MIMPI SENJA |
- Tu dia pendedahan terbaru : Laki Shahrizat dan anak buat Umrah guna duit 'lembu'
- Skandal "Lembu" Shahrizat - Dia tak salah sebaliknya kita yang dipersalahkan - Wan Azizah
- Bekas ustazah 24 dicekup khalwat bersama peniaga
- Dosa besar Noh Omar kepada petani - Faekah
- Pilihanraya DUN P. Pinang - Pakatan tentukan tarikh
Tu dia pendedahan terbaru : Laki Shahrizat dan anak buat Umrah guna duit 'lembu' Posted: 20 Nov 2011 09:44 PM PST (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 21 Nov : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh. Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini. "(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali," kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini. "Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?" soal Ahli Parlimen Machang itu. - Keadilan Daily Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri. Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan. NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun. Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96. KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009. Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Crporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat. Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan |
Skandal "Lembu" Shahrizat - Dia tak salah sebaliknya kita yang dipersalahkan - Wan Azizah Posted: 20 Nov 2011 07:02 PM PST (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR: Skandal penyelewengan projek ternakan lembu melalui National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, adalah tragedi buat negara. "Penyelewengan itu menjadi tragedi dan tambah jadi tragedi apabila kita pula dipersalah dan mereka mendakwa tidak bersalah," kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Beliau kesal kerana Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menyalahkan pembangkang dalam skandal berkenaan. Kata Wan Azizah, Salleh sebagai individu bertanggungjawab harus memberi penjelasan jitu kepada rakyat tanpa memalitkan 'dosanya' kepada orang lain. Bercakap pada majlis penyerahan wang zakat daripada Yayasan Aman kepada 80 penerima di Pejabat Khidmat Rakyat Lembah Pantai, beliau berkata, pembohongan sudah sebati dengan Umno dan kroninya. Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengesahkan pinjaman kepada NFC tidak dibawa dalam Kabinet sebaliknya cuma dibincang Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi. "Itu membawa banyak persoalan bagaimana pengagihan RM250 juta wang awam dilakukan," kata Wan Azizah. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23186 |
Bekas ustazah 24 dicekup khalwat bersama peniaga Posted: 20 Nov 2011 05:17 PM PST MELAKA: Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit. Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah. Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut. Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah. Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri. Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuan anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya. "Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan," katanya, di sini, semalam. Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest. Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya. Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang. Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat. Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan. "Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu. "Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini. "Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka," katanya. - myMetro |
Dosa besar Noh Omar kepada petani - Faekah Posted: 20 Nov 2011 04:10 AM PST Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri untuk mengadakan pilihanraya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah 4 tahun memerintah, menggusarkan UMNO-BN. Ramai yang melenting dan berbagai tuduhan pula dilemparkan. Kerajaan Negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013. Alasan yang diberikan oleh Dato Menteri Besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan UMNO-BN pada 2008 bilamana pilihanraya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN UMNO-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya. Perkara ini didedahkan Dato' Menteri Besar di dalam sidang DUN baru-baru ini dan tidak seorangpun ADUN BN yang mampu menjawabnya. Dato Menteri Besar juga menegaskan Kerajaan Negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang. Seperti dijangka, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar turut mahu mengambil bahagian di dalam isu ini dengan mempertikai keputusan tersebut dan menuduh MB tunjuk dan gila kuasa; takut menghadapi pilihanraya. Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri. Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya. Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium. Selain gagal, Noh juga cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya begitu ghairah untuk menonjol di mata Perdana Menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku Ketua Pembangkang, apatah lagi Ketua Pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal. Dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh Kerajaan Negeri tidak mahu bekerja sama dengan Pusat, berpolitik dalam isu pertanian. Noh sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat. Rakyat Selangor terutama golongan petani pasti masih ingat bagaimana tindakan Noh yang berpolitik sempit dan Menteri yang menunjukkan kuasa terhadap seorang pegawai pertanian Selangor yang telah bekerjasama dengan kerajaan negeri di dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran petani. Selaku Menteri, Noh telah mengarahkan pegawai tersebut dipindah keluar dari Selangor dan dimasukkan di dalam "cold storage" yang akhirnya pegawai tersebut mengambil keputusan memilih bersara awal. Namun pegawai kerajaan yang cekal mahu berbakti kepada rakyat ini kini terus bekerja di bawah kerajaan negeri bagi satu projek penanaman padi organik; System of Rice Intensification (SRI) di atas pembiayaan Pemerbadanan Menteri Besar ( MBI ). Dosa paling besar Menteri Pertania terhadap petani padi di Selangor dan seluruh Negara ialah apabila pada Okt, 2009 Noh telah mengarahkan penutupan Pusat Pengeluaran Benih Padi Sg Burong yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. Ini adalah satu-satunya pusat pengeluaran benih di Selangor yang mengeluarkan benih sebanyak 7200 tan setahun dan membekalkan keperluan benih yang berkualiti kepada petani negeri ini. Selangor memerlukan 5,000 tan setahun, dan selebihnya adalah untuk kawasan jelapang padi yang lain. Tindakan Noh Omar telah meletakkan keselamatan makanan dalam negara dalam keadaan yang merisaukan kerana bekalan benih padi tidak lagi di bawah kawalan kerajaan seperti sebelumnya. Ini bermakna, sekiranya ada apa-apa bencana alam berlaku, negara mungkin menghadapi masalah membekalkan benih padi kepada petani. Ini telah pun berlaku pada bulan Okt, 2011 dimana petani Kedah dan Perlis mendapati masalah mendapatkan bekalan benih. Noh pada masa yang sama jangan berbangga dengan peruntukan RM150 juta yang dikeluarkan oleh kementeriannya kepada petani di Selangor. Hakikatnya, sehingga hari ini Noh masih belum menjawab pendedahan kita bahawa peruntukan tersebut telah disalur kepada syarikat monopoli milik kroni. Harga benih padi yang diberikan adalah jauh lebih tinggi dan lebih malang lagi tidak berkualiti. Akibatnya telah membawa kesengsaraan kepada petani di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Selain menghantar samseng memukul pelapor dan menggertak petani, Noh menikus dalam isu ini. Jika benar PM mahu meletakkan Noh menerajui UMNO Selangor, dengan mempunyai kualiti sebegini maka seeloknya PM berfikir semula. YAB Dato' Menteri Besar Selangor sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat Selangor, terutama petani sebagai agenda utama negeri Selangor. Dari awal tahun 2009, kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor bagi tempoh 2009-2013. Kerajaan negeri juga menyediakan hadiah RM 100,000 kepada Pasukan-Pasukan Kerja Projek yang berkerja kuat mendorong ahli-ahli kumpulan tani untuk mencapai hasil yang lebih tinggi. Adalah diunjurkan peningkatan hasil kepada 7.5 tan sehektar menjelang 2013. Tidak cukup dengan itu, Dato MB turut memperkenalkan SRI pada 2010 bagi meningkatkan produktiviti padi negeri. SRI ini telah diterimapakai oleh 48 negara di dunia, dan mendatangkan banyak manfaat termasuk peningkatan hasil dan pendapatan petani, serta menjaga keselamatan serta kesihatan seluruh keluarga tani. Kerajaan negeri terus mengadaptasikan penggunaan SRI yang memberi penjimatan kos pengeluaran melebihi RM1000 sehektar semusim, dan peningkatan hampir 1 tan bagi setiap hektar. Penjimatan kos dan juga peningkatan hasil memberi rahmat kepada petani yang mana petani dapat menjana pendapatan yang lebih dari biasa. Pada masa yang sama dapat mengurangkan penggunaan agrokimia tanpa menjejaskan hasil padi. Ini adalah satu pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan negeri untuk menjaga kesejahteraan petani-petani di Selangor. Apabila kesemua kawasan padi di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah mengamalkan SRI, diunjurkan penjimatan sejumlah RM 15 juta setiap musim. Ini adalah pendapatan terus kepada petani. Kementerian Pertanian walau bagaimanapun tidak langsung menunjukkan minat terhadap usaha kerajaan negeri ini. Tiada siapa pun dari Persekutuan datang bertanya pasal SRI, jadi dari mana datangnya penyataan bahawa kerajaan negeri tidak memberi kerjasama. Noh berbangga dengan program TEKUN sedangkan program ini tidak menampakkan hasil dalam melahirkan usahawan Bumiputera, sebaliknya berjaya melahirkan ramai penghutang Bumiputera. Inilah akibatnya jika Menteri terpesong serta niat membantu rakyat tidak ikhlas dan sekadar melepaskan batuk ditangga maka berlakulah penyelewengan terhadap wang rakyat. Berbanding dengan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar atau MIMBAR dan Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar atau SKIMSEL yang telah membawa manfaat kepada rakyat. Inilah konsep sebenar dari rakyat kepada rakyat yang memerlukan bukan dari rakyat kepada rakyat terpilih. SKIMSEL telah memberi manfaat kepada lebih 4,300 peminjam dengan peruntukkan lebih RM12 juta manakala MIMBAR lebih RM3 juta kepada lebih 3,000 peminjam. Amat membanggakan kerana pembayaran balik pinjaman hampir 100%. Walaupun peruntukan tidak sebanyak TEKUN tetapi dengan pengurusan amanah, telus dan bertanggungjawab, program ini berjaya dan terus memberi faedah kepada kumpulan sasaran. Tidak seperti projek dimana lembu-lembu mulai menginap di kondominium mewah akibat dari tindakan manusia yang mentadbir menggunakan 'otak lembu'. FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
Pilihanraya DUN P. Pinang - Pakatan tentukan tarikh Posted: 20 Nov 2011 03:52 AM PST Oleh Melissa Chi November 20, 2011 SERDANG, 20 Nov — Lim Guan Eng hari ini berkata kepimpinan Pakatan Rakyat secara bersama akan menentukan sama ada Pulau Pinang perlu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak dengan pilihan raya umum nasional, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat. Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan. "Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil keputusan itu. "Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat," kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini.Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar. Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada "kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya. -TMI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan