RAKYAT MARHAEN |
- Pelacur ‘dipercayai’ berubah jadi keldai
- Beramal soleh pada 10 hari pertama Zulhijjah
- Revolusi Ekoposial 3
- Anya akan saman: Kekasaran ‘pencabul tetek’ Umno tangkap perhatian luar
- Video : Adolf Hitler marah FAM jual tiket bola final piala malaysia RM50
- Video - CHE'GUBARD: BONGKAR ROSMAH & FAKTA BAJET Di PARIT.
- Video : Kerajaan Tidak Mengambil Tanah Kg Baru - Raja Nong Chik
- Video : 'Orang putih'
- Video: Yemeni Women Set Veils on Fire
- Occupy Protesters: Video Shows Police Violence
- Video : Miracle Survivor in Turkey
- Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)
- ‘Harapan’ dan kebangkitan Arab
- Orang Melayu perlu beli Utusan Malaysia - Ibrahim Ali
- Hasil Laporan Audit Memalukan Negara
- Macamana miskin tegar tapi ada kereta dan Astro
- Amboi Kakros..Kan Ayu Kalau Begini..
- Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"
- 60 tahun PAS pertahan akidah
- Mukjizat FB, kuda dan Shahrizat ...
- Apabila kantung rakyat jagaan ‘Abang Umno’ kian pokai
- LYNAS: Kenyataan Media Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
- Konspirasi Gulingkan Najib : Bukan Mahathir dalangnya...
- Pelaburan lebihi had: FELDA terdedah kepada risiko
- Terlampaukah untuk mengetahui bagaimana Beng Hock temui ajal?
Pelacur ‘dipercayai’ berubah jadi keldai Posted: 27 Oct 2011 05:15 PM PDT Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai. Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan.Akhbar The Herald semalam melaporkan, Sunday Moyo juga berpendapat dirinya seekor keldai."Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu," katanya. Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai. Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit. Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai. Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. |
Beramal soleh pada 10 hari pertama Zulhijjah Posted: 27 Oct 2011 05:12 PM PDT "Buatlah kebaikan sepanjang hayat kamu dan nantikan hembusan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mempunyai hembusan-hembusan rahmat-Nya yang akan mengenai sesiapa yang dikehendaki daripada kalangan hamba-Nya. Mohonlah kepada Allah agar Dia menutup keaiban kamu dan mengamankan kegementaran kamu." (Riwayat at-Tabrani)Kini, hembusan rahmat itu kian menghampiri. Akan tiba beberapa hari yang terbaik di dunia, hari di mana amal soleh seseorang hamba paling disukai Pencipta. Daripada Ibn Abbas radiallahuanhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda maksudnya: "Tidak ada hari-hari di mana amal soleh yang dilakukan oleh seseorang hamba lebih disukai Allah daripada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari yang lain. Hari-hari itu adalah 10 hari daripada Zulhijjah..." (Riwayat al-Bukhari) Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 27 Oct 2011 05:09 PM PDT Oleh: MSK Bagi mereka yang mengatakan persekitaran ekonomi boleh menyebabkan kebangkitan rakyat, aku tak tolak sepenuhnya. Ada juga kebenarannya, tapi aku tak percaya bahawa itu sebagai faktor utama. Sekiranya berlaku kebangkitan rakyat, golongan miskin akan menjadi kumpulan terakhir yang akan menyertai revolusi…kerana mereka diputuskan dengan maklumat. Media perdana yang mereka baca tidak akan menyiarkan berita-berita negative tentang pemerintah, dan dalam masa yang sama, berapa ramai daripada mereka yang mempunyai akses kepada internet? Tahun 1986-87 aku berada di Bangladesh dan India. Kalau sesiapa yang pergi ke Bangladesh sebagai pelancong, mereka selalunya akan dibawa ketempat-tempat yang menarik, moden dan bersih. Selalunya, tempat membeli belah atau berurusan rasmi di Mojitheel Commercial Area. Kediaman golongan pertengahan dan kaya pula di Dhanmondi Residential Area. Read More / Baca Lagi >> |
Anya akan saman: Kekasaran ‘pencabul tetek’ Umno tangkap perhatian luar Posted: 27 Oct 2011 05:06 PM PDT Juara catur Hong Kong berumur 21 tahun telah mendapati dirinya di tengah-tengah kempen pencalitan politik di Malaysia, selepas gambarnya di internet digunakan untuk mengkaitkan anak lelaki seorang ahli politik dengan serangan seksual. Lahir di Amerika Syarikat dan berpendidikan di sekolah Kennedy dan West Island, Anya Corke tidak pernah pergi ke Pulau Pinang, tidak pernah bersekolah di Malaysia dan tidak pernah bersua dengan orang yang dituduh, Marcus Lim Whai Khai, anak lelaki kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berumur 16 tahun. Corke, seorang pelajar falsalah dan satera Russia di Wellesley College di AS terkenal sebagai empat kali juara catur Hong Kong; dia adalah seorang chess grandmaster semenjak tahun 2004. |
Video : Adolf Hitler marah FAM jual tiket bola final piala malaysia RM50 Posted: 27 Oct 2011 05:01 PM PDT |
Video - CHE'GUBARD: BONGKAR ROSMAH & FAKTA BAJET Di PARIT. Posted: 27 Oct 2011 01:08 PM PDT |
Video : Kerajaan Tidak Mengambil Tanah Kg Baru - Raja Nong Chik Posted: 27 Oct 2011 01:05 PM PDT |
Posted: 27 Oct 2011 01:04 PM PDT |
Video: Yemeni Women Set Veils on Fire Posted: 27 Oct 2011 01:02 PM PDT |
Occupy Protesters: Video Shows Police Violence Posted: 27 Oct 2011 01:01 PM PDT |
Video : Miracle Survivor in Turkey Posted: 27 Oct 2011 12:45 PM PDT |
Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO) Posted: 27 Oct 2011 05:56 AM PDT Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir. Read More / Baca Lagi >>Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu. Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah. |
‘Harapan’ dan kebangkitan Arab Posted: 27 Oct 2011 05:48 AM PDT Dr Mohd Asri Zainul Abidin 27 OKT — Muammar Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa. Read More / Baca Lagi >>Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya. Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan. Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan "tidak setia". |
Orang Melayu perlu beli Utusan Malaysia - Ibrahim Ali Posted: 27 Oct 2011 05:46 AM PDT " KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu. Katanya, akhbar berkenaan telah melalui pelbagai tempoh sukar apabila sering kali dibidas kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi tidak pernah berputus asa dan teguh dengan pendirian mereka. "Perkasa tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana Utusan. Read More / Baca Lagi >> |
Hasil Laporan Audit Memalukan Negara Posted: 27 Oct 2011 05:45 AM PDT " Kuala Lumpur,27hb Okt 2011. Laporan Audit yang telah didedahkan baru-baru ini sungguh memalukan negara dan secara tidak lansung kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang didendangkan oleh kerajaan selama ini hanya indah khabar dari rupa. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan audit 2010 yang telah didedahkan baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >> |
Macamana miskin tegar tapi ada kereta dan Astro Posted: 27 Oct 2011 05:44 AM PDT "Antara pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 ialah kepincangan yang ketara dalam program membantu rakyat yang miskin tegar yang tidak sampai ke golongan sasaran. Ada yang menerima bantuan kerajaan khusus untuk golongan miskin tegar ini memiliki kereta dan Astro. Ada juga yang mendapat rumah, tidak menduduki rumah tersebut. Lebih memeranjatkan 96 % yang menerima bantuan ini bukan dari golongan miskin tegar. Read More / Baca Lagi >> |
Amboi Kakros..Kan Ayu Kalau Begini.. Posted: 27 Oct 2011 05:43 AM PDT Oleh: siasahkini "Lawa gila rosmah zaujah@isteri@wife perdana menteri malaysia neh.Lawaaaa betul Kak rosmah kita. Betul tak? Tengok bawah ; Tengah2 Sk dok puji2 isteri PM kita ni yang cati lagi ayu ni..Sk dimaki oleh sesorang yang mengatakan sk meyebar fitnah.. Cait!bila masa aku sebark fitnah ni doh?Apa salahnya seorang isteri Perdana Mentari berpakaian begini.Lembut dan ayu jaa? Sk bukan macam Umno@Apco yang hidup dengan menyebar fitnah dan gambar lucah weii!! Aku bukan umno. Hanya umno ja yang suka fitnah. Sesekali tengok blog-blog Umno@Apco naik meyampah dan temuntah akibat daripada kebodohan dan kelucahan melampau.Ini sk tgk gambar datin kita yang comel dan bertudung litup ni pon tak boleh???Kita semua tak mahu la kakros begini Read More / Baca Lagi >> |
Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut" Posted: 27 Oct 2011 05:42 AM PDT Oleh Mummy Rokiah Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 27 Oct 2011 05:38 AM PDT Oleh ABDUL SHUKUR HARUN PAS memperkenalkan politik Islam, membersihkan fahaman karut marut sekular-asabiyah bahawa 'politik suku agama suku', tidak ada politik dalam agama. Inilah fahaman yang melumpuhkan akidah umat. KETIKA masyarakat heboh mengenai persoalan mempertahankan akidah umat dan ancaman mengenainya, tentu saja bagi mereka yang rasional mengakui bahawa selama 60 tahun lamanya PAS telah berjuang mempertahankan akidah umat. Read More / Baca Lagi >> |
Mukjizat FB, kuda dan Shahrizat ... Posted: 27 Oct 2011 05:37 AM PDT Ahmad Lutfi Othman Hujung minggu lalu, saya menghadiri dua program khusus mengenai media, di hadapan aktivis PAS yang kelihatan ghairah menanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Pada 22 Oktober, Persidangan ICT dan Media Baru 20011, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, dan esoknya kursus kewartawanan, di Ipoh, Perak. Membedah fenomena dunia siber -- dan kompleksiti media baru dengan segala perubahan yang begitu pantas -- tentunya bukan tugas mudah, apatah lagi dilakukan di hadapan mereka yang mahir ICT. Sebenarnya saya tertinggal jauh di belakang berbanding penguasaan dan kepakaran peserta persidangan terhadap teknologi media baru. Read More / Baca Lagi >> |
Apabila kantung rakyat jagaan ‘Abang Umno’ kian pokai Posted: 27 Oct 2011 05:37 AM PDT Oleh SHIRZAD LIFEBOAT Suatu ketika dulu, ada ungkapan popular berbunyi, "Ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang." Maka besar kebarangkalian berdasarkan ungkapan klasik ini, Abang Umno-BN mengumumkan dua tiga jenis 'pemberian-sekalisahaja' atau dalam bahasa Perdana Menteri/Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak, oneoff payment kepada adik-adik sekalian agar Abang Umno-BN tak melayang dalam pilihan raya umum akan datang. |
LYNAS: Kenyataan Media Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Posted: 27 Oct 2011 05:36 AM PDT "Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) Kenyataan media oleh MMA pada 21hb Julai 2011 yang lalu yang dipetik dari halaman rasmi MMA berkenaan isu Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) milik LYNAS jelas membuktikan bahawa MMA bersama-sama dengan seluruh komuniti serta badan-badan NGO menuntut pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menghentikan projek ini demi kesihatan Rakyat dan keselamatan Alam Sekitar. Antara sebahagian kenyataan MMA adalah: Read More / Baca Lagi >> |
Konspirasi Gulingkan Najib : Bukan Mahathir dalangnya... Posted: 27 Oct 2011 05:33 AM PDT Cuma aku agak pelik gak, atas alasan apa najib nak di guling oleh puak2 umngok sendiri? Ada yg kata najib & rosmah dah mula besar kepala.. Alasan nih aku reject awal awal lagi.... Utk layak digelar besar kepala ikut mazhab umngok... Wajib Najib mganggu bisnes & jenayah madey & kroni... Setahu aku, najib tuh tak kaco pun madey kutty ... Najib jugak aku nampak, Bukak jalan anak madey kutty jadik timb. menteri... Walaupn anak madey, nampak sgt lemah tenaga batin ... KAH KAH KAH... Ada pendapat lain pulak... Sebab pentadbiran najib nampak lemah... Idea nih buleh di pertimbangkan sikit... Memang zaman najib memerintah semua Barang Naik(BN) Byk penyelewengan harta negara yg besar2 terbongkar... Byk kes2 jenayah yg libatkan org2 politik jadik isu... termasuk le skandal najib & altantuya... Tapi utk cover semua isu nih... najib dah pun jln kan taktik "decoy issue"... yg biasa di guna madey masa zamannya...Read More / Baca Lagi >> |
Pelaburan lebihi had: FELDA terdedah kepada risiko Posted: 27 Oct 2011 05:32 AM PDT Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya - kepada sebuah agensi pelaburan kewangan. Read More / Baca Lagi >>Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun. Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan." |
Terlampaukah untuk mengetahui bagaimana Beng Hock temui ajal? Posted: 27 Oct 2011 05:31 AM PDT Kami sekeluarga, berasa amat pilu dengan kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih dalam siasatan dalaman. 27 bulan telah berlalu, iaitu sebanyak 833 hari - saban hari kami menunggu kebenaran sejak kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM. Read More / Baca Lagi >>Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) jelas menyebut tiga nama, iaitu "the bully" Mohd Anuar Isamil (pegawai penyiasat), "the abuser" Mohd Ashraf Mohd Yunus (penolong pegawai penyiasat) dan "the arrogant leader" Hishammuddin Hashim (bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor), terbabit dengan penggunaan keganasan yang tidak wajar. Namun, selepas tiga bulan laporan diumumkan, SPRM pula menubuhkan panel siasatan khas untuk menyiasat tiga orang yang disebut nama dalam Laporan RCI. Dengan kata lain, kerajaan juga mengambil sikap ragu-ragu, dan bukannya menaruh kepercayaan 100% terhadap laporan RCI. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan