Ahad, 20 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LAWAK TERBARU ZUL KULIM, WAN AZIZAH MENANGIS DEPANNYA ?

Posted: 20 Nov 2011 07:14 PM PST

Kelakar sungguh bila membaca kenyataan Zul Kulim dalam Malaysiakini semalam.  Dia tak mengaku apa yang didakwa oleh Dr Syed Husin Ali di dalam buku `Memoir' yang menyebut Zul Kulim minta upah untuk kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru bagi memberi laluan kepada DS Anwar.  Korang baca kat SINI dulu.

Dr Syed Husin telah keluarkan buku yang bercetak dan diedarkan.  Dr Syed Husin bukan bercakap mulut saja atau bercakap di dalam Parlimen yang `kebal' itu.  Jadi, sebagaimana Zul Kulim selalu cabar DS Anwar saman beliau atau Blogger yang buat fitnah, maka kali ini apa kata Zul Kulim saman Dr Syed Husin pula?  Ada berani?

Paling kelakar bila Zul Kulim ini cerita kononnya DS Wan Azizah menangis depan beliau bila DS Anwar `paksa' isterinya itu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk DS Anwar tandingi.  Punyalah haprak lawak jenaka Zul Kulim.  Semenjak bila DS Wan Azizah ini tergila-gila nak jadi Ahli Parlimen?  Dia ingat DS Wan Azizah ini macam dia yang semenjak dari PAS lagi terhegeh-hegeh nak jadi YB.  Malangnya, PAS dah tahu perangai buruk Zul Kulim dan PAS tak pernah pun teringin beliau untuk menjadi calon PAS.  Akhirnya, atas simpati DS Anwar maka beliau dipilih sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baru.  


Busuk-busuk bangkai akhirnya terbau juga.  Akhirnya, benarlah sangkaan PAS selama ini.  Zul Kulim tidak boleh dipercayai, maka dia tercampak dari PKR.  Alhamdulillah, satu bangkai sudah hilang dari PKR.  Kita semua tahu, DS Wan Azizah asalnya bukan orang politik pun.  Semenjak DS Anwar di dalam kabinet kerajaan dulu hingga ke peringkat DS Anwar jadi TPM, DS Wan Azizah tetap `low profile' dan jarang sekali muncul di khalayak ramai.  Jauh beza dengan Bik Mama yang ada sekarang.  

Beliau mula belajar politik bila suaminya dianiayai oleh mamak bendahara.  Ketika itu, sudah menjadi kewajipannya untuk berjuang membela nasib suaminya di dalam penjara, apatah lagi ketika itu anak-anak beliau masih kecil dan mentah.  Itu mulanya DS Wan Azizah berpolitik.  Bukan dia gila jawatan politik, tetapi terpaksa demi suami tercinta.  Jika benar DS Wan Azizah ini gila jawatan, sudah lama beliau menunjukkan perangai macam Bik Mama yang bergelar `Hajjah' tu sewaktu DS Anwar menjadi orang No. 2 dalam kerajaan dulu. Jadi, di mana lojiknya kata Zul Kulim bahawa DS Wan Azizah menangis di depannya kerana terpaksa kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Ketawa lagi aku bila Zul Kulim sebut, dia tolak tawaran jadi Pengarah di dalam GLC Selangor yang menjanjikan elaun bulanan lebih kurang RM50, 000 sebulan.  Aduuuhh...tengok muka Zul Kulim ni korang percaya ke dia tolak tawaran tu jika betul ada?  Elaun sebanyak tu kalah gaji PM tu !! Zul Kulim kononnya tolak kerana dia berjuang atas dasar keikhlasan.....wakakakakaaaaaa...

Kalau aku, aku ambil je jawatan tu pasal aku boleh bayar hutang-hutang aku kat kawan-kawan semasa berkempen dulu.  Tak tahan telinga aku mendengar kawan-kawan merata-rata sebut pasal hutang aku.  Buat apa aku pakai kopiah `Ali Baba' kalau aku mati nanti dalam berhutang?

Orang semua tahu Zul Kulim, bahawa kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru tu sepatutnya dikosongkan awal lagi kerana ada dakwaan kamu tak jelaskan penyata pilihanraya sebelumnya.  Sebab tu akhirnya petisyen yang dibuat oleh Umno Kulim Bandar Baru tu `selesai' di luar mahkamah sebab ada `rundingan' rahsia.  Apa rahsianya?  Rahsianya dapat dilihat sekarang di mana Zul Kulim jadi Wakil Rakyat Bebas.  Ertinya, PKR hilang kerusi itu.  Jika petisyen itu dulu dibawa ke mahkamah, maka terpaksa diadakan P/raya di situ, kompom PKR terus memegang kerusi tersebut. Hasilnya, niat mereka tercapai untuk melihat PKR kehilangan kerusi tersebut.  Masakan `free' je kot....mesti ada sesuatu di sebalik kopiah Zul Kulim.

Nampaknya semakin Zul Kulim bercakap, semakin nampak kebodohannya.  Jadi, lebih baiklah Zul Kulim baca `Memoir' Dr Syed Husin tu, dan saman beliau.  Sekali lagi kita bertanya, ada berani?  /BudakMental

ANTARA FINAL BOLASEPAK SUKAN SEA, CERAMAH ANWAR DI PALONG 6 MALAM NANTI

Posted: 20 Nov 2011 07:37 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

Malam ini, Isnin (21 Nov) jam 09.00 malam, bertempat di Palong 6, N. Sembilan akan diadakan program Ceramah yang pastinya `panas' dengan menampilkan DS Anwar Ibrahim, Sdr Shamsul Iskandar (Ketua AMK) dan juga Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal).

Meskipun, pada malam ini juga tumpuan kita kepada Perlawanan Akhir Bolasepak penentuan Pingat Emas Sukan Sea di Jakarta di antara Malaysia bertemu tuan rumah, Indonesia.  Sudah tentu kita mengharapkan negara kita dapat mengekalkan Pingat Emas sekaligus menutup mulut `lancang' penyokong-penyokong Indon yang biadap itu.  Kita akan lihat nanti, penyokong-penyokong Indon yang `brengsek' itu akan mengeji dan menghina Lagu Kebangsaan kita sebelum perlawanan bermula.  Itulah yang mereka lakukan sebelum ini sewaktu negara kita bertemu dengan Tuan Rumah di dalam Separuh Akhir baru-baru ini.

Berbalik kepada ceramah di Palong 6 malam nanti.  Difahamkan DS Anwar akan mula berceramah sekitar jam 10.30 malam.  Sudah tentu ketika itu perlawanan bolasepak telah pun berakhir kerana perlawanan bermula jam 8.30 malam. 

Oleh itu, kepada penduduk sekitar Palong jangan lepaskan peluang untuk bersama mendengar amanat `Janji Palong' oleh DS Anwar malam nanti.  Kepada para Peneroka, mereka akan dapat maklumat daripada pimpinan PR bagaimanakah kehidupan mereka sekiranya PR berjaya ke Putrajaya.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tu dia pendedahan terbaru : Laki Shahrizat dan anak buat Umrah guna duit 'lembu'

Posted: 20 Nov 2011 09:44 PM PST


(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 21 Nov : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.

"(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali," kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
"Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?" soal Ahli Parlimen Machang itu. - Keadilan Daily
Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.
Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan.
NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun.
Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96.
KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009.
Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Crporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat.
Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan

Skandal "Lembu" Shahrizat - Dia tak salah sebaliknya kita yang dipersalahkan - Wan Azizah

Posted: 20 Nov 2011 07:02 PM PST

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Skandal penyelewengan projek ternakan lembu melalui National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, adalah tragedi buat negara.

"Penyelewengan itu menjadi tragedi dan tambah jadi tragedi apabila kita pula dipersalah dan mereka mendakwa tidak bersalah," kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau kesal kerana Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menyalahkan pembangkang dalam skandal berkenaan.

Kata Wan Azizah, Salleh sebagai individu bertanggungjawab harus memberi penjelasan jitu kepada rakyat tanpa memalitkan 'dosanya' kepada orang lain.

"Kalau ada fakta mengatakan kita menyeleweng, saya nak tanya siapa sebenarnya menyeleweng, orang yang terima duit atau kita (pembangkang)," katanya.

Bercakap pada majlis penyerahan wang zakat daripada Yayasan Aman kepada 80 penerima di Pejabat Khidmat Rakyat Lembah Pantai, beliau berkata, pembohongan sudah sebati dengan Umno dan kroninya.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengesahkan pinjaman kepada NFC tidak dibawa dalam Kabinet sebaliknya cuma dibincang Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi.
"Itu membawa banyak persoalan bagaimana pengagihan RM250 juta wang awam dilakukan," kata Wan Azizah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23186

Bekas ustazah 24 dicekup khalwat bersama peniaga

Posted: 20 Nov 2011 05:17 PM PST

MELAKA: Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.
Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

 
Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuan anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

"Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan," katanya, di sini, semalam.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.

Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.

"Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.

"Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.

"Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka," katanya. - myMetro

Dosa besar Noh Omar kepada petani - Faekah

Posted: 20 Nov 2011 04:10 AM PST

Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri untuk mengadakan pilihanraya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah 4 tahun memerintah, menggusarkan UMNO-BN. Ramai yang melenting dan berbagai tuduhan pula dilemparkan. Kerajaan Negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

Alasan yang diberikan oleh Dato Menteri Besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan UMNO-BN pada 2008 bilamana pilihanraya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN UMNO-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya. Perkara ini didedahkan Dato' Menteri Besar di dalam sidang DUN baru-baru ini dan tidak seorangpun ADUN BN yang mampu menjawabnya.


Dato Menteri Besar juga menegaskan Kerajaan Negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang.

Seperti dijangka, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar turut mahu mengambil bahagian di dalam isu ini dengan mempertikai keputusan tersebut dan menuduh MB tunjuk dan gila kuasa; takut menghadapi pilihanraya. Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.

Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya. Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium.

Selain gagal, Noh juga cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya begitu ghairah untuk menonjol di mata Perdana Menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku Ketua Pembangkang, apatah lagi Ketua Pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal.

Dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh Kerajaan Negeri tidak mahu bekerja sama dengan Pusat, berpolitik dalam isu pertanian. Noh sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat. Rakyat Selangor terutama golongan petani pasti masih ingat bagaimana tindakan Noh yang berpolitik sempit dan Menteri yang menunjukkan kuasa terhadap seorang pegawai pertanian Selangor yang telah bekerjasama dengan kerajaan negeri di dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran petani.

Selaku Menteri, Noh telah mengarahkan pegawai tersebut dipindah keluar dari Selangor dan dimasukkan di dalam "cold storage" yang akhirnya pegawai tersebut mengambil keputusan memilih bersara awal.

Namun pegawai kerajaan yang cekal mahu berbakti kepada rakyat ini kini terus bekerja di bawah kerajaan negeri bagi satu projek penanaman padi organik; System of Rice Intensification (SRI) di atas pembiayaan Pemerbadanan Menteri Besar ( MBI ).

Dosa paling besar Menteri Pertania terhadap petani padi di Selangor dan seluruh Negara ialah apabila pada Okt, 2009 Noh telah mengarahkan penutupan Pusat Pengeluaran Benih Padi Sg Burong yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. Ini adalah satu-satunya pusat pengeluaran benih di Selangor yang mengeluarkan benih sebanyak 7200 tan setahun dan membekalkan keperluan benih yang berkualiti kepada petani negeri ini. Selangor memerlukan 5,000 tan setahun, dan selebihnya adalah untuk kawasan jelapang padi yang lain.

Tindakan Noh Omar telah meletakkan keselamatan makanan dalam negara dalam keadaan yang merisaukan kerana bekalan benih padi tidak lagi di bawah kawalan kerajaan seperti sebelumnya. Ini bermakna, sekiranya ada apa-apa bencana alam berlaku, negara mungkin menghadapi masalah membekalkan benih padi kepada petani. Ini telah pun berlaku pada bulan Okt, 2011 dimana petani Kedah dan Perlis mendapati masalah mendapatkan bekalan benih.

Noh pada masa yang sama jangan berbangga dengan peruntukan RM150 juta yang dikeluarkan oleh kementeriannya kepada petani di Selangor. Hakikatnya, sehingga hari ini Noh masih belum menjawab pendedahan kita bahawa peruntukan tersebut telah disalur kepada syarikat monopoli milik kroni. Harga benih padi yang diberikan adalah jauh lebih tinggi dan lebih malang lagi tidak berkualiti. Akibatnya telah membawa kesengsaraan kepada petani di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Selain menghantar samseng memukul pelapor dan menggertak petani, Noh menikus dalam isu ini. Jika benar PM mahu meletakkan Noh menerajui UMNO Selangor, dengan mempunyai kualiti sebegini maka seeloknya PM berfikir semula.

YAB Dato' Menteri Besar Selangor sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat Selangor, terutama petani sebagai agenda utama negeri Selangor. Dari awal tahun 2009, kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor bagi tempoh 2009-2013. Kerajaan negeri juga menyediakan hadiah RM 100,000 kepada Pasukan-Pasukan Kerja Projek yang berkerja kuat mendorong ahli-ahli kumpulan tani untuk mencapai hasil yang lebih tinggi.

Adalah diunjurkan peningkatan hasil kepada 7.5 tan sehektar menjelang 2013. Tidak cukup dengan itu, Dato MB turut memperkenalkan SRI pada 2010 bagi meningkatkan produktiviti padi negeri. SRI ini telah diterimapakai oleh 48 negara di dunia, dan mendatangkan banyak manfaat termasuk peningkatan hasil dan pendapatan petani, serta menjaga keselamatan serta kesihatan seluruh keluarga tani.

Kerajaan negeri terus mengadaptasikan penggunaan SRI yang memberi penjimatan kos pengeluaran melebihi RM1000 sehektar semusim, dan peningkatan hampir 1 tan bagi setiap hektar. Penjimatan kos dan juga peningkatan hasil memberi rahmat kepada petani yang mana petani dapat menjana pendapatan yang lebih dari biasa. Pada masa yang sama dapat mengurangkan penggunaan agrokimia tanpa menjejaskan hasil padi. Ini adalah satu pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan negeri untuk menjaga kesejahteraan petani-petani di Selangor. Apabila kesemua kawasan padi di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah mengamalkan SRI, diunjurkan penjimatan sejumlah RM 15 juta setiap musim. Ini adalah pendapatan terus kepada petani.

Kementerian Pertanian walau bagaimanapun tidak langsung menunjukkan minat terhadap usaha kerajaan negeri ini. Tiada siapa pun dari Persekutuan datang bertanya pasal SRI, jadi dari mana datangnya penyataan bahawa kerajaan negeri tidak memberi kerjasama.

Noh berbangga dengan program TEKUN sedangkan program ini tidak menampakkan hasil dalam melahirkan usahawan Bumiputera, sebaliknya berjaya melahirkan ramai penghutang Bumiputera. Inilah akibatnya jika Menteri terpesong serta niat membantu rakyat tidak ikhlas dan sekadar melepaskan batuk ditangga maka berlakulah penyelewengan terhadap wang rakyat.

Berbanding dengan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar atau MIMBAR dan Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar atau SKIMSEL yang telah membawa manfaat kepada rakyat. Inilah konsep sebenar dari rakyat kepada rakyat yang memerlukan bukan dari rakyat kepada rakyat terpilih.

SKIMSEL telah memberi manfaat kepada lebih 4,300 peminjam dengan peruntukkan lebih RM12 juta manakala MIMBAR lebih RM3 juta kepada lebih 3,000 peminjam. Amat membanggakan kerana pembayaran balik pinjaman hampir 100%.

Walaupun peruntukan tidak sebanyak TEKUN tetapi dengan pengurusan amanah, telus dan bertanggungjawab, program ini berjaya dan terus memberi faedah kepada kumpulan sasaran. Tidak seperti projek dimana lembu-lembu mulai menginap di kondominium mewah akibat dari tindakan manusia yang mentadbir menggunakan 'otak lembu'.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Pilihanraya DUN P. Pinang - Pakatan tentukan tarikh

Posted: 20 Nov 2011 03:52 AM PST

Oleh Melissa Chi
November 20, 2011
Lim berkata tidak mahu mengecewakan rakyat Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. — Foto fail

SERDANG, 20 Nov — Lim Guan Eng hari ini berkata kepimpinan Pakatan Rakyat secara bersama akan menentukan sama ada Pulau Pinang perlu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak dengan pilihan raya umum nasional, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.
Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan.
"Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil  keputusan itu.
"Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada  prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat," kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan.
Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar.
Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada "kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya. -TMI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MINTA MAAF CITILINER ....DUIT DAH BAGI PADA SHAHROZAT..........

Posted: 20 Nov 2011 03:28 PM PST

PM NAIK BAS

Untuk nak membantu rakyat,rasanya susah dah sebab rakyat terbanyak naik bas....tak kira lah dalam bas itu banyak mat Indon atau Mat bangla....tapinya inilah kesudahan untuk rakyat meratapinya.......


Rugi RM300 juta, Cityliner henti operasi di enam negeri bulan depan.Oleh kerana bas ini untuk rakyat , maka kerugian syarikat ini dibiarkan sahaja sebab rakyat sahaja yang menaiki bas tersebut...jadinya kena terima lah rakyat.....beorban untuk 1 Malaysia



KOTA BARU, 20 Nov — Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat yang mengalami kerugian itu.

Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata pihaknya juga belum menerima sebarang "hitam putih" dari pihak-pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu tersebut termasuk kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tengku Hasmadi berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok dalam usaha membantu pihak syarikat menyelesaikan isu itu.

"Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan belum ada tindakan proaktif diambil... walaupun mereka pada dasarnya bersetuju membantu meringankan kerugian syarikat," katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi.

TAK UNIK APA HISHAM....BETUL LA APA YANG MAHATHIR CAKAP....

Posted: 20 Nov 2011 03:07 PM PST

BN pilihan orang Muda – macam "poyo" aje slogan tu!
Written by Webmaster
Monday, 21 November 2011
Amanat Presiden UMNO menetapkan usaha bersungguh untuk memenangi kembali sokongan anak muda terhadap UMNO. Presiden UMNO mahu kedua-dua sayap – Pemuda dan Puteri bekerja keras untuk tujuan ini kerana hampir 38.8% pengundi adalah kalangan mereka dari lingkungan umur 21-40 tahun. Ini merangkumi hampir 12 juta pengundi. Dalam penyampaian amanat tersebut – Pemuda UMNO dan Puteri melancarkan slogan BN pilihan orang Muda. Maaf kerana terpaksa mengkritik sedikit. Mungkin Ketua Pemuda dan Ketua Puteri tidak sedar bahawa perubahan drastik anak muda hari ini adalah sikap dan persepsi mereka. Slogan mungkin tidak penting sangat tetapi BN pilihan orang Muda – hanya menggambarkan betapa terkebelakangnya komunikasi Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO mengenai "karakteristik" pemuda hari ini.


TIDAK NAMPAK PERUBAHAN YANG BERKESAN DAN UMNO PUN TIDAK BOLEH MEMPERTAHANKAN DIRI. BILA DITUDUH RASUAH SENYAP. MALAH NAK SEBUT NAMA MELAYU PUN SUDAH TIDAK BOLEH LAGI,KALAU SEBUT SAHAJA SUDAH JADI RASIS

Dr Mahathir :

UMNO SUDAH MENJADI ROSAK DENGAN TERUK APABILA TUN ABDULLAH BADAWI MENGAMBIL ALIH. INI KERANA BELIAU MENGUTAMAKAN KELUARGANYA DAN MACAM-MACAM LAGI TUDUHAN RASUAH DAN PENGLIBATAN MENANTUNYA. SEKARANG INI UMNO YANG ROSAK INI DIWARISI OLEH DATUK SERI NAJIB UNTUK BELIAU PERBAIKI. UMNO PERLU BANYAK MASA SUPAYA IA BOLEH DIPERKUATKAN. TAPI BELIAU PUN SIBUK DAN TIDAK MEMPUNYAI MASA YANG CUKUP. PEMIMPIN LAIN PULA BELUM ADA KREDIBILITI DAN MASIH BARU.


Pelbagai masalah yang melanda Umno, seperti dikritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah unik pada parti itu semata-mata, kata naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, mengenali Dr Mahathir, perkara sebegitu sentiasa dilontar setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno saban tahun untuk disahut anggota parti.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin"Masalah ini bukan unik pada Umno sahaja. Saya tak nafi berlaku tetapi kita sentiasa melalui proses rombakan dan tranformasi," kata Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tertutup amanat presiden bersama Pemuda dan Puteri, Hishammuddin berkata, majlis seperti hari ini menunjukkan bahawa kebimbangan itu akan dapat dihadapi.

Dr Mahathir dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia hari ini menggambarkan Umno lemah kerana tiada usaha giat menghadapi pilihan raya, tambahan lagi dengan keadaannya yang rosak selepas diterajui bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.











Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program hari ini ke arah mendapatkan semula sokongan orang muda yang merupakan kuasa penentu dalam pilihan raya umum.

Katanya, dalam merangka halatuju mereka perlu khusus menjadikan generasi muda sebagai tumpuan atau touch point parti.

"Sebab itulah kita rangka slogan baru 'BN pilihan orang muda' sebagai ganti 'Undilah BN'," kata anggota parlimen Rembau itu.

Ditanya sama ada Pemuda mahukan lebih kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, Khairy enggan mengulasnya.

"Ini percakapan keluarga," katanya ringkas.

bila sauh dibongkar...

bila sauh dibongkar...


My private happiness

Posted: 20 Nov 2011 02:34 AM PST



Vietnamese girl first time,

Posted: 19 Nov 2011 10:26 PM PST




video

23yrs Thailand (Sakoln Nakhon)

Posted: 19 Nov 2011 10:25 PM PST



MALAY HORNY: Moaning In Pleasure

Posted: 19 Nov 2011 10:24 PM PST


Fanta thai girl

Posted: 19 Nov 2011 10:23 PM PST


Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Rintihan Jurutol Malaysia

Posted: 20 Nov 2011 05:55 PM PST

Kuala Lumpur, 18 Nov 2011 - Kesempitan hidup yang semakin menekan memaksa beberapa orang pekerja syarikat konsesi lebuhraya yang bekerja sebagai Jurutol melakukan piket untuk meminta dinaikkan gaji mereka.

Kebanyakan pekerja yang menyertai piket secara aman itu sangat tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat konsesi lebuh raya yang masih lagi enggan menaikkan gaji pokok Jurutol di seluruh negara walaupun keuntungan yang dicapai oleh syarikat pengendali lebuhraya-lebuhraya di Malaysia mencapai bilion keuntungannya.

Salah seorang peserta yang namanya tidak ingin dikenali memberitahu, "kami kerja susah payah,siang malam,raya pun kami tak balik,kena bergilir-gilir tapi apa imbuhan kami dapat? Yang kaya pengurusan."

Pandangan sama turut dikongsi oleh Asnita, salah seorang Jurutol yang bertugas di kawasan Lembah Klang. "Saya berjaga pagi tapi siang saya kena jaga anak,masa saya untuk keluarga tak ada."

Hasil tinjauan rambang wartawan mendapati ramai antara mereka memperolehi pendapatan kasar RM850 ke RM950 sebulan, satu amaun yang boleh dikatakan agak rendah berbanding dengan profesion lain.

Jurucakap bagi kumpulan Jurutol ini yang hanya mahu dikenali sebagai Azman Jantan meminta pihak konsesi supaya mempertimbangkan kenaikan gaji kasar Jurutol di seluruh negara dinaikkan daripada RM850 kepada RM2200 tidak termasuk kerja lebih masa.

"Kerja kami sangat berisiko tinggi. Bila-bila masa saja nyawa kami boleh melayang walaupun pihak pengurusan sudah memasang alat-alat keselamatan tetapi mungkin ramai yang tidak sedar, kami menyabung nyawa setiap hari. Pada kami jumlah yang kami minta amat munasabah kerana keuntungan syarikat pengusaha lebuh raya kebanyakannya sudah pun mencapai kadar balik modal dan keuntungan yang diperolehi setiap tahun semakin meningkat kerana jumlah bilangan pengguna kenderaan semakin hari semakin bertambah."

Encik Azman menyimpulkan, "Pada kami amaun RM2200 adalah amaun yang berpatutan kerana ini selaras dengan usaha Perdana Menteri kita yang ingin menjadikan negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi."

Pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak-pihak pengurusan lebuh raya.

~penarik beca

~penarik beca


Dr Mahathir dah buka jalan paling lapang untuk Rosmah menggelinjang sakan

Posted: 20 Nov 2011 08:46 PM PST

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


AGM MASJID BUKIT INDAH, AMPANG KALI KE 8 SELESAI....

Posted: 20 Nov 2011 05:55 PM PST

Alhamdulillah, Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 8 Masjid Bukit Indah (MBI), Ampang telah selesai disempurnakan semalam (Ahad @ 20 November, 2011).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Nazir MBI, Ustaz Shukri Harun berjalan dengan lancar tanpa sebarang kontroversi.

Minit Mesyuarat tahun lepas, Laporan Lajnah dan Laporan Kewangan berakhir Disember, 2010 telahpun diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Sebanyak 21 cadangan dan usul telah dikemukakan oleh anak kariah sebagai usaha penambahbaikan pengurusan dan perkhidmatan masjid. 13 daripadanya adalah dari Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Bukit Indah, Saudara Zainal Rashid Zakaria.

(Gambar: Dato' Jabar dari Surau Ehsaniah sedang mengemukakan usul)

(Gambar: Sebahagian anak kariah tekun mendengar ucapan Tuan Nazir)

(Gambar: Saudara Zainal Rashid sedang mengutarakan satu persatu cadangan dan usul beliau)

Pihak AJK MBI akan mengambil langkah segera bagi melaksanakan cadangan dan usul yang dikemukakan. Ada juga diantaranya yang sedang dalam proses perlaksanaan.

Bagi pihak AJK MBI, blog ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anak kariah yang dapat meluangkan masa hadir dan seterusnya berpartisipasi dengan aktif dan berhikmah.

Mudah-mudahan masjid kita akan bertambah makmur.

Larrr Che Det!! Sebab tu lah anak miker buleh jadi Timbalan Menteri..!!

Posted: 20 Nov 2011 03:47 AM PST

Che Det: Pemimpin Umno Bodoh

Bekas perdana menteri itu (Che Det) berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.

Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan "kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan." "Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.

"Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini," kata beliau sambil menambah, "kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini." Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Selebihnya boleh baca di sini...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-umno-hadapi-masalah-cari-pemimpin-dibayangi-tanggapan-korup/