Rabu, 5 Oktober 2011

bumiperak

bumiperak


Undang Syariah Islam umpama bola yg dimainkan

Posted: 05 Oct 2011 10:03 PM PDT

"Kami turunkan kepadamu (Ya Muhammad) kitab Al-Quran ini bagi menjelaskan tiap-tiap suatu perkara dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan membawa berita gembira bagi orang-orang Islam". An-Nahl ayat 89

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela  bagi  orang-orang yang khianat. an-Nisa' ayat 105

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu "percubaan" selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

"Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.

"Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

"Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju," katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

"Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam," katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata "hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud."

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP. Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Mengintai Belanjawan 2012

Posted: 05 Oct 2011 06:20 AM PDT

Oleh DR ROSLI BIN YAAKOB (Pakar Ekonomi)

Dijangka Belanjawan 2012 yang bakal dibentang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 (PM-MK1) pada 7 Oktober 2011 ini berpremiskan dua perkara utama, iaitu, Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13) dan jangkaan kemelut ekonomi dunia, khasnya ekonomi Eropah dan Amerika yang dihantui krisis hutang. Oleh kerana Eropah dan Amerika adalah rakan dagang utama Malaysia, kemelut ekonomi yang bakal melanda itu dijangka membawa impak negatif yang bukan kecil kepada ekonomi Malaysia.

Oleh itu, Belanjawan 2012, pada bahagian pentingnya, pastinya mengandungi langkah-langkah untuk menangani impak negatif itu. Justeru, bolehlah ditelah bahawa PM-MK1 akan mengemukakan dasar fiskal mengembang (expansionary fiscal policy), iaitu, meningkatkan perbelanjaan bagi melawan arus kemelesetan (counter-cyclical). Ini pasti memburukkan lagi defisit fiskal.

Pilihan raya Umum Ketigabelas (PRU13) akan diadakan pada bila-bila masa sebelum bulan Mac 2013, mungkin sebaik-baik saja selepas pembentangan belanjawan, iaitu, se awal bulan November 2011 atau bulan Februari - Mac 2012. Kalau tidak, mungkin pada satu tarikh dalam bulan Jun - November 2012. Tetapi, iannya tidak mungkin terlalu dekat dengan tarikh luput parlimen sekarang.

Telahan bahawa PRU13 akan di adakan dalam bulan Februari-Mac 2012 lebih meyakinkan kerana PM-MK1 memerlukan ruang selesa untuk membaiki populariti beliau yang dilaporkan merudum sejak kebelakangan ini. Kalau PRU13 diadakan terlalu lambat, kemelesetan ekonomi akan tiba dan mengadakan PRU13 dalam keadaan ekonomi yang meleset pastinya menghakis sokongan rakyat kepada UMNO-BN. Namun, tarikh sebenarnya hanya beliau dan isteri yang tahu.

Sekiranya PRU13 akan diadakan dalam tempoh yang terdekat ini, maka Belanjawan 2012 pastinya belanjawan plilihanraya yang di dalamnya terkandung tawaran-tawaran manis untuk membeli hati pengundi dan mengagihkan "minyak pelincir" kepada jentera pilihanraya UMNO-BN dalam bentuk pemberian kontrak-kontrak kecil yang boleh dilaksanakan dengan segera – digelar sebagai "projek mi segera." Projek-projek ini dilulus dan dilaksanakan segera dan kontraktor (orang parti) mendapat bayaran segera – beberapa jam dan hari sahaja selepas projek siap - supaya sempat dibelanjakan semasa kempen pilihanraya.

Dana mesti dimasukkan ke dalam saku ketua-ketua cawangan dan bahagian. Kalau tidak mereka tidak akan mampu menggerakkan jentera pilihanraya. Pemacak bendera, pemasang poster dan semua pekerja pilihanraya kena dibayar. Pengundi luar yang hendak balik kampung perlu diberi alaun. Kalau dana tidak ada dalam saku, macetlah jentera. Takkan ketua cawangan dan bahagian hendak mengeluarkan duit sendiri. Menteri-menteri pun tidak pernah mengeluarkan duit sendiri untuk membiayai pilihanraya, takkanlah ketua cawangan dan bahagian hendak berbuat begitu.

Berdasarkan pengumuman awal pihak berkuasa dan analisis yang dibuat ahli ekonomi, pengarang cuba mengintai perkara-perkara yang besar kemungkinannya dimuatkan di dalam Belanjawan 2012.

Sudah ada pengumuman awal bahawa belanjawan 2012 akan mengandungi langkah-langkah meringankan beban kos hidup rakyat menyedari bahawa kajian pelbagai pihak menunjukkan inilah isu utama dalam PRU13 ini. Pakatan Rakyat telah mengemukakan pelbagai langkah untuk meringankan beban kos hidup yang meningkat ke atas rakyat terbanyak. Sudah tentu kerajaan UMNO-BN mahu mengemukakan satu "versi tawaran yang lebih menarik" bagi menyaingi tawaran-tawaran PR itu.

Mengurangkan kos sara hidup bermakna mengurangkan kos butir-butir utama dalam perbelanjaan isirumah yang terdiri dari belanja perumahan (sewa atau ansuran bulanan rumah), ansuran bulan kereta (atau tambang bulanan perkhidmatan pengangkutan), belanja makan minum (belanja dapur), minyak kenderaan dan belanja makan di luar rumah dan belanja penjagaan dan pendidikan anak-anak.

Tetapi, perbelanjaan surirumah juga merangkumi perbelanjaan pelbagai yang lain seperti pakaian, hiburan, perubatan, membayar hutang, membaik pulih kereta, membaik pulih rumah, sumbangan kepada ibu-bapa yang tua, tabungan, belanja menyambut pelbagai perayaan dan lain-lain perbelanjaan luar jangka.

Secara umumnya, sesebuah isirumah bersaiz sederhana (terdiri dari bapa, ibu dan empat orang anak) perlu beberlanja seperti berikut: Rumah (sewa atau ansuran bulanan) – RM800 sebulan, kenderaan (sewa beli atau tambang kenderaan) – RM400 sebulan, minyak kenderaan – RM100 sebulan, belanja dapur – RM250 sebulan, makan di luar rumah – RM100 sebulan dan belanja pendidikan anak-anak – RM200 sebulan. Belanja di atas butiran-butiran utama ini sudah berjumlah RM1,850. Kalau ini dicampur dengan perbelanjaan pelbagai yang dianggarkan kira-kira RM400 sebulan, maka sebuah isirumah yang bersaiz sederhana memerlukan pendapatan bawabalik ke rumah (take-home pay) tidak kurang dari RM2,250 sebulan untuk menikamati taraf hidup yang asasi dalam dunia yang serba moden ini. Oleh kerana masih ramai rakyat Malaysia berpendapatan RM1,500 dan ke bawah sebulan, sesuatu memang perlu dilakukan untuk membolehkan segolongan besar rakyat Malaysia memenuhi tuntutan hidup yang asasi ini. Tentunya, hidup secara mewah diluar jangkauan golongan ini.

Ada dua kaedah yang boleh dilaksanakan untuk meringankan beban kos hidup. Pertama, mengurangkan kos butiran-butiran utama perbelanjaan supaya kuasa beli setiap ringgit pendapatan akan meningkat dan yang kedua, menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) bulanan, iaitu, menambahkan wang dalam saku rakyat supaya dalam keadaan harga yang stabil dan terkawal, kuasa beli akan meningkat. Berasaskan kepada dua keadah ini, maka boleh diramalkan bahawa Belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan akan, di antaranya, mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Menambahkan subsidi ke atas barangan keperluan seperti petrol, gula, tepung, beras dan minyak masak, diperkasakan dengan penguatkuasaan kawalan harga barangan dan langkah-langkah membendung inflasi. Tidak bijak namanya untuk membiarkan rakyat membayar harga pasaran yang tinggi bila harga itu ditentukan secara tidak adil oleh pemanupulasi pasaran atau pembekal monopoli. Harga petrol di stesyen pam minyak mungkin dikurangkan 10 sen lagi. Harga lain-lain barangan keperluan asasi akan dikurangkan, mungkin sebanyak 5-10 sen lagi. Atau, mungkin juga kerajaan akan memperkenalkan "food stamps" sebagaimana yang diamalkan di Amerika dan lain-lain negara maju dan memberi "cash vouchers" untuk meringankan beban kos utiliti (letrik dan air) bagi golongan rakyat berpendaptan rendah. Ini pasti menambahkan beban fiskal kerajaan tetapi dalam usaha untuk memancing undi, disiplin fiskal duduk belakang. Harus disedari bahawa sebarang langkah untuk meringan kos hidup rakyat terbanyak yang gagal mengambilkira butiran-butiran utama perbelanjaan tidak akan berkesan.

2. Mengurangkan bayaran tol sebanyak 5-10% kerana ini akan mengurangkan kos pengangkutan. Langkah ini mampu dilaksanakan memandangkan keuntungan tinggi yang dikecap pemegang-pemegang konsesi lebuhraya di negara ini. Memang ada bantahan rakyat terhadap kenaikan bayaran tol. Kerajaan dirasa akan tunduk kepada asakan-asakan rakyat. Langkah ini mungkin diperkuatkan dengan meluaskan lagi sistem pengangkutan awam dengan memberi bantuan kewangan kepada syarikat pengangkutan awam (milik kerajaan mahu pun swasta) untuk meningkatkan operasi masing-masing.

3. Memotong lagi cukai pendapatan perseorangan (personel income tax) supaya ia selaras dengan kadar cukai korporat (sekarang ini 25% sedangkan cukai pendapatan persorangan 26% bagi jeda pendapatan yang tertinggi). Kerajaan juga mungkin mengurangkan pelbagai jenis cukai yang lain, memberi pengecualian cukai (tax waiver) dan rebat (rebate). Sementara itu, "sin tax" (cukai minuman keras, rokok dan seumpamanya) dan cukai eksais dan cukai jalan ke atas kereta mewah berkapasiti tinggi (2500 cc ke atas) mungkin dinaikkan. Dikira wajar, kalau cukai eksais bagi kereta berkapasiti rendah diturunkan sebagai langkah meringankan beban kenaikan kos pengangkutan bagi berjuta-juta pemilik kereta. Walaupun ada desakan dari Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) supaya Malaysia melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Belanjawan 2012 tidak akan mempekenalkan cukai ini memandangkan ianya masih belum popular di kalangan rakyat.

4. Kakitangan awam dan pesara kerajaan yang masing-masing berjumlah 1,000,000 dan 550,000 orang mungkin menerima durian runtuh sekali lagi seperti yang mereka terima dalam Belanjawan 2007 yang lalu. Dalam tahun 2007, kakitangan kerajaan dalam kategori pengurusan kanan menerima kenaikan gaji sebanyak 7.5% dan kakitangan sokongan Kategori Dua 35%. Anggota polis dan tentera pula menerima kenaikan gaji sebanyak 20%. Berkemungkinan besar tawaran yang sama akan diberikan kepada kakitangan sektor awam, mungkin quantumnya saja yang berbeza. Kerajaan juga mungkin memperkenalkan bonus - satu atau dua bulan gaji - kepada kakitangan awam, dibayar pada hujung tahun 2011 atau awal tahun 2012. Harus diingat bahawa struktur gaji kakitangan sektor awam masih relatif rendah berbanding struktur gaji sektor swasta. Sekiranya, struktur gaji sektor awam tidak ditingkatkan dari masa ke semasa selaras dengan peningkatan struktur gaji sektor swasta mulai sekarang sehingga menjelang tahun 2020 nanti, maka visi untuk Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi akan terjejas memandangkan sektor awam menyumbang sehingga 20-30% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


5. Ditelah bahawa kerajaan tidak akan bersegera melaksanakan sistem upah minimum seperti yang diamalkan oleh tidak kurang dari 140 buah negara di dunia kecuali mengumumkan pelbagai "stalling mechanism" untuk meredakan tekanan dari pekerja. Pertama, kerana sikap kerajaan yang amat mesra pemodal (employer friendly). Kedua, kerana kerajaan masih memiliki kuasa kuku besi ke atas pekerja melalui penguasai proksi-proksi kerjaaan dalam kesatuan sekerja. Ketiga, masih tersedia dengan banyaknya buruh import yang sedia menerima gaji murah di bawah upah pasaran.

6. Kemelut ekonomi yang dijangka menimpa dunia dalam tahun 2012 akan menyebabkan permintaan luaran (external demand) bagi barangan Malaysia jatuh lalu menjejaskan permintaan dalam negeri. Justeru, langkah-langkah bagi meningkatkan permintaan dalam negeri (domestic demand) perlu dilaksanakan. Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk merangsangkan permintaan dalam negeri termasuklah mengurangkan caruman pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (EPF) dari 11% sekarang ke 9%. Ahli ekonomi menganggarkan langkah ini mampu menyuntik dana sebesar RM700 - 800 juta setahun ke dalam saku rakyat. Namum, jika inflasi gagal dikawal, kuasa beli rakyat akan terus terhakis dan rakyat terus menanggung kos sara hidup yang kekal tinggi. Langkah-langkah lain termasuklah meningkatkan perbelanjaan ke atas infrastruktur dan merangsangkan pertumbukan sektor pembinaan kerana pertumbuhan sektor ini mampu membawa kesan "multiplier effect" yang tinggi ke atas penggunaaan dalam negeri. Biasanya, projek infrastruktur dianugerahkan kepada kroni yang akan memberi sumbangan dana pilihanraya. Projek infrastuktur kecil pula bertujuan memenangi hati budi pengundi luar bandar (kampung tradisi) dan bandar kecil dan menyuntik dana kepada jentera pilihan raya.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, pertumbuhan hasil cukai terencat, kekal pada sekitar RM150-160 bilion. Dengan kelembapan ekonomi, dijangka hasil cukai tidak akan bertambah dengan ketara. Juga, pergantungan yang semakin besar ke atas sumber hasil dari sektor petroleum dan gas boleh menyebabkan kedudukan hasil cukai menjadi tidak menentu kerana sektor ini amat terdedah kepada turun naik ekonomi dunia. Oleh itu dijangka, dengan pertambahan perbelanjaan yang ketara, iatu, 15-20% lebih tinggi berbanding tahun 2011, defisit belanjawan akan terus melebar dalam tahun 2012. Sepatutnya, dalam tahun-tahun ekonomi berkembang, di sana ada lebihan belanjawan agar lebihan yang terlonggok yang boleh digunakan dalam masa ekonomi meleset. Displin fiskal nampaknya tidak wujud di dalam kepala pemimpin kerajaan.

Subang Jaya
2 Oktober 2011
Belanjawan 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU BAHASA DI P.PINANG - RAIS YATIM PERLU TUKAR NAMA UMNO DAHULU

Posted: 05 Oct 2011 10:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS YATIM, Ahli Parlimen Jelebu iaitu satu daerah yang ketinggalan dan mundur kerana tiada kemudahan bas awam di majoriti kawasannya, hari ini akhirnya terkedu dengan jawapan Lim Guan Eng yang didakwa oleh Rais sebagai KM P.Pinang yang tidak mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Isu bermula apabila Rais Yatim menuduh P.Pinang meminggirkan Bahasa Melayu apabila para penyampai di dalam satu majlis di Kolej Han Chiang menggunakan Bahasa Ingeris dan Cina. Apabila Lim Guan Eng mencabar Rais Yatim di majlis manakah anjuran Kerajaan Negeri yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, Rais Yatim tidak mampu menjawabnya. Lim Guan Eng menyebut bahawa Kolej Han Chiang itu adalah kolej swasta dan bukannya kolej Kerajaan Negeri.

rais yatim interview 160409 02Lim dalam satu kenyataan media, mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya kerajaan negeri. Oleh kerana sudah tersepit dengan cabaran Lim Guan Eng, Rais Yatim menuduh pula Lim Guan Eng tidak menegur Kolej berkenaan kerana tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan. Mengapa Rais Yatim selaku Menteri juga tidak menegur Penganjur majlis yang dihadirinya itu?

Sebagai tetamu yang diundang iaitu Rais selaku Menteri dan Lim Guan Eng selaku KM, tidak molek jika mereka menegur Penganjur sewaktu majlis sedang berlangsung kecuali jika diberitahu awal. Meeka boleh menegur Penganjur selepas itu agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi, tetapi kerana politik kotor maka Rais Yatim terus menuding jari kepada Lim Guan Eng.

NONEKata Rais lagi, "Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan," (Utusan Malaysia). Paling jahat, Rais mendakwa bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP, tetapi apabila dicabar buktikan program manakah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, Rais diam buat bodoh sahaja.

Kita mahu tanya Rais, beranikah beliau mencadangkan kepada Pemimpin Umno untuk menukar nama U.M.N.O yang nama singkatan di dalam Bahasa Penjajah itu kepada nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu? Nama parti sendiri pun dalam Bahasa Inggeris, Rais Yatim mahu tunjuk bahawa beliau pencinta Bahasa Kebangsaan? Nama Bangunan Umno di P.W.T.C itu pun berbahasa Inggeris, apa mahu cerita?

Untuk makluman, Kolej Han Chiang adalah institusi swasta yang diasaskan oleh pemimpin masyarakat Cina pada tahun 1999. Ketika itu di bawah Kerajaan Bn dan sebelum ini tiada seorang pun Menteri Umno pertikai Kolej tersebut atau baru tahun ini sahajakah kolej tersebut tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan? Jika Kerajaan Bn ketika awal penubuhan Kolej tersebut dapat membetulkan kolej berkenaan, tentulah tidak berlaku apa yang Rais dakwa itu.

Kita menyokong Lim Guan Eng, selaku KM P.Pinang agar dapat mentarbiyahkan kolej berkenaan agar mendaulatkan Bahasa Kebangsaan kerana ketika di bawah Kerajaan Bn, mereka gagal berbuat demikian selama lebih kurang 9 tahun. Jelas, Rais Yatim berniat jahat untuk memburukkan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat setelah banyak isu untuk menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri tersebut gagal./wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Sorrylah Nuar...I tak datang. Auw...!!

Posted: 05 Oct 2011 07:13 PM PDT


Kisah yang berkaitan...

Liwat II: Mahkamah tolak sepina ke atas Najib, Rosmah
Hafiz Yatim

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung," katanya.

~penarik beca

~penarik beca


Bahan untuk dicampak kat muka Mat Sabu dan penceramah pembangkang

Posted: 05 Oct 2011 08:26 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : Today in History for October 6th

Posted: 05 Oct 2011 09:58 PM PDT

Najib tidak bawa perubahan dalam ekonomi

Posted: 05 Oct 2011 09:48 PM PDT

Malaysia kini terperangkap dalam keadaan ekonomi yang statik dalam tempoh 10 tahun ini dan mengalami inflasi sehingga 26 peratus.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mengkritik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menguruskan pertumbuhan ekonomi negara sambil menyifatkan pemimpin nombor satu negara itu hanya mengulangi perkara sama tanpa melakukan sebarang penambahbaikan.
Zulkefly berkata Malaysia pernah diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai negara terkaya secara perkapita sebaris dengan negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan.
"Malaysia kini terperangkap dalam keadaan ekonomi yang statik dalam tempoh 10 tahun ini dan mengalami inflasi yang tinggi sehingga 26 peratus,"
Read More / Baca Lagi >>

Akta GST: Apa-apa pun mungkin, kata Nazri

Posted: 05 Oct 2011 09:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Kerajaan tidak akan membentangkan rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) meskipun hari ini ia disenaraikan dalam aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa akta kontroversial itu tidak akan dibacakan hari ini meskipun disenaraikan sebagai rang undang-undang yang ketiga dalam aturan mesyuarat hari ini.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada akan dibahaskan sebaik sahaja Bajet 2012 diluluskan, Nazri (gambar) berkata, "kemungkinan juga selepas pilihan raya, apa sahaja mustahil."
"Ya, kami akan balik awal hari ini," katanya ditanya sama ada prosiding hari ini ditangguhkan sebelum tiba giliran rang undang-undang GST untuk dibahaskan.
Bajet 2012 akan dibentangkan esok dan Dewan Rakyat akan membahaskannya mulai Isnin ini.

Selangor kekal destinasi pelaburan popular

Posted: 05 Oct 2011 09:44 PM PDT

SHAH ALAM, 6 Okt: Jumlah projek perindustrian Selangor yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi negeri masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim (gambar) berkata, statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah projek yang diluluskan yang paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 158 projek.
Katanya, 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.
"Daripada 158 ini, 102 merupakan projek baru manakala baki 56 merupakan projek yang diperkembangkan, diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 110 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 56 projek," ujarnya yang juga Adun Kinrara dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan Pakatan: Bantuan tak akan disalahguna

Posted: 05 Oct 2011 09:42 PM PDT

Bantuan terus yang ditawarkan dalam bajet alternatif Pakatan Rakyat dijangka tidak akan membesarkan lagi bajet berjumlah RM220 bilion itu, menurut anggota jawatankuasanya.

Program bantuan berkenaan juga tidak akan disalahguna kerana ia disasarkan kepada kumpulan khusus dengan kriteria yang ketat, kata pengarah stretegi PKR, Rafizi Ramli.Read More / Baca Lagi >>

Najib Bebaskan Penjenayah Dalam Masyarakat

Posted: 05 Oct 2011 09:24 PM PDT

WILDTAJUK akhbar hari ini iaitu pembebasan semua tahanan Akta Kediaman Terhad yang merangkumi 125 orang penjenayah kategori penagihan dan pengedaran dadah, ceti haram, kongsi gelap, pergaduhan, pelacuran, pengutip wang lindungan dan perjudian, di lihat sebagai titik kelemahan Najib yang paling ketara.
Najib pula seolah-olah berbangga dengan keputusannya yang 'bijak' ini dan benar-benar menyangka yang rakyat akan gembira dan menyambut baik keputusannya untuk membebaskan penjenayah ke dalam masyarakat.
Jika Najib tidak terjangkit sindrom 'kabur' Abdullah Badawi maka pastinya dia telah tunduk atas desakan undi.
Tindakan Najib ini mudah ditafsir melalui satu soalan mudah: Siapakah yang banyak terlibat dalam jenis-jenis jenayah di atas?  Ceti haram, kongsi gelap, pergaduhan, pelacuran, pengutip wang lindungan dan perjudian?  Siapa?

Read More / Baca Lagi >>

262 gas pemedih mata diguna surai perhimpunan BERSIH

Posted: 05 Oct 2011 09:14 PM PDT

Sejumlah 262 kanister gas pemedih mata telah digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, demikian menurut satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, Kementerian Dalam Negeri berkata 226 peluru gas pemedih mata (TS Shell) dan 36 bom gas pemedih mata (TS Grenades) digunakan ke atas penunjuk perasaan.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kos TS Shell TS dan TS Grenades ialah masing-masing RM79.76 dan RM135 (tiap satu).
Katanya, kerajaan membelanjakan RM22,855.76 untuk membelinya.

Video : Kini jiwa saya lebih tenang- Iwan Syahman

Posted: 05 Oct 2011 09:03 PM PDT

RUU PPKB: Kampung Baru hanya tinggal sejarah..!!! Orang Malayu Kuala Lumpur terima sejarah hitam dari UMNO.!!

Posted: 05 Oct 2011 08:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 (RUU PPKB) akhirnya diluluskan juga malam tadi.
Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja yang bangun mempertahankan RUU itu dari diluluskan sementara majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju ianya diluluskan.
"Tarikh 5 Oktober 2011 serta persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah hitam buat bangsa Melayu bahawa Kampung Baru yang menjadi warisan Orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi entiti penting kepada Orang Melayu akhirnya diperbadankan dan hanya tinggal sejarah," ujarnya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

RM23,000 in tear gas hurled at Bersih marchers

Posted: 05 Oct 2011 08:46 PM PDT


KUALA LUMPUR, Oct 6 — Some 226 tear gas canisters and 36 smoke grenades worth RM22,886 were used to disperse the tens of thousands who gathered on July 9 to support Bersih's call for free and fair elections.
The Home Ministry said, in a parliamentary reply to Lim Lip Eng (DAP-Segambut), that each "Tear Smoke Shell" cost RM79.76 while "Tear Some Grenades" were valued at RM135 each.
File photo of tear gas fired to disperse the thousands at the July 9 rally.
Opposition leaders have accused police of attempted murder during the rally, claiming that tear gas shells were aimed directly at demonstrators with intention to harm.
Read More / Baca Lagi >>

Jimat teras utama, Pakatan mampu laksana belanjawan- Rafizi

Posted: 05 Oct 2011 08:43 PM PDT

SHAH ALAM: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyatakan keyakinannya bahawa pakej-pakej bantuan yang ditawarkan dalam Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat  2012, mampu dilaksanakan.
Ini kerana katanya, teras kepada belanjawan berkenaan adalah penjimatan yang dikembalikan semula kepada rakyat melalui strategi mengurangkan defisit negara.
"Kerajaan Pakatan Rakyat bagi komitmen untuk kurangkan defisit. Maka kita tetapkan defisit pada 4.4 peratus sahaja," kata Rafizi pada Forum Belanjawan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Shah Alam malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II: Pakar tulang rawat Anwar jadi saksi

Posted: 05 Oct 2011 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri dan isterinya supaya hadir menjadi saksi perbicaraan.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu dengan menyatakan kedua mereka tidak relevan sebagai saksi dalam kes berkenaan.
Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan  Datin Seri Rosmah Mansor itu dibuat menerusi peguam mereka dengan mendapat sokongan penuh pihak pendakwaraya.
Bagaimanapun peguam yang diketuai Karpal Singh membantah permohonan itu dengan menegaskan bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah berjumpa Najib, empat hari  sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008.

Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa Wujudkan Gelombang ‘Dahagakan Ilmu’

Posted: 05 Oct 2011 08:36 PM PDT

Suasana forum di Pesta Konvo UKM
Kuala Lumpur, 6 Okt : Dua minggu kebelakangan ini, tinjaun wakil Gazebo Daily mendapati program-program berbentuk ilmiah telah diatur oleh pelbagai persatuan dan organisasi di beberapa buah kampus terutama sekitar Lembah Klang yang ternyata telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia mahasiswa.
Sesi pengajian yang baru dibuka ini dengan menggunakan sistem kalendar pengajian yang baru ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ternyata membuatkan mahasiswa betul-betul 'kehausan ilmu' apabila telah bercuti dengan begitu panjang.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah bahaya mandi malam?

Posted: 05 Oct 2011 08:29 PM PDT

Ramai daripada kita yang kerap pulang ke rumah pada waktu malam seperti burung hantu atau kelawar yang terang matanya sebaik saja tirai malam berlabuh.Tidak kiralah sama ada kita pulang dari tempat kerja, dari membeli-belah, jumpa kawan atau saudara, pulang ke rumah pada waktu malam memang menjadi perkara biasa.Mentelah pula, sekitaran di bandar raya memang terang-benderang. Justeru, pulang ke rumah sehingga lewat malam tetap tidak membimbangkan.
Dan apabila pulang ke rumah, tak 'kanlah kita nak terus duduk dekat-dekat dengan anggota keluarga dan makan bersama, tonton televisyen atau lebih teruk lagi, terus melompat ke katil dan tidur sebelum mandi?
Tentulah badan berbau busuk, hangat, melekit dan kotor kerana sehari suntuk dihembusi habuk-habuk di sekitaran.
Read More / Baca Lagi >>

Hakim: Kesaksian Najib & Rosmah tidak perlu

Posted: 05 Oct 2011 08:27 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya tidak akan memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata peguam-peguam Anwar telah gagal membuktikan elemen "kerelevanan" apabila mengeluarkan sepina kepada Najib dan Datuk Seri Rosmah Mansor agar muncul di mahkamah untuk memberi keterangan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin menangguhkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengenepikan sapina yang memerlukan mereka berdua menjadi saksi pembelaan dalam kes perbicaraan liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada minggu depan.
Read More / Baca Lagi >>

Zainal Kling pertahan Malaysia tidak dijajah...ha..ha..dia ni asal dari planet kangkung..!!!

Posted: 05 Oct 2011 08:22 PM PDT

Menurut beliau terdapat perbezaan status antara negeri jajahan takluk dan negeri koloni.
PETALING JAYA: Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Budaya, Majlis Profesor Negara Profesor Datuk Dr Zainal Kling hari ini menafikan beliau  berkata bahawa Malaysia tidak dijajah.
"Saya tidak kata negara kita tidak pernah dijajah. Negara kita hanya jadi koloni British," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Malaysia pernah dijajah British.
Muhyiddin berkata demikian dalam sidang Dewan Rakyat ketika menjawab soalan ahli Parlimen Gombak  Azmin Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Forum Belanjawan Pakatan : Hapus Monopoli Untuk Kurang Kos Sara Hidup

Posted: 05 Oct 2011 08:16 PM PDT

SHAH ALAM 6 OKT : Penghapusan sistem monopoli yang diamalkan di negara ini merupakan satu langkah terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan pelaburan.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam Forum Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang berlangsung di Quality Hotel, Shah Alam

Katanya, melalui penghapusan sistem monopoli ini akan membuka ruang persaingan sihat kepada ramai usahawan yang selama ini kekurangan peluang dari kesan sistem monopoli.

Read More / Baca Lagi >>

Jambatan terpanjang adalah Jambatan Asian di Miri?

Posted: 05 Oct 2011 08:13 PM PDT

Mohammad Arifiriazul Paijo   
Di Malaysia seringkali dikatakan bahawa, jambatan terpanjang di Malaysia adalah Jambatan Pulau Pinang. Tetapi saya katakan bahawa jambatan terpanjang di Malaysia adalah Jambatan Asian di Kuala Baram, Miri.

Saya katakan demikian kerana tol bagi setiap pengguna Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya sejauh 15km adalah RM7.50 sementara tol yang dikenakan kepada pengguna Jambatan Asian adalah RM10. Secara logiknya Jambatan Asian ini semestinya lebih dari 15km.
(Jambatan Asian [yang tolnya] mahal giler nak mampus!!!, tulis satu blog foto)
Read More / Baca Lagi >>

Bajet Pakatan bukan untuk 'pancing undi'

Posted: 05 Oct 2011 08:11 PM PDT

Pakatan Rakyat semalam mempertahankan bajet bayangannya dan menolak dakwaan bahawa ia menawarkan pelbagai bonus sebagai memancing undi pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap pada forum mengenai bajet bayangan di Shah Alam, ketua strategi  PKR Rafizi Ramli berkata pelbagai bonus dan kenaikan gaji yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selaras dengan dasar Pakatan dan bukannya sebagai umpan 'gula-gula".
Read More / Baca Lagi >>

Whither the Egyptian Revolution?

Posted: 05 Oct 2011 07:52 PM PDT

The political atmosphere in Egypt remains volatile with expectations of economic improvement are extremely high.

By Olin L Wethington

WASHINGTON, DC: Egypt's revolution toppled a dictator in February, but the country's future as a stable, functioning democracy remains uncertain. The West is, of course, limited in its ability to shape the transition process.
Nonetheless, the potential for constructive influence remains considerable, and it should be responsive to those in Egypt who favor liberal ideas, democratic institutions, and broad distribution of the benefits of economic development.
Read More / Baca Lagi >>

Isa Samad makes his move but Felda settlers call for his removal as co-op chief

Posted: 05 Oct 2011 07:50 PM PDT

Isa Samad makes his move but Felda settlers call for his removal as co-op chief
Controversial former Negri Sembilan chief minister Isa Samad is in the news again over possible abuse of power. Now the Felda chairman, Isa recently appointed himself the new head of the sprawling land agency's co-operative unit, Koperasi Permodalan Felda Berhad or KPF.
The appointment raised eyebrows because Isa will be replacing Felda director-general Dzulkifli Abd Wahad at KPF. Settlers say Dzulkifli has beeing doing a good job for KPF, which is on the list of the 10 most successful cooperatives in the country. It won the Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) in 2011.
There is also unhappiness because of Isa's own personal track record. The Umno leader and Bagan Pinang assemblyman is considered a political appointee and his suspension for money politics from Umno several years ago have prompted concerns that he may put his personal and party interests ahead of the settlers'.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih : Liow mohon maaf berhubung isu Hospital Tung Shin

Posted: 05 Oct 2011 07:39 PM PDT

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai hari ini memohon maaf kerana pada mulanya menafikan bahawa senjata anti-rusuhan telah dilepaskan ke atas penunjuk perasaan yang mencari perlindungan di hospital Tung Shin semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai.

Ia ekoran hasil siasatan peringkat tertinggi Kementerian Kesihatan
yang mengesahkan bahawa meriam air dan "bom asap" telah dilepaskan ke dalam perkarangan hospital tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Isu MyKad: JPN nafi dakwaan Pemuda PAS, suruhanjaya tak perlu

Posted: 05 Oct 2011 07:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Okt — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekali lagi menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa pihaknya mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada warga asing yang sekali gus membolehkan mereka menjadi pendaftar yang sah di negara ini.
Sebaliknya JPN menegaskan pihaknya hanya membekalkan rekod yang sahih sahaja kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih.
Justeru, agensi Kementerian Dalam Negeri itu menegaskan, tidak perlu ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya kad pengenalan dikeluarkan kepada warga asing untuk bertindak sebagai pendaftar.
"Bagi isu berkaitan kad pengenalan palsu dalam daftar pemilih induk (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR, adalah ditegaskan bahawa JPN tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu sebaliknya JPN hanya membekalkan rekod yang sahih sahaja kepada SPR untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih," kata JPN dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Terima Hudud: Kelantan buat himpunan kesyukuran

Posted: 05 Oct 2011 07:29 PM PDT

KOTA BHARU, 6 Okt: Kerajaan Kelantan akan mengadakan majlis kesyukuran ekoran perakuan oleh semua pihak khususnya rakyat terhadap Enakmen Syariah Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Hudud) negeri itu.

Program yang diberi nama Himpunan Kesyukuran itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan acara kemuncak ceramah perdana oleh tiga tokoh pemimpin Pakatan Rakyat jam 9 malam ini.

Mereka adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Fasa kedua 60 tahun PAS

Posted: 05 Oct 2011 07:27 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman   
Kongres Sambutan 60 Tahun PAS yang berlangsung pada 1 Oktober lalu di Pulau Pinang memang meriah dan bersejarah. Hadirin, saya kira 30,000 orang, sebahagiannya di dalam Dewan Milenium  "berlagu lutut" pada majlis Rapat Umum Perdana di sebelah malamnya.

Pekan Kepala Batas sesak teruk. Saya terpaksa perlahan-lahan menapak agak jauh dari tempat letak kereta. Ramai lagi yang berpusing-pusing mencari parkir. Mujur perut sudah diisi nasi kandar di gerai berdekatan.
(Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di majlis Rapat Umum Perdana, sempena sambutan 60 tahun PAS, 1 Oktober.)
Read More / Baca Lagi >>