Isnin, 12 Disember 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Bagai bukan di Malaysia

Posted: 12 Dec 2011 12:26 AM PST

Hari ini (12.12.2011) aku memulakan langkah 'semula' menjamah bumi Kuala Lumpur setelah lebih seminggu aku tinggalkannya kerana urusan di kampung.

Entah bagaikan seperti ada yang tidak kena sejak aku menaiki bas di Seremban lagi apabila aku 'terpaksa' duduk bersebelahan dengan seorang pendatang Nepal dan di belakang aku pula juga pendatang Bangladesh.

Turut kelihatan beberapa lagi orang asing (pendatang) Indonesia menaiki bas yang sama.

Mamat Nepal yang duduk bersebelahan aku sebentar tadi diam dan hanya memandang ke luar tingkap sejak bas bertolak.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, aku bergegas turun untuk ke LRT Masjid Jamek, kebiasaannya aku akan berjalan pantas, namun pagi tadi aku seakan lesu, mungkin kerana perjalanan semalam yang memenatkan.

Aku memandang kiri dan kanan, semuanya nampak seperti biasa.Namun apa yang lebih menarik perhatian aku, adalah pertambahan bilangan warga asing di Malaysia yang cukup menjolok mata.

Bilangan mereka cukup ramai, hingga memperlihatkan kawasan sekitar Central Market bagaikan Jakarta, Yangoon dan Dhaka.Mereka seperti sudah menjadi warganegara Malaysia, entah kenapa dan bagaimana pastinya pihak berkuasa sahaja yang memahami.

Kemasukan mereka secara mendadak mutakhir ini memberi kerunsingan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak kira mana parti yang sertai, mereka bimbang dengan kehadiran jutaan pekerja asing di Malaysia.

Bilangan warga Indonesia di Malaysia sahaja kini lebih 1 juta dan tidak termasuk mereka yang telah lama bermastautin di sini.

Sejak semakin ramai golongan ini di Malaysia, pelbagai kerenah budaya, dan gejalan sosial berlaku.Malahan jenayah bertambah, namun apakah kerajaan benar-benar sedar akan isu ini?

Kini timbul isu manipulasi MyKad kepada warga asing yang dilakukan oleh pihak yang takut akan kehilangan kuasa.Mereka menggunakan kehadiran warga asing yang cukup ramai sebagai senjata untuk terus kekal berkuasa memerintah negara.

Siapa yang harus dipersalahkan?Rakan-rakan saya yang menganuti fahaman politik Umno-BN sering mengeluh ada sahaja kejadian pecah rumah, rompakan dan jenayah membabitkan warga asing.

Isu ini bakal menjadi isu yang tidak akan selesai kerana pihak yang masih terus mahu berkuasa hanya memikirkan soal politik semata tanpa melihat keselamatan dan keamanan rakyat.

Tidak mustahil suatu hari nanti warga asing akan 'naik tocang' kerana mereka kini memiliki MyKad untuk MENGUNDI.........

Tiada ulasan: