WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
| MALAM INI (28 OKT) DI KG GAGU, JELEBU - CHEGU BARD BAWA `CINCIN PUAKA" Posted: 27 Oct 2011 08:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSISU cincin bernilai RM24 juta masih belum terjawab setelah Parlimen mengesahkan memang wujud cincin itu dan pernah masuk ke negara ini walaupun dikatakan telah keluar tanpa diistiharkan. Pelik, tetapi benar. Meminjam kata Chegu Bard, cincin puaka itu masuk sebagai `pelancung' walaupun boleh diumpamakan sebagai `pendatang haram' kerana tiada cukai yang dikenakan dan keluarnya cincin itu dari negara ini setelah ianya kecoh. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal cincin puaka yang dikatakan melibatkan seorang `wanita puaka', maka malam ini hadirlah beramai-ramai ke Jelebu bertempat di Kg Gagu, Kuala Klawang. Chegu Bard dengan bermurah hati akan membawa cincin puaka itu untuk diperkenalkan kepada orang-orang Jelebu warisan `Robengah'. Chegu Bard akan menghikayatkan kisah cincin puaka, bagaimana ia hadir ke negara ini, untuk siapa, dan bagaimana secara tiba-tiba keluar dari negara ini. Mungkin pihak Kastam tahu cerita sebenar kisah cincin puaka ini sebagaimana mereka juga mungkin tahu bagaimana nama Altantuya boleh hilang di dalam rekod kemasukan ke negara ini. Tiada yang ajaib di negara ini. Ayuh, kita ke Kg Gagu, Kuala Klawang, Jelebu malam ini kerana di samping berceramah, Chegu Bard juga akan mengedarkan risalah cincin puaka yang bakal menakutkan `wanita puaka'. Kg Gagu, adalah kampung Rais anak Yatim seorang Menteri Komunikasi yang kawasannya sendiri bertahun tiada bas melainkan bas ke Seremban sahaja. Entah apa yang di`komunikasi'kannya tiadalah diketahui. Mungkin bas ke Indonesia sahaja yang disediakan. Di samping Chegu Bard, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan YB Taufik juga akan berucap bersama seorang bekas Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel dari DAP berbangsa Melayu Islam. InsyaAllah, saya akan hadir di sana nanti./wfauzdin.blogspot.com |
| Posted: 27 Oct 2011 05:02 AM PDT ![]() Oleh: WFAUZDIN NS FAM nampaknya begitu angkuh dan sombong apabila berdepan dengan kritikan peminat bolasepak tanahair yang membantah kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan bertemu Terengganu, Sabtu ini. Meskipun dikritik ramai pihak, termasuk Menteri yang selama ini kita sangka berkuasa penuh terhadap sukan tanahair, namun FAM terutamanya yang berjawatan Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin tetap menunjukkan kesombongannya apabila di dalam akhbar Sinar hari ini beliau menyatakan, " Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokongnya bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu". Ini adalah jawapan yang kurang ajar, tidak beradab dan teramat bodoh. Beliau lupa FAM pernah merayu para penyokong hadir memenuhi stadium ketika pasukan Kebangsaan mula mahu memuncak naik.Bayangkan betapa ego, angkuh dan sombongnya FAM setelah semenjak kebelakangan ini peminat-peminat bolasepak negara telah mula membanjiri stadium. terutamanya yang melibatkan pasukan Kebangsaan walaupun kita tewas dengan teruk. Apabila semangat ini mula menyemarak, begini pula perangai pegawai-pegawai di FAM dan ini lah salah satu faktor mengapa sukar mutu bolasepak negara meningkat atau konsisten. Jawapan sombong dan bodoh dari Setiausaha Agung FAM itu amat memalukan. Paling mengecewakan, mengikut Sinar hari ini juga rupa-rupanya kenaikan harga tiket kepada RM50 itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bolasepak Terengganu dan Negeri Sembilan. Patutlah Terengganu sanggup memberi diskaun 50% kepada para penyokongnya, manakala Negeri Sembilan pula menjual tiket dengan harga RM30 sahaja. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih di atas `pengorbanan' kedua-dua negeri ini untuk membantu para penyokong masing-masing, tetapi `drama' mereka bersama FAM amat tidak wajar samasekali. Menyedihkan, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Anuar Musa berkata beliau juga tidak bersetuju dengan kenaikan harga tiket tersebut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Menteri yang menjaga sukan pun tidak boleh melakukan apa-apa kerana FAM menjawab bahawa permintaan Menteri berkenaan hanya dihormati oleh FAM tetapi FAM tidak berganjak. Lihatlah, ego dan bongkaknya FAM dan memang wajar mutu bolasepak negara ini lingkup selepas ini selagi puak itu berada di kerusi masing-masing./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut.
Kuala Lumpur,27hb Okt 2011. Laporan Audit yang telah didedahkan baru-baru ini sungguh memalukan negara dan secara tidak lansung kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang didendangkan oleh kerajaan selama ini hanya indah khabar dari rupa.
Antara pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 ialah kepincangan yang ketara dalam program membantu rakyat yang miskin tegar yang tidak sampai ke golongan sasaran. Ada yang menerima bantuan kerajaan khusus untuk golongan miskin tegar ini memiliki kereta dan Astro. Ada juga yang mendapat rumah, tidak menduduki rumah tersebut. Lebih memeranjatkan 96 % yang menerima bantuan ini bukan dari golongan miskin tegar. 
jadi "selut".
h bahawa 'politik suku agama suku', tidak ada politik dalam agama. Inilah fahaman yang melumpuhkan akidah umat.
hairah menanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Pada 22 Oktober, Persidangan ICT dan Media Baru 20011, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, dan esoknya kursus kewartawanan, di Ipoh, Perak.
t abang melayang." 


