MIMPI SENJA |
- Santai Malam (video) : hahahaha mana nak letak muka kalau jadi kat isteri korang???
- Mat Indera bukan komunis - Kajian ilmiah pelajar UM
- Najib 'kemut' 60sen setiap top-up kredit RM10 mulai 15 Sept
| Santai Malam (video) : hahahaha mana nak letak muka kalau jadi kat isteri korang??? Posted: 08 Sep 2011 07:32 AM PDT |
| Mat Indera bukan komunis - Kajian ilmiah pelajar UM Posted: 08 Sep 2011 06:20 AM PDT PAS: Kajian ilmiah pelajar UM rumus Mat Indera bukan komunis September 08, 2011KUALA LUMPUR, 8 Sept — PAS pusat meneruskan usaha membawa bukti mengenai Ahmad Indera, yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong dengan menegaskan kajian ilmiah seorang pelajar universiti menunjukkan beliau bukan seorang ahli komunis. Kajian itu dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1973. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" itu adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera. Ahmad Zuhdi berkata, kajian itu bertujuan meneliti keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Ahmad yang turut dikenali sebagai "Mat Indera" dan peristiwa berdarah Bukit Kepong. Dalam kenyataan terbaru semalam, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman merumuskan Mat Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan, tetapi ahli PKM. Ahmad Zuhdi menambah, meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Nawi Idrus iaitu Ketua Pengawal Kampung dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan. "Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka. "Setakat kajian Pusat Penyelidikan PAS mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kajian tersebut, kata Ahmad Zuhdi, pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama iaitu "Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya." Selain itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis. "Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas," katanya. Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Ibrahim Jubah dan Muhammad Yassin Muhammad iaitu bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin. Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu. Malah katanya, menurut pengkaji lagi pada muka surat 30, Muhammad Yassin begitu kritis dengan perkembangan politik tanah air, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif. Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua. "Fakta ini sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi," ujarnya. Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun. Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya. Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, katanya, Pusat Penyelidikan PAS berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal. Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya "25 Tahun Merdeka" muka surat 357-358: "Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita. "Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan To' Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Datuk Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, To' Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu." Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, Pusat Penyelidikan PAS melihat kenyataan Samad itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya. - TMI |
| Najib 'kemut' 60sen setiap top-up kredit RM10 mulai 15 Sept Posted: 08 Sep 2011 06:02 AM PDT Aku dapat msg ni dari sorang kawan yang mengusahakan kedai telefon di PD petang tadi. Msgnya berbunnyi macam ni "Berkuatkuasa mulai 15 Sept 2011 6% cukai kerajaan/perkhidmatan akan dikenakan keatas tambahnilai prabayar/simpack kepada pelanggan (semua Telco) Lepas aku baca msg dia pun talipon aku .. Dia kata lepas ni Rosmah katek nak beli rantai leher sebesar tali kapal pula ... Hahahaha ... Mungkin jika sekali pandang nilainya kecil, 6 kupang setiap RM10, tapi kalau kita kira keseluruhan pengguna pra-bayar untuk semua Telco di seluruh negara, cukai yang dikutip oleh kerajaan haramjadah ni mugkin boleh mencecah ribuan/jutaaan ringgit. KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, tetapi cukai perkhidmatan bagi tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi dinaikkan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini. Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan. Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi Malaysia. Para pelanggan juga disaran merujuk laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut. Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan. Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20019 |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Bukan itu sahaja, isu Perjanjian Damai Haadyai antara kerajaan persekutuan Malaysia dengan PKM, dan kerajaan Thailand dibangkitkan semula, dengan menuding jari kepada kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke tanahairnya. Kenyataan dan logik pemimpin UMNO dan Utusan Malaysia dicabar, malah aktivis sosial Hishamuddin Rais menyeru agar anak muda membebaskan diri dari ketakutan yang direka-reka oleh United Malays National Organisation terhadap "komunis"!
Malah, pejuang veteran Ishak Surin, yang bersahabat dengan beberapa orang pimpinan sayap kiri, termasuk Shamsiah Fakeh, merasakan bahawa suasana hari ini, khususnya ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, umpama suasana pada zaman tahun 1947, di mana rakyat daripada semua kaum bersepakat untuk menumbangkan penjajah. Bagaimanapun, Abdul Aziz Bari yang berucap atas kapasiti fellow kanan IDEAS, mengingatkan agar jangan dialihkan perhatian dari isu "dua juta orang pendatang asing yang diputihkan", yang dikhuatiri mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang - sementara pertikaian "Mat Indera" berlangsung...
Oleh sebab UMNO hanya menonjolkan pemimpinnya sebagai pejuang kemerdekaan, maka seluruh rakyat tidak terpanggil untuk merayakan hari kemerdekaan itu. Sebagai ahli politik, Mat Sabu (gambar kanan) menerima Tunku Abdul Rahman sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan, meskipun diperlekehkan sesetengah orang sebagai "berunding-runding sehaja", namun menyarankan agar tokoh-tokoh yang lain seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Kilau, Tok Janggut dan sebagainya turut ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan.
Malah, beliau sempat terjumpa sebuah buku berjudul "Pemburu Bintang Tiga", tulisan bekas polis Syed Othman Syed Omar, yang mengakui bahawa tugas mata-mata zaman British adalah menjaga estet dan lombong British pada ketika itu, selain mengintip dan mencari orang yang melawan British.
"Tak percaya, pergi tengok! Kubur Mat Salleh, bersepah-sepah, dia mati kenapa ni? Penyakit aedes?" Beliau menekankan bahawa sejarah memperlihatkan bagaimana UMNO menentang orang yang menentang British. Beliau mempersoalkan, "Aku lawan British, kau lawan aku! Siapanya pengkhianat di sini?"
"Manusia di dalam dunia ini, dilahirkan semuanya komunis. Dan kemudian dia juga mati sebagai komunis. Kerana komunis itu dia tidak percaya kepada private property (harta peribadi). Apabila kamu lahir kamu tidak memiliki private property, apabila kamu mati kamu juga tidak memiliki private property. That's the end of you. So what is the big deal?"
Menyusul apa yang dikatakan Hishamuddin Rais, Abdul Aziz Bari (gambar kanan) selaku pakar perlembagaan mengingatkan bahawa salah seorang anggota Suruhanjaya Reid yang menyediakan draf perlembagaan, iaitu profesor Sir Ivor Jennings dari Universiti Cambridge, yang memberi pandangannya kepada perkara 153 mengenai kedudukan keistimewaan Melayu itu adalah seorang yang tidak pedulikan Tuhan, dan perkara 153 itu kini menjadi sesuatu yang dibangga-banggakan pula oleh sesetengah orang.
Beliau sempat menyindir, "Kalau ikut istilah United Malays National Organisation, tokoh pengkhianat dunia, Nabi Muhammad s.a.w. Kerana Nabi, beliau hijrah ke luar negara, dia kumpul orang luar, dia serang negeri dia sendiri, iaitu Mekah. Betulkah tidak?"







Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.


Mat Sabu yang buka mulut. Utuseks Meloya yang gatal punggung cetuskan sengketa. Label Mat Indera sebagai pejuang segera menimbulkan tuduhan Mat Sabu sokong komunis. Buah inilah yang dinanti-nantikan oleh media UMNO/APCO itu untuk menyerang PAS. Mat Sabu ditala bertubi-tubi setiap hari selama dua minggu.
Menurut beliau, askar-askar, tentera, soldadu British yang datang ke Tanah Melayu tidak lain tidak bukan datang ke Tanah Melayu semata-mata mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran kerajaan British pada waktu itu.

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Syarikat Penerangan Malaysia (MAS) melahirkan kekecewaan dengan pendirian tiga kesatuan sekerja penerbangan nasional itu meskipun telah mengadakan siri perbincangan susulan perjanjian kerjasama MAS-AirAsia bulan lalu.
m surah al-Baqarah ayat 183 suatu peluang pengampunan segala dosa yang lalu serta memperakui tidak lagi terlibat dalam amalan yang bolih mencemarkan aqidah dan amalan seharian yg bertentang dgn Islam. Ini akan dilaksanakan sepenuhnya selepas ramadhan sehinggalah 11 bulan akan datang inshaAllah. 
KOTA BHARU, 9 Sept: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan berita khasnya dalam Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini sebagai mengarut.



Ramai menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan, maka iklim politik tanahair akan kembali membahang, malah suhunya diramal meningkat dengan drastik sekali, terutama ketika teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi bualan ramai.
era kini dibalas dengan semakin banyak pendedahan yang berlandaskan fakta. Pensejarahan kemerdekaan dipertikai semula, apabila lebih 400 orang hadirin forum semalam memberi tepukan untuk mengiktiraf perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ketika menuntut kemerdekaan Tanah Malaya
ruh adalah cerita sejarah. Tak macam Dr. Ramlah Adam. Prof. Khoo dan ramai pensyarah yang ada di universiti yang khatam berkali-kali kitab sejarah tanahair.