Isnin, 12 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Akhirnya Shahrizat dilondehkan oleh lembunya sendiri ...?

Posted: 12 Dec 2011 11:43 PM PST

Tiga minggu lagi, Shahrizat akan lepaskan jawatannya?


Desas desus semakin kuat bertiup bahawa Shahrizat Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri dan Ketua Pergerakkan Wanita Umno, selewet-lewatnya tiga minggu dari sekarang akibat percaturan politik tertinggi yang jelas melihat Shahrizat sebagai liabiliti

Seperti yang dijangkakan, Umno akhirnya bersedia untuk menjadikan Shahrizat Jalil sebagai 'kambing hitam' (disebut lembu) apabila isu penyelewengan pinjaman mudah projek integrator fidlot nasional mula menjahanamkan reputasi Umno yang telah sedia rosak.

Dari bisik-bisik keliling yang telah tersebar, Umno kini merancang untuk terus menekan Shahrizat agar segera melepaskan semua jawatan yang disandangnya supaya Umno kembali mendapat ruang bernafas sejak teruk 'dibelasah' dengan isu Shahrizat dan keluarganya menyeleweng serta berfoya-foya dengan duit yang sepatutnya digunakan untuk mengusahakan ternakan lembu.


Suasana kelam-kabut dalam Umno bermula apabila tiga pimpinan Parti Keadilan Rakyat iaitu Yb Zuraida, Yb Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli membongkar kisah penyelewengan National Feedlot Corporation yang terlibat dalam pembelian sebuah kondo, yang kemudiannya diakui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Salleh sebagai pelaburan.

Beliau turut mengakui NFC bukan sahaja membeli sebuah, tetapi dua buah kondominium mewah One Menerung yang berharga RM 13.8 Juta seperti yang didedahkan oleh blog Liang Lahad

Rentetan daripada itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Yb Bung Mukhtar Radin menjadi individu Umno yang pertama mendesak Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Desakan ini dilakukan oleh beliau dalam sidang Dewan Rakyat yang baru berlangsung.

Dari situlah nampaknya Umno mula memasang langkah untuk meng'nyah'kan Shahrizat Jalil daripada arena politik Umno.

Tindakan ini disokong kemudiannya oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Ali Alhabsee dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang mengulangi gesaan untuk Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan lagi adalah desakan terbuka yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir lebih seminggu yang lalu.

Umum mengetahui Mahathir masih mempunyai pengaruh dalam perlaksanaan dasar oleh Umno dan kerajaan pimpinan Najib Razak. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau dalam dua hingga ke tiga minggu akan datang, Shahrizat akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno atau sekurang-kurangnya direhatkan untuk mengembalikan semangat Umno terutamanya Wanita yang semakin lesu kerana isu ini.

Maka, terserlahlah bahawa tindakan Shahrizat menyinsing lengan baju dan memberi amaran untuk 'menyelak kain' tidaklah memberi kesan, malah Umno kelihatan terpaksa untuk 'melembu hitamkan' Shahrizat sebagai talian hayat akhir untuk parti tua itu menghadapi pusingan penentuan Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlangsung bila-bila masa.

Selamat jalan Shahrizat Jalil!

Tukang lawan

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam : 29,000 kakitangan awam akan hilang kerja tahun hadapan

Posted: 12 Dec 2011 08:34 PM PST

STONE : PRU 13  ni pakat-pakat ramai-ramai pangkah la BN na ... jangan lupa tu, boleh depa buang kerja ramai lagi .... hahahaha.

( Oleh : Redzuan Shamsudin )

Perlaksanaan dasar Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tahun hadapan yang membuka ruang kepada orang luar?menduduki jawatan tertinggi perkhidmatan awam dan pemansuhan 29,000 jawatan kian meresahkan kakitangan awam.

Dasar pemisah (exit policy) diperkenalkan sebagai mekanisme untuk membuang penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi baik. Melalui dasar itu kakitangan yang memiliki markah 69 peratus ke bawah boleh diminta bersara awal. Jumlah yang terlibat dianggarkan sebanyak 15,400 orang. Mereka akan ditukar jabatan dan diberi tempoh tertentu untuk memperbaiki prestasi terlebih dahulu sebelum diberhentikan.

Ahli parlimen Kuala Langat yang juga Ahli Jawatan Kuasa Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Abdullah Sani Abdul Hamid menyelar dasar terbaharu kerajaan BN terhadap perkhidmatan awam yang dilihat tidak praktikal dan menzalimi kakitangan awam.

Sejak bila indeks prestasi kerja (KPI) menjadi garis panduan dalam menentukan kedudukan seseorang penjawat awam. KPI hanya menilai prestasi kerja pada peringkat awal, selepas seseorang itu disahkan layak memegang jawatan (confirmation) maka KPI tidak boleh diguna untuk membuangnya.

Adakah kerajaan mahu gunakan dasar ini untuk menyingkirkan kakitangan yang tidak bersefahaman dengan ketua jabatan? Atau mahu mengekalkan penyokong kerajaan BN sahaja sebagai kakitangan.

Memang wujud panel ketua-ketua jabatan (HOD) untuk menilai prestasi kakitangan ini tetapi bukan semua ketua ini layak untuk menilai prestasi .Ada yang naik pangkat atas pertimbangan kroni dan nepotisme. Bagi saya dasar kerajaan BN terbaru ini tidak masuk akal sama sekali,?katanya.

Abdullah memberi amaran pembuangan pekerja tidak boleh dikompromi melalui apa-apa dasar sekali pun kerana hal itu melibatkan undang-undang. Katanya, pekerja boleh mencabar di mahkamah sekiranya mereka diberhentikan dengan cara yang tidak mengikut peraturan.

Menyifatkan langkah terbaharu kerajaan adalah penerusan layanan buruk terhadap perkhidmatan awam sejak era Dr Mahathir, Abdullah menyeru agar penjawat awam di seluruh negara dan Cuepacs membantah dasar tersebut.

Dasar baru ini penerusan dasar penswastaan era Dr Mahathir yang tidak mempertahankan sektor penting negara seperti elektrik, telekom, air dan sebagainya di bawah perkhidmatan awam. Kesemua perkhidmatan itu diswastakan kepada kelompok tertentu.

Malam hal ini Cuepacs perlu membantah. Jika di negara-negara Asia lain dasar seperti ini pasti disambut dengan perarakan dan bantahan besar-besaran,?katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24287

Artis meriahkan Dirgahayu Diraja di Istana Negara baru

Posted: 12 Dec 2011 07:44 PM PST


Baru-baru ni Istana Negara yang terbaru sudah pun dirasmikan oleh Agong dalam Dirgahayu Diraja (jamuan negara). Dalam pada masa yang sama terdapat juga artis-artis tempatan yang sama-sama dijemput memeriahkan suasana. Mereka adalah Andre Goh, M. Nasir, Vanidah Imran, Shila Hamzah, Ning Baizura dan Stephen Rahman. Memang cantik giler Istana baru ni, sesuai la kita untuk memertabatkan institusi beraja di negara kita - SETERUSNYA


6 NGO Antarabangsa dan Malaysia minta Taib Mahmud dan keluarga ditangkap

Posted: 12 Dec 2011 07:00 PM PST

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.- Mkini

KJ dan 6 jahanamnya

Posted: 12 Dec 2011 06:52 PM PST

Haji Saadon Rosli  
Teks ucapan Khairy Jamaludin (KJ) dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, jelas  menunjukkan  keadaan diri KJ ketika ini. Kandungan ucapannya  membayangkan kecelaruan dan kerungsingan  dalam memikirkan masa  depan  politiknya  dalam UMNO.  

Barangkali KJ mula menyedari bahawa inilah  peluangnya yang terakhir berucap di depan perwakilan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mengandaikan hal itu, KJ sebaik mungkin membuat satu ucapan yang pada perkiraannya dapat mengembalikan sokongan padu perwakilan. Lebih penting lagi ucapannya itu dapat memikat hati ketuanya unutk di calonkan pada PRU13 nanti.

Ucapan KJ  bersulamkan pantun. Pantunnya mungkin sedap di dengar oleh Perwakilan tetapi kurang enak dibaca oleh penggemar pantun.

Dalam ucapannya itu, KJ secara berselindung di sebalik tirai yang jarang,  melontarkan keterkilanannya  terhadap layanan yang di berikan kepada  dirinya selaku Ketua Pemuda. KJ dengan lagak pemuda gagah berani membidas sesetangah individu di dalam UMNO yang menggunakan jalan mudah untuk melonjak naik. Kumpulan ini diistilahkannya sebagai  calon kabel. KJ yang mewakili Pemuda UMNO memberi amaran serta menolak 'calon kabel' dan hanya menerima  'winnable candidate' sahaja. Bidasannya dan amarannya yang agak keras ini tidaklah ubah sekadar berkahak menghala kelangit.

KJ merayu agar pemuda di beri peuang yang luas dan diberi kepercayaan dalam menetukan masa depan Negara. Rayuan semestinya tidak lengkap kalau tidak di sertakan puji-pujian melangit kepada Ketuanya.  Begitulah budaya mereka.

Bagi meraih sokongan dan simpati presiden dan para perwakilan, kandungan ucapan mestilah bersertakan serangan dan kecaman terhadap  Pakatan Rakyat (PR). Maka tanpa teragak-agak KJ  mengaitkan PR sebagai perosak  negara.  PR diumpamakannya sebagai 6 Jahanam moden dengan merujuk kepada Filem 6 Jahanam.

Sememangnya kalau gelaran yang paling negatif dan paling buruk di lemparkan kepada PR,  maka akan bergemuruhlah tepukan dan tepik sorak daripada perwakilan.  Begitulah mudahnya KJ meraih populariti. Samada KJ berjaya dengan ucapannya atau tidak, biarlah masa yang akan mensejarahkannya.

Menurut KJ, PR adalah 6 Jahanam moden yang didakwa akan menjahanamkan negara dengan 6 bentuk penjahanaman diberikannya iaitu Menjahanamkan sistem demokrasi,  sistem pentadbiran, maruah negara, sejarah negara, jati diri bangsa dan  kemakmuran ekonomi negara.

Namun begitu,  KJ sebenarnya kurang mendalami kisah 6 Jahanam.  Mengaitkan PR dengan 6 Jahanam menunjukkan bahawa  KJ tidak melakukan membuat semakan dan kajian yang bijak. Perumpamaan 6 Jahanam yang dilontarkan oleh KJ kepada PR tidak ubah bagaikan menepuk air ludahnya sendiri di dulang yang terbentang.

6 Jahanam adalah judul filem arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee yang memegang watak Tantari. Turut membintangi filem ini  adalah  Noor Azizah yang  memegang  dua watak iaitu Masmeera dan Mastika. 6 Jahanam mengisahkan, sekumpulan 6 orang penjahat bernama Paragas, Sujamang, Karambit, Katipang, Mumbala  dan Jagindas. Mereka melakukan pelbagai bentuk kezaliman dengan merompak, memperkosa dan membunuh demi mendapatkan kekayaan mudah dan demi melunaskan hawa nafsu mereka.

Kemuncak kejahatan 6 Jahanam ini adalah memperkosa dan membunuh Masmeera isteri kepada Tantari. Merasa sedih dan marah dengan kematian isterinya, Tantari  berazam untuk menuntut bela dan menghapuskan 6 Jahanam.  Tantari dibantu oleh Damburi seorang utusan raja yang dititah untuk mengembalikan keamanan dan menghapuskan penjahat tersebut.

Sekiranya disebut 6 Jahanam, sesiapa  pun yang pernah menonton filem tersebut akan dapat  membayangkan 6 orang jahat berperangai seperti Paragas, Sujamang, Karambit, Katipang, Mumbala  dan Jagindas.

Mengaitkan dan mengumpamakan PR dengan kumpulan 6 Jahanam adalah tidak tepat dan terlalu tersasar. Lebih-lebih PR sehingga ke hari ini masih belum berpeluang untuk memerintah negara. Mana mungkin sebuah gabungan parti yang tidak memerintah boleh menjahanamkan sebuah negara seperti yang ditomahkan oleh KJ.

Seandainya sebuah negara itu ditahap jahanam, maka pihak yang perlu dipertanggungjawapkan adalah pemerintahnya. Sekiranya negara ini telah jahanam, maka yang perlu dipertanggungjawapkan adalah pemimpin-pemimpinnya. 

Kalau sekiranya negara ini jahanam atau sememangnya telah jahanam, permulaannya adalah ketika zaman penjajahan. Negara ini dijajah dan di perintah mengikut perlembagaan dan cara  penjajah. Penjajahlah yang menjahanamkan negara dengan perlembagaannya, sekularnya,  budaya kebaratannya dan perbagai bentuk penjahanamannya.

Penjahanaman moden berlaku, apabila UMNO yang mengambil alih  kuasa dari penjajah secara terus menerus menggunapakai sistem pemerintahan penjajah. Lebih menjahanamkan lagi apabila islam itu diletakkan hanya sebagai agama rasmi tetapi tidak dijadikan panduan pemerintahan.

Penjahanaman agak teruk berlaku pada era Perdana Menteri (PM) ke 4.  Pada  waktu inilah, berlakunya peristiwa pembunuhan menyayat hati di Memali. Berlaku juga pencabulan terhadap institusi kehakiman, penyebaran fitnah yang memalukan, melampau dan memualkan. Berlaku juga kongkongan terhadap  media yang melampau, penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan politik, keruntuhan akhlak, penghinaan kepada ulama dan berbagai bentuk penjahanaman yang terlalu panjang untuk di senaraikan. Melebihi 6 Jahanam yang di senaraikan oleh KJ.

Ketika era ini jugalah bermulanya krisis kepimpinaan dan perpecahan teruk dalam UMNO. Berlakunya kewujudan Team A dan Team B sehingga UMNO terjahanam dan diharamkan. Rentetan daripada  itu  UMNO baru di tubuhkan. Kemudian berlaku pula krisis kepimpinan dalam UMNO sehingga ramai daripada ahli-ahlinya meninggalkan UMNO.

Bermula pada era ini jugalah, kebanyakan rakyat mulai sedar dan semakin menjauhkan diri daripada UMNO . Berbagai tembelang dan penjahanaman mula disedari oleh rakyat jelata.  Maka, rakyat menunjukkan protes dengan mengambil 2 buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Maka terjadilah sekali lagi seperti apa yang telah dilakukan oleh Paragas dan rakan-rakannya, merompak hak rakyat. Royalti minyak  yang seharusnya diberikan kepada rakyat terengganu telah di rompak secara terang-terangan walaupun ternyata bahawa itu adalah hak rakyat Terengganu.

Kesan kejahanaman yang di lakukan oleh PM ke 4 selama lebih kurang 22 tahun itu diparahkan lagi oleh PM ke 5. Antara penjahanaman yang masih di ingati adalah mewujudkan satu lagi fahaman islam moden yang dinamakan  Islam Hadhari. Setelah sekian banyak wang rakyat di gunakan untuk mempromosikan Islam Hadhari maka hari ini, Islam Hadhari itu berkubur tanpa nisan, tidak pernah ditalkinkan tidak pernah juga ditahlilkan.  PM5 juga dengan kelemahan yang dimiliki telah membenarkan campur tangan menantunya iaitu KJ inilah,  supaya lebih menjahanamkan lagi  negara ini.

Kemuncak penjahanam adalah pada era PM ke6. Segala bentuk penjahanaman terdahulu diulangi kembali pada eranya.  Malah ianya semakin teruk, semakin parah dan semakin jahanan dan menjahanamkan. Bayangkanlah apabila sebuah kapal dijahanamkan oleh 2 nakhoda yang sama-sama berkuasa. Maka semakin cepatlah kapal itu akan pecah, jahanam dan tenggelam.

Maka kalau KJ betul-betul meneliti filem 6 Jahanam ini, tidak boleh tidak dia harus mengakui bahawa Rakyat Jelatalah Tantarinya. Barangkali Pakatan Rakyatlah Damburinya. Dan pastinya wajah-wajah 6 Jahanam itu sudah terbayang di dalam kepala KJ.
--------------------------
Penulis boleh dihubungi menerui fayafa.blogspot.com

Lagi selebriti bertudung selepas bergelar Hajjah, alhamdulillah ... Yang sekoq tu bila lagi?

Posted: 12 Dec 2011 04:13 AM PST

Korang agak-agak la minah sekoq tu nak bertudung macam Abby ni tak?

KUALA LUMPUR – Ramai pihak yang memuji perubahan imej oleh pengacara terkenal, Abby Fana, yang kini mengenakan pakaian busana muslimah sekembalinya dari menunaikan haji di Mekah pada bulan lalu.

Sebuah blog hiburan yang diminati ramai, Izyan.com, perubahan yang dilakukan oleh Abby Fana amat tepat dan wajahnya dilihat semakin berseri-seri sejak mengenakan tudung litup dikepala.

"Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung," kata pemilik blog tersebut.

Selain itu, Izyan.com turut mengharapkan agar ramai lagi selebriti dan personaliti industri hiburan tanahair mengikut jejak langkah Abby Fana itu.

Pengacara terkenal di stesen radio no.1 tanahair Sinar FM ini muncul dengan imej bertudung menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini.

Alhamdulillah! Ramai pelakon, selebriti, personaliti televisyen dan ikon di dalam industri hiburan tanahair yang melakukan perubahan terhadap penampilan diri masing-masing ke arah yang lebih Islamik.

Mynewshub.my turut berkongsi kegembiraan tersebut dan mengharapkan agar ramai lagi yang akan sama-sama 'berhijrah' dengan Abby Fana, Sham Kamikaze, Catriana Ross, Jojie (kakak Ella), Lah VE, dan ramai lagi.

Bagaimanapun, penghijrahan tersebut hendaklah selari dengan kehendak Islam dan janganlah terlampau taksub sangat seperti segelintir selebriti yang berhijrah politik namun mengaku melakukan penghijrahan ke arah Islam.

Jika tidak kena dengan gaya, ada pula golongan artis yang berhijrah ini yang menuduh rakyat sebagai 'murtad' hanya kerana tinggal di Ulu Tiram, Johor, yang berulang-alik bekerja di Singapura!

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Khazanah jual Proton pada DRB Hicom

Posted: 12 Dec 2011 03:52 AM PST

Konglomerat, DRB-Hicom Bhd, dijangka memenangi bidaan ke atas 42.7 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings Bhd, berdasarkan keupayaan pengurusan dan kewangannya yang kukuh, kata penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

"DRB Hicom diurus dengan baik. Mereka juga keluarkan kereta-kereta untuk Suzuki, Mercedes dan Volkswagen. Syarikat ini juga milik Kumpulan Al-Bukhary yang mempunyai banyak perniagaan lain, termasuk operasi pelabuhan.

"Mereka nampak berkeupayaan menjalankan perniagaan," kata bekas perdana menteri itu dalam temu bual dengan Bernama dan Bloomberg hari ini.

Selain DRB-Hicom, pemegang saham utama Proton, Khazanah Nasional juga menemui Kumpulan Naza, Sime Darby Bhd dan beberapa syarikat tempatan yang lain untuk membeli kepentingan, katanya.

Sime Darby menolak tawaran itu, kata Dr Mahathir yang juga pengasas Proton.

Dr Mahathir berkata Naza sudah mengemukakan cadangan dan nampak berminat.

Dr Mahathir berkata beliau tidak menyokong sebarang syarikat dan terpulanglah kepada Khazanah, cabang pelaburan kerajaan bagi memutuskannya (kejayaan pembidaan).

"Pembeli mesti mempunyai kapasiti untuk membiayai pemulihan kewangan Proton. Proton mempunyai masalah kewangan seperti syarikat kereta yang lain. Jika mereka tidak mampu, ia tidak baik untuk Proton," katanya.

Pada 4.30 petang, saham Proton menokok 21 sen kepada RM4.15, namun DRB-Hicom susut dua sen kepada RM2.10.

Dr Mahathir berharap Khazanah akan menjual kepentingannya pada harga yang munasabah.

"Proton perlukan pembiayaan. Oleh itu, ia perlukan mereka yang dapat menyuntik wang ke dalam Proton. Jika harga terlalu tinggi, sukar untuk pelabur memulihkan syarikat itu," katanya.

Dr Mahathir berkata Khazanah tidak mempunyai rancangan untuk menjual kepentingannya kepada syarikat asing memandangkan Proton akan hilang identitinya (sebagai kereta nasional Malaysia), namun syarikat itu sedang berunding dengan General Motors Company untuk potensi pemasangan kereta.

"Proton perlu kekal sebagai kereta nasional dan mengukuhkan keupayaan kejuruteraannya," katanya.
Jalinan usaha sama dengan pembuat kereta dunia bukan penyelesaian tunggal untuk meningkatkan teknologi, katanya.

"Banyak lagi cara lain untuj memperoleh teknologi. Banyak pengeluar kereta terkemuka melakukan penyumberan luar untuk reka bentuk," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: