding mahkamah hanya keadilan kedai kopi. Apa benda keadilan kedai kopi dan apa menda pula keadilan prosiding mahkamah? Entah macam mana lepas pulang dari solat jumaat tadi teringat kepada Hanifa Maidin, peguam PAS yang telah banyak bergelumbang dengan prosiding mahkamah terutama kes kes serius yang melibatkan pemimpin dan penyokong PAS.

Hanifa cukup berpengalaman mengendalikan kes saman dan kes tuduhan ke atas Mat Sabu termasuk kes terbaru menfitnah orang mati berkaitan isu Mat Indera komunis. Hanifa Maidin juga antara peguam yang bertungus lumus membebaskan Suwandi dan Mohd Azman dari prosiding mahkamah dengan berdepan dengan peguam negara. Hanifa juga cukup mahir dengan prosiding mahkamah berkaitan kes liwat DSAI, kes yang sedang dibicarakan dan kes tahun 1998 dulu.Terjumpa satu posting Hanifa yang bertajuk Anwar berjaya menjerat musuhnya

Membaca posting Hanifa baru penulis umnopenyangak sedar bukan penulis yang bodoh tetapi diperbodohkan oleh seseorang yang beragenda barangkali. Hanifa Maidin juga boleh digolongkan dalam golongan non Erdogan dalam PAS kerana keakrabannya dengan Mat Sabu tetapi dalam posting ini, Hanifa menghurai situasi berdasarkan ilmu dan pengalamannya berdepan dengan prosiding mahkamah di Malaysia.

Masing masing yang nak tahu apa cerita sebenarnya dalam kes liwat DSAI dan perhimpunan 901, cuba baca posting Hanifa dan fikirkan apa yang patut dilakukan pada 9/1 nanti.Jangan dengar cakap cakap orang yang mendakwa cerdik dan tahu prosiding mahkamah sehingga selain itu dianggap keadilan kedai kopi(satu lagi kisah orang bodoh ajar orang cerdik ialah berkaitan tata cara keadilan dan tata cara mahkamah ala UMNO, insyaallah akan datang bila penulis dapat mengolah idea kepada penulisan)

Seronok juga jadi orang bodoh sebab boleh belajar dengan orang cerdik dan orang orang yang pura pura cerdik!

Orang politik memang kerja depa berpolitik... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 03:39 PM PST

Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang

Oleh Haji Subky Abdul Latif

Telah berkembangan sekarang usaha penyokong Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi pada 9 Januari 2012 di persekitaran mahkamah yang akan menentukan hukuman untuknya dan tuntutan supaya dia dibebaskan.

Ia sudah dijadikan isu oleh penentang Anwar kononnya Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Maka banyaklah susulan demonstrasi sekitar 100 orang pra 9 Januari itu oleh pihak anti Anwar
Isunya sekarang ialah Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Hujahnya, tidak wajar dan tidak bijak bagi golongan Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang.

Umno dan kerajaan adalah berpihak kepada anti Anwar ini.

Majlis Peguam dalam kenyataannya tidak mengira gerakan membebaskan Anwar itu satu penghinaan mahkamah dan tiada gambaran dalam perlembagaan negara mengira ia satu perlanggaran undang-undang.

Memanglah undang-undang dan mahkamah tidak patut dipolitikkan. Tetapi adalah terhadap yang tidak berangkut politik.

Tetapi dunia pula tidaklah bebas dari kes politik. Banyak berlaku dakwaan politik. Adalah sukar memisahkan reaksi politik dari kes politik. Oleh itu politik adalah terbuka dalam kes-kes yang didakwa kerana politik.

Umno sendiri tidak bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah. Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam polemik politik atas isu kes dakwaan Datuk Harun Idris, Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor.

Berpecah Umno dan negara hampir terjerumus kepada ancaman kekacauan oleh isu itu.

Harun dituduh rasuah. Tun Razak bersetuju mendakwanya kerana dia enggan menerima tawaran menjadi Duta ke PBB. Kalau dia menerima tawaran itu dia dipercayai tidak didakwa.

Pendakwaannya itu dikira oleh setengah pemimpin tertinggi Umno sebagai kes politik. Mereka tidak menolak 100 peratus Harun bebas dari rasuah, tetapi pada mereka mana pemimpin dan ahli Umno yang tidak rasuah. Maka mengapa Harun saja yang didakwa?

Tan Sri Jaafar Albar, satu-satu ahli Umno bergelar Singa Umno, ahli Majlis Tertinggi Umno sejak sebelum merdeka adalah tokoh paling lantang menentang Harun didakwa. Dia disokong oleh seluruh Pemuda Umno.

Tunku, Khir Johari, Senu Abdul Rahman, Sulaiman Palestin adalah mengira ia kes politik dan kes politik tidak wajar dibawa ke mahkamah. Bertahun-tahun kes ini menjadi nanah krisis Umno.

Tun Razak tidak dapat menyelesaikannya hinggalah dia mati. Umno menggesa pula, Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan pemimpin Umno supaya menarik kes itu dari mahkamah dan selesaikan ia secara politik.

Hussein Onn berkeras untuk meneruskan kes itu. Penyokong Harun berkempen ke seluruh negara minta Umno menggugurkan kes itu. Hingga Harun digugur dari MB Selangor dan dijatuhkan hukuman penjara, krisis Umno mengenai Harun tidak selesai.

Pemuda Umno dan Umno Selangor lebih dari sehari mengepung kediaman Harun di Jalan Duta menghalang Harun jangan dibawa ke penjara. Harun dinasihatkan termasuk oleh Tunku supaya menyerah diri kepada penjara.

Kemudian penyokong Harun termasuk Tan Sri Onn Ismail, kemudiannya jadi Speaker DUN Selangor dan Pengerusi Tetap Umno Malaysia bergerak untuk pengampunan Harun. Albar menjadi Ketua Pemuda Umno yang baru berjumpa PM Hussein minta bertindak terhadap pemimpin Umno yang dikatakan terbabit dengan komunis dan minta isu Harun diselelesaikan.

PM Hussein setuju tindakan atas orang dikatakan agen komunis diISAkan tetapi tidak setuju pengampunan Harun.

Apabila Dr Mahathir memangku Perdana Menteri, dia menanda tangani pengampunan Harun. Ia dikatakan punca PM Hussein meletak jawatan.

Maka atas tindakan politik Dr Mahathir, Harun bebas jadi ahli Umno semula hingga dipilih menjadi Naib Presiden Umno.

Adakah Tun Razak yang setuju Harun didakwa bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah? Adakah Hussein Onn meneruskan tindakan itu bebas dari mempolitikkan mahkamah? Adakah Dr Mahathir yang membebaskan Harun tidak berpolitik?

Yang mendakwa pun mempolitikkan mahkamah dan undang-undang, yang menentangnya berpolitik begitu juga.

Isu Harun benar-benar selesai apabila semuanya mati. Tun Razak mati, Tun Hussein mati, Harun mati. Albar, Senu dan Tunku mati.

Isu politik yang dimahkamahkan, tidak dapat lari dari mahkamah itu dipolitikkan.

Tiada ulasan: