Ahad, 20 November 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Rintihan Jurutol Malaysia

Posted: 20 Nov 2011 05:55 PM PST

Kuala Lumpur, 18 Nov 2011 - Kesempitan hidup yang semakin menekan memaksa beberapa orang pekerja syarikat konsesi lebuhraya yang bekerja sebagai Jurutol melakukan piket untuk meminta dinaikkan gaji mereka.

Kebanyakan pekerja yang menyertai piket secara aman itu sangat tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat konsesi lebuh raya yang masih lagi enggan menaikkan gaji pokok Jurutol di seluruh negara walaupun keuntungan yang dicapai oleh syarikat pengendali lebuhraya-lebuhraya di Malaysia mencapai bilion keuntungannya.

Salah seorang peserta yang namanya tidak ingin dikenali memberitahu, "kami kerja susah payah,siang malam,raya pun kami tak balik,kena bergilir-gilir tapi apa imbuhan kami dapat? Yang kaya pengurusan."

Pandangan sama turut dikongsi oleh Asnita, salah seorang Jurutol yang bertugas di kawasan Lembah Klang. "Saya berjaga pagi tapi siang saya kena jaga anak,masa saya untuk keluarga tak ada."

Hasil tinjauan rambang wartawan mendapati ramai antara mereka memperolehi pendapatan kasar RM850 ke RM950 sebulan, satu amaun yang boleh dikatakan agak rendah berbanding dengan profesion lain.

Jurucakap bagi kumpulan Jurutol ini yang hanya mahu dikenali sebagai Azman Jantan meminta pihak konsesi supaya mempertimbangkan kenaikan gaji kasar Jurutol di seluruh negara dinaikkan daripada RM850 kepada RM2200 tidak termasuk kerja lebih masa.

"Kerja kami sangat berisiko tinggi. Bila-bila masa saja nyawa kami boleh melayang walaupun pihak pengurusan sudah memasang alat-alat keselamatan tetapi mungkin ramai yang tidak sedar, kami menyabung nyawa setiap hari. Pada kami jumlah yang kami minta amat munasabah kerana keuntungan syarikat pengusaha lebuh raya kebanyakannya sudah pun mencapai kadar balik modal dan keuntungan yang diperolehi setiap tahun semakin meningkat kerana jumlah bilangan pengguna kenderaan semakin hari semakin bertambah."

Encik Azman menyimpulkan, "Pada kami amaun RM2200 adalah amaun yang berpatutan kerana ini selaras dengan usaha Perdana Menteri kita yang ingin menjadikan negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi."

Pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak-pihak pengurusan lebuh raya.

Tiada ulasan: