RAKYAT MARHAEN |
- Saat saya mula-mula menyokong Anwar dan kenapa dia perlu disokong
- ‘Day Zero to save euro’ dan sikap kita
- Jihad : Mustafa Tamimi Syahid Ditembak Gas Pemedih Mata Zionis
- Sultan Kedah lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pagi ini
- Teka Selama Mana Shahrizat Bertahan!!
- Pertelingkahan dalaman Umno: Perebutan Kuasa peringkat tertinggi – Bhg 1
- Ada Aku Kesah : Masih ingat Rosmah Mansor?
- Ada Aku Kesah : KJ dan 6 jahanamnya
- How MF Global collapsed by hypothecating and who is next
- Enam NGO a'bangsa desak Taib, keluarganya ditangkap
- Negara Zina : Apabila penzina menghina Islam...UMNO diam terkedu...!!!
- NFC: Jangan beban parti, ketua Umno Cheras desak Shahrizat dan suami
- Ada Aku Kesah : Umno tidak gentar calon DAP Melayu...maknanya mula rasa goyang...!!!!
- Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, apa yang Ezam takutkan?
- Klip video hina hudud dedah sikap hipokrit Umno
- Skim SBPA 2012, Apa Muslihat Kerajaan UMNO BN?
- Sultan Kedah, Kelantan Sebagai Yang Dipertuan Agong & Timb Yang Dipertuan Agong
- Ada Aku Kesah : Ibu pejabat SUPP dilanda ‘krisis’ terbakar awal pagi
- Life after NFC: A bleak future ahead for Khairy Jamaluddin
- Bringing Lynas to the rural heartland
- Calon Ketua Wanita UMNO 1Malaysia??
- Keluarga tahanan ISA terima bantuan
- Suara UMNO : Apa kelainan negara berkebajikan PAS?
- PM: Belia 'Superhero' program transformasi negara.......
- Ada Aku Kesah : Pinjam daripada KWSP, bukan negara asing ...... Tak de duit pakai jerk tabung rakyat....!!!
Saat saya mula-mula menyokong Anwar dan kenapa dia perlu disokong Posted: 12 Dec 2011 08:14 PM PST Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat. Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya. Semua dalam kekeliruan. Read More / Baca Lagi >>Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya. Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia. Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian. Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah. |
‘Day Zero to save euro’ dan sikap kita Posted: 12 Dec 2011 08:06 PM PST (Dinar Emas - Sistem Kewangan Islam)Zul Fikri Zamir Mohamad MunirJumaat lalu, 9 Disember 2011 akan diingati dunia sebagai percubaan untuk menyelamatkan Eropah. Perjumpaan 27 ketua negara Eropah di Brussel, adalah yang kelapan pada tahun ini, kebanyakannya menumpu kepada krisis hutang yang sejak dua tahun lalu yang telah memusnahkan Greece, merebak kemudiannya ke Ireland, Portugal, Sepanyol, kini malah membimbangkan Perancis serta Jerman. Ketakutan pembuat polisi Eropah semakin hampir, kemusnahan mata wang euro dikatakan akan menyebabkan kemusnahan global yang lebih besar dari krisis ekonomi 2008/09. Sebagai sebuah kumpulan ekonomi bersepadu, kemusnahan euro akan menyebabkannya jatuh diakibatkan kegagalan bank dan ketidakmampuan "capital control". Read More / Baca Lagi >> |
Jihad : Mustafa Tamimi Syahid Ditembak Gas Pemedih Mata Zionis Posted: 12 Dec 2011 08:00 PM PST Mustafa Tamimi (28) seorang warga Palestin (oh wait UN tak terima Palestin itu sebuah negara!) syahid setelah ditembak dibahagian muka dengan gas pemedih mata. Mustafa cedera parah dibahagian muka kerana tin gas menghentak muka beliau pada jarak 10 meter. This is lethal ladies and gents. Kematian beliau tidak mendapat kutukan ramai pihak kerana no one gives a shit about palestinians anymore including our mainstream media. Penggunaan gas pemedih mata sebagai senjata ofensif seperti didalam situasi diatas adalah diharamkan oleh bangsa-bangsa bersatu. In fact penggunaan gas pemedih mata hanya boleh digunakan bagi crowd dispersal dan ditembak keudara. Tidak seperti apa yang dilakukan tentera zionis. Kenapa Mustafa ditembak? Kerana membalis batu kearah jip tentera zionis. Yes. Baling batu sahaja. Then again I am not that surprised at all. Di Malaysia gas pemedih mata digunakan juga sebagai senjata ofensif oleh FRU. Which begs the question. What is the difference between ZIONIST and some security forces in Muslim countries? |
Sultan Kedah lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pagi ini Posted: 12 Dec 2011 07:43 PM PST SEPANG, 13 Dis — Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Ketibaan Tuanku Abdul Halim bersama Tuanku Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat. Read More / Baca Lagi >> |
Teka Selama Mana Shahrizat Bertahan!! Posted: 12 Dec 2011 07:40 PM PST "Kalaulah desakan dari pembangkang supaya beliau mengundurkan diri dan meletak jawatan, dan tidak dihiraukannya mungkin bukan masalah baginya. Mungkin dia dapat bertahan. Bagaimana pula kalau desakan itu datangnya dari 'geng' sendiri. Tentu lebih bermasalah bagi Shahrizat Abdul Jalil nak menanganinya. Sudah pasti desakan itu makin merebak. Ini masalah bagi Shahrizat yang terbabit kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya. Read More / Baca Lagi >> |
Pertelingkahan dalaman Umno: Perebutan Kuasa peringkat tertinggi – Bhg 1 Posted: 12 Dec 2011 07:09 PM PST Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal. Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu.Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab. Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing. Sejauh manakah setianya si timbalan? Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti. |
Ada Aku Kesah : Masih ingat Rosmah Mansor? Posted: 12 Dec 2011 07:06 PM PST Masih ingat Rosmah Mansor? Sudah pasti. Siapa boleh lupa pada Wanita Pertama Malaysia – FLOM! Beliau sememangnya telah menjadi sedikit 'low profile' semenjak dua menjak ini. Sehinggalah lelaki karpet beliau Deepak Jaikishan, yang popular setelah kes akuan bersumpah P.I. Balasubramaniam mengenai Altantuya dan juga Scorpenes dan sekarang muncul semula di tempat yang paling tidak disangka-sangka: dunia korporat Malaysia.Ini semua pun masih dibawah perhatian Rosmah. Untuk Deepak, beliau seperti "kakak" dan kepada seorang lagi anak ikan korporat, Jho Low, beliau bukalah "mak angkat" tetapi "rakan baik". Tetapi apa pula dengan beliau- siapa mereka ini? Sehingga kini, tiada satu kata pun yang beliau ucapkan walaupun beliau sangat dikenali dengan sesi karaoke beliau yang berpanjangan dan kadang-kadang memarahi orang apabila tidak dapat apa yang beliau mahu. |
Ada Aku Kesah : KJ dan 6 jahanamnya Posted: 12 Dec 2011 07:02 PM PST Teks ucapan Khairy Jamaludin (KJ) dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, jelas menunjukkan keadaan diri KJ ketika ini. Kandungan ucapannya membayangkan kecelaruan dan kerungsingan dalam memikirkan masa depan politiknya dalam UMNO. Barangkali KJ mula menyedari bahawa inilah peluangnya yang terakhir berucap di depan perwakilan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mengandaikan hal itu, KJ sebaik mungkin membuat satu ucapan yang pada perkiraannya dapat mengembalikan sokongan padu perwakilan. Lebih penting lagi ucapannya itu dapat memikat hati ketuanya unutk di calonkan pada PRU13 nanti. Read More / Baca Lagi >> |
How MF Global collapsed by hypothecating and who is next Posted: 12 Dec 2011 06:56 PM PST Another month another new implosion. Europe really seems to be stuck in a financial black hole, unable to free itself from it. Before we even have time to digest all those exotic treasury products like CDO,CDS,MBS, ALT-A, Sub-Prime, Swaps and , now there is this new toy called 'Hypothecation'. What is Hypothecation? Hypothecation is the practice where a borrower pledges collateral to secure a debt. The borrower retains ownership of the collateral, but it is "hypothetically" controlled by the creditor in that he has the right to seize possession if the borrower defaults. A common example occurs when a consumer enters into a mortgage agreement, in which the consumer's house becomes collateral until the mortgage loan is paid off. The detailed practice and rules regulating hypothecation vary depending on context and on the jurisdiction where it takes place. In the US, the legal right for the creditor to take ownership of the collateral if the debtor defaults is classified as a lien. |
Enam NGO a'bangsa desak Taib, keluarganya ditangkap Posted: 12 Dec 2011 06:54 PM PST Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya. Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara. "Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka. Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib. Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud. Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia. |
Negara Zina : Apabila penzina menghina Islam...UMNO diam terkedu...!!! Posted: 12 Dec 2011 06:45 PM PST Oleh : RIDHUAN TEE ABDULLAH Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah. Read More / Baca Lagi >> |
NFC: Jangan beban parti, ketua Umno Cheras desak Shahrizat dan suami Posted: 12 Dec 2011 06:43 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabnkan partinya. Read More / Baca Lagi >>Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suami Shahrizat merupakan pengerusi eksekutif NFC. Pengurusannya turut dikendalikan oleh anak-anak mereka. Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno. "Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya. Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC. |
Ada Aku Kesah : Umno tidak gentar calon DAP Melayu...maknanya mula rasa goyang...!!!! Posted: 12 Dec 2011 06:22 PM PST UMNO tidak gentar sekiranya DAP berhasrat meletakkan calon Melayu bertanding di kawasan majoriti kaum itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bersedia untuk menentang habis-habisan.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah meletakkan calon Melayu itu, tidak lebih daripada sekadar gimik politik bagi menunjukkan DAP parti pelbagai kaum tetapi sebenarnya ia tidak berlaku. "Kalangan pembangkang sebenarnya telah ada persetujuan bahawa bagi kawasan bercampur akan diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), kawasan Cina (DAP) manakala kawasan Melayu (Pas). Jika DAP mendakwa, ia parti mewakili semua kaum, mereka hendaklah meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina. "Hasrat bertanding di kawasan majoriti Melayu tidak lain sebagai gimik sahaja dan bertujuan menarik sokongan pengundi Melayu agar menyokong calon mereka," katanya selepas taklimat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian di sini, malam tadi. |
Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, apa yang Ezam takutkan? Posted: 12 Dec 2011 06:17 PM PST Aspan Alias 13 DIS — Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana Umno memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu. Read More / Baca Lagi >>Apa yang Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara? |
Klip video hina hudud dedah sikap hipokrit Umno Posted: 12 Dec 2011 06:13 PM PST PARIT BUNTAR, 13 Dis: Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini. "Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri. "Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya," ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu. Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam. Read More / Baca Lagi >> |
Skim SBPA 2012, Apa Muslihat Kerajaan UMNO BN? Posted: 12 Dec 2011 06:11 PM PST Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kira-kira 1.4 juta penjawat awam supaya tidak gopoh menandatangani persetujuan untuk bertukar kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa 1 Januari depan. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menasihatkan penjawat awam supaya hanya membuat keputusan selepas kesatuan itu mengadakan Kongres Khas di Kuala Perlis bagi membincangkan perkara itu, 14 Disember ini. "Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh buat keputusan kerana mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu. |
Sultan Kedah, Kelantan Sebagai Yang Dipertuan Agong & Timb Yang Dipertuan Agong Posted: 12 Dec 2011 06:10 PM PST Pelantikan Sultan Kedah Sebagai Agong Dianggap Penghormatan Bersejarah Kepada NegeriALOR SETAR: Pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua bermula Selasa merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh penduduk Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan.Read More / Baca Lagi >> |
Ada Aku Kesah : Ibu pejabat SUPP dilanda ‘krisis’ terbakar awal pagi Posted: 12 Dec 2011 06:06 PM PST KUCHING, 13 Dis — Ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, komponen Barisan Nasional (BN) yang berlanda krisis pemilihan dan menerima presiden baru kelmarin, terbakar awal pagi ini, demikian menurut laporan media. Read More / Baca Lagi >>Kejadian itu menyebabkan bilik mesyuarat parti itu mengalami kerosakan teruk. Laporan Star Online menyebut saksi telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat sekitar 3.15 pagi tadi. Bekas setiausaha agung parti itu dipetik laporan media berkata, beliau percaya kebakaran itu bukan terjadi secara kebetulan, tetapi beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat. "Kami mengecam tindakan sedemikian," kata beliau. |
Life after NFC: A bleak future ahead for Khairy Jamaluddin Posted: 12 Dec 2011 05:56 PM PST Rafizi Ramli, the PKR director for strategy, received the official reply from UMNO Youth to his debate challenge on the RM250 million Shahrizat Jalil-NFC debacle only 3 weeks after throwing down the gauntlet. Worse still, UMNO Youth chief Khairy Jamaludin decided to chicken out, saying he could not make the event which had been slated for December 12 as he had another engagement. After deep thought, which critics say is surprisingly slow for an Oxford graduate, it appears that Khairy finally came to his senses and decided that not only is it a lost cause, but it could also lead to more UMNO wrong doings being exposed. Furthermore, the UMNO top echelon have put their foot down, making it clear they want a full stop on the matter before more amongst them were implicated, resulting in themselves not being categorized as "winnable" candidates by their party. |
Bringing Lynas to the rural heartland Posted: 12 Dec 2011 05:55 PM PST Aiming to counter an alleged blackout by the Malay media on the Lynas issue, producers of 'Survival Guide untuk Kampong Radioaktif' are taking their work to the folks in the kampungs. KUALA LUMPUR: Today, the online world, tomorrow, the rural heartland – this is the mission of the producers of the shortfilms "Survival Guide untuk Kampong Radioaktif". The filmakers plan to take their short films critical of the controversial Lynas rare earth plant out of YouTube and deep into the countryside. Kampong Radioaktif producer Yeo Joon Han said that not many people, especially rural folk, were aware of Lynas. "This is a start of a journey. The online audience are people who aware and already know (about Lynas). They would be able to see things quite clearly." Read More / Baca Lagi >> |
Calon Ketua Wanita UMNO 1Malaysia?? Posted: 12 Dec 2011 05:49 PM PST Fuuhhh....!! Teruk Shahrizat kena serang. Dari dalam dan juga dari luar beb!! Lantas, ramai yang tertanya-tanya, siapa bakal menggantikan Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO, jika dia tersungkur?? Yes... a very good question. Setakat ini tak nampak pun muka-muka Wanita UMNO yang dok ada... yang ada umph. Malap dan tak berseri langsung. Nak harapkan Midah 'Pambu'.... Pooodahhh!! Kamilia Ibrahim.... entahler, penin!! Aha... Aku ada satu suggestion. Orangnyer 'garang' macam Shahrizat juga. Very 'popular' dalam kalangan UMNO dan musuhnya. On top of that, dia pun sudah berkata, yang dia sanggup menyertai PRU13 seandainyer diberi kepercayaan oleh UMNO. Wa talak tipu... Lu olang baca sini. Jeng.... jeng.... jeng.... Ini dia orangnya. Ketua Wanita UMNO 1Malaysia?? Dato' Kamilia Ibrahim dan Hamidah Osman, sorry ler. Rasanyer you berdua tak setanding wanita dalam gambar di atas. Ini suggestion yang difikir layak ler but apa-apa pun terserahler. Parti komer.... hak komer. Kah kah kah kah.... |
Keluarga tahanan ISA terima bantuan Posted: 12 Dec 2011 05:46 PM PST TAWAU, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Tawau dan PAS Kalabakan menyampaikan sumbangan sebagai bantuan meringankan beban keluarga mangsa tahanan ISA, khususnya menjelang sesi persekolahan 2012. Ketua Pemuda PAS Kalabakan, Usman Madeaming berkata, sumbangan tersebut menunjukkan kebersamaan dewan itu dengan isteri-isteri tahanan ISA dalam memahami dan menyelami kesengsaraan keluarga tahanan yang ditinggalkan. "Mereka yang ditahan ini merupakan sahabat kita. Pengajar kuliah di masjid dan surau sekitar Tawau. "Kita terkejut dengan berita penahanan ini dan akan bersama keluarga mangsa untuk menyelami betapa perit dan pahitnya perjalanan seorang isteri yang ditinggalkan suami akibat kerakusan ISA," katanya ketika berucap sempena penyerahan sumbangan tersebut di Pejabat PAS Tawau, kelmarin. Read More / Baca Lagi >> |
Suara UMNO : Apa kelainan negara berkebajikan PAS? Posted: 12 Dec 2011 05:45 PM PST 13 DIS — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin melancarkan buku Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di pekarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam. Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti berkenaan bersama-sama parti pembangkang lain sekiranya diberi peluang mentadbir negara. Dalam buku itu, PAS memperincikan 10 agenda iaitu mewujudkan kerajaan beramanah, masyarakat penyayang, ekonomi mampan, pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan cekap, kebajikan langsung, keluarga harmoni, pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti dan pemeliharaan alam sekitar. Buku itu merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi yang bertajukKonsep Asas Negara Berkebajikan yang telah dilancar sebelum ini. Kedua-dua buku berkenaan adalah susulan daripada ucapan dasar beliau dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-57, Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan". Read More / Baca Lagi >> |
PM: Belia 'Superhero' program transformasi negara....... Posted: 12 Dec 2011 05:40 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti. Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya. "Tetapi suara golongan muda bukan hanya semata-mata sebagai kritikan tetapi perlu mengemukakan idea untuk penyelesaian. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 12 Dec 2011 05:36 PM PST KUALA LUMPUR . - Malaysia akan terdedah kepada lebih banyak risiko yang sukar dijangkakan sekiranya membuat pinjaman daripada negara asing. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, berikutan itu adalah lebih baik kerajaan membuat pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tegasnya, rakyat tidak perlu khuatir dengan pinjaman yang dikeluarkan KWSP kepada kerajaan kerana pembayaran semula adalah terjamin. ''KWSP kini mempunyai dana sebanyak RM400 bilion dan dengan duit yang banyak KWSP juga mempunyai masalah untuk mencari pelaburan terutama dalam situasi tidak menentu ini ''Jadi, apa salahnya KWSP memberi pinjaman kepada kerajaan,'' katanya dalam sesi soal jawab Forum Pelaburan 2011 anjuran MIDF Investment Bank Bhd.. Beliau menjelaskan, kerajaan akan berhadapan dengan kadar faedah yang tinggi dan kenaikan mata wang asing jika membuat pinjaman negara luar. ''Memang lebih mudah kalau kerajaan membuat pinjaman daripada KWSP, mata wang sama, kadar faedah lebih rendah, selain tempoh pinjaman lebih lama, 40 tahun,'' tambah beliau. -Utusan |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan