MIMPI SENJA |
- Mahathir patut dihadapkan ke Mahkamah bukan Aziz Bari
- Slogan baru rakyat - ABU - Asalkan Bukan Umno
- 11 beg tangan Rosmah katek bernilai antara RM638 ribu hingga RM5 juta ...
Mahathir patut dihadapkan ke Mahkamah bukan Aziz Bari Posted: 27 Oct 2011 03:37 AM PDT Aziz Bari akan dituduh? Ada orang lain patut dituduh dahulu — Aspan Alias 27 OKT — Prof Aziz Bari mungkin akan di tuduh di Mahkamah dan Polis telah pun melengkapkan siasatan keatas Prof yang controversial itu. Mengikut berita yang kita terima pihak polis telah mengambil gambar rumah beliau dan semalan pihak Polis telah mengambil gambar pejabat beliau serta computer riba Prof itu. Jika beliau dituduh maka teranglah sudah yang kita berada di sebuah negara yang menyamai sebuah negara "autocratic". Semuanya ini adalah hasil dari komen beliau tentang kenyataan ke bawah duli Tuanku Sultan Selangor berhubung dengan isu agama yang juga merupakan isu controversial sejak kebelakangan ini. Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional telah mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Prof Aziz kerana pandangan yang berbeza tentang isu kenyataan Sultan Selangor. Jika benar dengan apa yang di katakan oleh peguam Prof Aziz yang ahli akademik tersohor ini akan di tuduh di mahkamah dan ini merupakan satu tindakan yang patut di tentang habis-habisan semata-mata bagi mempertahankan kebebasan membincangkan isu yang akademik ini. Jika benar Aziz Bari akan dituduh maka "conclusive"lah pandangan setengah pihak yang BN tidak tahan dengan pandangan yang berbeza walaupun ianya hanya merupakan pandang dari sudut akademik semata-mata. Umno memainkan isu derhaka kepada Raja untuk menyekat ahli akademik untuk memberikan pandangan. Sebagaimana yang saya nyatakan beberapa hari yang lepas, yang patut di hadapkan ke mahkamah ialah Dr Mahathir Mohamad yang telah menghina Raja-Raja secara terus pada tahun 1993 dahulu. Jika Aziz Bari di kenakan tuduhan tetapi tidak pula mengenakan tuduhan kepada pemimpin utama Umno Dr Mahathir serta pangampu-pengampunya dahulu maka jelas tindak terpilih yang di lakukan oleh pihak pemerintah ini adalah keterlaluan. Bagaimana pemimpin kerajaan dan parti begitu kebal dari sebarang tindakan walaupun tindakan mereka adalah keterlaluan? Kenapa undang-undang hanya untuk setangah pihak dan tidak untuk pihak yang lain yang telah melakukan kesalahan yang lebih serius lagi? Kenapa ada dua set undang-undang? Umno dan pemimpinnya wajar memberikan jawapan kepada persoalan yang sangat besar implikasinya terhadap kestabilan politik negara. Isu ini merupakan satu isu yang akan mendapat perhatian meluas dari rakyat dan ianya tidak akan dapat mengelakan masyarakat mempolimikannya. Ia juga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa justeru itu isu ini telah membayangkan betapa tidak "magnanimous" nya kerajaan dalam menghadapi krisis intelektual yang pimpinan kita sedang hadapi. Keadaan ini memang tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Rakyat khususnya masyarakat akademik dan mahasiswa wajar mengambil langkah tegas untuk mempastikan perkara seperti ini tidak berulang di mana-mana menara gading di tanah air. Tindakan ini adalah tindakan pengecut dan ianya adalah satu tindakan politik yang menindas. Penindasan pemikiran ini merupakan satu indikasi jelas pihak berkuasa menggunakan undang-undang dan perlembagaan secara salah semata-mata untuk mengekang pandangan rakyat tidak bersetuju dengan pihak kerajaan. Isu seperti ini membentuk kecenderungan rakyat akan berpecah belah kerana melakukan interpretasi terhadap perlembagaan mengikut "expediency" pihak yang berkuasa. Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini telah memalitkan BN dan di dalam negara sedang menanti PRU ini ianya merupakan saat dan waktu yang sangat sesuai untuk menolak pemerintah yang berat sebelah dan kurang "magnanimity" ini. Secara peribadi saya memandang isu ini sebagai isu yang boleh membantu BN menghadapi jalan sukar untuk mendapat sokongan dari pihak rakyat yang ramai ini. Lepas satu, satu isu yang dicipta oleh pihak berkuasa untuk memisahkan rakyat dari kerajaan yang sedang memerintah. Asalakan sahaja BN tidak menyalahkan orang lain, BN bebas untuk berbuat apa yang mereka suka. — aspanaliasnet.blogspot.com |
Slogan baru rakyat - ABU - Asalkan Bukan Umno Posted: 27 Oct 2011 01:11 AM PDT Slogan baru rakyat - ABU! (asalkan bukan UMNO) Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir. Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu. Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah. Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing. Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai. Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam. Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya. Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam. Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit. Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini? Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula. Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu. Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa 'dunia'. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya. Orang tua-tua dahulu ada berkata, 'kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek'. Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan 'one-off payment' sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini. Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan? Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu. Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam. Jawapannya mudah: orang ramai tahu tujuan dan matlamat perhimpunan itu di adakan bermotifkan politik pihak berkuasa. Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam. Rakyat tidak lagi mudah dipengaruhi oleh politik desperate pihak tertentu dan membuang masa sahaja. Pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu. Rakyat sudah tidak lagi mahu diperkotak katikan seperti dahulu lagi. Enough is enough. Sekarang rata-rata orang berkata, ABU! (Anything but UMNO). Semuanya ini bukan salah sesiapa. Itu semua berlaku kerana salah laku perbuatan dan pemikiran UMNO itu sendiri. _ Aspan Alias |
11 beg tangan Rosmah katek bernilai antara RM638 ribu hingga RM5 juta ... Posted: 27 Oct 2011 12:01 AM PDT ULASAN: Cerita ini Tulang Besi dapat dari laman web Keadilan Daily. Cerita ini sepatutnya menjadi iktibar kepada semua yang merasakan mereka perlu menyokong UMNO kerana mahu menyokong "Ketuanan Melayu". Hakikatnya "Ketuanan Melayu" tidak lebih slogan untuk menipu orang Melayu. Yang kaya dari "ketuanan melayu" hanyalah kroni dan UMNOPUTRA serta anak2 mereka. Orang Melayu yang biasa hanya mengigit jari. 11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta (Oleh: Rusnizam Mahat) KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan. Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu. "Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja. "Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita," katanya. Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri. Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin. Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan. Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan. "Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?," soal Teo. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22229 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan