WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
| BOIKOT - PAS JELEBU BANTAH KENAIKAN HARGA TIKET BOLASEPAK FINAL PIALA MALAYSIA Posted: 25 Oct 2011 11:17 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSBARU-baru ini saya ada menulis mengkritik FAM kerana bertindak melampau dengan menaikkan harga tiket Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan menentang Terengganu pada 29 Okt 2011 nanti bertempat di Stadium Shah Alam. Baca di sini. Sekiranya FAM masih berdegil dengan keputusannya, saya merasakan adalah wajar peminat-peminat bolasepak memboikot perlawanan akhir tersebut dengan tidak hadir ke stadium cuma menonton di televisyen sahaja. Terbaru, Shabery Cheek Menteri yang menjaga kebudayaan dan sukan turut mengeluh dengan tindakan FAM berkenaan. Apakah seorang Menteri hanya boleh mengeluh sahaja dengan kelakuan FAM itu? Siapa lebih berkuasa? Atau, adakah keluhan menteri ini benar-benar ikhlas atau sandiwara semata-mata? Sebentar tadi, saya ada bertemu dan berbual dengan Timb YDP PAS Jelebu, Sdr Nooranif Selamat yang kebetulan `classmate' saya semasa bersekolah rendah dahulu. Beliau turut merasa kesal dengan tindakan FAM tersebut. Tidak munasabah harga tiket bagi semua tempat duduk berharga RM 50 bagi dewasa. Mengapa peminat bolasepak yang kini semakin memberi perhatian dan sokongan kepada bolasepak negara dilayan sedemikian rupa? Tidak cukupkah keuntungan yang diperolehi sepanjang musim liga tahun ini ditambah pula setiap pasukan mendapat tajaan untuk pasukan mereka? Akibat kenaikan melampau ini, tidak pasal-pasal Kerajaan Terengganu terpaksa keluarkan wang yang banyak bagi memberikan subsidi 50% kepada para penyokong Terengganu yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Bagaimana pula dengan penyokong Negeri Sembilan? Adakah Kerajaan Negeri Sembilan akan terpaksa belanjakan wang rakyat hanya untuk menampung harga tiket buat para penyokong Negeri Sembilan? Sdr Nooranif berkata, PAS Jelebu membantah tindakan tidak berperikemanusiaan FAM ini. Hari ini, PAS Jelebu akan mengadakan sidang akhbar untuk menyuarakan bantahan terhadap tindakan FAM ini. Di saat rakyat hidup tertekan dengan kenaikan harga barang dan bagi kaum India yang baru sahaja merayakan Hari Deepavali, kenaikan harga tiket tersebut dilihat sebagai tidak bertanggungjawab. Sekiranya FAM masih mengekalkan keputusan menaikkan harga tiket perlawanan akhir itu nanti, PAS Jelebu akan melancarkan kempen memboikot perlawanan akhir tersebut dengan mengajak peminat-peminat bolasepak menonton melalui TV sahaja dan tidak hadir ke stadium./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

"Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath.
Bagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasional Bernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Secara peribadi, penggantungan Prof Dr.Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bukanlah sesuatu di luar norma kerana Malaysia adalah terkenal sebagai sebuah negara yang mengekang hebat kebebasan berfikir dan bersuara. Kekangan terhadap kebebasan berfikir dan bersuara terzahir dalam undang-undang lapuk yang diwarisi dari zaman penjajah dalam usaha mengekalkan kekuasaan dan kepentingan golongan pemerintah.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia gah sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai "Garden of Knowledge and Virtue" (Taman Imu dan Nilai Murni). Sebagai seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bekas pelajar Prof Dr Abdul Aziz Bari, saya tidak dapat melarikan diri dari mempersoalkan samada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia benar-benar serius dalam memartabatkan dan mempertahankan maruah dan budaya ilmu?
Para ilmuwan di gedung-gedung ilmu bertanggungjawab dalam melahirkan manusia yang peduli kepada tanggungjawab sosial dan ini hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan yang bersifat bebas dari kekangan dan ancaman golongan pemerintah. Maruah dan budaya ilmu itu akan tergadai sekiranya proses pendidikan itu dikekang oleh tangan-tangan yang mengendalikan gedung-gedung ilmu yang jelas bersekongkol dengan golongan pemerintah yang hanya berminat dalam menggunakan proses pendidikan bagi melahirkan manusia yang patuh kepada sistem yang sedia ada, dan bukan manusia yang patuh kepada kebenaran dan berani mencabar sistem tersebut.
Penggantungan ini secara terang bercanggah dengan falsafah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menyatakan bahawa penyampaian ilmu itu adalah sebuah amanah yang perlu dilaksanakan dalam proses mencari kebenaran.




