Jumaat, 6 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Beza liwat ngan lewat... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 09:30 AM PST

Ni jaminan sahabat baik Anwar...

Posted: 06 Jan 2012 08:00 AM PST

901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.

Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.

"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden

Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.

Zalim kepada mahasiswa

Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.

"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.

"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.

"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya.

Macam ada bau la sapa nak ganti Anwar... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 07:00 AM PST

Siapa Yang Layak Ganti Anwar?

PEMIMPIN kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan dengan jelas bahawa akan ada penganti jika beliau terpaksa masuk ke penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Dari satu segi, kita boleh menarik nafas lega kerana beliau sudah membuat perhingtungan awal.

Bagaimanapun, dari segi yang lain tidaklah sebegitu memberangsangkan.

Siapa yang paling layak mengganti beliau selaku Ketua Pembangkang?

Pastinya Ketua Pembangkang yang baru harus datang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga.

Kalau diubah dari parti lain, nanti juak-juak UMNO kata habis madu sepah dibuang, rampasan kuasa dan PKR tidak dihormati serta macam-macam lagi.

Jadi, strategi ada pengganti sudah tepat, cuma persoalan terpenting sekarang ialah siapa pengganti yang tepat pula?

Kak Wan (Wan Azizah) memanglah Presiden PKR, tetapi mampukah beliau mengemudi Pakatan Rakyat dengan memastikan 'warlord' dan 'godfathers' politik pembangkang negara seperti Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang, Nik Aziz dan orang-orang PKR terus berkerjasama.

Kita tahu Kak Wan senang dijadikan sasaran dan beliau bukan ahli politik sebenar.

Beliau terjun ke dunia politik pun disebabkan kasih sayang beliau kepada Anwar.

Walaupun khabarnya Anwar telah menyebut beliau sebagai pengganti, mampukah kita bersetuju bahawa itu adalah pilihan yang paling tepat?

Mampukah beliau berhadapan dengan nama-nama besar pembangkang lain untuk mencari penyelesaian sesuatu isu andai kata berlaku pertikaman lidah antara rakan-rakan PR.

Dengan UMNO ligan akal mereka untuk memusnahkan kesepakatan PR, sampai mana Kak Wan mampu menjadi binding factor untuk pakatan pihak pembangkang terus kekal.

Maka, dengan akal yang waras dan pemikiran strategik jangka panjang, kita harus memilih seseorang daripada PKR, tetapi orang itu haruslah bersifat mampu menjadi faktor penghubung antara semua.

PKR harus kekal sebagai jambatan antara PAS dan DAP dan pada masa yang sama, menjadi kuasa terpenting dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kak Wan bukan pilihan terbaik. Maaf untuk berkata demikian, tetapi adakalanya hakikat itu perlu dipersebutkan walaupun ia pahit.

Secara zahirnya, ada dua nama yang timbul di pemikiran penulis.

Salah seorang adalah Nurul Izzah dan satu lagi Azmin Ali.

Nurul kerana beliau adalah anak Anwar. Sangat simbolik bukan, bapa ke penjara, anak sambung perjuangan.

Bukan sekadar bagus dari segi meraih simpati, namun mungkin itu juga yang terbaik untuk menjaga hati Kak Wan. Sudah la suami ke penjara, takkan anaknya pun nak dikesampingkan begitu sahaja?

Azmin pula adalah Timbalan Presiden PKR. Beliau adalah orang kanan paling disayangi dan dipercayai Anwar.

Dengan kedudukan Azmin dalam parti dan kepercayaan Anwar kepada beliau, Azmin mungkin pilihan yang terbaik.

Faktor umur (walaupun tidak terlalu tua), Azmin nampak lebih gagah sikit berbanding Nurul untuk mengemudi PR.

Namun, macam dikata penulis, hati Kak Wan kena jaga, pasal kita mungkin tidak dapat menerima Kak Wan selaku Ketua Pembangkang, namun menolak anaknya yang juga seorang giant killer (menewaskan Shahrizat lembu) adalah tindakan tidak sensitif.

Apa pun, mungkin lebih baik jika Anwar sendiri menilai kembali pilihan beliau dan siapa yang dirasakan lebih layak.

Kita hanya mampu memberikan pandangan kepada keluarga politik itu.- SPR

Puak Pakatan dilarang baca, takut hampa maki dia berjela-jela... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 04:47 AM PST

Talqin 901

Salam 2 all.

Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!

Tarikhnya makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini, hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!

Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!

Sebab itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012 Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP, PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!

Sebab ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka!

Masadepan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap! Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!

Sebab itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya. Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa melalui politik jalanraya!

Persoalannya, adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah Jalanraya?

JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT!

Kerana apa? Disini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?

Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!

Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!

Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!

Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?

Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?

Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!

Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!

Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.

Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!

Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!

Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!

Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!

Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!

Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.

Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.

Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!

Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?

Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!

Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop!

Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!

Terkedu ChinaDOLL nampak belalai,
digenggam geram ditiop kuyop,
Kalimah ALLAH dah pun dema gadai,
Mahkamah ALLAH dema takutlah yop;

Dalam kondo belalai belayar,
depan belakang lubang digali,
Anwar bernafsu nak ke Putrajaya,
tapi Sg Buloh makin menghampiri;

Bebas 901 rekaan Anwar
Mahkamah jalanan menjadi medan
Umat dah tahu rakyat dah sedar
09 Januari Anwar wajib ditalqinkan!

Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Gue pun dah muntah hijau beb... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 01:30 AM PST

Pertikai Moral Anwar: Hasan Ali Semakin Memualkan


TAK cukup dengan kacau bilau yang dicetus dalam partinya sendiri, PAS, Datuk Dr. Hasan Ali kini semakin menampakan 'warna UMNO'nya apabila dalam siaran Buletin Utama sebentar tadi, menyifatkan Gerakan 901 bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perkara 'memualkan'.

Apakah maksudnya ini?

Pada penulis, menyebut perkara ini sahaja (mual) adalah satu bentuk penghinaan yang tidak boleh langsung diterima majoriti ahli-ahli parti yang kini membentuk komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi bila Hasan Ali 'secara peribadi' mempersoalkan moral Anwar dan kelayakannya untuk menduduki kerusi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan nanti.

Dalam kedudukannya kini, tidak ada apa yang peribadi lagi mengenai Hasan Ali, lebih lagi bila dia mengulas tentang seorang pemimpin kanan dalam Pakatan Rakyat!!

Hasan Ali sedar atau tidak, jawatan Exco kanan yang dipegangnya sekarang berada dalam negeri Selangor yang dikuasai PKR – dimana Anwar sebagai Ketua Umumnya? Penulis yakin, walaupun dengan cadangan PAS tapi tanpa restu Anwar, tidak mungkin dia berjaya menduduki kerusi tersebut.

Jika itu tidak cukup, Hasan Ali perlu kenang kembali jasa-jasa Anwar kepadanya ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Penulis ada banyak maklumat mengenai perkara ini tapi akan mendedahkannya pada masa yang sesuai.

Yang pasti, jika tidak kerana Datuk Seri Anwar, Hasan Ali sekarang mungkin hanya seorang pesara kerajaan dengan pencen kurang dari 50% gaji bulananya.

Kalau diikutkan hati, penulis sudah benar-benar hilang sabar dengan Hasan Ali, tapi penulis sebenarnya lebih marah dengan kepimpinan PAS yang membiarkan 'pengacau' ini terus menerus bermaharajalela. Sudah banyak yang disebutkan sebelum ini akan 'potensi negatif' yang bakal dicetus Hasan Ali yang bersifat menyusahkan banyak pihak, tapi PAS macam itu jugalah – takut bertindak.

Apa sebenarnya masalah PAS? Apa istimewanya Hasan Ali sehingga dia diberi begitu banyak keistimewaan terlepas dari sebarang tindakan disiplin kerana mempersoalkan hala tuju parti dan kini Anwar?

Penulis mendesak tindakan segera diambil ke atas Hasan Ali. Penulis yakin majoriti penyokong Pakatan Rakyat akan bersama-sama penulis dalam hal ini.

Jika PAS masih gagal, tidak keterlaluan rasanya untuk PAS disingkirkan dari Pakatan Rakyat.- SPR

Perut Raja Petra makin boroi laa... kahkahkah...

Posted: 06 Jan 2012 12:00 AM PST

Angau teruk dah hang ni Hassan oii... kahkahkah...

Posted: 05 Jan 2012 10:00 PM PST

Dr Hasan dah angau

AMAT meluat dengar steatment Dr Hasan Ali bila beliau sudah tidak faqeh, tak cerdik berpolitik dan tidak kenal mana sasaran.

Saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bila menyentuh tentang perselisihan beliau, Mustafa Ali, Saari Sungip dan Nasharuddin Mat Isa.

Kalau dia baca maknanya dia memang tidak cukup feqah (kefahaman). Kalau dia tidak baca memang dia meletakkan dirinya dalam kejahilan. Rugi orang yang berpendidikan tetapi meletakkan dirinya taraf itu.

Kalau dia faham, feqah rasanya dia akan berpolitik secara bijaksana. Bukan berdepan dengan media tetapi membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani. Kalau dia masih orang PAS Selangor Dr Rani tu pemimpinnya.
Saya nak hentam ni pasal baru balik dari menghadiri sidang media beliau di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Saya hormati dia punya pandangan tetapi ia tidak patut bagi beliau dalam PAS dan bekerjasama dengan PKR meluahkan pendapat beliau pada media.

Kalau beliau anggap kes Anwar adalah peribadi, ia boleh dibincang dalam PAS, bahas dalam mesyuarat PAS. Kenapa perlu bercakap kepada media? Kenapa tidak jaga hati rakan kita?

Memang saya akui ramai juga pemimpin PAS berpendapat seperti beliau tetapi kebanyakkan pemimpin feqah uslub dakwah yang perlu diambil kesempatan oleh PAS. Kenapa Dr Hasan Ali amat tidak cerdik? Apakah terlalu kuat otaknya dipengaruhi Suwardi.

Memang kes Anwar kes peribadi tetapi ia berkait dengan qazaf dan hudud yang diperjuangkan PAS. Sepatutnya inilah masa yang perlu PAS perjuangkan untuk menegakkan keadilan hudud. Tetapi Hasan tidak fekah. Itu yang rugi.

Mewar-warkan qazaf dan hudud supaya umat Islam faham undang-undang Islam. Kita ambil kesempatan daripada rakyat yang sedang membicarakan system kehakiman yang tidak adil.

Hasan perlu faham kes Anwar kalau dibicara perlu dibawah qazaf kerana pertuduh tidak bawa empat saksi. Saksi yang ada sekarang saksi teknikal bukan saksi sah untuk hudud.

Saksi teknikal hanya untuk takzir. Memang Anwar boleh dibicara dibawah takzir tetapi sebelum dibicara dibawah takzir, kes dia kena dibicara dibawha qazaf terlebih dahulu.

Ini Hasan Ali kena mengaji lebih sikit ni. Dia tidak fekah lalu dia tuduh kes Anwar kes peribadi. Ini aku geram ni… kalau aki geram aku kata mu bodoh Hasan Ali.

Daripada situ kita boleh lihat kes Anwar tidak memberi keadilan kepadanya. Pasal perbicaraan dia jauh daripada sistem Islam. Memang tidak adil. Yang adil hanya Islam.

Hasan Ali kata nak perjuangkan Islam tetapi hal ni pun tak faham. Macam mana ni…?
Hasan kata kenapa kita bercakap tentang dia? Ada banyak lagi masalah pembangunan dan kepala kita yang perlu memikirkan tentang kejuruteraan memajukan negara.

Macam Korea, Taiwan dahulu kebelakang daripada kita tetapi mereka lebih maju daripada kita. Itu betul la Hasan sebab pemimpin negara kita juga dok asyik berfikir macam mana nak menjatuhkan musuh politik mereka.

Jadi Hasan tidak patutlah hendak menolak isu ini kerana isu ini akan sentiasa dimainkan oleh mereka yang tamak kuasa, tamak kekayaan sebagaimana diterangkan dalam al-Quran. Ini pun Hasan tidak faham.

Sebab itu nak jadi negara maju dan bertamadun kena buang mereka mereka yang ada perangai macam ni.

Perangai bunuh orang, kaut kekayaan sendiri, asal aku je yang senang orang lain biar susah. Ni kawan Hasan ada perangai macam ni. Jadi cek la tak yah gi jauh.

Adanya perangai-perangai macam tu, itu sebab rakyat terus susah. Yang kaya macam Hasan Ali dan rakan sewaktu dengannya.

Bila dia cakap macam tu, saya memang ada hasrat nak jumpa dia sorang sama sorang. Saya nak hujah yagn dia kata itu kes peribadi Anwar.

Saya akui itu memang kes peribadi tetapi ia ada kaitan perjuangan PAS sekiranya mahu memperjuangkan qazaf, hudud dan undang-undang jenayah Islam.

Maka bagi saya perlu kepada orang perjuangan memberi kesedaran kepada rakyat yang belum sedar. Jadi turun pada 9 Januari ini memang kerja betul untuk war-warkan kepada rakyat bahawa sistem undnag-undnag negara pincang tidak betul. Lainlah kalau kepada Hasan Ali kata betul.

Selain itu kita mahu sistem kehakiman yang adil bukan dipengaruhi kuasa eksekutif. Kita kena fekah kerana inilah Islam itu datang dan berjaya. Bukan kerana tangkap orang minum arak dan berkhalwat. Tetapi kepincangan tamadun manusia.

Satu lagi yang saya nak gelak Hasan Ali cakap kemajuan dan pembangunan jangan bercakap hal kes liwat tetapi beliau buat kerja tangkap orang khalwat tangkap orang minum. Bukan fikir macam mana nak majukan bangunkan umat Islam. Kalau nak cakap la bukan saya tak setuju operasi itu tetapi sikap Hasan tu bila tang dia ok bila tang orang kata peribadi.- Sumber disini...

Kesian ooo kat Hassan Ali... kahkahkah...

Posted: 05 Jan 2012 08:00 PM PST

Bebas 901: Hasan Ali "hentam" Anwar Ibrahim

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru-baru ini "disucikan" dosanya oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana mengkritik keputusan Muktamar PAS secara terbuka hari ini "membelasah" Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pula.

Selain itu, Hasan juga mensabotaj perhimpunan "Bebas Anwar 901" bercanggah dengan keputusan PAS Selangor yang mengerahkan ahli untuk bersama-sama pada 9 Januari ini.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," kata Dr. Hasan Ali. Baca berita penuh disini.

Hasan Ali akan terus memainkan peranan beliau untuk menjadi "duri dalam daging". Cita-cita beliau hanyalah satu, untuk dipecat seperti Zulkifli Noordin dipecat dari PKR. Jika itu berlaku, harga beliau untuk menyertai Umno akan menjadi lebih tinggi.

Sayang, sehingga hari ini cita-cita beliau tidak kesampaian. Kerusi DUN Gombak Setia pula diberitakan bakal diserahkan kepada seorang tokoh. Kesian Hasan Ali.

Beliau juga tahu dirinya tidak mempunyai kekuatan untuk menang sebagai calon bebas sepertimana Datuk Shahrir Samad di Johor Bharu satu ketika dahulu sewaktu melawan Dr. Mahathir. Alahai Hasan Ali!

Anwar dah pikiaq dah ka benda-benda ni...

Posted: 05 Jan 2012 06:00 PM PST

Banyak Kalau Dalam Keputusan 9 Januari

PADA 3 Jan baru lalu, media massa melaporkan yang kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan ketua de fakto mereka, Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

"Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario."

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga.

Sebenarnya banyak "kalau" yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan "mati syahid" oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Itu adalah antara "kalau" yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang "kalau-kalau" lain kalau ada. Wallahualam.

Pak Khalid cam sakit kepala ja, pa hal... haha...

Posted: 05 Jan 2012 04:00 PM PST

Isu Rasuah: Dakwaan RPK Perlu Disiasat, Bukan Ditolak Begitu Saja

MEMBACA kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (TS Khalid) hari ini dalam sebuah portal berita yang memandang remeh dakwaan dibuat Raja Petra Kamarudin (RPK) mengenai kewujudan amalan rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, memang mengecewakan penulis.

Malah TS Khalid juga menolak untuk menyiasat lebih lanjut dakwaan RPK itu dengan alasan RPK gagal mengemukakan bukti.

Penulis melihat kenyataan TS Khalid ini bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Politiknya 2 hari lepas yang mengatakan kerajaan Selangor sanggup membiayai kos perjalanan RPK untuk membuktikan dakwaannya itu yang mendapat liputan meluas pada Ahad.

Rakyat rasanya lebih gemar kalau peluang diberikan kepada RPK untuk membuktikan dakwaan yang sedemikian kerana isu rasuah ini adalah sempadan yang membezakan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Benar, penulis pernah mengesyorkan supaya Pakatan Rakyat menamatkan sebarang kerjasama dengan RPK sebelum ini lanjutan dari temuramah eksklusifnya dengan NST dan Utusan Malaysia pada Ahad, tapi itu terhad kepada hal-hal yang berkaitan politik, bukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti mana yang didakwanya?

Isu rasuah dan penyelewengan dalam urus tadbir kerajaan ini adalah perkara serius. Jika TS Khalid mengambil pendirian untuk tidak mempedulikan dakwaan RPK itu, ia hanya akan merosakkan lagi keyakinan rakyat ke atas intergriti PKR dan Pakatan Rakyat sebagai badan unggul dalam isu-isu berkaitan hal tersebut.

Kesan yang satu lagi, apa yang akan terjadi jika BN juga mengambil pendirian yang sama – menolak semua dakwaan rasuah dengan alasan tidak ada bukti? Sudah tentu selamanya masalah rasuah ini tidak akan selesai dan terus menjadi penyakit masyarakat di negara ini.

TS Khalid perlu ingat, pendedahan mengenai skandal National Fedlot Corporation (NFC) oleh PKR, tidak bermula dari dokumen yang menimbun atau saksi yang bersusun, sebaliknya dari sekeping kertas putih biasa yang hanya menunjukkan angka-angka pembelian seunit kondominium mewah bernilai lebih RM 9 juta di Bangsar oleh perbadanan tersebut.

Hanya kemudiannya baru disahkan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif NFC bahawa hakikatnya ada 2 buah kondo dengan nilai pembelian melebihi RM 13 juta, kononnya untuk tujuan pelaburan, itupun setelah mendapat tekanan dari dalam dan luar kerajaan.

Itu sahaja menunjukan bahawa bukti akan datang dengan sendiri jika ada lanjutan dalam bentuk siasatan. Lebih teruk dari itu, kesediaan BN membenarkan pihak berkaitan menjalankan siasatan, telah sedikit sebanyak menaikkan pengaruhnya dikalangan rakyat!!

Penulis rasa, menjadi satu kesalahan yang besar kalau TS Khalid tidak langsung mempedulikan dakwaan oleh RPK ini. Seolah-olahnya kita cuba menyembunyikan masalah ini daripada pengetahuan rakyat dengan menolak sebarang siasatan ke atas dakwaan tersebut.

Sebagai Menteri Besar dan pemimpin PKR dalam masa yang sama, TS Khalid tidak boleh merosakkan intergriti yang telah dibina bertahun-tahun lamanya dalam soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui kenyataan seperti ini.

Menutup coretan pada hari ini penulis berpendapat, tidak ada apa yang hendak ditakutkan dengan dakwaan RPK itu jika benar Selangor bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam pentadbiran negerinya.

Adalah lebih bijak kalau cadangan asal untuk membawa RPK pulang bagi membuktikan dakwaannya diguna pakai. Paling tidak, menghantar wakil untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada beliau berkenaan dengan dakwatan tersebut dan menjalankan siasatan yang sepatutnya.

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera

Posted: 05 Jan 2012 02:30 PM PST

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera – Isu 901

Oleh : Malaysia Tribune Melayu

5 Januari 2012 : Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Tiada ulasan: