Ahad, 20 November 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


AGM MASJID BUKIT INDAH, AMPANG KALI KE 8 SELESAI....

Posted: 20 Nov 2011 05:55 PM PST

Alhamdulillah, Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 8 Masjid Bukit Indah (MBI), Ampang telah selesai disempurnakan semalam (Ahad @ 20 November, 2011).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Nazir MBI, Ustaz Shukri Harun berjalan dengan lancar tanpa sebarang kontroversi.

Minit Mesyuarat tahun lepas, Laporan Lajnah dan Laporan Kewangan berakhir Disember, 2010 telahpun diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Sebanyak 21 cadangan dan usul telah dikemukakan oleh anak kariah sebagai usaha penambahbaikan pengurusan dan perkhidmatan masjid. 13 daripadanya adalah dari Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Bukit Indah, Saudara Zainal Rashid Zakaria.

(Gambar: Dato' Jabar dari Surau Ehsaniah sedang mengemukakan usul)

(Gambar: Sebahagian anak kariah tekun mendengar ucapan Tuan Nazir)

(Gambar: Saudara Zainal Rashid sedang mengutarakan satu persatu cadangan dan usul beliau)

Pihak AJK MBI akan mengambil langkah segera bagi melaksanakan cadangan dan usul yang dikemukakan. Ada juga diantaranya yang sedang dalam proses perlaksanaan.

Bagi pihak AJK MBI, blog ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anak kariah yang dapat meluangkan masa hadir dan seterusnya berpartisipasi dengan aktif dan berhikmah.

Mudah-mudahan masjid kita akan bertambah makmur.

Larrr Che Det!! Sebab tu lah anak miker buleh jadi Timbalan Menteri..!!

Posted: 20 Nov 2011 03:47 AM PST

Che Det: Pemimpin Umno Bodoh

Bekas perdana menteri itu (Che Det) berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.

Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan "kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan." "Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.

"Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini," kata beliau sambil menambah, "kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini." Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Selebihnya boleh baca di sini...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-umno-hadapi-masalah-cari-pemimpin-dibayangi-tanggapan-korup/

Tiada ulasan: