Jumaat, 6 Januari 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Pengganti Anwar sudah ditemui !

Posted: 06 Jan 2012 04:21 AM PST


Tarikh 9hb ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Tarikh itu menentukan nasib Anwar Ibrahim samada bakal menjadi warga Sungai Buloh atau masih bebas menjelajah negara.
Persoalan kini, siapakah yang bakal mengambil tempat Anwar jika beliau menjadi warga Sungai Buloh?



Jika sekadar pimpinan PKR, rasanya ramai yang boleh menggantikannya. Antaranya seperti Azmin Ali, Nurul Izzah bahkan Dr Wan Azizah pun boleh mengambil tempatnya.
Tetapi bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Tidak dinafikan tertubuhnya Pakatan Rakyat adalah hasil idea Anwar sendiri. Bahkan "aroma" Anwar begitu terasa dalam Pakatan Rakyat.
Pengaruh Anwar dalam PR begitu kuat. Maksudnya bukan Anwar menguasai PR tetapi cara kendalian dan menyelesaikan percanggahan idea antara PAS dan DAP oleh Anwar begitu dihormati dan diterima oleh kedua parti.

Barangkali Anwar telah "menurunkan ilmunya" dan menunjukkan jalan kepada PAS dan DAP bagaimana menyelesaikan masalah jika beliau berkelana di Sungai Buloh.
Walaubagaimanapun, seseorang perlu dicari untuk mengambil tempat Anwar. Antara yang dikira layak adalah TG Nik Aziz Nik Mat Mursyidul AM PAS. Pengaruh beliau bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.
Banyak bicaranya lebih menjuruskan kepada Islam dan tidak kepada Melayu sahaja. Lihat isu ADUN Bukit Lenjan Elizaberth Wong MP Serdang Teo Nie Ching dan MP Taiping Nga Kor Ming . Lihat bagaimana ketiganya "mencari" TG Nik Aziz untuk meminta pendapat dan "fatwa". Di sini non Muslim menjadikan TG Nik Aziz sebagai tempat pengaduan dan rujukan.

Banyak kenyataan TG Nik Aziz tidak menjuruskan kepada semangat perkauman. Misalnya soal calon Perdana Menteri. Beliau melihat isu kaum untuk menjadi PM bukanlah mutlak untuk orang Melayu sahaja. Apa yang penting Islamlah yang perlu diutamakan. Maknanya PM itu terbuka kepada semua kaum asalkan Islam.

Inilah antara sikapnya yang diterima oleh semua kaum. Beliau sanggup membela kaum lain yang dizalimi oleh kaumnya sendiri demi keadilan Islam. Kaum Cina dan India menjadikan TG Nik ikon terbaik untuk di contohi dari segi kehidupan yang sederhana, sikap politiknya dan pembelaanya.
Sudah ramai pimpinan muda DAP yang boleh menerima TG Nik Aziz sebagai "penyatu dan penyelesai masalah".

Barangkali Karpal Singh sahaja yang "balah cakap" dengan TG Nik Aziz. Biasalah sama-sama mempunyai usia yang sama. Sama-sama tua. Orang tua jika "bergaduh" itu tandanya mereka berkasih sayang! Lihat bagaimana TG Nik Aziz bergurau dengan Karpal Singh, " Saya lihat bulan ada di dada Karpal Singh..."


Sesungguhnya kita sudah "letih bergaduh" atas isu yang ditimbulkan oleh UMNO. Ingat, jika kita "bergaduh" semasa Anwar di Sungai Buloh, bermakna kita memerlukan 30 tahun lagi untuk bersatu seperti sekarang. Fikir-fikirlah wahai pimpinan atasan PKR, PAS dan DAP.

Apabila Anwar tiada di gelanggang politik..

Posted: 05 Jan 2012 04:06 PM PST

.
Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya.
Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan BN.
anwar ibrahim in seremban 5Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.
Beliau memberitahu umum bahawa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat telahpun bersetuju untuk menampilkan tokoh yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai peneraju Pakatan itu.
Siapa tokoh berkenaan akan bergantung kepada butir keputusan mahkamah 9 Januari nanti.
Jika benar demikian persiapan Pakatan Rakyat, ini bermakna siapa sahaja yang akan dipilih kelak pasti akan mendapat sokongan tuntas dan mutlak daripada ketiga-tiga kerabat – DAP, PAS dan PKR.
Ini juga bermakna:
  • Pakatan telah mencapai tahap bukan sahaja kerjasama tetapi asimilasi atau penghayatan politik yang total – satu matlamat, satu hati satu cara. Ini adalah sesuatu yang mengkagumkan mengambil kira Pakatan bukan sebuah pertubuhan politik berdaftar seperti BN.
  • Memang sudah ada tokoh yang setanding atau sekurang-kurangnya menghampiri kaliber Anwar dalam Pakatan yang pasti boleh diterima oleh semua ahli kerabat pakatan politik itu.
  • NONEIni juga bermakna soal siapa dan dari parti mana yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan menakluki Putrajaya bukan lagi isu. Malah, Anwar yakin sesiapa sahaja yang menggantinya memimpin Pakatan adalah untuk tempoh sementara. Apabila Pakatan menang, katanya, perdana menteri sementara itu akan menggunakan kuasa politik untuk memulihkan kedudukannya dan mengembalikan kerusi perdana menteri itu kepadanya. Nas yang digunakan oleh Anwar ialah, ini pernah berlaku di Turki apabila Ecep Erdogan yang disekat daripada memegang kuasa politik terbukti dapat menjadi pemimpin Negara itu apabila partinya menang dalam pilihanraya dan "memulihkan" haknya. Dan,
  • Anwar mengukuh dan meramalkan betapa benarnya kempen Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau sudah tidak releven lagi dalam konteks politik Malaysia hari ini. Jika memang sudah ada pengganti, mengapa perlu pada Anwar lagi?
Soalnya, benarkah Pakatan kini sudah ada pengganti Anwar? Atau, kenyataan Anwar itu hanya untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan bahawa tidak akan berlaku pergeseran dan pertikaian dalam Pakatan apabila beliau tidak ada dalam gelanggang politik?
Ia menimbulkan lebih banyak persoalan lagi. Antaranya;
1.    Benarkah pelbagai golongan dan fahaman politik dalam DAP, PAS dan PKR dapat dileburkan menjadi satu suara, satu hati dan satu cara perjuangan dalam setiap kerabat Pakatan berhubung isu pengganti Anwar ini?

2.    Sudah langsaikah pertikaian fahaman politik – Islam dan Malaysian Malaysia – PAS dan DAP kini? Atau, adakah ia akan menjalar lebih ganas selepas ketiadaan Anwar?

3.    Benarkah tidak kira tokoh dari parti mana sekalipun yang dipilih menjadi pengganti Anwar akan diterima baik oleh pelbagai regu politik dalam parti-parti kerabat Pakatan sendiri?

Andaikata dipilih dari kalangan tokoh PAS, apakah jaminannya ia akan jadi keputusan sebulat suara? Episod Hasan Ali dengan intepretasinya PAS telah tergelincir dari landasan politiknya baru-baru ini pasti berulang kerana kali ini, natijah persaingan ialah kerusi perdana menteri Malaysia!

Begitu juga jika calon yang dipilih dari PKR. Jika benar desas-desus mengatakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah puteri sulung Anwar dipilih sebagai pengganti beliau, bagaimana dengan Azmin Ali yang memegang jawatan timbalan presiden?

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pasti tidak boleh menjadi wakil rakyat pada tempoh terdekat menjelang pilihanraya ke 13 kerana telah bertindak mengosongkan kerusi Permatang Pauh yang dimenanginya dalam pilihanraya ke-12 bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Tidakkah keadaan ini akan mengusik kembali kenangan dan episod persaingan menjelang pemilihan pucuk pimpinan PKR pada penghujung 2010?

4.    DAP mungkin menjarakkan diri daripada persaingan memilih pengganti Anwar ini kerana jatidirinya bukan sebuah parti Melayu-Islam. Hambatan perlembagaan dan protokol politik lazim negara dengan sendirinya menolak calon DAP daripada diangkat jadi ketua Pakatan Rakyat.

selangor dap congress 2011 1Namun bagaimana jika DAP sendiri memiliki kerusi terbanyak di kalangan anggota Pakatan pada pilihanraya umum ke 13?
Apakah ada kemungkinan DAP pula melaksanakan program "ala-16 September 2008 Anwar Ibrahim" dengan "memujuk, memancing dan menggertak" parti-parti bukan berasas Islam dan Melayu menyertainya menubuhkan kerajaan baru?
Ini semua mungkin. Selain banyak bergantung kepada butir keputusan perbicaraan kes Liwat II Anwar Ibrahim, ia juga banyak bergantung kepada faktor-faktor luar Pakatan yang lain.
Umpamanya, apakah jaminannya bahawa walaupun kurang bilangan ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan ke-13 negara, BN sendiri tidak akan berusaha untuk melaksanakan kempen "ala 16 September Anwar Ibrahim"?
Kali ini kedudukan Umno tentu kelihatan lebih jelas dan ikhlas untuk memperkukuh perpaduan Melayu dan Islam. Ini kerana dengan kekuatan yang jauh lebih merosot daripada sebelumnya, naluri untuk hidup "survive" Umno akan lebih tinggi. Maka jika keikhlasan yang dituntut, Umno akan terpaksa berpegang kepada prinsip itu.
Umno bersama komponen BN lain mungkin ketika itu kalah di segi bilangan kerusi. Namun jika ia dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusinya sekarang, ia masih boleh meyakinkan PAS dan ahli parlimen Melayu-Islam PKR untuk menyertainya menubuhkan kerajaan Melayu-Islam.
NONEAnwar Ibrahim sudah tiada ketika itu untuk mempertahankan pembinaan sebuah kerajaaan Satu/Pan Malaysia yang diidamkan.
Apapun, percayalah, keyakinan Anwar bahawa ketiadaannya dalam arena politik Malaysia akan tidak menggerhanakan Pakatan, tidak semestinya tepat. Ia pasti goyah dan mungkin bergoncang dilanda real-politik pelbagai dimensi, persepsi, etnik dan agama.

Tiada ulasan: