RAKYAT MARHAEN |
- UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara
- KHIANAT SEJARAH : KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI
- MERDEKA DENGAN DARAH
- Fakta Dikaburkan : Tokoh Kemerdekaan Sebenar Dijadikan Kambing Hitam Nasionalis.....
- Penjajah British : Apa yang Mat Sabu sampaikan?
- Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan Dan Di PUTARBELIT
- Ramadhan : Bebas daripada telunjuk syaitan
- Bangunan MAIM : PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng
- Fahaman perkauman musuh negara nombor 1
- Mat Sabu dicabar debat isu pejuang kemerdekaan, komunis
- Dah 54 Tahun Melayu Kena Tipu...???
- Bangunan tergantung saingi Taj Mahal
- Gila Maksiat : Hantar SMS talak diri sendiri.....
- Lewat: Jambatan Sultan Yahya Petra ke SPRM
- PPSMI: PAS mahu jumpa Page
- Loji Lynas: PAS mahu Putrajaya adakan referendum rakyat
- VIDEO - NATRAH : SEJARAH LUKA DIHATI UMMAT
- UMNO Barua British Sampai Sanggup Biar Natrah Murtad
- Sentral : Najib Altantuya Adakan Pilihanraya Lepas Hari Raya??
- Melayu Mudah Lupa : Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan
- Malaysia Maju Beb...Kerana mu Permata hati ku.....!!!!
- UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan, 31 Ogos 1957
- STATUS Zainal Ratin MURTAD Salah Siapa, SPR atau MSK?
- SPR Kantoi Lagi : Daftar Pemilih Melayu bukan Islam - Blog Malaysia Times di Lapor kepada Polis..
- Al-Kisah golongan Anti-Tazkirah dengan Maharaja China
UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Posted: 28 Aug 2011 08:41 PM PDT Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikatan, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu. Rencana ini ditulis oleh saudara Wan Nordin Wan Yaacob dan disiarkan dalam Harakah daily 06.11.2009. Banyak lagi perihal perbuatan dusta, khianat dan khurafat yang telah dan sedang dilakukan oleh umno telah saya ulas dan titipkan dengan jelas dalam buku "Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara"Read More / Baca Lagi >> | |
KHIANAT SEJARAH : KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI Posted: 28 Aug 2011 08:31 PM PDT Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 28 Aug 2011 08:29 PM PDT Poster ini bukan ciptaan parti komunis, juga bukan cipataan parti sosialis atau nasionalis tapi adalah ciptaan anak muda Malaysia generasi kini. Kini dan Silam | |
Fakta Dikaburkan : Tokoh Kemerdekaan Sebenar Dijadikan Kambing Hitam Nasionalis..... Posted: 28 Aug 2011 08:27 PM PDT Tokoh Kemerdekaan yang dilupakan.. Ustaz Abu Bakar al-BaqirKelahiran Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol,Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas. Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunanJawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama. | |
Penjajah British : Apa yang Mat Sabu sampaikan? Posted: 28 Aug 2011 08:23 PM PDT Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!Read More / Baca Lagi >> | |
Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan Dan Di PUTARBELIT Posted: 28 Aug 2011 08:20 PM PDT Pada penulisan objektifnya adalah untuk menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara bangsa (nation state) yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kita hidup secara harmoni. Akan tetapi pada penulis pemaparan tarian dan aksi kebudayaan adat yang tidak mencerminkan budaya sebenar antara etnik negara ini kerana tarian dan persembahannya bukan mengambarkan tradisi klasik sesuatu etnik sebaliknya persembahan tarian etnik yang kontemporari. | |
Ramadhan : Bebas daripada telunjuk syaitan Posted: 28 Aug 2011 08:15 PM PDT Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penyelamat Ummah, Rasulullah SAW, ahli keluarga beliau, para sahabat dan tabien sekalian. Sesungguhnya kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh hari hidup kita menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang ingin menuntut fitrah menurut nafsu yang tidak sedikit. Justeru apabila tiba 1 Syawal, Allah Maha Suci telah mewajibkan umat Islam meraikan kemenangan perjuangan ini dengan pengharaman berpuasa dan diwajibkan kita merayakan 1 Syawal ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Bangunan MAIM : PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng Posted: 28 Aug 2011 08:14 PM PDT MELAKA, 29 Ogos: PAS Melaka tetap mendakwa isu yang berkait dengan pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menggunakan wang zakat adalah suatu penyelewengan kerajaan negeri. Ekoran itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari (gambar) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Alai, baru-baru ini berhubung laporan yang dibuat sebelum ini. "Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat sebanyak RM13.5 juta bagi membina bangunan Maim," ujarnya kepada Harakahdaily. Persoalannya, kata beliau kenapa wang zakat digunakan sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk membina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik Maim. Read More / Baca Lagi >> | |
Fahaman perkauman musuh negara nombor 1 Posted: 28 Aug 2011 08:12 PM PDT Fahaman perkuaman adalah barah no. 1 negara dan ia bukan merupakan preskripsi ubat yang cocok untuk menyelesaikan masalah politik dan sosial negara ini. Jika dahulu penjajah menjual fahaman ini sebagai syarat utama peralihan pewarisan kuasa daripada tangan penjajah ke tangan kerajaan Persekutuan, kini ia masih digunakan sebagai senjata tembak terakhir apabila segelintir pihak gagal menyelesaikan sesuatu isu. Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, perkauman melayu ditiupkan da dilagakan dengan polisi kerajaan negeri. Bila Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksika peningkatan undi pembangkang, rasis melayu terpekik melolong mengatakan kaum Cina bersatu menghancurkan melayu. Bila isu gereja menyuap makanan kepada fakir miskin melayu, perkauman sekali lagi dikumandangkan walaupun ada cara agama yang labih baik dan sesuai boleh digunakan. Read More / Baca Lagi >> | |
Mat Sabu dicabar debat isu pejuang kemerdekaan, komunis Posted: 28 Aug 2011 08:10 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Kolonel Profesor Dato Dr Kamarudin Kachar mencabar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang kini menjadi kontroversi berhubung isu pejuang kemerdekaan dan komunis, agar beliau berdebat dengan pakar-pakar sejarah. "Dan, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, disarankan (supaya) Mat Sabu berdebat dengan satu panel pakar sejarah negara di hadapan 200,000 orang staf PDRM dan ATM termasuk yang telah berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara," kata beliau yang juga bekas komander Rejimen Askar Wataniah 512 Terengganu dalam satu kenyataan hari ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Dah 54 Tahun Melayu Kena Tipu...??? Posted: 28 Aug 2011 05:31 PM PDT Dah 54 tahun beb.... dah 54 tahun.... rakyat Malaysia diperbodohkan dengan sejarah umPORno... muakakakaaaaaa..... "Sepatutnya yang melawan British adalah Hero (Pejuang yang menentang penjajahan British), tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah Penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero." - Mat Sabu (gua tambah dalam kurungan tu jer..)hahaha.... bangangnya meLAYU...!!!! Tengok filem Sarjan Hassan sudah laaaa.... P.Ramlee jadi Askar, boleh I... I... Sir dengan Pegawai Tentera British... hahaha... orang melayu diperbodohkan oleh British untuk menjadi askar bagi melawan Jepun.Read More / Baca Lagi >> | |
Bangunan tergantung saingi Taj Mahal Posted: 28 Aug 2011 05:28 PM PDT CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan. Read More / Baca Lagi >> | |
Gila Maksiat : Hantar SMS talak diri sendiri..... Posted: 28 Aug 2011 05:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad 'menceraikan dirinya sendiri' selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya. Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya. Read More / Baca Lagi >> | |
Lewat: Jambatan Sultan Yahya Petra ke SPRM Posted: 28 Aug 2011 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) akan membawa isu kelewatan menyiapkan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua di Kota Bharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Projek kerajaan Persekutuan yang bernilai RM157 juta itu sepatutnya dijadual siap pada Disember 2009 namun sehingga kini masih belum menampakkan akan siap dalam masa terdekat. Beliau berkata, apa yang dibimbangi adalah wujud faktor lain khususnya rasuah dan salah guna kuasa yang menyebabkan projek itu gagal disiapkan pada waktu yang ditetapkan. "Saya akan bawa perkara ini kepada SPRM secepat mungkin. "Selain itu saya juga akan mencari ruang untuk membangkitkan isu ini pada persidangan perlimen Oktober nanti," katanya kepada Harakahdaily. Baru-baru ini Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua sepanjang 800 meter tersebut terpaksa dilanjutkan dan dijangka siap pertengahan 2012 berikutan mengalami masalah teknikal. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 28 Aug 2011 05:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sama sekali tidak dapat menerima kenyataan The Parent Action Group For Education (Page) supaya kerajaan mengembalikan semula Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). "Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini, dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak Page ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepada PPSMI," kata Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik (gambar) kepada Harakahdaily. Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Page yang meminta untuk bertemu dengan kabinet supaya dapat diadakan pertemuan dan seterusnya kabinet didesak mengambil langkah untuk mengembalikan semula PPSMI. Read More / Baca Lagi >> | |
Loji Lynas: PAS mahu Putrajaya adakan referendum rakyat Posted: 28 Aug 2011 05:13 PM PDT "Jadi, bagi menyelesaikan kemelut ini, saya meminta agar kerajaan mengadakan satu referendum di kalangan rakyat melibatkan kawasan sektar 70 kilometer. "Jika rakyat bersetuju teruskan, dan jika tidak bersetuju batalkan operasi loji yang hendak dimulakan dalam waktu terdekat ini, saya difahamkan September ini" kata beliau kepada The Malaysian Insider. | |
VIDEO - NATRAH : SEJARAH LUKA DIHATI UMMAT Posted: 28 Aug 2011 05:03 PM PDT Natrah, sebuah nama besar yang diingati oleh generasi tua negara ini, yang berkesempatan hidup dalam dekad 50an di zaman payah penjajahan British . Namanya terus meniti bibir daripada generasi ke generasi, sebuah episod duka yang meninggalkan parut yang dalam dan kekal kepada sejarah bumi leluhur ini. Natrah, bukan hanya sebuah tragedy cinta berdarah, namun ianya adalah sebuah potret kekentalan semangat moyang kita yang bersatu diatas nama akidah menentang pemurtadan diatas nama hak. Natrah telah meninggalkan kita dalam usia 77 tahun akibat sakit panjang yang dideritainya, leukemia. Namun ada kesakitan yang lebih parah yang telah membunuh jiwanya sejak puluhan tahun iaitu direnggus akidah dan kasih sayang daripada ibu angkatnya yang berasal dari Terengganu. Wanita ini pernah berkata bahawa keindahan hidup yang satu-satunya yang pernah dikecapi ialah semasa waktu kecilnya dalam agama Islam. Membesar dalam suasana kampong dijajaran Pantai Laut China Selatan yang menguntum kebahagiaan, belajar mengaji al Quran. Didakap hidup dalam budaya Melayu yang santun. Read More / Baca Lagi >> | |
UMNO Barua British Sampai Sanggup Biar Natrah Murtad Posted: 28 Aug 2011 04:49 PM PDT Sebelum ada yang hendak menuduh Tulang Besi ni pro komunis, biar Tulang Besi ingatkan arwah Datuk Tulang Besi adalah bekas asykar yang berjuang menentang komunis sewaktu darurat sebelum Merdeka dahulu. Kalau siapa ke Kampung Astana Raja dan tanya orang2 tua disana, mesti mereka pernah dengar nama "Dolah Komando". Read More / Baca Lagi >>Keduanya, Tulang Besi MENYOKONG PENUH 100% kenyataan Abang Mat. Ramai orang Melayu telah dibutakan sejarah, tak tahu beza pejuang kemerdekaan dgn pejuang British. Sememangnya yang memimpin serangan ke atas Bukit Kepong itu bernama Mohammed Indera. Serangan ke atas Bukit Kepong adalah sebahagian dari usaha mereka mahu menghalau British dari Tanah. Kesah tersebut boleh dibaca di sini. | |
Sentral : Najib Altantuya Adakan Pilihanraya Lepas Hari Raya?? Posted: 28 Aug 2011 04:41 PM PDT Pasukan peguam Anwar lebih bijak daripada pendakwa raya. Read More / Baca Lagi >> | |
Melayu Mudah Lupa : Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan Posted: 28 Aug 2011 04:37 PM PDT Mudah betul puak-puak UMNO ni menghukum orang. Dengan hanya mempercayai laporan Utusan, terus ditibainya Mat Sabu. Kalau anda tengok video di bawah, bukannya maksud Mat Sabu nak hina pejuang negara tapi beliau mempersoalkan bagaimana ramai pejuang lain tidak diiktiraf terutama Tok Janggut di Kelantan. Tapi bab putar belit, serah pada puak-puak UMNO ni. Salah seorang yang masih tak insaf sampai sekarang keluarkan kenyataan di bawah. Bagus sangat ke dia ni? | |
Malaysia Maju Beb...Kerana mu Permata hati ku.....!!!! Posted: 28 Aug 2011 10:08 AM PDT Dalam masa beberapa hari lagi secara umumnya kita akan menyambut "Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun".... hahaha... betul ke Merdeka... atau gua yang masih mamai... Read More / Baca Lagi >>Dalam tempoh ini banyak pemimpin2 negara aka Menteri2 yang memberi ceramah dok melalak "Malaysia Negara Maju" kemajuan Malaysia adalah hasil daripada keraaa...keraaa...jaan beEnd... dan bla...bla..bla... kenyataan yang masuk bakul sendiri angkat... kah...kah...kah.... | |
UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan, 31 Ogos 1957 Posted: 28 Aug 2011 10:06 AM PDT Oleh: mohdnoorawang "Sejarah tidak boleh menipu watak dan kejadian sesautu peristiwa. Yang menipu sejarah, watak dan kejadian ialah UMNO dizaman penjajahan British memerintah "Tanah Melayu sebelum 1957. UMNO hanya lahir untuk kepentingan BRITISH bersama petualang bangsa sendiri. UMNO dan kerjaan Perikatan dan sekarang Barisan Nasional telah menipu dan memutar belit sejarah dan pejuang bangsa Melayu yang sebenar. Read More / Baca Lagi >> | |
STATUS Zainal Ratin MURTAD Salah Siapa, SPR atau MSK? Posted: 28 Aug 2011 07:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Zainal Ratin Zainal Abidin, 67 membuat laporan polis berkaitan namanya yang disenaraikan sebagai salah seorang yang didakwa telah murtad kerana menukar agama Islam kepada Kristian di sini, hari ini. Read More / Baca Lagi >> | |
SPR Kantoi Lagi : Daftar Pemilih Melayu bukan Islam - Blog Malaysia Times di Lapor kepada Polis.. Posted: 28 Aug 2011 07:08 AM PDT Popularlah Mat Samankati (MSK) .... pengendali laman blog malaysiatimes. Apabila laporan daftar pemilih bangsa melayu bukan Islam yang ditulisnya telah dibuat laporan polis.. | |
Al-Kisah golongan Anti-Tazkirah dengan Maharaja China Posted: 28 Aug 2011 06:57 AM PDT Oleh: mat_sempoi "Pada pandangan ana, Ramadhan tahun ini nampak berbeza daripada ramadhan-ramadhan sebelum ini. Pelik dan Takjub. Ramadhan tahun ini ana lihat bilangan jemaah 'terawih' tidak seperti dahulu. Dulu-dulu di kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau di Selangor, pada awal Ramadhan, masya'allah ramai jemaah. Sampai terpaksa buat khemah di luar. Siap kena agihkan tikar sholat tambahan. Tetapi, semakin minggu berlalu, minggu demi minggu semakin berkurangan jemaah. Hingga lahpada pengakhiran minggu ke-4. Tinggal tak sampai 1 saf. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan