Ahad, 28 Ogos 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


From Tepen With Love...!!

Posted: 28 Aug 2011 06:37 PM PDT


Haaa...teman nak mengambil kesempatan ini nak ngucapkan Selamat Hari Ghaye kepada semua sedara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang kenal mahupun tidak mengenali teman. Tidak lupa juga kepada sesiapa jua yang pernah menjengah blog ini samada suka ataupun sebaliknya.

Sekiranya ada salah dan silap, teman mohon ampun dan maaf. Dari hujung rambut sampai ler ke hujung kaki.

Ghaye ni teman di Tepen, macam biasa. Masuk ni ghasenye dah 20 kali teman beghaye di sini. Bergilior2 dengan ghaye di Parit Semo. La ni kerap di Tepen sebab kedua-dua orang tua teman dah tak de. Isk...sedih ler pulak.

Ghaye di Tepen, walaupun tak semeriah di Parit Semo lebih baik ler dari ghaye di Bukit Indah. Hehe...sorry ler yob.

Teringat ler pulak seorang kawan teman yang tinggal di Bangi dan balik ghaye ke kampong di Kg. Melayu, Ampang. Khabornye saban tahun dia saja ambik jalan jauh untuk balik kampong. Dari Bangi masuk Kesas pergi Shah Alam masuk Federal Hiway baru sampai Ampang. Bukan apa, katanya nak ngabis kan CD lagu ghaye. Kesian.

Sorang lagi...lagi kesian. Duduk Bukit Indah nak Balik Lembah Keramat. Keluar... tersekat di simpang Hotel Flamingo balik semula ke Bukit Indah. Hehe....

Macam2...tak apalah. Untuk kawan2 teman tu drive slowly and safely ler ya.

Jumpa lagi, insya'Allah pada hari Khamis atau Jumaat ni.

Cheerio!!

"Tilam lama tukar baru....!!"

Posted: 28 Aug 2011 06:13 PM PDT

History is written by the winners. ~Alex Haley

Dalam polemik Utusan Malaysia dan Musa Hasan melabelkan Mat Sabu pengganas kesan dari ucapan beliau mengenai pejuang kemerdekaan dan komunis, aku rasa wajar semua pihak menilai kenyataan Mat Sabu dilihat dari konteks keseluruhan ucapannya.

Oleh itu wajarlah Mat Sabu meneliti ucapan beliau tersebut sebelum mengulas lanjut. Dan itulah yang beliau sedang lakukan.


Memang ada banyak sejarah yang telah diselewengkan oleh Umno untuk kepentingannya. Burhanuddin Helmi, Dr. Zulkifli Ahmad, Mat Kilau, Ahmad Bustamam dan ramai lagi tidak pernah diberikan recognition sewajarnya walaupun perjuangan mereka sama significantnya atau mungkin lebih dari jasa Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak (yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew). Mereka tidak cukup dihargai kerana mereka bukan dari Umno.

Sebab itu kata-kata Alex Haley itu benar.

Tentang gesaan Musa Hasan agar Mat Sabu dikenakan tindakan ISA, kita juga wajar sekali menilai manusia yang bernama Musa Hasan ini akan sejarah yang beliau sendiri cipta. Pada aku, beliau tidak lebih dari saudagar tilam second hand saja.

Kepada rakyat Malaysia, tumbangkan kerajaan BN yang bankrap moral ini jika mahu melihat sejarah sebenar negara kerana semua diktator dunia dilihat hebat kerana mereka menulis sejarah mereka sendiri. Jika Mubarak tidak tumbang, kita tidak tau apa sebenarnya yang dilalui oleh rakyat Mesir. Begitu juga Stalin, Gadaffi, Saddam Hussin, Hitler dan lain-lain.

Setuju bebeno teman dengan tulisan RPK ni...

Tiada ulasan: