Khamis, 4 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO ZIKIR MEMPERSENDA ISLAM - ADAKAH DARI PUAK DAP ATAU AMBIGA?

Posted: 04 Aug 2011 06:15 PM PDT



DI DALAM kesibukan yang menuding jari kepada DAP dan juga kepada Ambiga kononnya anti-Islam walaupun satu bukti pun mereka tidak mampu tunjukkan, kita boleh tengok klip video di atas bagaimana `anak-anak DAP dan Ambiga' ini menghina ayat/zikir kepada Allah.

Mungkin ingin `mendikir-baratkan' kalimah atau alunan zikir tersebut, tetapi cara yang mereka tunjukkan itu jelas mempersendakan zikir berkenaan. Siapa yang peduli perkara ini? Tak kisah asalkan bukan DAP atau Ambiga...../wfauzdin.blogspot.com\

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Wahai Najib...Berani kerana benar,,,,,,.

Posted: 04 Aug 2011 09:15 AM PDT


Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

"Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Sementar itu besar kemungkinan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor enggan ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang konspirasi mereka terbongkar.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dan Rosmah tidak mungkin dapat menyembunyikan penglibatan mereka dalam kes itu, sekiranya dipanggil ke mahkamah.

Ini kerana bukti menunjukkan Najib berjumpa dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum pengadu itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Anwar. Selain itu Saiful juga bertemu Datuk Mumtaz Jaafar iaitu pembantu khas kepada Rosmah.

Kenyataan Najib dan isterinya turut direkodkan oleh Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira sepertimana yang diberitahu pegawai polis itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac lalu.

"Dalam dua-dua latar belakang ini, Najib dan Rosmah ada peranan penting dalam keseluruhan kes fitnah ini. Kalau mereka disoal siasat, saya tidak yakin mereka boleh sembunyikan konspirasi ini.

"Ia akan mengesahkan pendapat rakyat bahawa mereka terlibat dalam keseluruhan konspirasi fitnah ini.

"Kita tahu di mahkamah, soalan akan ditanyakan secara khusus, sebab itu mereka tidak berani tampil sebagai saksi," kata Rafizi kepada Keadilandaily.

Tambahnya lagi, Najib sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk membersihkan imejnya dengan hadir ke mahkamah, namun ternyata mengelak berbuat demikian.

"Kalau betul Najib tak terlibat dia boleh hadir sebagai saksi kerana ia baik untuk imejnya dan Rosmah. Lebih baik tampil di mahkamah berikan keterangan yang betul," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kes itu hanya mengulangi semula skrip pada 1998 dengan beberapa watak masih dikekalkan.

"Kaedahnya sama dari segi cara , malah watak-watak dari 1998 juga adalah orang yang sama seperti Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Rodwan Yusof (bekas Ketua Polis Melaka).

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa Najib dan Rosmah,akan hanya ditemubual jika mereka disepina dengan alasan mereka bukan saksi utama.

Ia termasuk juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof.

Justeru mahkamah akan memutuskan Isnin ini sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah dibenarkan atau sebaliknya.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Besan Rosmah ada hubungan dengan mafia Italy

Posted: 04 Aug 2011 09:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah portal berita Jakarta, Kompas.com mendakwa bakal besan Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai pertalian dengan organisasi mafia Itali.

Walaupun tiada sebarang perincian diberikan, portal berita itu mendakwa Rosmah kerap kali bercuti dengan bakal besannya itu yang dikenali sebagai Maira Nazarbayez.

Maira Nazarbayev adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev, tunang kepada Noryana Najwa, anak perempuan kepada Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan organisasi mafia Russia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah," lapor Kompas.com

Rencana yang sama turut menyentuh tentang dakwaan pembelian cincin bernilai USD24 juta oleh Rosmah daripada syarikat Jacob dan Co.

Lapor rencana itu lagi, pengasas Jacob dan Co iaitu Jacob Arabo, adalah seorang Yahudi dari Uzbekistan yang beberapa kali dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kegiatan membersihkan wang haram.

"Mungkinkah kes cincin berlian USD24 juta dollar ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri menentukan," tulis rencana itu.

Rosmah sebelum ini memang dikenali dengan citarasa mewahnya yang berbelanja sakan apabila melancong dengan menyertai rombongan rasmi kerajaan ke luar negara.

Beliau dilapor pernah menghabiskan kira-kira RM100,000 semalam untuk sewa bilik Hotel Atlantis di Dubai dan beliau juga didakwa pernah mengarahkan sebahagian gedung Harrods di London ditutup untuk memudahkannya membeli-belah.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga dilaporkan menggunakan tas tangan Birkin Hermes yang berharga USD120,000 dan memerlukan pembelinya menempah dan menunggu selama enam tahun sebelum dapat memilikinya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18260

Bagaimana 'Projek 16 September' digagalkan ...

Posted: 04 Aug 2011 04:58 PM PDT

Sept16 Gagal kerana ISA – Nur Jazlan (melalui Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur)

Blogger2 UMNO sering mempermain-mainkan "kegagalan" Projek September 16 tajaan Pakatan Rakyat. Mereka memfitnah kononnya Anwar Ibrahim menipu dan tiada bukti adanya wakil-wakil rakyat UMNO/BN yang akan melompat.

Tetapi mengikut pendedahan terbaru WIKILEAKS, laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur menyatakan sebab utama kegagalan September 16 adalah kerana pengunaan ISA ke atas Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Cina.

Pihak Kedutaan telah merujuk kepada kenyataan seorang ahli Parlimen UMNO, Dato' Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi UDA.

Dato' Nur Jazlan mengatakan penangkapan ISA tersebut sangat berkesan menakutkan Ahli2 Parlimen dari mengikut Anwar (yakni melompat dan menjayakan September 16) .... seterusnya DI SINI

Bolehkah Najib bertahan?

Posted: 04 Aug 2011 09:14 AM PDT

Bolehkah Najib bertahan? — Aspan Alias

14 OGOS — Umno sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam Umno sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga.

Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam.

Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai.

Anoloji ini sedang berlaku di dalam Umno. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam Umno itu begitu panas maka Umno hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan Umno yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi. .. SETERUSNYA DI SINI

Siapa yang arah JPN buat semua kerja-kerja haramjadah ni?

Posted: 04 Aug 2011 06:37 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS mempersoalkan kenapa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil masa sehingga 7 bulan mengemaskini data barunya yang melibatkan pertukaran status penduduk tetap kepada warga negara.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat  berkata, adalah sangat mencurigakan apabila begitu lama masa diambil JPN mengemaskini datanya apatah lagi berlaku sekaligus terhadap ribuan penduduk tetap semalam

"Macamana sudah 7 bulan, sistem baru update. Bukan satu pulak tu, beribu data sekaligus.

"Tak kan semua datang ambik kad sama-sama pada satu masa. Ini sesuatu yang meragukan," katanya yang juga Pengerusi Pemulihan dan Mobilisasi Pemuda PAS.

Beliau mempersoal demikian sebagai membidas penjelasan Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said berhubung pendedahan pertukaran status individu bernama Mismah, daripada penduduk tetap kepada warganegara hanya dalam masa empat jam.

Jariah dalam kenyataannya semalam berkata, Mismah sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982 dan telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011.

Namun yang mengejutkan banyak pihak semalam apabila Mismah yang dikesan berstatus penduduk tetap dalam senarai JPN didaftar sebagai pengundi di Ijok.

Selepas Malaysiakini melaporkan isu tersebut pada pagi semalam, semakan sebelah petang ke atas nama Mismah menunjukkan status beliau sudah bertukar menjadi warganegara.

"Ini yang kita ragui dengan penggunaan sistem biometrik. Data JPN tidak diupdate dan SPR terima bulat-bulat," kata Suhaizan lagi.

Sehubungan itu juga Dewan Pemuda PAS mahu mana-mana individu yang mengenali Mismah yang bernombor kad pengenalan 640704715238 dan mengudi di Dun Ijok, agar dapat menghubungi mereka.

Kediaman Mismah beralamat di No 12A, Desa Coalfields, Tuan Mee, ijok, Kuala Selangor.

Selain Mismah, 52 lagi kes serupa di kesan oleh PAS Titiwangsa.

Mereka pagi semalam mahu menyerahkan memorandum kepada JPN ekoran mendapati 52 penduduk tetap didaftar sebagai pengundi.

Ketika sampai ke JPN, kesemua nama yang dilampirkan itu bagaimanapun telah bertukar status menjadi warganegara.

Selain kes itu, PAS juga mendedahkan 1,597 lagi pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di laman web JPN sebagai penduduk tetap. - Harakah Daily

Masalah baru buat Najib. Siapa?

Posted: 04 Aug 2011 01:25 AM PDT

Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang PM sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah," kata Prof Datuk Dr Zainal Kling

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.

Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.

"Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman," tambahnya.

Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka 'raja' dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.

Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan. - FMT

dollah yankee

dollah yankee


'Kongkek' laaa..

Posted: 04 Aug 2011 05:28 PM PDT

Kongkek laaa... SPR kata sistem JPN, JPN kata sistem SPR. EC kata "this is NRD system", NRD kata"no..no..this is EC system". Bila lubang dah pecah, semua nak cuci tangan... bukan aku...dia,..woitt! apa aku pula?? Kau laa...Nampak gaya Najib nak kena operate sebelah lutut lagi laa...

1,108 pendatang asing dengan ic warna merah telah di-kesan sehingga setakat ini di Selangor,Johor dan Wilayah Persekutuan yang telah di berikan taraf status warganegara dalam masa singkat??? Woitt!...ini sudah kes karut!

Ini perempuan nama Mismah pulak siapa daa..? Pukul 1 tengahari bila check sistem, rekod sistem tunjuk masih lagi merupakan penduduk tetap, check balik sistem pukul 2.30 ptg, sistem sudah tukar laa.., terus tunjuk taraf warganegara dan dapat ic biru. 4 jam lepas tu, terus terdaftar atau mendaftar? sebagai pengundi yang sah. ...Alamak ini sudah kacau..! Ini sudah jadi kontroversi! Ini macam punya kes kalu, Salahudin Ayob cukup suka lipat nii... ini kot yang orang putih dok cakap 'tip to iceberg'?

Bila lubang sudah pecah, kena cari macam-macam benda nak 'kona' kita.

Agak-agak laa kalau nak kona pun.., rasa-rasanya bukan gurkah-gurkah saja kot yang  dah meluat nak dengar?

dollah yankee -
ini macam punya game dia orang, macam mana Anwar nak jadi PM kita??

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen 04 : Iman Bapa Tidak Diwarisi

Posted: 04 Aug 2011 08:23 PM PDT

Zali memandu kereta pantas.Isterinya Habibah duduk di sebelahnya dengan muka risau.

"Abang,slow la sikit.Laju sangat dah ni.Risau saya," pinta Habibah.

"Alah awak ni,takpe,takyah risau...saya kan pemandu yang hebat.Kan Rahim?" gurau Zali sambil memandang anaknya,Rahim yang sedang duduk di tempat duduk belakang.

"Ha..abah kan hebat bawak kereta!" jerit Rahim girang.

Kereta terus dipandu laju sambil Zali mencilok-cilok beberapa biji kereta lain yang menggunakan lane tengah tapi memandu dengan kelajuan 40km/j."Bodoh la diorang ni!Bawak slow duduk la lane tepi!"marah Zali. Habibah renung muka Zali,"abang!Mulut tu..."

"Hehe!" Zali hanya gelak kecil.

Sebuah kereta entah dari mana tiba-tiba masuk ke lorong yang sedang dipandu Zali. Zali dengan pantas menekan brek kerana jarak yang terlalu dekat. Lewat sedikit,pasti bertemu.Hon ditekan kuat.

"BODOH!" jerit Zali,hangin.

Zali pantas masuk ke lorong tengah dan memecut keretanya.Sampai saja dia ke tepi kereta yang kurang ajar tadi,diturunkan tingkapnya lalu jari hantu ditunjukkan.

"Hoi bodoh!Kau ni ada lesen ke takde lesen? Beli lesen terbang?Bodoh,mangkuk!Anak haram punya Cina!" jerit Zali.Pasangan Cina tadi dengan muka bersalah mengangkat tangan memohon maaf.

"Pundek aa lu!Makan babi!" jerit Zali.Selepas puas,Zali pun kembali menaikkan cerminnya."Cilaka...nasib baik tak berlanggar.Bawak kereta pakai lutut kot anak haram tu?" marah Zali belum reda.

Habibah hanya mampu diam.Dia sudah lali dengan situasi itu. Mahu dimarah,dia tak mahu diherdik kembali.Mahu disokong?Haha.

Tiba-tiba tingkap belakang dibuka.

Rahim menghulurkan kepala ke luar sambil jari hantu dinaikkan kepada kereta entah siapa yang kebetulan berada di sebelah mereka."Cina makan babi!" sambil jari hantu digoyangkan kepada pemandu India di sebelah mereka.

Lelaki India itu jadi bingung sambil memandang Rahim yang cuba buat muka garang.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RAMAI YANG MENYANGKA PULAU PINANG NEGERI CINA SEBELUM INI....

Posted: 04 Aug 2011 08:25 AM PDT

Orang Cina Kini Kembali Jadi Majoriti Di Pulau Pinang

http://melayukini.net/wp-content/uploads/2010/02/Orang-Cina.jpg

Oleh SIMREN KAUR

GEORGETOWN: Jika pada tahun 2009, jumlah masyarakat Melayu Pulau Pinang melebihi kaum Cina tetapi statistik 2010 menunjukkan jumlah tersebut berkurangan daripada 654,300 orang kepada 636,136.

Sebaliknya, kaum Cina kini sah merupakan kaum majoriti di negeri ini selepas merekodkan kependudukan sebanyak 42.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri tersebut, ataupun 2.2 peratus melebihi kaum Melayu.

Menurut laporan terkini Bahagian Statistik dari Jabatan Perangkaan, bilangan orang Cina di Pulau Pinang ialah 670,400 orang berbanding dengan 636,136 orang Melayu pada tahun lalu.

Dari segi peratusan, kaum Cina merangkumi 42.9 peratus daripada 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh kaum Melayu dengan 40.7 peratus dan kaum India (9.8 peratus).

Lain-lain bangsa yang terdiri daripada bukan warganegara dan Bumiputera pula merekodkan 6.6 peratus daripada jumlah penduduk.

Laporan bertajuk Taburan Penduduk dan Sifat-Sifat Asas Demografi 2010 itu adalah berdasarkan banci yang dijalankan di seluruh negara pada tahun lalu.

Pada 2009, penduduk Melayu adalah sebanyak 654,300 orang, melebihi orang Cina seramai 651,600 atau perbezaan sebanyak 0.1 peratus.

Ia turut menyatakan masyarakat India meningkat daripada 153,100 orang kepada 155,600 orang pada 2009.

Penduduk Pulau Pinang berkurangan sebanyak satu peratus berbanding dengan tahun lalu.

Kumpulan pada peringkat umur 25 hingga 29 tahun mempunyai bilangan penduduk paling ramai iaitu 151,735 orang.

Bilangan lelaki melebihi wanita di negeri tersebut dengan lelaki mencatatkan sebanyak 782,061 orang manakala wanita (779,322 orang).

Laporan tersebut boleh diperoleh di laman web jabatan http://www.statistics.gov.my/portal/index.phpoption=com_content&view=article&id=363&Itemid=149&lang=en#8.

Sementara itu, Setiausaha MCA negeri, Lau Chiek Tuan berkata, peningkatan penduduk Cina di negeri ini berkemungkinan berpunca daripada lebih ramai yang berhijrah ke negeri tersebut.

"Peluang pekerjaan di Pulau Pinang berkemungkinan merupakan salah satu faktor migrasi ke negeri tersebut selain peningkatan mereka yang dilahirkan di negeri tersebut," katanya.

Tambahnya, lebih banyak orang Melayu berhijrah ke negeri lain turut menyumbang kepada penurunan saiz kaum tersebut di Pulau Pinang.

Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar-KOMPAS INDO

Posted: 04 Aug 2011 07:59 AM PDT

Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar
Egidius Patnistik | Kamis, 4 Agustus 2011 | 08:18 WIB

thestar.com.my
Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dituduh punya cincin berlian senilai 24 juta dollar AS.

TERKAIT:

DALAM sepekan terakhir terjadi saling serang dan pembelaan antara media kubu oposisi dan media pro-pemerintah terkait kepemilikan cincin berlian senilai 24 juta dollar AS (setara Rp 203 miliar) dengan Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu.

Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan.

Kontroversi Datin Rosmah

Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.

Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak.

Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis.

Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.

Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. (Iwan Santosa)

JPN : Mismah Diberi Kerakyatan Januari Lalu

Posted: 04 Aug 2011 01:09 AM PDT




KUALA LUMPUR 4 OGOS : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

"Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

* Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara

* Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)

* Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

PAS hari ini mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

Ini termasuk Mismah, yang statusnya telah ditukar dari penduduk tetap kepada warganegara di JPN semalam, dalam tempoh beberapa jam selepas Malaysiakini melaporkan mengenainya.

Dalam reaksinya, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ini disebabkan oleh "kecuaian teknikal" di mana sistem sistem JPN tidak dikemaskini.

Sistem akses awam di lamanwebnya, jelas beliau, adalah berasingan dari sistem sambungan secara automatik antara SPR dan JPN.anyak

Kisah Ku Li : Usaha Tutup Gerakan Sulit Rampas Kuasa Dalam Umno? 04/08/2011

Posted: 04 Aug 2011 12:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 OGOS : Parti Islam Se-Malaysia hari ini mendakwa Umno-Barisan sengaja membangkitkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan tempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha menutup isu dalaman parti berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, wujud satu gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya lagi, gerakan tersebut mahu menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno itu dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Oleh itu katanya, laporan yang mengaitkan pemimpin PAS mengadakan satu pakatan sulit untuk mengangkat Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Ketua Pembangkang, adalah tidak benar.

Ia hanyalah usaha untuk mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno, kata Mustafa.
Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Beliau yang diuja persoalan, daripada mana gerakan itu berkata, ianya berada di dalam Umno sendiri..

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya,"katanya lagi.

Malah menurut Mustafa, Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

Bekas Kerani ATM Mengaku Diarah Pangkah 500 Undi Pos

Posted: 04 Aug 2011 12:14 AM PDT

AMPANG 4 OGOS: Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia sebentar tadi.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu tadi antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem polis dan tentera, undi awal (advance voting), undi dua kali, pengundi hantu dan sistem biometrik.

Laporan lanjut menyusul...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mydin jelaskan dakwaan terima peruntukan RM1 biliom untuk KR1M....ada siapa kat sebalik tiang tue..kim....kim....!!!

Posted: 04 Aug 2011 09:11 PM PDT

Menurutnya, KR1M merupakan sebuah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana Mydin selaku mentor dan pembekal yang mengeluarkan modal sendiri.

PETALING JAYA: Mydin Mohamed Holdings Bhd yang menguruskan Kedai Rakyat 1Malaysia  (KR1M) hari menjelaskan pihaknya tidak tahu mengenai dakwaan menerima peruntukan RM1 bilion dari kerajaan.
Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin dalam satu surat kepada FMT semalam.
Beliau menjawab laporan yang disiarkan oleh laman web tersebut yang mengatakan syarikat pasar raya gergasi itu menerima peruntukan RM1 bilion dari kerajaan untuk KR1M.
Menurutnya, KR1M merupakan sebuah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana Mydin selaku mentor dan pembekal yang mengeluarkan modal sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

S’jaya Diraja wajib ditubuh siasat SPR, JPN

Posted: 04 Aug 2011 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) wajib ditubuhkan untuk menyiasat semua institusi berkaitan dengan sistem pilihan raya termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menegaskan, sidang tergempar parlimen yang dicadangkan ahi parlimen Pakatan Rakyat wajib mengusulkan penubuhan RCI dengan segera.
"Bukti telah dikemukakan. Kesilapan teknikal jangan dijadikan sebab dan jangan tuding jari pada pihak lain," kata Khairul.
Beliau mengulas alasan SPR bahawa kecuaian teknikal dalam sistem JPN menyebabkan individu bernama 'Mismah' bertukar dari status penduduk tetap ke warganegara, dalam tempoh empat jam selepas isu itu didedahkan media internet.
Read More / Baca Lagi >>

The rot within the Election Commission, NRD and Immigration Dept

Posted: 04 Aug 2011 08:53 PM PDT

The rot within the Election Commission, NRD and Immigration DeptIn the face of denials by the Election Commission and the National Registration Department on irregularities in voter registrations and the issuing of citizenship to illegals, one has to wonder; what would have happened if no-one had taken the time to check on the registration listings and the status of citizenship of certain people?
Would the irregularities have gone unnoticed? And if they have been irregular practices - how long have they been in place?
Does this not smell of the infamous Project IC of the 1990s?
Again, it began with UMNO
Project IC is the name used to describe the allegation of systematic granting of citizenship to immigrants (whether illegal or legal immigrants) by giving them identity documents known as IC (identity card), and subsequently, MyKad.
Read More / Baca Lagi >>

BN, Pakatan berlumba selesai isu rumah pengundi muda

Posted: 04 Aug 2011 08:51 PM PDT

Ketika negara di ambang pilihan raya umum ke-13, kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sedang berlumba untuk menunjukkan bahawa kedua-duanya serius untuk menyelesaikan satu daripada isu-isu yang paling mendesak yang dihadapi oleh pengundi - rumah mampu milik.Read More / Baca Lagi >>

Kesatuan dakwa Dawama bohong, mahu Putrajaya batal konsesi

Posted: 04 Aug 2011 08:49 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd mahu Putrajaya membatalkan konsesi mencetak dan memasarkan buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama 12 tahun yang dianugerahkan kepada syarikat itu pada 2002.
Mandat konsesi itu akan berakhir 2014 tetapi DBP dan Dawama kini diselubungi 'perang dingin' dan pertikaian, dengan syarikat itu mendakwa agensi Kementerian Pelajaran tersebut telah memungkiri perjanjian sehingga menyebabkan kerugian teruk.
Presiden kesatuan, Zainal Awit berkata berdasarkan maklumat yang pihaknya telah peroleh ketika pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkash dan Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz kelmarin, Dawama didapati berbohong ia mengalami kerugian.
Read More / Baca Lagi >>

‘Why no action on cops who blackmailed me?’

Posted: 04 Aug 2011 08:03 PM PDT

Security guard B Ramesh still waiting for answers from police over a report he filed last year.

PETALING JAYA: Security guard B Ramesh is keen to know the outcome of a police report he made against policemen who threatened him with Emergency Ordinance detention if he did not give a false statement against an NGO head.
"Until today, I've heard nothing from the police," said Ramesh, 33, who lodged report in Oct 20 last year at the Kajang Police station. "I'm still getting threatening calls."
In his report, Ramesh said policemen had been 'blackmailing' him and forcing to implicate R Sri Sanjeevan, the public complaints bureau head of the Astivaaram Foundation.
Read More / Baca Lagi >>

Geran: Pengampu Umno bising sudah dijangka

Posted: 04 Aug 2011 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Seperti yang dijangka akan bangunlah puak Umno tegar yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan Selangor menyediakan geran memfailkan bantahan daftar pengundi baru kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Begitupun, beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Paktan Rakyat Selangor yang proaktif dan pro rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan betul dan adil, dengan menyediakan geran berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha tersebut.
"Ini adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan negara ini berjalan dengan betul," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya,negara akan rosak jika pemimpin yang menang bukan kerana kewibawaannya, sebaliknya kerana tipu muslihatnya melalui bantuan SPR.
Read More / Baca Lagi >>

Fakta canggah, Proham mahu Jais dan Hasan Ali buat penjelasan

Posted: 04 Aug 2011 07:58 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali membuat penjelasan terbuka mengenai serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya kelmarin ekoran kewujudan fakta 'bercanggah'.
Timbalan Pengerusi Proham Datuk Hamdan Adnan berkata satu penjelasan terbuka perlu dilakukan Jais dan Hasan bagi menjelaskan mengapa serbuan itu dilakukan.
"Proham mahu Jais dan Exco Selangor (Hasan) untuk membuat satu penjelasan terbuka berhubung tindakan serbuan itu dilakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Polis Guna Gas Pemedih Mata Buatan Israel

Posted: 04 Aug 2011 07:46 PM PDT

Video : Tindakan Polis Sama Seperti Zionis

Posted: 04 Aug 2011 07:46 PM PDT

PERKASA mengesa empat laman blog disiasat

Posted: 04 Aug 2011 07:44 PM PDT

Logo PerkasaPERKASA menggesa PDRM dan SPRM menyiasat empat laman blog yang didakwa mendedahkan aktiviti penyelewengan dan penglibatan Israel dalam pemberian projek di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mendakwa pendedahan oleh empat laman blog ini dikesan sejak lapan minggu lalu. Irwan berkata empat laman blog itu termasuklah Darul Ehsan Today, Gerakan Timur, Gerakan Anti PKR dan Keris Putra.
Beliau mendakwa pendedahan yang dibuat dalam laman blog itu bukan perkara remeh memandangkan wujud penglibatan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai hubungan intim dengan Israel dan Singapura.
PerkasaBloggerrakyat : Geng mulut besar ni, sikit-sikit nak repot. UMNO-APCO bila nak repot? Mana yang lagi dahsyat, Cina yang mempunyai hubungan dengan Israel dan Singapura, ataupun Melayu yang mempunyai hubungan dengan Israel dan Singapura?
Pendedahan yang hanya dibuat oleh blogger pro-UMNO boleh pula dianggap serius, tetapi pendedahan yang dibuat oleh blogger pro-pakatan, bukan sahaja tiada tindakan dan siasatan diambil, malah bermacam-macam "usaha" dan "alasan" yang dikemukakan untuk "mengelak", sehingga melabel blogger pro-pakatan hanya tahu menyebar fitnah.

Tangkap kami kalau dapat: Kenapa Najib dan Rosmah lari ketakutan

Posted: 04 Aug 2011 07:35 PM PDT

Tangkap kami kalau dapat: Kenapa Najib dan Rosmah lari ketakutanTerdapat suatu hal tentang mahkamah yang menakutkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kenapa? Kerana di dalam mahkamah undang-undang, apa saja yang anda katakan akan direkodkan sebagao rekod awam dan anda tidak akan berani berbohong di mahkamah terbuka, kecuali dengan sengaja berbuat demikian.
Justeru, apabila wujud isu untuk pasangan 'pertama' tersebut dipanggil ke kandang saksi dalam perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, kedua-dua Najib dan Rosmah mengambil jalan mudah – tunjukkan kami sapina (perintah mahkamah untuk hadir perbicaraan)!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu mereka telah enggan untuk bekerjasama. Temubual biasanya dijalankan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan. "Mereka telah menolak untuk datang ke mahkamah, bagi ditemuramah oleh pihak pembelaan melainkan jika mereka telah disampaikan sepina," Peguam Cara Negara II Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Menyingkap di sebalik tabir kejayaan Rundingan Haadyai

Posted: 04 Aug 2011 07:33 PM PDT

Antara isi kandungan persetujuan tersebut adalah PKM akan menghentikan perjuangan bersenjatanya.

Bahagian 3
Artikel ini adalah sambungan dari Bahagian Kedua artikel bertajuk "Kegagalan Rundingan Baling dan Implikasinya" yang disiarkan pada 28 Julai lalu.
Menurut pengkaji Sejarah,  antara faktor utama menyumbang kepada termeterainya Perjanjian Perdamaian antara pihak Pari Komunis Malaya (PKM) dan Kerajaan Malaysia disebabkan kemahuan kuat kedua-dua pihak bagi menamatkan peperangan yang telah berlanjutan selama 40 tahun itu.
Beliau merupakan mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM), di dalam buku yang ditulisnya 'Gerakan kiri Melayu dalam perjuangan kemerdekaan' (GKMDPK) yang diterbitkan Penerbitan UKM.
Read More / Baca Lagi >>

Bungling Najib making opposition stronger

Posted: 04 Aug 2011 07:31 PM PDT

A former minister says the crackdown on the Bersih 2.0 rally had made the NGO into a giant and strengthened the opposition.
SERI KEMBANGAN: Former minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir said Prime Minister Najib Tun Razak's poor handling of the Bersih 2.0 rally had made the polls watchdog a potent force and strengthened public support for the opposition.
Kadir, a former tourism minister during the time of Dr Mahathir Mohamad, said Najib could have easily minimised the Bersih threat if he had engaged the NGO instead of resorting to force, which, he added, had boosted the group.
"The government had built it up to become a big giant," he told FMT in a recent interview at his office here, agreeing with the opinions of various party leaders who believed it would have been better to engage the polls watchdog in discussions than resorting to repressive measures.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Samad: Itu pandangan Hasan, hadir di gereja bukan makna murtad

Posted: 04 Aug 2011 05:29 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.
Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.
"Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Lapor..Siapa Arah..Siapa Hadir...!!! Kontroversi....???

Posted: 04 Aug 2011 05:24 PM PDT

Tiada tangkapan...Tiada kes...Tiba-tiba jadi jurucakap rasmi JAIS dan POLIS....

Datuk Omar ! .. agak-agak tahun ni berapa boleh dapat?... Dapat Datuk Sri pulak,..,..!!

Posted: 04 Aug 2011 05:19 PM PDT

Salam sejahtera,




Tahun lepas pun 2010 minta 2 bulan gaji juga untuk kakitangan kerajaan, tetapi yang hakikinya dapat RM1000.00, itu pun dua kali bayar..... Nasib baiklah Kerajaan DAP Pulau Pinang mulakan dahulu bayaran buat kakitangan kerajaan negeri,,, Najib yang malu alah terpaksa jugalah bagi..
Read More / Baca Lagi >>

Cuepacs minta bonus dua bulan gaji..lakonan setiap tahun Cuepacs...!!! ada berani boikot BN..???

Posted: 04 Aug 2011 05:06 PM PDT

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi cuepacs omar osman 181007meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jika DAP berkata, “UMNO jangan makan najis...”

Posted: 04 Aug 2011 05:04 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Setelah UMNO merasakan mereka berjaya membina pershttp://ismakedah.net/wp-content/themes/sportpress/scripts/timthumb.php?src=http://ismakedah.net/wp-content/uploads/2011/07/DS-Azizan-Kedah.jpg&w=185&h=140&zc=1epsi orang Melayu bahawa DAP adalah anti Melayu dan Islam, maka DAP dijadikan 'hantu' untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Bagi UMNO, apa saja yang datang dari DAP semua jahat belaka dan mesti dilawan habis-habisan.

Penulis ketawa sendirian apabila membaca sebuah laman blog 'Kedah La' yang sinis membidas sikap UMNO, berikut antara petikannya:
Read More / Baca Lagi >>

Ini Gelang Kuasa Panglima Berahim Geli Suruh Promot!! ha..ha..ha....oops pose le...!!!

Posted: 04 Aug 2011 04:57 PM PDT


Woit ni Gelang apa ni.Tulis kat situ gelang bergaya Perkasam...perkasam juai ka?ada kuasa ka gelang ni seperti gelang yang dijuai oleh AC mizal yang didakwa berkuasa.Kah.kah.kah.Pakai gelang ni boleh kuat macam Panglima  Berahim Geli ka?Boleh main Ghaib macam dia ka semasa dia ghaib 9 Julai haritu.Yang duk kata sesuai untuk LELAKI apasai.Nak suruh orang lelaki pakai gelang macam AC Mizal dakwa tu ka?Nak suruh lelaki pakai eksosori perempuan ka?Lani awat AC Mizal tak promot gelang dia dah?dah kantoi ka?Read More / Baca Lagi >>

Perbanyak amalan kebajikan bantu mangsa musibah

Posted: 04 Aug 2011 04:49 PM PDT

KOTA BHARU, 5 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan umat Islam agar memperbanyakkan amalan kebajikan termasuk menderma bagi membantu mereka yang terkena musibah.
Gesaan itu juga turut disaran kepada masyarakat bukan Islam memandangkan amalan tersebut dapat meringankan bebanan masyarakat yang susah terutama yang terkena musibah.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi mangsa kebakaran Siti Azlina Muhamed, di Kampung Chicha, dekat sini, kelmarin.
Turut menziarahi mangsa, anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmod, Adun Demit, Muhammad Mustapha, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rosdi Abdullah serta lain-lain pimpinan.
Menurutnya, amalan bantu membantu termasuk menziarahi golongan itu telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Nabi lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Zahrain Hashim and his windmill

Posted: 04 Aug 2011 04:48 PM PDT

AUG 5 — About two weeks ago, Tengku Razaleigh Hamzah launched an NGO named Angkatan Amanah Merdeka. It's known as Amanah for short. News about the launch was picked up mainly by the alternative media.
Those portals supporting Barisan Nasional and Umno wasted no time casting ill intentions on the part of Amanah and on Tengku Razaleigh himself. The mainstream papers, on the other hand, hiding behind the self-righteous claim of exercising self-censorship (read: we don't know anything) chose to take the ostrich head in the sand approach, believing the less said about it the better.
But because it's Tengku Razaleigh, the issue refused to die out. Since then, much has been speculated about the intentions of Tengku Razaleigh Hamzah. Could it be that he's planning another APU, Angkatan Peraduan Ummah, or something like that?
Read More / Baca Lagi >>

Video : Ust Azhar Idrus- Kelantan DiFitnah

Posted: 04 Aug 2011 04:24 PM PDT

Rosmah lebih menonjol dari Najib...???? Apa yang di tonjolkan.....!!!

Posted: 04 Aug 2011 04:20 PM PDT

SATU perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak lebih menonjol berbanding dirinya sendiri.

Jika kita lihat, di kaca-kaca televisyen dan media-media arus perdana umumnya, seolah-olah Rosmah Mansorlah yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Hal ini turut dipersetujui oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling. Beliau berkata orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri [FMT].

Read More / Baca Lagi >>

Keegoan Umno tersungkur di kaki Palanivel

Posted: 04 Aug 2011 04:16 PM PDT

Akhirnya Umno tunduk kepada parti sekutu Barisan Nasional (BN) yang paling kerdil dan lemah iaitu MIC apabila presiden Umno terpaksa melantik presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai menteri penuh.


Najib lantik Palanivel sebagai menteri penuh kerana bimbang dengan ugutan Palanivel.
Semuanya kerana gelabah Najib terhadap ugutan Palanivel yang dikatakan mahu keluar dari parti perikatan BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh menyifatkan lantikan Palanivel oleh Najib sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda UMNO sedang menggelabah.

"Saya ucapkan syabas kepada kaum India kerana menzahirkan penentangan kepada kerajaan UMNO sehinggakan Najib terpaksa menjanjikan jawatan menteri kepada MIC," kata Nik Zawawi.Read More / Baca Lagi >>