Isnin, 12 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Akhirnya Shahrizat dilondehkan oleh lembunya sendiri ...?

Posted: 12 Dec 2011 11:43 PM PST

Tiga minggu lagi, Shahrizat akan lepaskan jawatannya?


Desas desus semakin kuat bertiup bahawa Shahrizat Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri dan Ketua Pergerakkan Wanita Umno, selewet-lewatnya tiga minggu dari sekarang akibat percaturan politik tertinggi yang jelas melihat Shahrizat sebagai liabiliti

Seperti yang dijangkakan, Umno akhirnya bersedia untuk menjadikan Shahrizat Jalil sebagai 'kambing hitam' (disebut lembu) apabila isu penyelewengan pinjaman mudah projek integrator fidlot nasional mula menjahanamkan reputasi Umno yang telah sedia rosak.

Dari bisik-bisik keliling yang telah tersebar, Umno kini merancang untuk terus menekan Shahrizat agar segera melepaskan semua jawatan yang disandangnya supaya Umno kembali mendapat ruang bernafas sejak teruk 'dibelasah' dengan isu Shahrizat dan keluarganya menyeleweng serta berfoya-foya dengan duit yang sepatutnya digunakan untuk mengusahakan ternakan lembu.


Suasana kelam-kabut dalam Umno bermula apabila tiga pimpinan Parti Keadilan Rakyat iaitu Yb Zuraida, Yb Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli membongkar kisah penyelewengan National Feedlot Corporation yang terlibat dalam pembelian sebuah kondo, yang kemudiannya diakui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Salleh sebagai pelaburan.

Beliau turut mengakui NFC bukan sahaja membeli sebuah, tetapi dua buah kondominium mewah One Menerung yang berharga RM 13.8 Juta seperti yang didedahkan oleh blog Liang Lahad

Rentetan daripada itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Yb Bung Mukhtar Radin menjadi individu Umno yang pertama mendesak Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Desakan ini dilakukan oleh beliau dalam sidang Dewan Rakyat yang baru berlangsung.

Dari situlah nampaknya Umno mula memasang langkah untuk meng'nyah'kan Shahrizat Jalil daripada arena politik Umno.

Tindakan ini disokong kemudiannya oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Ali Alhabsee dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang mengulangi gesaan untuk Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan lagi adalah desakan terbuka yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir lebih seminggu yang lalu.

Umum mengetahui Mahathir masih mempunyai pengaruh dalam perlaksanaan dasar oleh Umno dan kerajaan pimpinan Najib Razak. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau dalam dua hingga ke tiga minggu akan datang, Shahrizat akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno atau sekurang-kurangnya direhatkan untuk mengembalikan semangat Umno terutamanya Wanita yang semakin lesu kerana isu ini.

Maka, terserlahlah bahawa tindakan Shahrizat menyinsing lengan baju dan memberi amaran untuk 'menyelak kain' tidaklah memberi kesan, malah Umno kelihatan terpaksa untuk 'melembu hitamkan' Shahrizat sebagai talian hayat akhir untuk parti tua itu menghadapi pusingan penentuan Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlangsung bila-bila masa.

Selamat jalan Shahrizat Jalil!

Tukang lawan

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam : 29,000 kakitangan awam akan hilang kerja tahun hadapan

Posted: 12 Dec 2011 08:34 PM PST

STONE : PRU 13  ni pakat-pakat ramai-ramai pangkah la BN na ... jangan lupa tu, boleh depa buang kerja ramai lagi .... hahahaha.

( Oleh : Redzuan Shamsudin )

Perlaksanaan dasar Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tahun hadapan yang membuka ruang kepada orang luar?menduduki jawatan tertinggi perkhidmatan awam dan pemansuhan 29,000 jawatan kian meresahkan kakitangan awam.

Dasar pemisah (exit policy) diperkenalkan sebagai mekanisme untuk membuang penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi baik. Melalui dasar itu kakitangan yang memiliki markah 69 peratus ke bawah boleh diminta bersara awal. Jumlah yang terlibat dianggarkan sebanyak 15,400 orang. Mereka akan ditukar jabatan dan diberi tempoh tertentu untuk memperbaiki prestasi terlebih dahulu sebelum diberhentikan.

Ahli parlimen Kuala Langat yang juga Ahli Jawatan Kuasa Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Abdullah Sani Abdul Hamid menyelar dasar terbaharu kerajaan BN terhadap perkhidmatan awam yang dilihat tidak praktikal dan menzalimi kakitangan awam.

Sejak bila indeks prestasi kerja (KPI) menjadi garis panduan dalam menentukan kedudukan seseorang penjawat awam. KPI hanya menilai prestasi kerja pada peringkat awal, selepas seseorang itu disahkan layak memegang jawatan (confirmation) maka KPI tidak boleh diguna untuk membuangnya.

Adakah kerajaan mahu gunakan dasar ini untuk menyingkirkan kakitangan yang tidak bersefahaman dengan ketua jabatan? Atau mahu mengekalkan penyokong kerajaan BN sahaja sebagai kakitangan.

Memang wujud panel ketua-ketua jabatan (HOD) untuk menilai prestasi kakitangan ini tetapi bukan semua ketua ini layak untuk menilai prestasi .Ada yang naik pangkat atas pertimbangan kroni dan nepotisme. Bagi saya dasar kerajaan BN terbaru ini tidak masuk akal sama sekali,?katanya.

Abdullah memberi amaran pembuangan pekerja tidak boleh dikompromi melalui apa-apa dasar sekali pun kerana hal itu melibatkan undang-undang. Katanya, pekerja boleh mencabar di mahkamah sekiranya mereka diberhentikan dengan cara yang tidak mengikut peraturan.

Menyifatkan langkah terbaharu kerajaan adalah penerusan layanan buruk terhadap perkhidmatan awam sejak era Dr Mahathir, Abdullah menyeru agar penjawat awam di seluruh negara dan Cuepacs membantah dasar tersebut.

Dasar baru ini penerusan dasar penswastaan era Dr Mahathir yang tidak mempertahankan sektor penting negara seperti elektrik, telekom, air dan sebagainya di bawah perkhidmatan awam. Kesemua perkhidmatan itu diswastakan kepada kelompok tertentu.

Malam hal ini Cuepacs perlu membantah. Jika di negara-negara Asia lain dasar seperti ini pasti disambut dengan perarakan dan bantahan besar-besaran,?katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24287

Artis meriahkan Dirgahayu Diraja di Istana Negara baru

Posted: 12 Dec 2011 07:44 PM PST


Baru-baru ni Istana Negara yang terbaru sudah pun dirasmikan oleh Agong dalam Dirgahayu Diraja (jamuan negara). Dalam pada masa yang sama terdapat juga artis-artis tempatan yang sama-sama dijemput memeriahkan suasana. Mereka adalah Andre Goh, M. Nasir, Vanidah Imran, Shila Hamzah, Ning Baizura dan Stephen Rahman. Memang cantik giler Istana baru ni, sesuai la kita untuk memertabatkan institusi beraja di negara kita - SETERUSNYA


6 NGO Antarabangsa dan Malaysia minta Taib Mahmud dan keluarga ditangkap

Posted: 12 Dec 2011 07:00 PM PST

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.- Mkini

KJ dan 6 jahanamnya

Posted: 12 Dec 2011 06:52 PM PST

Haji Saadon Rosli  
Teks ucapan Khairy Jamaludin (KJ) dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, jelas  menunjukkan  keadaan diri KJ ketika ini. Kandungan ucapannya  membayangkan kecelaruan dan kerungsingan  dalam memikirkan masa  depan  politiknya  dalam UMNO.  

Barangkali KJ mula menyedari bahawa inilah  peluangnya yang terakhir berucap di depan perwakilan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mengandaikan hal itu, KJ sebaik mungkin membuat satu ucapan yang pada perkiraannya dapat mengembalikan sokongan padu perwakilan. Lebih penting lagi ucapannya itu dapat memikat hati ketuanya unutk di calonkan pada PRU13 nanti.

Ucapan KJ  bersulamkan pantun. Pantunnya mungkin sedap di dengar oleh Perwakilan tetapi kurang enak dibaca oleh penggemar pantun.

Dalam ucapannya itu, KJ secara berselindung di sebalik tirai yang jarang,  melontarkan keterkilanannya  terhadap layanan yang di berikan kepada  dirinya selaku Ketua Pemuda. KJ dengan lagak pemuda gagah berani membidas sesetangah individu di dalam UMNO yang menggunakan jalan mudah untuk melonjak naik. Kumpulan ini diistilahkannya sebagai  calon kabel. KJ yang mewakili Pemuda UMNO memberi amaran serta menolak 'calon kabel' dan hanya menerima  'winnable candidate' sahaja. Bidasannya dan amarannya yang agak keras ini tidaklah ubah sekadar berkahak menghala kelangit.

KJ merayu agar pemuda di beri peuang yang luas dan diberi kepercayaan dalam menetukan masa depan Negara. Rayuan semestinya tidak lengkap kalau tidak di sertakan puji-pujian melangit kepada Ketuanya.  Begitulah budaya mereka.

Bagi meraih sokongan dan simpati presiden dan para perwakilan, kandungan ucapan mestilah bersertakan serangan dan kecaman terhadap  Pakatan Rakyat (PR). Maka tanpa teragak-agak KJ  mengaitkan PR sebagai perosak  negara.  PR diumpamakannya sebagai 6 Jahanam moden dengan merujuk kepada Filem 6 Jahanam.

Sememangnya kalau gelaran yang paling negatif dan paling buruk di lemparkan kepada PR,  maka akan bergemuruhlah tepukan dan tepik sorak daripada perwakilan.  Begitulah mudahnya KJ meraih populariti. Samada KJ berjaya dengan ucapannya atau tidak, biarlah masa yang akan mensejarahkannya.

Menurut KJ, PR adalah 6 Jahanam moden yang didakwa akan menjahanamkan negara dengan 6 bentuk penjahanaman diberikannya iaitu Menjahanamkan sistem demokrasi,  sistem pentadbiran, maruah negara, sejarah negara, jati diri bangsa dan  kemakmuran ekonomi negara.

Namun begitu,  KJ sebenarnya kurang mendalami kisah 6 Jahanam.  Mengaitkan PR dengan 6 Jahanam menunjukkan bahawa  KJ tidak melakukan membuat semakan dan kajian yang bijak. Perumpamaan 6 Jahanam yang dilontarkan oleh KJ kepada PR tidak ubah bagaikan menepuk air ludahnya sendiri di dulang yang terbentang.

6 Jahanam adalah judul filem arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee yang memegang watak Tantari. Turut membintangi filem ini  adalah  Noor Azizah yang  memegang  dua watak iaitu Masmeera dan Mastika. 6 Jahanam mengisahkan, sekumpulan 6 orang penjahat bernama Paragas, Sujamang, Karambit, Katipang, Mumbala  dan Jagindas. Mereka melakukan pelbagai bentuk kezaliman dengan merompak, memperkosa dan membunuh demi mendapatkan kekayaan mudah dan demi melunaskan hawa nafsu mereka.

Kemuncak kejahatan 6 Jahanam ini adalah memperkosa dan membunuh Masmeera isteri kepada Tantari. Merasa sedih dan marah dengan kematian isterinya, Tantari  berazam untuk menuntut bela dan menghapuskan 6 Jahanam.  Tantari dibantu oleh Damburi seorang utusan raja yang dititah untuk mengembalikan keamanan dan menghapuskan penjahat tersebut.

Sekiranya disebut 6 Jahanam, sesiapa  pun yang pernah menonton filem tersebut akan dapat  membayangkan 6 orang jahat berperangai seperti Paragas, Sujamang, Karambit, Katipang, Mumbala  dan Jagindas.

Mengaitkan dan mengumpamakan PR dengan kumpulan 6 Jahanam adalah tidak tepat dan terlalu tersasar. Lebih-lebih PR sehingga ke hari ini masih belum berpeluang untuk memerintah negara. Mana mungkin sebuah gabungan parti yang tidak memerintah boleh menjahanamkan sebuah negara seperti yang ditomahkan oleh KJ.

Seandainya sebuah negara itu ditahap jahanam, maka pihak yang perlu dipertanggungjawapkan adalah pemerintahnya. Sekiranya negara ini telah jahanam, maka yang perlu dipertanggungjawapkan adalah pemimpin-pemimpinnya. 

Kalau sekiranya negara ini jahanam atau sememangnya telah jahanam, permulaannya adalah ketika zaman penjajahan. Negara ini dijajah dan di perintah mengikut perlembagaan dan cara  penjajah. Penjajahlah yang menjahanamkan negara dengan perlembagaannya, sekularnya,  budaya kebaratannya dan perbagai bentuk penjahanamannya.

Penjahanaman moden berlaku, apabila UMNO yang mengambil alih  kuasa dari penjajah secara terus menerus menggunapakai sistem pemerintahan penjajah. Lebih menjahanamkan lagi apabila islam itu diletakkan hanya sebagai agama rasmi tetapi tidak dijadikan panduan pemerintahan.

Penjahanaman agak teruk berlaku pada era Perdana Menteri (PM) ke 4.  Pada  waktu inilah, berlakunya peristiwa pembunuhan menyayat hati di Memali. Berlaku juga pencabulan terhadap institusi kehakiman, penyebaran fitnah yang memalukan, melampau dan memualkan. Berlaku juga kongkongan terhadap  media yang melampau, penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan politik, keruntuhan akhlak, penghinaan kepada ulama dan berbagai bentuk penjahanaman yang terlalu panjang untuk di senaraikan. Melebihi 6 Jahanam yang di senaraikan oleh KJ.

Ketika era ini jugalah bermulanya krisis kepimpinaan dan perpecahan teruk dalam UMNO. Berlakunya kewujudan Team A dan Team B sehingga UMNO terjahanam dan diharamkan. Rentetan daripada  itu  UMNO baru di tubuhkan. Kemudian berlaku pula krisis kepimpinan dalam UMNO sehingga ramai daripada ahli-ahlinya meninggalkan UMNO.

Bermula pada era ini jugalah, kebanyakan rakyat mulai sedar dan semakin menjauhkan diri daripada UMNO . Berbagai tembelang dan penjahanaman mula disedari oleh rakyat jelata.  Maka, rakyat menunjukkan protes dengan mengambil 2 buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Maka terjadilah sekali lagi seperti apa yang telah dilakukan oleh Paragas dan rakan-rakannya, merompak hak rakyat. Royalti minyak  yang seharusnya diberikan kepada rakyat terengganu telah di rompak secara terang-terangan walaupun ternyata bahawa itu adalah hak rakyat Terengganu.

Kesan kejahanaman yang di lakukan oleh PM ke 4 selama lebih kurang 22 tahun itu diparahkan lagi oleh PM ke 5. Antara penjahanaman yang masih di ingati adalah mewujudkan satu lagi fahaman islam moden yang dinamakan  Islam Hadhari. Setelah sekian banyak wang rakyat di gunakan untuk mempromosikan Islam Hadhari maka hari ini, Islam Hadhari itu berkubur tanpa nisan, tidak pernah ditalkinkan tidak pernah juga ditahlilkan.  PM5 juga dengan kelemahan yang dimiliki telah membenarkan campur tangan menantunya iaitu KJ inilah,  supaya lebih menjahanamkan lagi  negara ini.

Kemuncak penjahanam adalah pada era PM ke6. Segala bentuk penjahanaman terdahulu diulangi kembali pada eranya.  Malah ianya semakin teruk, semakin parah dan semakin jahanan dan menjahanamkan. Bayangkanlah apabila sebuah kapal dijahanamkan oleh 2 nakhoda yang sama-sama berkuasa. Maka semakin cepatlah kapal itu akan pecah, jahanam dan tenggelam.

Maka kalau KJ betul-betul meneliti filem 6 Jahanam ini, tidak boleh tidak dia harus mengakui bahawa Rakyat Jelatalah Tantarinya. Barangkali Pakatan Rakyatlah Damburinya. Dan pastinya wajah-wajah 6 Jahanam itu sudah terbayang di dalam kepala KJ.
--------------------------
Penulis boleh dihubungi menerui fayafa.blogspot.com

Lagi selebriti bertudung selepas bergelar Hajjah, alhamdulillah ... Yang sekoq tu bila lagi?

Posted: 12 Dec 2011 04:13 AM PST

Korang agak-agak la minah sekoq tu nak bertudung macam Abby ni tak?

KUALA LUMPUR – Ramai pihak yang memuji perubahan imej oleh pengacara terkenal, Abby Fana, yang kini mengenakan pakaian busana muslimah sekembalinya dari menunaikan haji di Mekah pada bulan lalu.

Sebuah blog hiburan yang diminati ramai, Izyan.com, perubahan yang dilakukan oleh Abby Fana amat tepat dan wajahnya dilihat semakin berseri-seri sejak mengenakan tudung litup dikepala.

"Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung," kata pemilik blog tersebut.

Selain itu, Izyan.com turut mengharapkan agar ramai lagi selebriti dan personaliti industri hiburan tanahair mengikut jejak langkah Abby Fana itu.

Pengacara terkenal di stesen radio no.1 tanahair Sinar FM ini muncul dengan imej bertudung menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini.

Alhamdulillah! Ramai pelakon, selebriti, personaliti televisyen dan ikon di dalam industri hiburan tanahair yang melakukan perubahan terhadap penampilan diri masing-masing ke arah yang lebih Islamik.

Mynewshub.my turut berkongsi kegembiraan tersebut dan mengharapkan agar ramai lagi yang akan sama-sama 'berhijrah' dengan Abby Fana, Sham Kamikaze, Catriana Ross, Jojie (kakak Ella), Lah VE, dan ramai lagi.

Bagaimanapun, penghijrahan tersebut hendaklah selari dengan kehendak Islam dan janganlah terlampau taksub sangat seperti segelintir selebriti yang berhijrah politik namun mengaku melakukan penghijrahan ke arah Islam.

Jika tidak kena dengan gaya, ada pula golongan artis yang berhijrah ini yang menuduh rakyat sebagai 'murtad' hanya kerana tinggal di Ulu Tiram, Johor, yang berulang-alik bekerja di Singapura!

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Khazanah jual Proton pada DRB Hicom

Posted: 12 Dec 2011 03:52 AM PST

Konglomerat, DRB-Hicom Bhd, dijangka memenangi bidaan ke atas 42.7 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings Bhd, berdasarkan keupayaan pengurusan dan kewangannya yang kukuh, kata penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

"DRB Hicom diurus dengan baik. Mereka juga keluarkan kereta-kereta untuk Suzuki, Mercedes dan Volkswagen. Syarikat ini juga milik Kumpulan Al-Bukhary yang mempunyai banyak perniagaan lain, termasuk operasi pelabuhan.

"Mereka nampak berkeupayaan menjalankan perniagaan," kata bekas perdana menteri itu dalam temu bual dengan Bernama dan Bloomberg hari ini.

Selain DRB-Hicom, pemegang saham utama Proton, Khazanah Nasional juga menemui Kumpulan Naza, Sime Darby Bhd dan beberapa syarikat tempatan yang lain untuk membeli kepentingan, katanya.

Sime Darby menolak tawaran itu, kata Dr Mahathir yang juga pengasas Proton.

Dr Mahathir berkata Naza sudah mengemukakan cadangan dan nampak berminat.

Dr Mahathir berkata beliau tidak menyokong sebarang syarikat dan terpulanglah kepada Khazanah, cabang pelaburan kerajaan bagi memutuskannya (kejayaan pembidaan).

"Pembeli mesti mempunyai kapasiti untuk membiayai pemulihan kewangan Proton. Proton mempunyai masalah kewangan seperti syarikat kereta yang lain. Jika mereka tidak mampu, ia tidak baik untuk Proton," katanya.

Pada 4.30 petang, saham Proton menokok 21 sen kepada RM4.15, namun DRB-Hicom susut dua sen kepada RM2.10.

Dr Mahathir berharap Khazanah akan menjual kepentingannya pada harga yang munasabah.

"Proton perlukan pembiayaan. Oleh itu, ia perlukan mereka yang dapat menyuntik wang ke dalam Proton. Jika harga terlalu tinggi, sukar untuk pelabur memulihkan syarikat itu," katanya.

Dr Mahathir berkata Khazanah tidak mempunyai rancangan untuk menjual kepentingannya kepada syarikat asing memandangkan Proton akan hilang identitinya (sebagai kereta nasional Malaysia), namun syarikat itu sedang berunding dengan General Motors Company untuk potensi pemasangan kereta.

"Proton perlu kekal sebagai kereta nasional dan mengukuhkan keupayaan kejuruteraannya," katanya.
Jalinan usaha sama dengan pembuat kereta dunia bukan penyelesaian tunggal untuk meningkatkan teknologi, katanya.

"Banyak lagi cara lain untuj memperoleh teknologi. Banyak pengeluar kereta terkemuka melakukan penyumberan luar untuk reka bentuk," katanya.

- Bernama

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DR HASSAN ALI PERLU HORMATI PRINSIP PAS, ATAU PAS PERLU HORMATI PRINSIP BELIAU?

Posted: 12 Dec 2011 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN ALI menyebut beliau mempunyai tiga prinsip yang PAS mesti menghormatinya iaitu prinsip Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja.  Jika ketiga-tiga prinsip ini PAS tidak menghormatinya, beliau menyebut bahawa berkemungkinan bersedia untuk mengambil keputusan keluar dari PAS setelah berbincang dengan beberapa rakannya termasuk para-para Mufti. 

Itulah hakikat yang boleh disimpulkan setelah membaca kenyataan beliau di SINI.  Persoalan pertama, adakah selama ini PAS tidak menghormati ketiga-tiga prinsip yang beliau sebutkan itu?  Dan, adakah Dr Hassan Ali juga menghormati prinsip di dalam PAS?  Mudah kata, PAS kah yang perlu menghormati prinsip Dr Hassan Ali atau Dr Hassan Ali sebagai Jemaah PAS yang perlu mematuhi prinsip PAS?  Ini mengelirukan.


Secara teorinya, ketiga-tiga prinsip Dr Hassan Ali itu amat baik tetapi ada prinsip yang hukumnya mutlak dan ada yang bersyarat.  Prinsip Islam, sudah tentu hukumnya mutlak kerana Islam itu hukum tertinggi.  Prinsip Melayu, ianya tidak mutlak kerana Melayu bukan Islam dan Islam juga bukan Melayu.  Prinsip ketiga juga tidak mutlak kerana menghormati atau taat kepada Raja-Raja hanya sekiranya institusi itu taat kepada Allah dan Rasul.  Di dalam Perlembagaan juga, Raja-Raja mesti tunduk kepada Perlembagaan yang digubal di dalam Dun atau Parlimen.

Di mana silapnya Dr Hassan Ali?  Silapnya Dr Hassan Ali adalah kerana beliau menjauhkan diri dari Jemaahnya sendiri.  Banyak keputusan yang dibuat oleh PAS seolah-olah tidak memberi erti kepada Dr Hassan Ali kerana kononnya beliau mempunyai prinsip Islamnya tersendiri.  Pada ketika Kerajaan Negeri Selangor mempunyai masalah dengan perlantikan SUK, Datuk Khusrin dan masalah ini dikongsi juga oleh PAS, PKR dan DAP, berbeza pula dengan Dr Hassan Ali ketika itu.  Pada waktu PAS dan PKR membuat keputusan tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan anjuran NGO di Stadium Shah Alam yang kononnya untuk menangani masalah Murtad, tindakan ini tidak memberi erti pada DR Hassan Ali.

Pada waktu ramai di kalangan YB-YB PAS (kebanyakannya berilmu agama yang tinggi) merungut kerana setelah PR memerintah Selangor mereka tidak boleh membaca Khutbah atau bertazkirah di dalam masjid di seluruh negeri Selangor hanya kerana tiada Tauliah, Dr Hassan Ali menyokong JAIS di dalam perkara ini.  Dr Hassan Ali menyertai perhimpunan menangani isu murtad di Stadium Shah Alam atas alasan amat sensitif dengan gejala murtad yang berleluasa, tetapi di dalam masa yang sama Bob Lokman diheret ke mahkamah kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah.  Di mana suara Dr Hassan Ali dan apakah tindakan beliau selantang seperti di dalam isu serbuan gereja?

Saya juga sebenarnya tidak bersetuju apabila Shaari Sungip, Ketua Penerangan PAS mendedahkan bahawa nama Dr Hassan Ali tidak tersenarai di dalam majoriti yang dipilih sebagai calon untuk bertanding di dalam PRU akan datang. Sepatutnya tidak perlu didedahkan kerana lihat sekarang, Dr Hassan Ali cuba kaitkan pendedahan tersebut dengan anugerah yang beliau terima dari Sultan Selangor.  Kita tidak peduli samada beliau terima anugerah atau tidak, malahan kita tidak mahu berfikir atas sebab apa beliau menerima anugerah tersebut.  Mungkin ada sebabnya beliau layak dan itu adalah rezekinya maka kita tidak boleh pertikaikan. Cuma, kita mahu tahu mengapa begitu sukar untuk Dr Hassan Ali menerima prinsip dan pendekatan PAS, tetapi di dalam masa yang sama beliau menuntut PAS menghormati prinsipnya?

Dr Hassan Ali patut memahami dan sedar bahawa Negeri Selangor walaupun diperintah oleh PR, tetapi kerajaan negeri diketuai oleh PKR bukan PAS.  Justeru itu, kerjasama di antara PKR, PAS dan DAP perlu kepada pendekatan yang sudah tentu berbeza dengan negeri yang diketuai oleh PAS.  Sedangkan, di Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS sendiri pun berbeza pendekatannya dengan Negeri Kelantan yang juga diketuai oleh PAS.  Sebab apa?  Ini adalah kerana situasi di Kelantan dan Kedah mempunyai perbezaan khususnya dari segi polarisasi kaum yang memerlukan kaedah yang berbeza tetapi tetap menuju ke arah dasar dasar dan prinsip PAS.  Apatah lagi negeri yang diketuai oleh PKR mahupun DAP.  

Ada suara-suara sumbang terutamanya dari Umno yang sememangnya mengharapkan Dr Hassan Ali menyeberang kepada parti sekutu Apco itu mendakwa bahawa PKR dan DAP sebenarnya menjadi dalang kepada hilangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada Dr Hassan Ali.  Benarkah begitu?  Jika begitu, mengapa MB Selagor dari PKR itu tidak melucutkan sahaja jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Dr Hassan Ali sekarang?  Jawapannya tidak samasekali.  PKR dan DAP tidak memberi kesan kepada pengaruh Dr Hassan Ali.  Sokongan kepada beliau ditentukan oleh ahli-ahli PAS sendiri terutamanya di Selangor setelah melihat sendiri gelagat Dr Hassan Ali selama ini.  Igauan `rundingan dalam gelap' bersama Umno tahun 2008 mungkin sering menganggu tidor ahli-ahli PAS yang semakin meluat dengan Umno sekarang. 

Pada saya, sekiranya Dr Hassan Ali mahu meninggalkan PAS hanya kerana PAS tidak menghormati prinsip beliau maka Dr Hassan Ali lebih layak untuk bertindak sedemikian.  Ini adalah kerana jika semua ahli atau pemimpin PAS bersikap seperti beliau, sudah pasti PAS sudah lama berkubur.  Mursyidul Am PAS sendiri pun tidak pernah berkata sedemikian.  PAS wujud sehingga kini adalah kerana PAS tetap berpegang pada dasar Islamnya yang berijtihad di dalam keadaan yang memerlukan di samping ketaatan ahli kepada keputusan Jemaah. /wfauzdin.blogspot.com

FELDA PUN MAHU `DIJAJAH' OLEH UMNO? WARGA FELDA HARUS BANGKIT

Posted: 12 Dec 2011 08:43 AM PST

Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.

NONE"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.

"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.

Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdaily melaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.

Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.

Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung  penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu.

azlanSementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha mengingkirkan Zulkifli.

Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar.

"Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil./Malaysiakini

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Bagai bukan di Malaysia

Posted: 12 Dec 2011 12:26 AM PST

Hari ini (12.12.2011) aku memulakan langkah 'semula' menjamah bumi Kuala Lumpur setelah lebih seminggu aku tinggalkannya kerana urusan di kampung.

Entah bagaikan seperti ada yang tidak kena sejak aku menaiki bas di Seremban lagi apabila aku 'terpaksa' duduk bersebelahan dengan seorang pendatang Nepal dan di belakang aku pula juga pendatang Bangladesh.

Turut kelihatan beberapa lagi orang asing (pendatang) Indonesia menaiki bas yang sama.

Mamat Nepal yang duduk bersebelahan aku sebentar tadi diam dan hanya memandang ke luar tingkap sejak bas bertolak.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, aku bergegas turun untuk ke LRT Masjid Jamek, kebiasaannya aku akan berjalan pantas, namun pagi tadi aku seakan lesu, mungkin kerana perjalanan semalam yang memenatkan.

Aku memandang kiri dan kanan, semuanya nampak seperti biasa.Namun apa yang lebih menarik perhatian aku, adalah pertambahan bilangan warga asing di Malaysia yang cukup menjolok mata.

Bilangan mereka cukup ramai, hingga memperlihatkan kawasan sekitar Central Market bagaikan Jakarta, Yangoon dan Dhaka.Mereka seperti sudah menjadi warganegara Malaysia, entah kenapa dan bagaimana pastinya pihak berkuasa sahaja yang memahami.

Kemasukan mereka secara mendadak mutakhir ini memberi kerunsingan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak kira mana parti yang sertai, mereka bimbang dengan kehadiran jutaan pekerja asing di Malaysia.

Bilangan warga Indonesia di Malaysia sahaja kini lebih 1 juta dan tidak termasuk mereka yang telah lama bermastautin di sini.

Sejak semakin ramai golongan ini di Malaysia, pelbagai kerenah budaya, dan gejalan sosial berlaku.Malahan jenayah bertambah, namun apakah kerajaan benar-benar sedar akan isu ini?

Kini timbul isu manipulasi MyKad kepada warga asing yang dilakukan oleh pihak yang takut akan kehilangan kuasa.Mereka menggunakan kehadiran warga asing yang cukup ramai sebagai senjata untuk terus kekal berkuasa memerintah negara.

Siapa yang harus dipersalahkan?Rakan-rakan saya yang menganuti fahaman politik Umno-BN sering mengeluh ada sahaja kejadian pecah rumah, rompakan dan jenayah membabitkan warga asing.

Isu ini bakal menjadi isu yang tidak akan selesai kerana pihak yang masih terus mahu berkuasa hanya memikirkan soal politik semata tanpa melihat keselamatan dan keamanan rakyat.

Tidak mustahil suatu hari nanti warga asing akan 'naik tocang' kerana mereka kini memiliki MyKad untuk MENGUNDI.........

dollah yankee

dollah yankee


...and wanita's tell Dr.M .."To Hell With You !"

Posted: 12 Dec 2011 05:08 PM PST

Dr.M: Quit before you're chased out
The ex-PM tells Sharizat Abdul Jalil to quit politics following the National Feedlot Centre controversy ... HERE ...

... and the wanita's tell Dr.M ...to hell with you !

Many wanita's umno voiced their commitment to give their solid support to the movement's head, Sharizat Abdul Jalil who is being attacked with various slanders and unfounded allegations.

A local Wanita Umno committee member from Jelutong, Siti Ribut Binti Haji Kulat described the Wanita Umno Head as an 'iron lady' who was unafraid to face the slanders.

"I was fluttered and could not suppress my emotion. I was sad and angry when i read Tun Dr.Mahathir statement who ask Sharizat to quit before being chased out. This old man must be senile."

Meanwhile, another wanita umno member from Bayan Baru, Maela Beevi Binti Haja Maidin desribed.

Sharizat as a leader who was never tired of leading the movement to ride the political turbulance, particularly, when facing the next general election.

"We trust her, we have confidence on her, we are united and solidly supporting her leadership. Give us any task, and we will carry them out, even 'jihad' or if she want us to 'hack' Tun Dr.Mahathir head, we will do that. We have no fear and we are not afraid at all."

Another wanita umno member also critised Tun Dr. Mahathir for attacking Sharizat.

Kah..Kah..Kah, what say you Tun??

dollah yankee -
This news been brought to me by 'gurkah-gurkah politik di-port'

Antara senyum dan tangis

Posted: 12 Dec 2011 04:35 AM PST

dollah yankee-
Ni apa cerita ni?? Orang lain semua nampak sedih,hiba dan sedang menangis, tapi yang di-belakang Kak Mah kita tu dok senyum (klik untuk besarkan gambar), nak gelak dengan tak gelak sama banyak. Nampak sangat yang 'lakunan' tak berapa nak menjadi.
Kalau di-tanya kenapa,mungkin ini jawapan "..saya nak tergelak bila tengok Kah Mah dok berlakun.."
Kah..Kah..Kah.. 

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Anwar Ibrahim juga agen Parti Tupperware....!!

Posted: 12 Dec 2011 04:05 AM PST

Dr M claims Anwar, Bar Council are US agents
By Yow Hong Chieh
December 12, 2011
Dr Mahathir expressed hope the government will act on his claims if it finds adequate evidence. — File pic

KUALA LUMPUR, Dec 12 — Key opposition leaders, including Datuk Seri Anwar Ibrahim, are in cahoots with the US to overthrow the Barisan Nasional (BN) government, Tun Dr Mahathir Mohamad claims.

The former prime minister alleged his one-time protégé was getting support from Washington via a pro-Zionist non-governmental outfit formed by American neoconservatives to remove unfriendly governments.

Dr Mahathir cited Anwar's close friendship with leading neoconservative Paul Wolfowitz as proof of his claim, adding that members of the Bar Council were also involved in the alleged conspiracy.

"Anwar always meets with them and says that when he becomes prime minister, he will abolish this and that... will give freedom to the people," Berita Harian reported the Umno veteran as saying yesterday.

"He has their support, either in terms of money or something else. He and several others, including lawyers, get backing from an organisation created by the US government specifically to topple governments they don't like."

Dr Mahathir added that he was confident Putrajaya would take appropriate steps against those involved once the government obtained sufficient evidence of wrongdoing.

"Without proof, we cannot simply act or use our powers to arrest people. Once there is clear proof, I'm sure the government will act," he said.

Dr Mahathir has on many occasions accused Jews, whom he claimed were jealous of Malaysia's advancements, of trying to undermine the country, even during his 22-year tenure as prime minister.

He most famously blamed the 1997 Asian financial crisis on a worldwide Jewish conspiracy, reasoning: "We are Muslims, and the Jews are not happy to see Muslims progress."

Drebarpun x boleh settle...nak cerita pasal pentadbiran negara. Piiirrraaaaaahhhh!!

Posted: 01 Dec 2011 07:13 PM PST



Tajuddin: Dengarlah aku merepek...
Oleh Clara Chooi December 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Dis — DAP akan meletakkan bukan Melayu sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, demikian ramalan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang turut menekankan keresahan orang Melayu akan hilang kuasa dan hak.

Jika DAP yang didominasi kaum Cina gagal maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melantik "perdana menteri boneka" sebagaimana pernah disaksikan dengan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada Mac 2008, kata Ketua Umno Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman....

Sempena Persidangan Lembu Terakhir: Artikel terbaik Che Det....(relevan dulu, kini dan selamanya)!!

Posted: 01 Dec 2011 06:36 PM PST

UMNO

NOV30 2009 WRITTEN BY CHEDET

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

~penarik beca

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Saat saya mula-mula menyokong Anwar dan kenapa dia perlu disokong

Posted: 12 Dec 2011 08:14 PM PST

Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat.  Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya.  Semua dalam kekeliruan.

Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya.  Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia.  Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian.  Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.
Read More / Baca Lagi >>

‘Day Zero to save euro’ dan sikap kita

Posted: 12 Dec 2011 08:06 PM PST

 (Dinar Emas - Sistem Kewangan Islam)

Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

13 DIS — Dua minggu yang lalu, ketika sedang menunggu bas X5 untuk ke bandar Oxford di perhentian Milton Keynes, saya tertarik dengan tajuk akhbar Metro UK, sebuah surat khabar versi percuma yang diedar kepada rakyat Britain melalui bas dan rangkaian kedai buku di sana. "Ten days to save the euro" tajuk hadapannya menakutkan, saya kira. Mengingatkan saya ketika berada di Paris beberapa hari sebelumnya, bagaimana agaknya negara yang menggunapakai matawang euro, jika euro tidak dapat diselamatkan?
Jumaat lalu, 9 Disember 2011 akan diingati dunia sebagai percubaan untuk menyelamatkan Eropah. Perjumpaan 27 ketua negara Eropah di Brussel, adalah yang kelapan pada tahun ini, kebanyakannya menumpu kepada krisis hutang yang sejak dua tahun lalu yang telah memusnahkan Greece, merebak kemudiannya ke Ireland, Portugal, Sepanyol, kini malah membimbangkan Perancis serta Jerman.
Ketakutan pembuat polisi Eropah semakin hampir, kemusnahan mata wang euro dikatakan akan menyebabkan kemusnahan global yang lebih besar dari krisis ekonomi 2008/09. Sebagai sebuah kumpulan ekonomi bersepadu, kemusnahan euro akan menyebabkannya jatuh diakibatkan kegagalan bank dan ketidakmampuan "capital control".
Read More / Baca Lagi >>

Jihad : Mustafa Tamimi Syahid Ditembak Gas Pemedih Mata Zionis

Posted: 12 Dec 2011 08:00 PM PST


Mustafa Tamimi (28) seorang warga Palestin (oh wait UN tak terima Palestin itu sebuah negara!) syahid setelah ditembak dibahagian muka dengan gas pemedih mata. Mustafa cedera parah dibahagian muka kerana tin gas menghentak muka beliau pada jarak 10 meter. This is lethal ladies and gents. Kematian beliau tidak mendapat kutukan ramai pihak kerana no one gives a shit about palestinians anymore including our mainstream media. Penggunaan gas pemedih mata sebagai senjata ofensif seperti didalam situasi diatas adalah diharamkan oleh bangsa-bangsa bersatu. In fact penggunaan gas pemedih mata hanya boleh digunakan bagi crowd dispersal dan ditembak keudara. Tidak seperti apa yang dilakukan tentera zionis.

Kenapa Mustafa ditembak? Kerana membalis batu kearah jip tentera zionis. Yes. Baling batu sahaja. Then again I am not that surprised at all. Di Malaysia gas pemedih mata digunakan juga sebagai senjata ofensif oleh FRU.

Which begs the question. What is the difference between ZIONIST and some security forces in Muslim countries?


Read More / Baca Lagi >>

Sultan Kedah lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pagi ini

Posted: 12 Dec 2011 07:43 PM PST

SEPANG, 13 Dis — Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14.
Ketibaan Tuanku Abdul Halim bersama Tuanku Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.
Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat.
Read More / Baca Lagi >>

Teka Selama Mana Shahrizat Bertahan!!

Posted: 12 Dec 2011 07:40 PM PST

"Kalaulah desakan dari pembangkang supaya beliau mengundurkan diri dan meletak jawatan, dan tidak dihiraukannya mungkin bukan masalah baginya. Mungkin dia dapat bertahan.
Bagaimana pula kalau desakan itu datangnya dari 'geng' sendiri. Tentu lebih bermasalah bagi Shahrizat Abdul Jalil nak menanganinya. Sudah pasti desakan itu makin merebak. Ini masalah bagi Shahrizat yang terbabit kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

Read More / Baca Lagi >>

Pertelingkahan dalaman Umno: Perebutan Kuasa peringkat tertinggi – Bhg 1

Posted: 12 Dec 2011 07:09 PM PST

Pertelingkahan dalaman Umno: Perebutan Kuasa peringkat tertinggi – Bhg 1 Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal.
Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu.Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab. Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing.
Sejauh manakah setianya si timbalan?
Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Aku Kesah : Masih ingat Rosmah Mansor?

Posted: 12 Dec 2011 07:06 PM PST

Masih ingat Rosmah Mansor? Masih ingat Rosmah Mansor? Sudah pasti. Siapa boleh lupa pada Wanita Pertama Malaysia – FLOM!
Beliau sememangnya telah menjadi sedikit 'low profile' semenjak dua menjak ini. Sehinggalah lelaki karpet beliau Deepak Jaikishan, yang popular setelah kes akuan bersumpah P.I. Balasubramaniam mengenai Altantuya dan juga Scorpenes dan sekarang muncul semula di tempat yang paling tidak disangka-sangka: dunia korporat Malaysia.Ini semua pun masih dibawah perhatian Rosmah.
Untuk Deepak, beliau seperti "kakak" dan kepada seorang lagi anak ikan korporat, Jho Low, beliau bukalah "mak angkat" tetapi "rakan baik". Tetapi apa pula dengan beliau- siapa mereka ini?
Sehingga kini, tiada satu kata pun yang beliau ucapkan walaupun beliau sangat dikenali dengan sesi karaoke beliau yang berpanjangan dan kadang-kadang memarahi orang apabila tidak dapat apa yang beliau mahu.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Aku Kesah : KJ dan 6 jahanamnya

Posted: 12 Dec 2011 07:02 PM PST

Teks ucapan Khairy Jamaludin (KJ) dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, jelas  menunjukkan  keadaan diri KJ ketika ini. Kandungan ucapannya  membayangkan kecelaruan dan kerungsingan  dalam memikirkan masa  depan  politiknya  dalam UMNO.

Barangkali KJ mula menyedari bahawa inilah  peluangnya yang terakhir berucap di depan perwakilan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mengandaikan hal itu, KJ sebaik mungkin membuat satu ucapan yang pada perkiraannya dapat mengembalikan sokongan padu perwakilan. Lebih penting lagi ucapannya itu dapat memikat hati ketuanya unutk di calonkan pada PRU13 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

How MF Global collapsed by hypothecating and who is next

Posted: 12 Dec 2011 06:56 PM PST

How MF Global collapsed by hypothecating and who is next Another month another new implosion. Europe really seems to be stuck in a financial black hole, unable to free itself from it. Before we even have time to digest all those exotic treasury products like CDO,CDS,MBS, ALT-A, Sub-Prime, Swaps and , now there is this new toy called 'Hypothecation'.
What is Hypothecation?

Hypothecation is the practice where a borrower pledges collateral to secure a debt. The borrower retains ownership of the collateral, but it is "hypothetically" controlled by the creditor in that he has the right to seize possession if the borrower defaults. A common example occurs when a consumer enters into a mortgage agreement, in which the consumer's house becomes collateral until the mortgage loan is paid off.
The detailed practice and rules regulating hypothecation vary depending on context and on the jurisdiction where it takes place. In the US, the legal right for the creditor to take ownership of the collateral if the debtor defaults is classified as a lien.
Read More / Baca Lagi >>

Enam NGO a'bangsa desak Taib, keluarganya ditangkap

Posted: 12 Dec 2011 06:54 PM PST

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk  salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

azlanAntara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi  konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.

Negara Zina : Apabila penzina menghina Islam...UMNO diam terkedu...!!!

Posted: 12 Dec 2011 06:45 PM PST


Oleh : RIDHUAN TEE ABDULLAH

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.10941.1323252782!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgKebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam.

Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Read More / Baca Lagi >>

NFC: Jangan beban parti, ketua Umno Cheras desak Shahrizat dan suami

Posted: 12 Dec 2011 06:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabnkan partinya.
Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suami Shahrizat merupakan pengerusi eksekutif NFC. Pengurusannya turut dikendalikan oleh anak-anak mereka.
Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.
"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.
Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Aku Kesah : Umno tidak gentar calon DAP Melayu...maknanya mula rasa goyang...!!!!

Posted: 12 Dec 2011 06:22 PM PST

UMNO tidak gentar sekiranya DAP berhasrat meletakkan calon Melayu bertanding di kawasan majoriti kaum itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bersedia untuk menentang habis-habisan.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah meletakkan calon Melayu itu, tidak lebih daripada sekadar gimik politik bagi menunjukkan DAP parti pelbagai kaum tetapi sebenarnya ia tidak berlaku.
"Kalangan pembangkang sebenarnya telah ada persetujuan bahawa bagi kawasan bercampur akan diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), kawasan Cina (DAP) manakala kawasan Melayu (Pas). Jika DAP mendakwa, ia parti mewakili semua kaum, mereka hendaklah meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina.

"Hasrat bertanding di kawasan majoriti Melayu tidak lain sebagai gimik sahaja dan bertujuan menarik sokongan pengundi Melayu agar menyokong calon mereka," katanya selepas taklimat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian di sini, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, apa yang Ezam takutkan?

Posted: 12 Dec 2011 06:17 PM PST

Aspan Alias

13 DIS — Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana Umno memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu.
Apa yang Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara?
Read More / Baca Lagi >>

Klip video hina hudud dedah sikap hipokrit Umno

Posted: 12 Dec 2011 06:13 PM PST

PARIT BUNTAR, 13 Dis: Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini.
"Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri.
"Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya," ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Skim SBPA 2012, Apa Muslihat Kerajaan UMNO BN?

Posted: 12 Dec 2011 06:11 PM PST


Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhid­matan Awam (Cuepacs) menggesa kira-kira 1.4 juta penjawat awam supaya tidak gopoh menandatangani persetujuan untuk bertukar kepada Skim Sara­an Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa 1 Januari depan. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menasihatkan penjawat awam supaya hanya membuat keputusan selepas kesatuan itu mengadakan Kongres Khas di Kuala Perlis bagi membincangkan perkara itu, 14 Disember ini.

"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh buat keputusan kerana mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Kedah, Kelantan Sebagai Yang Dipertuan Agong & Timb Yang Dipertuan Agong

Posted: 12 Dec 2011 06:10 PM PST

Pelantikan Sultan Kedah Sebagai Agong Dianggap Penghormatan Bersejarah Kepada Negeri

ALOR SETAR: Pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua bermula Selasa merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh penduduk Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan.Read More / Baca Lagi >>

Ada Aku Kesah : Ibu pejabat SUPP dilanda ‘krisis’ terbakar awal pagi

Posted: 12 Dec 2011 06:06 PM PST

KUCHING, 13 Dis — Ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, komponen Barisan Nasional (BN) yang berlanda krisis pemilihan dan menerima presiden baru kelmarin, terbakar awal pagi ini, demikian menurut laporan media.
Kejadian itu menyebabkan bilik mesyuarat parti itu mengalami kerosakan teruk.
Laporan Star Online menyebut saksi telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat sekitar 3.15 pagi tadi.
Bekas setiausaha agung parti itu dipetik laporan media berkata, beliau percaya kebakaran itu bukan terjadi secara kebetulan, tetapi beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
"Kami mengecam tindakan sedemikian," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Life after NFC: A bleak future ahead for Khairy Jamaluddin

Posted: 12 Dec 2011 05:56 PM PST

Life after NFC: A bleak future ahead for Khairy JamaluddinRafizi Ramli, the PKR director for strategy, received the official reply from UMNO Youth to his debate challenge on the RM250 million Shahrizat Jalil-NFC debacle only 3 weeks after throwing down the gauntlet.
Worse still, UMNO Youth chief Khairy Jamaludin decided to chicken out, saying he could not make the event which had been slated for December 12 as he had another engagement.
After deep thought, which critics say is surprisingly slow for an Oxford graduate, it appears that Khairy finally came to his senses and decided that not only is it a lost cause, but it could also lead to more UMNO wrong doings being exposed.
Furthermore, the UMNO top echelon have put their foot down, making it clear they want a full stop on the matter before more amongst them were implicated, resulting in themselves not being categorized as "winnable" candidates by their party.
Read More / Baca Lagi >>

Bringing Lynas to the rural heartland

Posted: 12 Dec 2011 05:55 PM PST

Aiming to counter an alleged blackout by the Malay media on the Lynas issue, producers of 'Survival Guide untuk Kampong Radioaktif' are taking their work to the folks in the kampungs. KUALA LUMPUR: Today, the online world, tomorrow, the rural heartland – this is the mission of the producers of the shortfilms "Survival Guide untuk Kampong Radioaktif".
The filmakers plan to take their short films critical of the controversial Lynas rare earth plant out of YouTube and deep into the countryside.
Kampong Radioaktif producer Yeo Joon Han said that not many people, especially rural folk, were aware of Lynas.
"This is a start of a journey. The online audience are people who aware and already know (about Lynas). They would be able to see things quite clearly."
Read More / Baca Lagi >>

Calon Ketua Wanita UMNO 1Malaysia??

Posted: 12 Dec 2011 05:49 PM PST

Fuuhhh....!! Teruk Shahrizat kena serang. Dari dalam dan juga dari luar beb!!

Lantas, ramai yang tertanya-tanya, siapa bakal menggantikan Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO, jika dia tersungkur??

Yes... a very good question. Setakat ini tak nampak pun muka-muka Wanita UMNO yang dok ada... yang ada umph. Malap dan tak berseri langsung. Nak harapkan Midah 'Pambu'.... Pooodahhh!! Kamilia Ibrahim.... entahler, penin!!

Aha... Aku ada satu suggestion. Orangnyer 'garang' macam Shahrizat juga. Very 'popular' dalam kalangan UMNO dan musuhnya. On top of that, dia pun sudah berkata, yang dia sanggup menyertai PRU13 seandainyer diberi kepercayaan oleh UMNO. Wa talak tipu... Lu olang baca sini.

Jeng.... jeng.... jeng....

Ini dia orangnya.

Ketua Wanita UMNO 1Malaysia??

Dato' Kamilia Ibrahim dan Hamidah Osman, sorry ler. Rasanyer you berdua tak setanding wanita dalam gambar di atas.

Ini suggestion yang difikir layak ler but apa-apa pun terserahler. Parti komer.... hak komer.

Kah kah kah kah....

Keluarga tahanan ISA terima bantuan

Posted: 12 Dec 2011 05:46 PM PST

TAWAU, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Tawau dan PAS Kalabakan menyampaikan sumbangan sebagai bantuan meringankan beban keluarga mangsa tahanan ISA, khususnya menjelang sesi persekolahan 2012.
Ketua Pemuda PAS Kalabakan, Usman Madeaming berkata, sumbangan tersebut menunjukkan kebersamaan dewan itu dengan isteri-isteri tahanan ISA dalam memahami dan menyelami kesengsaraan keluarga tahanan yang ditinggalkan.
"Mereka yang ditahan ini merupakan sahabat kita. Pengajar kuliah di masjid dan surau sekitar Tawau.
"Kita terkejut dengan berita penahanan ini dan akan bersama keluarga mangsa untuk menyelami betapa perit dan pahitnya perjalanan seorang isteri yang ditinggalkan suami akibat kerakusan ISA," katanya ketika berucap sempena penyerahan sumbangan tersebut di Pejabat PAS Tawau, kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Suara UMNO : Apa kelainan negara berkebajikan PAS?

Posted: 12 Dec 2011 05:45 PM PST

Nizam Yatim

13 DIS — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin melancarkan buku Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di pekarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.
Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti berkenaan bersama-sama parti pembangkang lain sekiranya diberi peluang mentadbir negara.
Dalam buku itu, PAS memperincikan 10 agenda iaitu mewujudkan kerajaan beramanah, masyarakat penyayang, ekonomi mampan, pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan cekap, kebajikan langsung, keluarga harmoni, pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti dan pemeliharaan alam sekitar.
Buku itu merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi yang bertajukKonsep Asas Negara Berkebajikan yang telah dilancar sebelum ini.
Kedua-dua buku berkenaan adalah susulan daripada ucapan dasar beliau dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-57, Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".
Read More / Baca Lagi >>

PM: Belia 'Superhero' program transformasi negara.......

Posted: 12 Dec 2011 05:40 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak hari ini mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.

Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya.

"Tetapi suara golongan muda bukan hanya semata-mata sebagai kritikan tetapi perlu mengemukakan idea untuk penyelesaian.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Aku Kesah : Pinjam daripada KWSP, bukan negara asing ...... Tak de duit pakai jerk tabung rakyat....!!!

Posted: 12 Dec 2011 05:36 PM PST

KUALA LUMPUR . - Malaysia akan terdedah kepada lebih banyak risiko yang sukar dijangkakan sekiranya membuat pinjaman daripada negara asing.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, berikutan itu adalah lebih baik kerajaan membuat pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tegasnya, rakyat tidak perlu khuatir dengan pinjaman yang dikeluarkan KWSP kepada kerajaan kerana pembayaran semula adalah terjamin.
Pinjam daripada KWSP, bukan negara asing
''KWSP kini mempunyai dana sebanyak RM400 bilion dan dengan duit yang banyak KWSP juga mempunyai masalah untuk mencari pelaburan terutama dalam situasi tidak menentu ini
''Jadi, apa salahnya KWSP memberi pinjaman kepada kerajaan,'' katanya dalam sesi soal jawab Forum Pelaburan 2011 anjuran MIDF Investment Bank Bhd..
Beliau menjelaskan, kerajaan akan berhadapan dengan kadar faedah yang tinggi dan kenaikan mata wang asing jika membuat pinjaman negara luar.
''Memang lebih mudah kalau kerajaan membuat pinjaman daripada KWSP, mata wang sama, kadar faedah lebih rendah, selain tempoh pinjaman lebih lama, 40 tahun,'' tambah beliau.
-Utusan