Selasa, 25 Oktober 2011

dollah yankee

dollah yankee


Nak berniaga lembu macam mana kalau dah kerbau dengan lembu pun tak kenal??

Posted: 25 Oct 2011 06:07 AM PDT


RM74 juta projek bela lembu kerajaan yang ada kaitan dengan Shahrizat Jalil sudah jadi caca-merba, sudah jadi dalca kata orang Penang. Kalau lah kita dapat tengok proposal asal untuk mengujudkan lembah daging Malaysia tu... wow! hebat! akan membiakan dan menternak sekurang-kurangnya 8,000 ekor lembu pada tahun pertama bela dan akan capai kapisiti 60,000 ekor setahun pada tahun 2015  agar rakyat Malaysia dapat merasa daging lembu tempatan dengan kadar yang lebih murah dan agar kerajaan dapat kurangkan pergantungan keatas daging impot, tetapi hebat hanya atas kertas saja lah. Tapi bila di- audit? khiaqqqq... tuiiii!! hampeh!!!

Gurkah-gurkah di'port' kata, macam mana tak jadi caca-merba dan dalca, sebabnya kawan yang buat proposal tu kalau kita tanya dia berapa harga daging lembu di market untuk satu kilo pun terhegeh-hegeh nak jawab. Silap haribulan, Eksekutif Director syarikat yang ternak lembu tu pun tak boleh beza antara kerbau dengan lembu. Kalau di perhalusi dengan lebih dalam lagi, gurkah-gurkah di'port' kata bukan ahli keluarga dan adik beradik, mak bapak Sharizat Jalil saja yang terlibat dalam projek ni, tetapi gurkah-gurkah berani bertaruh potong tangan yang mesti ada lagi orang lain yang kita kenal yang sama-sama terlibat dengan keluarga Sharizat Jalil dalam projek 'taik minyak' bela lembu ini.

dollah yankee -
Macam-macam benda yang lingkup yang kita dengar dan baca dari AG report ini. Berita kerugian dan hangusnya wang pembayar cukai telah di manupilasi olih orang-orang yang ada kabel besar lengan dengan kerajaan BN/umno. Berjuta-juta ringgit telah lesap dalam poket mereka. Ada kita dengar yang mereka ini akan atau di-ambil tindakan?? Elek!!! Perkara ini akan terus senyap dan di-biarkan begitu saja. Manakala mereka akan terus menjalani kehidupan yang mewah. Mereka tahu yang kerajaan tidak akan berani ambil apa juga tindakan kepada mereka, sebab yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung juga ada lah kawan-kawan mereka.

Tiada ulasan: