RAKYAT MARHAEN |
- Video : Taliban proposes prisoner swap for teen hostages
- Video : Iran and Turkey pressure Assad to end crackdown
- Video : The unsung heroes of 9/11
- Pendirian PAS dalam isu sejarah kemerdekaan
- Panduan melihat sejarah menurut Islam
- Tersalah Umum Tarikh Hari Raya Kerajaan Saudi Bayar Kifarah 1.0 Billion Riyal.
- Tali Barut UMCONIS : JPN ulangi alasan data tak kemaskini
- Hubungan pertahanan Israel-Turki digantung, Erdogan timbang lawat Gaza
- Bebaskan Masjid al-Aqsa!
- Mat Sabu Penyuluh Si Luncai
- Brirish Tidak Pernah Menjajah - Prof. Kho
- MTUC harap PM Najib akan selesai isu NUBE-Maybank
- MAS kecewa pendirian kesatuan, tapi sedia terus runding
- Aidilfitri Dan Kemerdekaan
- ‘Pengampu Rosmah sahkan pembelian berlian RM24 juta’
- Laporan Utusan mengarut - Nik Aziz
- Kad prabayar: Pemimpin politik, SAMM gesa Putrajaya batal caj enam peratus
- Putrajaya Masih Kaji Sistem Biometrik Untuk PRU-13
- Kempen ‘Bersihkan Najib’ dalam Umno?
- Mat Indera: Respons MB Johor tidak wajar, jejas kredibiliti sendiri
- Legasi palsu Umno akan terdedah
- Bukit Kepong: Anak Yusoff Rono akui Mat Indera selamatkan bapanya
- Mat Indera: Hegemoni UMNO semakin tercabar
- Politik Lebih Berkuasa Dari Sang Sarjana
- BONGKAR!! 10,000 Risalah memfitnah Kerajaan PR Pulau Pinang bakal diedar di Rumah Terbuka Malaysia.
Video : Taliban proposes prisoner swap for teen hostages Posted: 08 Sep 2011 09:08 PM PDT | ||
Video : Iran and Turkey pressure Assad to end crackdown Posted: 08 Sep 2011 09:07 PM PDT | ||
Video : The unsung heroes of 9/11 Posted: 08 Sep 2011 09:06 PM PDT | ||
Pendirian PAS dalam isu sejarah kemerdekaan Posted: 08 Sep 2011 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept: Dalam isu kemelut sejarah pra-kemerdekaan yang kini berlarutan ke hari ke 13, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS telah membuat pendirian yang jelas. Berikut adalah pendirian PAS yang dirumuskan beliau dalam kenyataannya hari ini: 1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis. 2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Panduan melihat sejarah menurut Islam Posted: 08 Sep 2011 08:58 PM PDT Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu, history cannot lie. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Read More / Baca Lagi >>Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau school of thought yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya. | ||
Tersalah Umum Tarikh Hari Raya Kerajaan Saudi Bayar Kifarah 1.0 Billion Riyal. Posted: 08 Sep 2011 08:54 PM PDT Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tali Barut UMCONIS : JPN ulangi alasan data tak kemaskini Posted: 08 Sep 2011 08:51 PM PDT Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pengkalan data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi. Seorang jurucakap JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, pengundi yang memegang kad pengenalan sementara (kad pengenalan hijau) itu sebenarnya merupakan seorang warganegara. Pegawai berkenaan berkata, semakan yang dijalankan JPN menunjukkan bahawa pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status kewarganegaraan pada 2008. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hubungan pertahanan Israel-Turki digantung, Erdogan timbang lawat Gaza Posted: 08 Sep 2011 08:46 PM PDT ANKARA - Kecewa dengan sikap Israel yang enggan memohon maaf ekoran kematian sembilan warganya dalam tragedi Mavi Marmara, kerajaan Turki mengambil sikap menggantung hubungan pertahanan dengan Israel selepas mengusir duta Israel Jumaat lalu. Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan berkata, kerajaan beliau "benar-benar menggantung" hubungan industri pertahanan selepas Israel enggan memohon maaf, menjadikan krisis hubungan Israel-Turki dilihat semakin meruncing. Erdogan turut mengesahkan bahawa beliau sedang menimbang untuk membuat lawatan politik yang sangat sensitif ke Gaza, mungkin seawal minggu depan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 08 Sep 2011 08:44 PM PDT 21 Ogos 2011 yang lalu merupakan Hari al-Quds Sedunia. Tarikh 21 Ogos dipilih kerana memperingati tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa pada 42 tahun yang lalu oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi hitam tersebut merupakan antara peristiwa yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa. Dalam Islam, selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi di Madinah, Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Masjid al-Aqsa telah menempuh suatu sejarah yang cukup panjang, malah dikhabarkan Nabi Adam alaihissalam adalah pembina masjid ini (40 tahun selepas baginda mendirikan Masjid al-Haram). Di masjid inilah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu perjalanan Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam dari Masjid al-Haram menuju ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya dibawa ke langit untuk bertemu Allah dalam masa satu malam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 08 Sep 2011 08:33 PM PDT Oleh: ruhan Mat Sabu yang buka mulut. Utuseks Meloya yang gatal punggung cetuskan sengketa. Label Mat Indera sebagai pejuang segera menimbulkan tuduhan Mat Sabu sokong komunis. Buah inilah yang dinanti-nantikan oleh media UMNO/APCO itu untuk menyerang PAS. Mat Sabu ditala bertubi-tubi setiap hari selama dua minggu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Brirish Tidak Pernah Menjajah - Prof. Kho Posted: 08 Sep 2011 08:30 PM PDT Menurut beliau, askar-askar, tentera, soldadu British yang datang ke Tanah Melayu tidak lain tidak bukan datang ke Tanah Melayu semata-mata mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran kerajaan British pada waktu itu. "Mereka memilih Tanah Melayu kerana sudah bosan dengan suasana hiruk-piruk kota London, Paris, New York dan sebagainya", kata professor kajian sejarah itu lagi kepada wartawan PemudaGombak.com. Menurut Prof Kho Kho Krunch juga, lawatan tersebut mengambil masa yang agak lama sehingga tahun 1957 barulah mereka pulang ke tanah air mereka selepas melawat seluruh bumi di Tanah Melayu.Pada mulanya, lawatan dilakukan oleh pelancong dari Portugal pada tahun 1511 yang diketuai oleh Alfonso de'Alberque kemudian diikuti beberapa lagi pelancong daripada Britain seperti James Brooke dan JWW Birch."Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana tanpa kempen melawat Malaysia, sebenarnya Tanah Melayu sudah menjadi tumpuan pelancong asing semenjak dahulu lagi", kata beliau mengakhiri interview dengan PemudaGombak.com. BenderaUnionJack diturunkan menandakan tamatnya program lawatan sambil belajar British ke Tanah Melayu pada 1957. | ||
MTUC harap PM Najib akan selesai isu NUBE-Maybank Posted: 08 Sep 2011 08:15 PM PDT Kedua-dua pihak itu berhadapan dengan isu tuntutan bonus dan kesahihan penubuhan sebuah kesatuan dalaman bagi kategori pekerja yang sama. "Kami berharap bahawa Perdana Menteri akan menghubungkan diri beliau bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh NUBE, kami berharap Perdana Menteri akan bertindak untuk membetulkan keadaan (masalah yang wujud)," kata Presiden MTUC Khalid Atan kepada The Malaysian Insider hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
MAS kecewa pendirian kesatuan, tapi sedia terus runding Posted: 08 Sep 2011 08:13 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept — Syarikat Penerangan Malaysia (MAS) melahirkan kekecewaan dengan pendirian tiga kesatuan sekerja penerbangan nasional itu meskipun telah mengadakan siri perbincangan susulan perjanjian kerjasama MAS-AirAsia bulan lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 08 Sep 2011 08:13 PM PDT Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin Ramadhan menjanjikan setiap yang berpuasa melalui perintah Allah yang terkandung dalam surah al-Baqarah ayat 183 suatu peluang pengampunan segala dosa yang lalu serta memperakui tidak lagi terlibat dalam amalan yang bolih mencemarkan aqidah dan amalan seharian yg bertentang dgn Islam. Ini akan dilaksanakan sepenuhnya selepas ramadhan sehinggalah 11 bulan akan datang inshaAllah. Read More / Baca Lagi >> | ||
‘Pengampu Rosmah sahkan pembelian berlian RM24 juta’ Posted: 08 Sep 2011 08:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, 'pengampu-pengampu' Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan. Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat. "Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA. "Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap," kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard. Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Laporan Utusan mengarut - Nik Aziz Posted: 08 Sep 2011 08:07 PM PDT KOTA BHARU, 9 Sept: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan berita khasnya dalam Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini sebagai mengarut. (Nik Aziz bergambar dengan ahli baru PAS yang merupakan ketua cawangan Umno, Mohd Nordin Awang) "Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu," dakwa Mursyidul Am PAS. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kad prabayar: Pemimpin politik, SAMM gesa Putrajaya batal caj enam peratus Posted: 08 Sep 2011 08:06 PM PDT Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin berkata, keputusan mengenakan caj itu tidak munasabah dan mahu pentadbiran Najib membatalkan pendekatan tersebut. Dalam mesej yang dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter malam tadi, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, "saya bantah." Read More / Baca Lagi >> | ||
Putrajaya Masih Kaji Sistem Biometrik Untuk PRU-13 Posted: 08 Sep 2011 08:03 PM PDT KUALA LUMPUR 9 SEPT : Di sebalik desas desus bahawa Kabinet bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang, portal The Malaysian Insider yang memetik sumber mereka hari ini melaporkan, Kabinet masih mempertimbangkan penggunaan sistem biometrik untuk pilihan raya umum ke-13. Read More / Baca Lagi >>Menurut portal itu, sementara peruntukan bagi sistem itu telah diluluskan secara dasarnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu kajian secara komprehensif dan mengelakkan masalah-masalah berkaitan dengan sistem yang digunakan di Jabatan Imigresen sekarang. | ||
Kempen ‘Bersihkan Najib’ dalam Umno? Posted: 08 Sep 2011 08:02 PM PDT "Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya," kata seorang pemimpin Umno Selangor. PETALING JAYA: Satu gerakan tersusun yang dinamakan 'Bersihkan Najib' di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu. Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan. | ||
Mat Indera: Respons MB Johor tidak wajar, jejas kredibiliti sendiri Posted: 08 Sep 2011 07:58 PM PDT "Kenyataan Menteri Besar (Ghani), sebagai seorang bekas ahli akademik, dapat mengatakan begitu... ia tidak wajar memandangkan buku (Pengukir Nama Johor) dikeluarkan oleh kerajaan negeri (pada 2004)," kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> | ||
Legasi palsu Umno akan terdedah Posted: 08 Sep 2011 07:56 PM PDT
| ||
Bukit Kepong: Anak Yusoff Rono akui Mat Indera selamatkan bapanya Posted: 08 Sep 2011 07:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept — Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera atau dikenali sebagai "Mat Indera" ketika serangan enam dekad lalu itu. Read More / Baca Lagi >>Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis. Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis. | ||
Mat Indera: Hegemoni UMNO semakin tercabar Posted: 08 Sep 2011 11:06 AM PDT Serangan bertubi-tubi oleh UMNO terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera kini dibalas dengan semakin banyak pendedahan yang berlandaskan fakta. Pensejarahan kemerdekaan dipertikai semula, apabila lebih 400 orang hadirin forum semalam memberi tepukan untuk mengiktiraf perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ketika menuntut kemerdekaan Tanah Malaya Bukan itu sahaja, isu Perjanjian Damai Haadyai antara kerajaan persekutuan Malaysia dengan PKM, dan kerajaan Thailand dibangkitkan semula, dengan menuding jari kepada kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke tanahairnya. Kenyataan dan logik pemimpin UMNO dan Utusan Malaysia dicabar, malah aktivis sosial Hishamuddin Rais menyeru agar anak muda membebaskan diri dari ketakutan yang direka-reka oleh United Malays National Organisation terhadap "komunis"! Read More / Baca Lagi >> | ||
Politik Lebih Berkuasa Dari Sang Sarjana Posted: 08 Sep 2011 11:04 AM PDT Oleh Muhaimin Sulam 1. Mat Sabu bukanlah sarjana sejarah. Tapi mendengar ceramahnya, lebih separuh adalah cerita sejarah. Tak macam Dr. Ramlah Adam. Prof. Khoo dan ramai pensyarah yang ada di universiti yang khatam berkali-kali kitab sejarah tanahair. | ||
BONGKAR!! 10,000 Risalah memfitnah Kerajaan PR Pulau Pinang bakal diedar di Rumah Terbuka Malaysia. Posted: 08 Sep 2011 11:03 AM PDT Malaysiakini telah melaporkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini. Read More / Baca Lagi >>Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.. biarpun Permatang Pauh diketahui umum sebagai kubu kuat PKR/PR yang mana Ahli Parlimennya adalah Anwar Ibrahim namun kerajaan UMNO/BN masih tidak meminggirkan rakyat yang membangkang kerajaan. Satu pujian harus diberikan kepada Pak Menteri yang telah menyaman Din Binjai itu kerana tidak menganak tirikan rakyat Malaysia di Permatang Pauh biarpun hakikatnya beliau hanya mahu mengukur pengaruh Anwar di Permatang Pauh kini. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan