WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PENANGGUHAN PEMILIHAN JAWATAN CABANG PKR DI PAHANG SUATU TINDAKAN YANG TIDAK BIJAK
- TERDAPAT `IBLIS' DI DALAM MAIS DAN JAIS ?
- "Jangan Hairan Jika Ramai Orang Murtad" - Dr. Asri
PENANGGUHAN PEMILIHAN JAWATAN CABANG PKR DI PAHANG SUATU TINDAKAN YANG TIDAK BIJAK Posted: 08 Sep 2011 08:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MAKLUMAT terbaru menyebut bahawa Biro Politik PKR Pusat telah mengarahkan beberapa Cabang di Negeri Pahang yang sepatutnya mengadakan mesyuarat dan pemilihan bagi mengisi beberapa jawatan penting yang masih kosong pada Oktober ini ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Difahamkan terdapat beberapa Cabang yang masih mempunyai kekosongan jawatan penting seperti Ketua Cabang, Timbalan, Ketua AMK dan Wanita serta AJK-AJK yang lain. Mungkin alasan Biro Politik Pusat menangguhkan pemilihan ini adalah untuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRU yang semakin hampir dalam jangkaannya. Faktor bimbang kepada perpecahan di dalam parti atau pun hilang tumpuan untuk bekerja dan memperkuatkan parti menjelang PRU mungkin di antara faktor penangguhan ini. Walau bagaimanapun, saya berpendapat kita silap sekiranya kita meletakkan satu Tim Bolasepak yang akan bertarung dan kita amat mengharapkan kemenangan tanpa kita menentukan siapakah Kapten Tim kita. Di dalam Bolasepak, sekiranya seseorang Kapten pasukan itu tercedera atau dibuang padang, maka dengan serta merta Kapten tersebut akan diambil alih pemain lain. Apakah tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menentukan agar pasukan tersebut tidak kehilangan punca dan mampu bermain di bawah kawalan seorang Ketua (Kapten). Tidak perlu kita takut kepada bayang-bayang sendiri. Perpecahan di dalam parti bukan hanya disebabkan oleh adanya pemilihan semata-mata. Banyak bukti bahawa perpecahan berlaku sehingga ada yang keluar dari parti walaupun tiada pemilihan. Ini semua ada kaitan dengan prinsip seseorang itu samada tetap komited dengan parti atau kepentingan peribadi. Jika seseorang itu lemah dan tidak berprinsip, sudah menang dalam parti bahkan sudah menjadi Wakil Rakyat pun mereka tetap mengkhianati parti. Sehubungan itu, saya mengharapkan agar Biro Politik Pusat memikirkan semula kepentingan pemilihan ini. Amat sukar satu-satu Cabang itu untuk bergerak dengan lebih efisyen tanpa bimbingan dari Ketua mereka. Jangan pula nanti bila kita tewas di dalam Pilihanraya, baru kita sedar bahawa kita bukan tiada sokongan tetapi kita lemah di dalam mengatur strategi. Strategi yang baik adalah strategi yang diatur dan dipimpin oleh seorang Ketua, dan mana mungkin kita mampu melakukan strategi yang berkesan tanpa Ketua? Justeru itu, amat baik dan bijak jika kita meneruskan pemilihan Cabang yang telah dijadualkan itu seberapa segera agar setiap Cabang berkenaan boleh merancang beberapa program dengan lebih tersusun dan sistematik./wfauzdin.blogspot.com |
TERDAPAT `IBLIS' DI DALAM MAIS DAN JAIS ? Posted: 08 Sep 2011 08:35 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SAH, di Negeri Selangor sekarang bukan pihak Gereja yang ingin menghancurkan Islam tetapi puak itu berada di dalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga terdapat di dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Benarlah kata orang, Iblis boleh berada di mana-mana demi untuk menghancurkan Islam. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam tidak dibenarkan memberikan syarahan agama mahu pun tazkirah di seluruh masjid dan surau di selangor, atas alasan beliau orang politik. Begitu juga dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Rani Osman. Saya tidak pasti apakah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Hassan Ali itu orang politik atau tidak kerana beliau sering bertazkirah dan membaca Khutbah di masjid-masjid seluruh Selangor. Arahan ini disebut oleh YB Khalid Samad di dalam kenyataannya di sini. YB Khalid menunjukkan bukti beberapa foto penglibatan ahli politik Bn bersama Pengerusi MAIS di perkarangan masjid YB Khalid juga mendedahkan bahawa Pengerusi MAIS, Muhamad Adzib Mohd Isa adalah penyokong tegar Umno jika melihat kepada tindak-tanduknya sebelum ini. Terdapat foto yang didedahkan oleh YB Khalid di mana Pengerusi MAIS ini bersama Kamalanathan, MP Hulu Selangor sewaktu kempen PRK di situ berada di perkarangan masjid yang mana jelas MP Hulu Selangor itu memakai baju BN. Ketika itu di mana prinsip Pengerusi MAIS? MAIS dan JAIS jangan cuba untuk menyesatkan umat Islam khususnya di Selangor bagi mempercayai bahawa politik itu tiada kena mengena dengan agama. Jika tauliah mengajar diberikan kepada sesiapa yang ingin mengajar itu boleh kita terima, tetapi melarang samasekali ahli politik bercakap soal agama itu sudah keterlaluan. Jika begitu keadaannya, Negeri Selangor sampai kiamat tidak boleh menerima kehadiran Islam di dalam pentadbirannya kerana orang politik tidak boleh bercakap agama. Inikah yang MAIS dan JAIS mahukan? Jika begitu, tiada guna JAIS bertindak ke atas sebuah Gereja baru-baru ini sedangkan tindakan JAIS melarang kerja dakwah sesama Islam itu sendiri sudah cukup membantu kerja pihak Gereja. Diberitakan terdapat ahli-ahli politik dari Umno yang bebas memberikan syarahan dan tazkirah agama di dalam masjid di Selangor namun belum pernah lagi kita dengar mereka didakwa atau dipersoalkan tentang tauliahnya. Seperti dijangka, akhirnya nama Istana digunakan untuk meng`halal'kan kerja haram ini. Siapa berani menyanggah jika nama Istana digunakan? Itulah kelebihan Umno dengan jenteranya di dalam MAIS dan JAIS untuk menentang kebangkitan Islam di selangor. Semoga Allah melaknat kerja-kerja mereka yang menghalang kebangkitan Islam./wfauzdin.blogspot.com |
"Jangan Hairan Jika Ramai Orang Murtad" - Dr. Asri Posted: 07 Sep 2011 11:32 PM PDT Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama." Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais. Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah. Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. "..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut. "Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook. Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan. Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama. "Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau./Addin |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan