Rabu, 5 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU BAHASA DI P.PINANG - RAIS YATIM PERLU TUKAR NAMA UMNO DAHULU

Posted: 05 Oct 2011 10:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS YATIM, Ahli Parlimen Jelebu iaitu satu daerah yang ketinggalan dan mundur kerana tiada kemudahan bas awam di majoriti kawasannya, hari ini akhirnya terkedu dengan jawapan Lim Guan Eng yang didakwa oleh Rais sebagai KM P.Pinang yang tidak mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Isu bermula apabila Rais Yatim menuduh P.Pinang meminggirkan Bahasa Melayu apabila para penyampai di dalam satu majlis di Kolej Han Chiang menggunakan Bahasa Ingeris dan Cina. Apabila Lim Guan Eng mencabar Rais Yatim di majlis manakah anjuran Kerajaan Negeri yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, Rais Yatim tidak mampu menjawabnya. Lim Guan Eng menyebut bahawa Kolej Han Chiang itu adalah kolej swasta dan bukannya kolej Kerajaan Negeri.

rais yatim interview 160409 02Lim dalam satu kenyataan media, mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya kerajaan negeri. Oleh kerana sudah tersepit dengan cabaran Lim Guan Eng, Rais Yatim menuduh pula Lim Guan Eng tidak menegur Kolej berkenaan kerana tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan. Mengapa Rais Yatim selaku Menteri juga tidak menegur Penganjur majlis yang dihadirinya itu?

Sebagai tetamu yang diundang iaitu Rais selaku Menteri dan Lim Guan Eng selaku KM, tidak molek jika mereka menegur Penganjur sewaktu majlis sedang berlangsung kecuali jika diberitahu awal. Meeka boleh menegur Penganjur selepas itu agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi, tetapi kerana politik kotor maka Rais Yatim terus menuding jari kepada Lim Guan Eng.

NONEKata Rais lagi, "Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan," (Utusan Malaysia). Paling jahat, Rais mendakwa bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP, tetapi apabila dicabar buktikan program manakah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, Rais diam buat bodoh sahaja.

Kita mahu tanya Rais, beranikah beliau mencadangkan kepada Pemimpin Umno untuk menukar nama U.M.N.O yang nama singkatan di dalam Bahasa Penjajah itu kepada nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu? Nama parti sendiri pun dalam Bahasa Inggeris, Rais Yatim mahu tunjuk bahawa beliau pencinta Bahasa Kebangsaan? Nama Bangunan Umno di P.W.T.C itu pun berbahasa Inggeris, apa mahu cerita?

Untuk makluman, Kolej Han Chiang adalah institusi swasta yang diasaskan oleh pemimpin masyarakat Cina pada tahun 1999. Ketika itu di bawah Kerajaan Bn dan sebelum ini tiada seorang pun Menteri Umno pertikai Kolej tersebut atau baru tahun ini sahajakah kolej tersebut tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan? Jika Kerajaan Bn ketika awal penubuhan Kolej tersebut dapat membetulkan kolej berkenaan, tentulah tidak berlaku apa yang Rais dakwa itu.

Kita menyokong Lim Guan Eng, selaku KM P.Pinang agar dapat mentarbiyahkan kolej berkenaan agar mendaulatkan Bahasa Kebangsaan kerana ketika di bawah Kerajaan Bn, mereka gagal berbuat demikian selama lebih kurang 9 tahun. Jelas, Rais Yatim berniat jahat untuk memburukkan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat setelah banyak isu untuk menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri tersebut gagal./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: