Jumaat, 6 Januari 2012

Addin

Addin


Sah!! Hassan Ali Sukarela Keluar PAS..

Posted: 06 Jan 2012 10:04 AM PST

Bagi Addin.. Hassan Ali sudah tiada dalam kamus hidup PAS. 'Statement' terbaru Hassan Ali jelas mengeruhkan lagi keadaan. Boleh di ibaratkan Hassan Ali secara sukarela telah keluar dari PAS. Apa yang dibuat semua bertentangan semangat perjuangan dalam jemaah. Adakah Hassan Ali pernah di tarbiah? Pernah menghadiri usrah? Adakah dia faham makna wala' pada pimpinan? Hassan Ali memang tidak layak bersama PAS.

Kebanyakan pendiriannya bertentangan dengan PAS. Tak keterlaluan Hassan Ali boleh dikatakan spesis 'musang berbulu ayam'..'gunting dalam lipatan'. Addin faham agak keberatan pucuk pimpinan PAS buat masa sekarang untuk menyingkirkan Hassan Ali daripada PAS.

Terlalu banyak risiko perlu ditanggung sekiranya berbuat demikian.. namun jika Hassan Ali tidak disingkirkan sekarang ianya akan mendatangkan kesan yang lebih negatif buat PAS dan Pakatan Rakyat. Tambahan lagi PRU 13 semakin hampir.. Akan banyak berlaku kontrakdisi selepas ini antara Hassan Ali dan PAS..

Hassan Ali Dan Amy Search Tolak 901

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menolak perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901 pada 9 Jan ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda. Beliau berkata anggota Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan."Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.

"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Beliau turut membidas Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman yang katanya membuat kenyataan dengan membelakangkan pemimpin Pas pusat berhubung pendirian parti itu mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.

Abdul Rani dalam laporan akhbar semalam dipetik berkata Pas Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901′ dan mengajak anggotanya menyertai perhimpunan itu dengan alasan ia merupakan hak asasi mereka.

Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Hasan berkata hanya ada dua calon yang layak iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut membidas Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman yang katanya membuat kenyataan dengan membelakangkan pemimpin Pas pusat berhubung pendirian parti itu mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.

Abdul Rani dalam laporan akhbar semalam dipetik berkata Pas Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901′ dan mengajak anggotanya menyertai perhimpunan itu dengan alasan ia merupakan hak asasi mereka.

Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Hasan berkata hanya ada dua calon yang layak iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sementara itu, Amy Search di dalam twitternya (atas) meminta para peminatnya tidak menyertai perhimpunan 901. Sementara itu, Amy Search di dalam twitternya (atas) meminta para peminatnya tidak menyertai perhimpunan 901.


Sumber : Sah!! Hassan Ali Sukarela Keluar PAS..

(Gambar) Sokongan Orang Melayu Terhadap Perdana Menteri Ke 7 Di Tahap Terbaik

Posted: 05 Jan 2012 11:38 PM PST

Ribuan hadir di Machang



Seremban


Melaka


Menuju ke Putrajaya

Sumber :  Sokongan Orang Melayu Terhadap Perdana Menteri Ke 7 Di Tahap Terbaik

Gambar ~ tawanmalaysia


Tiada ulasan: