Ahad, 28 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Polis akan ambil tindakan terhadap Azmil

Posted: 28 Aug 2011 08:57 PM PDT

SHAH ALAM – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Azmil.

"Saya tidak boleh beritahu tindakan yang akan kita ambil selepas ini. Sampai masanya, kita akan ambil tindakan ikut undang-undang sedia ada," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Azmil didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah di hadapan 300 jemaah.  - SH

Bos saya (Pengerusi/Ketua Eksekutif ExxonMobil) telah berbincang dengan Najib Razak mengenai penjualan ini : Naib Presiden ExxonMobil

Posted: 28 Aug 2011 08:02 AM PDT

ExxonMobil: Tawaran San Miguel beli Esso terbaik, Putrajaya sudah dimaklum
KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Cadangan penjualan pegangan kepentingan 65 peratus Exxon Mobil Corporation dalam Esso Malaysia Bhd dan perniagaan lain dalam sektor petroleum hiliran Malaysia kepada San Miguel Corporation dari Filipina adalah adil dan wajar, kata Naib Presiden ExxonMobil Stafford T. Kelly.

Beliau berkata bida berkenaan pada dasar persaingan dengan 20 syarikat, termasuk tujuh firma tempatan, yang pada mulanya berminat dan tawaran SMC merupakan yang terbaik ditawarkan.

San Miguel, selain memberikan nilai terbaik bagi ketiga-tiga entiti dalam Esso Group, merupakan satu-satunya syarikat yang melibatkan rancangan untuk mengambil alih dan memperluaskan loji penapis minyak berusia 48 tahun di Port Dickson, katanya dipetik Bernama Online hari ini.

"Pembina yang lain (termasuk dari Malaysia) tidak berminat dalam loji penapis dan mahu menutupnya," kata beliau.

Kelly berkata langkah berkenaan menunjukkan komitmen ExxonMobil untuk tidak membiarkan tenaga kerja di loji penapis itu begitu sahaja.

ExxonMobil International Holdings memeterai perjanjian dengan San Miguel Corporation bagi ExxonMobil menjual 65 peratus pegangan dalam syarikat dagangan petroleum tersenarai, Esso Malaysia Bhd dan syarikat milik penuhnya ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd dan ExxonMobil Borneo Sdn Bhd pada AS$610 juta atau RM3.50 sesaham EMB.

Semasa ditanya sama ada Boustead Holdings Bhd atau subsidiarinya, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merupakan antara syarikat yang membuat tawaran, beliau mengiakannya tetapi menjelaskan bahawa bukan pada RM5.20 sebagaimana yang dinyatakan dalam media.

Beliau mengulangi yang tawaran San Miguel Corporation merupakan yang terbaik dan syarikat itu merupakan satu-satunya syarikat di kalangan 20 yang mahu membeli juga loji penapis Port Dickson.

Kelly berkata, San Miguel Corporation menawarkan 25 peratus premium terhadap harga purata saham Esso Malaysia selama enam bulan lepas pada RM2.80.

Hanya selepas spekulasi mengenai perjanjian jual beli yang menjadikan harga naik kepada RM4.95 daripada masa sebelum rehat tengah hari pada RM4.33 pada 17 Ogos lalu.

Beliau berkata ExxonMobil bersetuju dengan San Miguel Corporation bahawa syarikat Filipina itu tidak akan memberhentikan pekerja tetapi sebaliknya memperluaskan modal insannya dengan memberi keutamaan kepada warga tempatan.

Semasa proses pembidaan, beliau berkata, setiap pihak diberikan ruang yang mencukupi untuk mengadakan perbincangan dan penilaian terhadap ExxonMobil, dan akhirnya tiga pihak yang kukuh diperakui dan dimuktamadkan.

"Hanya San Miguel syarikat asing," katanya.

Penjualan berkenaan yang dijangka selesai dalam masa enam bulan, tertakluk kepada kelulusan tiga kementerian utama.

Kelly berkata beliau telah bercakap dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung perkara itu.

"Bos saya (Pengerusi dan Ketua Eksekutif ExxonMobil Corp Rex Tillerson) telah berbincang dengan Perdana Menteri (yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak) mengenai penjualan itu," katanya.

Sehingga kini, respons daripada menteri-menteri dan pihak berkuasa menggalakkan, memandangkan urusniaga adalah daripada syarikat asing kepada entiti asing yang lain, dan diharapkan proses penjualan dapat dijalankan dengan lancar.

"Kami kini dalam proses memuktamadkan dokumen untuk dikemukakan kepada ketiga-tiga kementerian," katanya.

Kelly menolak dakwaan bahawa ExxonMobil akan membuka semula proses bida disebakan oleh tekanan daripada kerajaan Malaysia dan syarikat tempatan.

"Pertimbangan yang adil dan sewajarnya telah dilaksanakan dan San Miguel muncul sebagai pemenang," kata beliau dan menambah yag kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian jual beli.

Mengenai isu yang syarikat Malaysia akan jatuh ke tangan syarikat yang mengeluarkan bir, Kelly berkata situasi berkenaan benar beberapa tahun lepas.

"Syarikat itu kini merupakan sebuah konglomerat dan perniagaan mereka pelbagai ke dalam banyak segmen.

"Pada masa ini, syarikat memperoleh hasil kebanyakannya daripada perniagaan bukan makanan dan minuman yang jelas mencerminkan hasrat syarikat membersihkan imejnya sebagai syarikat pengeluar bir," katanya  - TMI

PAS akan panggil Dr Che Rosli

Posted: 28 Aug 2011 07:25 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — PAS akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat, yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

"Kami akan minta YB Che Rosli (gambar) agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menambah, "setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin."

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

"Saya bukan pengerusi jawatankuasa disiplin, tetapi apa yang boleh dikatakan ialah setakat ini, ia bukan kes disiplin. Tetapi sekretariat ibu pejabat akan memanggil beliau untuk memberi penjelasan," katanya lagi.

Katanya, tindakan susulan akan diputuskan sebaik sahaja setiausaha agung parti mengemukakan laporan hasil penjelasan Che Rosli nanti.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

 
Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

"Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri," katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau "malu" dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar - TMI

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


From Tepen With Love...!!

Posted: 28 Aug 2011 06:37 PM PDT


Haaa...teman nak mengambil kesempatan ini nak ngucapkan Selamat Hari Ghaye kepada semua sedara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang kenal mahupun tidak mengenali teman. Tidak lupa juga kepada sesiapa jua yang pernah menjengah blog ini samada suka ataupun sebaliknya.

Sekiranya ada salah dan silap, teman mohon ampun dan maaf. Dari hujung rambut sampai ler ke hujung kaki.

Ghaye ni teman di Tepen, macam biasa. Masuk ni ghasenye dah 20 kali teman beghaye di sini. Bergilior2 dengan ghaye di Parit Semo. La ni kerap di Tepen sebab kedua-dua orang tua teman dah tak de. Isk...sedih ler pulak.

Ghaye di Tepen, walaupun tak semeriah di Parit Semo lebih baik ler dari ghaye di Bukit Indah. Hehe...sorry ler yob.

Teringat ler pulak seorang kawan teman yang tinggal di Bangi dan balik ghaye ke kampong di Kg. Melayu, Ampang. Khabornye saban tahun dia saja ambik jalan jauh untuk balik kampong. Dari Bangi masuk Kesas pergi Shah Alam masuk Federal Hiway baru sampai Ampang. Bukan apa, katanya nak ngabis kan CD lagu ghaye. Kesian.

Sorang lagi...lagi kesian. Duduk Bukit Indah nak Balik Lembah Keramat. Keluar... tersekat di simpang Hotel Flamingo balik semula ke Bukit Indah. Hehe....

Macam2...tak apalah. Untuk kawan2 teman tu drive slowly and safely ler ya.

Jumpa lagi, insya'Allah pada hari Khamis atau Jumaat ni.

Cheerio!!

"Tilam lama tukar baru....!!"

Posted: 28 Aug 2011 06:13 PM PDT

History is written by the winners. ~Alex Haley

Dalam polemik Utusan Malaysia dan Musa Hasan melabelkan Mat Sabu pengganas kesan dari ucapan beliau mengenai pejuang kemerdekaan dan komunis, aku rasa wajar semua pihak menilai kenyataan Mat Sabu dilihat dari konteks keseluruhan ucapannya.

Oleh itu wajarlah Mat Sabu meneliti ucapan beliau tersebut sebelum mengulas lanjut. Dan itulah yang beliau sedang lakukan.


Memang ada banyak sejarah yang telah diselewengkan oleh Umno untuk kepentingannya. Burhanuddin Helmi, Dr. Zulkifli Ahmad, Mat Kilau, Ahmad Bustamam dan ramai lagi tidak pernah diberikan recognition sewajarnya walaupun perjuangan mereka sama significantnya atau mungkin lebih dari jasa Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak (yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew). Mereka tidak cukup dihargai kerana mereka bukan dari Umno.

Sebab itu kata-kata Alex Haley itu benar.

Tentang gesaan Musa Hasan agar Mat Sabu dikenakan tindakan ISA, kita juga wajar sekali menilai manusia yang bernama Musa Hasan ini akan sejarah yang beliau sendiri cipta. Pada aku, beliau tidak lebih dari saudagar tilam second hand saja.

Kepada rakyat Malaysia, tumbangkan kerajaan BN yang bankrap moral ini jika mahu melihat sejarah sebenar negara kerana semua diktator dunia dilihat hebat kerana mereka menulis sejarah mereka sendiri. Jika Mubarak tidak tumbang, kita tidak tau apa sebenarnya yang dilalui oleh rakyat Mesir. Begitu juga Stalin, Gadaffi, Saddam Hussin, Hitler dan lain-lain.

Setuju bebeno teman dengan tulisan RPK ni...

~penarik beca

~penarik beca


Laporkan kes Mat Sabu kepada SPRM!

Posted: 27 Aug 2011 11:33 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara

Posted: 28 Aug 2011 08:41 PM PDT


Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikatan, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu.

Rencana ini ditulis oleh saudara Wan Nordin Wan Yaacob dan disiarkan dalam Harakah daily 06.11.2009. Banyak lagi perihal perbuatan dusta, khianat dan khurafat yang telah dan sedang dilakukan oleh umno telah saya ulas dan titipkan dengan jelas dalam buku "Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara"
Read More / Baca Lagi >>

KHIANAT SEJARAH : KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI

Posted: 28 Aug 2011 08:31 PM PDT

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.


Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). 

Read More / Baca Lagi >>

MERDEKA DENGAN DARAH

Posted: 28 Aug 2011 08:29 PM PDT

Poster ini bukan ciptaan parti komunis, juga bukan cipataan parti sosialis atau nasionalis tapi adalah ciptaan anak muda Malaysia generasi kini.



Kini dan Silam

Fakta Dikaburkan : Tokoh Kemerdekaan Sebenar Dijadikan Kambing Hitam Nasionalis.....

Posted: 28 Aug 2011 08:27 PM PDT

Tokoh Kemerdekaan yang dilupakan..

 ust-abu-bakar-albaqir.jpgUstaz Abu Bakar al-Baqir


Kelahiran
Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol,Bagan SeraiPerak tidak jauh dari Padang Rengas.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunanJawa. Datuknya berasal dari KendalJawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di KlangSelangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.
Read More / Baca Lagi >>

Penjajah British : Apa yang Mat Sabu sampaikan?

Posted: 28 Aug 2011 08:23 PM PDT

Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!


Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, 
Read More / Baca Lagi >>

Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan Dan Di PUTARBELIT

Posted: 28 Aug 2011 08:20 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjK6sYhyOqN2T51hyAW72lyxqVluk-Nheh4NfqftHT6ejXRnPTTO4Ex2FX_SaZwj5iYX0Dl2sujtbByuOaQs-mA7ULjCZx81qXyJgkYVd1gr4WKVrMKYgwmOxGJy34J-8IF14d2yDvVX7Xw/s1600/asal+usul+sosial+golongan+kiri+melayu.jpgPada penulisan objektifnya adalah untuk menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara bangsa (nation state) yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kita hidup secara harmoni.



Akan tetapi pada penulis pemaparan tarian dan aksi kebudayaan adat yang tidak mencerminkan budaya sebenar antara etnik negara ini kerana tarian dan persembahannya bukan mengambarkan tradisi klasik sesuatu etnik sebaliknya persembahan tarian etnik yang kontemporari.
Read More / Baca Lagi >>

Ramadhan : Bebas daripada telunjuk syaitan

Posted: 28 Aug 2011 08:15 PM PDT

Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penyelamat Ummah, Rasulullah SAW, ahli keluarga beliau, para sahabat dan tabien sekalian.
Sesungguhnya kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh hari hidup kita menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang ingin menuntut fitrah menurut nafsu yang tidak sedikit. Justeru apabila tiba 1 Syawal, Allah Maha Suci telah mewajibkan umat Islam meraikan kemenangan perjuangan ini dengan pengharaman berpuasa dan diwajibkan kita merayakan 1 Syawal ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bangunan MAIM : PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng

Posted: 28 Aug 2011 08:14 PM PDT


MELAKA, 29 Ogos: PAS Melaka tetap mendakwa isu yang berkait dengan pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menggunakan wang zakat adalah suatu penyelewengan kerajaan negeri.
Ekoran itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari (gambar) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Alai, baru-baru ini berhubung laporan yang dibuat sebelum ini.
"Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat sebanyak RM13.5 juta bagi membina bangunan Maim," ujarnya kepada Harakahdaily.
Persoalannya, kata beliau kenapa wang zakat digunakan sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk membina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik Maim.
Read More / Baca Lagi >>

Fahaman perkauman musuh negara nombor 1

Posted: 28 Aug 2011 08:12 PM PDT

Fahaman perkuaman adalah barah no. 1 negara dan ia bukan merupakan preskripsi ubat yang cocok untuk menyelesaikan masalah politik dan sosial negara ini. Jika dahulu penjajah menjual fahaman ini sebagai syarat utama peralihan pewarisan kuasa daripada tangan penjajah ke tangan kerajaan Persekutuan, kini ia masih digunakan sebagai senjata tembak terakhir apabila segelintir pihak gagal menyelesaikan sesuatu isu.
Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, perkauman melayu ditiupkan da dilagakan dengan polisi kerajaan negeri. Bila Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksika peningkatan undi pembangkang, rasis melayu terpekik melolong mengatakan kaum Cina bersatu menghancurkan melayu.
Bila isu gereja menyuap makanan kepada fakir miskin melayu, perkauman sekali lagi dikumandangkan walaupun ada cara agama yang labih baik dan sesuai boleh digunakan.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu dicabar debat isu pejuang kemerdekaan, komunis

Posted: 28 Aug 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Kolonel Profesor Dato Dr Kamarudin Kachar mencabar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang kini menjadi kontroversi berhubung isu pejuang kemerdekaan dan komunis, agar beliau berdebat dengan pakar-pakar sejarah.
"Dan, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, disarankan (supaya) Mat Sabu berdebat dengan satu panel pakar sejarah negara di hadapan 200,000 orang staf PDRM dan ATM termasuk yang telah berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara," kata beliau yang juga bekas komander Rejimen Askar Wataniah 512 Terengganu dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dah 54 Tahun Melayu Kena Tipu...???

Posted: 28 Aug 2011 05:31 PM PDT

Dah 54 tahun beb.... dah 54 tahun.... rakyat Malaysia diperbodohkan dengan sejarah umPORno... muakakakaaaaaa.....

"Sepatutnya yang melawan British adalah Hero (Pejuang yang menentang penjajahan British), tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah Penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero." - Mat Sabu (gua tambah dalam kurungan tu jer..)
hahaha.... bangangnya meLAYU...!!!!


Tengok filem Sarjan Hassan sudah laaaa.... P.Ramlee jadi Askar, boleh I... I... Sir dengan Pegawai Tentera British... hahaha... orang melayu diperbodohkan oleh British untuk menjadi askar bagi melawan Jepun.Read More / Baca Lagi >>

Bangunan tergantung saingi Taj Mahal

Posted: 28 Aug 2011 05:28 PM PDT

STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman.


CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.
Read More / Baca Lagi >>

Gila Maksiat : Hantar SMS talak diri sendiri.....

Posted: 28 Aug 2011 05:25 PM PDT

Hantar SMS talak diri sendiri
MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin.
MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad 'menceraikan dirinya sendiri' selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.
Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.
Read More / Baca Lagi >>

Lewat: Jambatan Sultan Yahya Petra ke SPRM

Posted: 28 Aug 2011 05:15 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) akan membawa isu kelewatan menyiapkan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua di Kota Bharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Projek kerajaan Persekutuan yang bernilai RM157 juta itu sepatutnya dijadual siap pada Disember 2009 namun sehingga kini masih belum menampakkan akan siap dalam masa terdekat.
Beliau berkata, apa yang dibimbangi adalah wujud faktor lain khususnya rasuah dan salah guna kuasa yang menyebabkan projek itu gagal disiapkan pada waktu yang ditetapkan.
"Saya akan bawa perkara ini kepada SPRM secepat mungkin.
"Selain itu saya juga akan mencari ruang untuk membangkitkan isu ini pada persidangan perlimen Oktober nanti," katanya kepada Harakahdaily.
Baru-baru ini Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua sepanjang 800 meter tersebut terpaksa dilanjutkan dan dijangka siap pertengahan 2012 berikutan mengalami masalah teknikal.
Read More / Baca Lagi >>

PPSMI: PAS mahu jumpa Page

Posted: 28 Aug 2011 05:14 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sama sekali tidak dapat menerima kenyataan The Parent Action Group For Education (Page) supaya kerajaan mengembalikan semula Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini, dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak Page ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepada PPSMI," kata Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik (gambar) kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Page yang meminta untuk bertemu dengan kabinet supaya dapat diadakan pertemuan dan seterusnya kabinet didesak mengambil langkah untuk mengembalikan semula PPSMI.
Read More / Baca Lagi >>

Loji Lynas: PAS mahu Putrajaya adakan referendum rakyat

Posted: 28 Aug 2011 05:13 PM PDT

Gambar file loji Lynas yang sedang dibina 19 Mac 2011.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — PAS mahu Putrajaya mengadakan satu referendum bagi mendapatkan pandangan rakyat jelata mengenai operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebelum ia beroperasi, dijangka mulai bulan depan. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata meskipun laporan badan penilai antarabangsa sebelum ini pernah memberi 'lampu hijau' tentang aspek keselamatan loji itu, tetapi wujud pandangan berbelah bahagi dengan ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.
"Jadi, bagi menyelesaikan kemelut ini, saya meminta agar kerajaan mengadakan satu referendum di kalangan rakyat melibatkan kawasan sektar 70 kilometer.
"Jika rakyat bersetuju teruskan, dan jika tidak bersetuju batalkan operasi loji yang hendak dimulakan dalam waktu terdekat ini, saya difahamkan September ini" kata beliau kepada The Malaysian Insider.

VIDEO - NATRAH : SEJARAH LUKA DIHATI UMMAT

Posted: 28 Aug 2011 05:03 PM PDT

Natrah, sebuah nama besar yang diingati oleh generasi tua negara ini, yang berkesempatan hidup dalam dekad 50an di zaman payah penjajahan British . Namanya terus meniti bibir daripada generasi ke generasi, sebuah episod duka yang meninggalkan parut yang dalam dan kekal kepada sejarah bumi leluhur ini. Natrah, bukan hanya sebuah tragedy cinta berdarah, namun ianya adalah sebuah potret kekentalan semangat moyang kita yang bersatu diatas nama akidah menentang pemurtadan diatas nama hak. Natrah telah meninggalkan kita dalam usia 77 tahun akibat sakit panjang yang dideritainya, leukemia. Namun ada kesakitan yang lebih parah yang telah membunuh jiwanya sejak puluhan tahun iaitu direnggus akidah dan kasih sayang daripada ibu angkatnya yang berasal dari Terengganu. Wanita ini pernah berkata bahawa keindahan hidup yang satu-satunya yang pernah dikecapi ialah semasa waktu kecilnya dalam agama Islam. Membesar dalam suasana kampong dijajaran Pantai Laut China Selatan yang menguntum kebahagiaan, belajar mengaji al Quran. Didakap hidup dalam budaya Melayu yang santun.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Barua British Sampai Sanggup Biar Natrah Murtad

Posted: 28 Aug 2011 04:49 PM PDT

Sebelum ada yang hendak menuduh Tulang Besi ni pro komunis, biar Tulang Besi ingatkan arwah Datuk Tulang Besi adalah bekas asykar yang berjuang menentang komunis sewaktu darurat sebelum Merdeka dahulu. Kalau siapa ke Kampung Astana Raja dan tanya orang2 tua disana, mesti mereka pernah dengar nama "Dolah Komando".

Keduanya, Tulang Besi MENYOKONG PENUH 100% kenyataan Abang Mat. Ramai orang Melayu telah dibutakan sejarah, tak tahu beza pejuang kemerdekaan dgn pejuang British.

Sememangnya yang memimpin serangan ke atas Bukit Kepong itu bernama Mohammed Indera. Serangan ke atas Bukit Kepong adalah sebahagian dari usaha mereka mahu menghalau British dari Tanah. Kesah tersebut boleh dibaca di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Sentral : Najib Altantuya Adakan Pilihanraya Lepas Hari Raya??

Posted: 28 Aug 2011 04:41 PM PDT


Perbicaraan Liwat Anwar Ibrahim 2 akan berakhir seperti Liwat 1.

Pasukan peguam Anwar lebih bijak daripada pendakwa raya. Read More / Baca Lagi >>

Melayu Mudah Lupa : Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan

Posted: 28 Aug 2011 04:37 PM PDT


Mudah betul puak-puak UMNO ni menghukum orang. Dengan hanya mempercayai laporan Utusan, terus ditibainya Mat Sabu. Kalau anda tengok video di bawah, bukannya maksud Mat Sabu nak hina pejuang negara tapi beliau mempersoalkan bagaimana ramai pejuang lain tidak diiktiraf terutama Tok Janggut di Kelantan. Tapi bab putar belit, serah pada puak-puak UMNO ni. Salah seorang yang masih tak insaf sampai sekarang keluarkan kenyataan di bawah. Bagus sangat ke dia ni?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Maju Beb...Kerana mu Permata hati ku.....!!!!

Posted: 28 Aug 2011 10:08 AM PDT


Dalam masa beberapa hari lagi secara umumnya kita akan menyambut "Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun".... hahaha... betul ke Merdeka... atau gua yang masih mamai...

Dalam tempoh ini banyak pemimpin2 negara aka Menteri2 yang memberi ceramah dok melalak "Malaysia Negara Maju" kemajuan Malaysia adalah hasil daripada keraaa...keraaa...jaan beEnd... dan bla...bla..bla... kenyataan yang masuk bakul sendiri angkat... kah...kah...kah....
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan, 31 Ogos 1957

Posted: 28 Aug 2011 10:06 AM PDT


Oleh: mohdnoorawang

"Sejarah tidak boleh menipu watak dan kejadian sesautu peristiwa. Yang menipu sejarah, watak dan kejadian ialah UMNO dizaman penjajahan British memerintah "Tanah Melayu sebelum 1957.

UMNO hanya lahir untuk kepentingan BRITISH bersama petualang bangsa sendiri. UMNO dan kerjaan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional telah menipu dan memutar belit sejarah dan pejuang bangsa Melayu yang sebenar.

Read More / Baca Lagi >>

STATUS Zainal Ratin MURTAD Salah Siapa, SPR atau MSK?

Posted: 28 Aug 2011 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Zainal Ratin Zainal Abidin, 67 membuat laporan polis berkaitan namanya yang disenaraikan sebagai salah seorang yang didakwa telah murtad kerana menukar agama Islam kepada Kristian di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

SPR Kantoi Lagi : Daftar Pemilih Melayu bukan Islam - Blog Malaysia Times di Lapor kepada Polis..

Posted: 28 Aug 2011 07:08 AM PDT

Popularlah Mat Samankati (MSK) ....
pengendali laman blog malaysiatimes. Apabila laporan daftar pemilih bangsa melayu bukan Islam yang ditulisnya telah dibuat laporan polis..
Read More / Baca Lagi >>

Al-Kisah golongan Anti-Tazkirah dengan Maharaja China

Posted: 28 Aug 2011 06:57 AM PDT

Oleh: mat_sempoi

"Pada pandangan ana, Ramadhan tahun ini nampak berbeza daripada ramadhan-ramadhan sebelum ini. Pelik dan Takjub. Ramadhan tahun ini ana lihat bilangan jemaah 'terawih' tidak seperti dahulu.

Dulu-dulu di kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau di Selangor, pada awal Ramadhan, masya'allah ramai jemaah. Sampai terpaksa buat khemah di luar. Siap kena agihkan tikar sholat tambahan. Tetapi, semakin minggu berlalu, minggu demi minggu semakin berkurangan jemaah. Hingga lahpada pengakhiran minggu ke-4. Tinggal tak sampai 1 saf.

Read More / Baca Lagi >>