MIMPI SENJA |
- Besan Rosmah ada hubungan dengan mafia Italy
- Bagaimana 'Projek 16 September' digagalkan ...
- Bolehkah Najib bertahan?
- Siapa yang arah JPN buat semua kerja-kerja haramjadah ni?
- Masalah baru buat Najib. Siapa?
Besan Rosmah ada hubungan dengan mafia Italy Posted: 04 Aug 2011 09:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah portal berita Jakarta, Kompas.com mendakwa bakal besan Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai pertalian dengan organisasi mafia Itali. Walaupun tiada sebarang perincian diberikan, portal berita itu mendakwa Rosmah kerap kali bercuti dengan bakal besannya itu yang dikenali sebagai Maira Nazarbayez. Maira Nazarbayev adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev, tunang kepada Noryana Najwa, anak perempuan kepada Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan organisasi mafia Russia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah," lapor Kompas.com Rencana yang sama turut menyentuh tentang dakwaan pembelian cincin bernilai USD24 juta oleh Rosmah daripada syarikat Jacob dan Co. Lapor rencana itu lagi, pengasas Jacob dan Co iaitu Jacob Arabo, adalah seorang Yahudi dari Uzbekistan yang beberapa kali dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kegiatan membersihkan wang haram. "Mungkinkah kes cincin berlian USD24 juta dollar ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri menentukan," tulis rencana itu. Rosmah sebelum ini memang dikenali dengan citarasa mewahnya yang berbelanja sakan apabila melancong dengan menyertai rombongan rasmi kerajaan ke luar negara. Beliau dilapor pernah menghabiskan kira-kira RM100,000 semalam untuk sewa bilik Hotel Atlantis di Dubai dan beliau juga didakwa pernah mengarahkan sebahagian gedung Harrods di London ditutup untuk memudahkannya membeli-belah. Tidak cukup dengan itu, beliau juga dilaporkan menggunakan tas tangan Birkin Hermes yang berharga USD120,000 dan memerlukan pembelinya menempah dan menunggu selama enam tahun sebelum dapat memilikinya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18260 |
Bagaimana 'Projek 16 September' digagalkan ... Posted: 04 Aug 2011 04:58 PM PDT Sept16 Gagal kerana ISA – Nur Jazlan (melalui Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur) Blogger2 UMNO sering mempermain-mainkan "kegagalan" Projek September 16 tajaan Pakatan Rakyat. Mereka memfitnah kononnya Anwar Ibrahim menipu dan tiada bukti adanya wakil-wakil rakyat UMNO/BN yang akan melompat. Tetapi mengikut pendedahan terbaru WIKILEAKS, laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur menyatakan sebab utama kegagalan September 16 adalah kerana pengunaan ISA ke atas Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Cina. Pihak Kedutaan telah merujuk kepada kenyataan seorang ahli Parlimen UMNO, Dato' Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi UDA. Dato' Nur Jazlan mengatakan penangkapan ISA tersebut sangat berkesan menakutkan Ahli2 Parlimen dari mengikut Anwar (yakni melompat dan menjayakan September 16) .... seterusnya DI SINI |
Posted: 04 Aug 2011 09:14 AM PDT Bolehkah Najib bertahan? — Aspan Alias 14 OGOS — Umno sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam Umno sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga. Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam. Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai. Anoloji ini sedang berlaku di dalam Umno. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam Umno itu begitu panas maka Umno hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan Umno yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi. .. SETERUSNYA DI SINI |
Siapa yang arah JPN buat semua kerja-kerja haramjadah ni? Posted: 04 Aug 2011 06:37 AM PDT Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS mempersoalkan kenapa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil masa sehingga 7 bulan mengemaskini data barunya yang melibatkan pertukaran status penduduk tetap kepada warga negara. Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, adalah sangat mencurigakan apabila begitu lama masa diambil JPN mengemaskini datanya apatah lagi berlaku sekaligus terhadap ribuan penduduk tetap semalam "Macamana sudah 7 bulan, sistem baru update. Bukan satu pulak tu, beribu data sekaligus. "Tak kan semua datang ambik kad sama-sama pada satu masa. Ini sesuatu yang meragukan," katanya yang juga Pengerusi Pemulihan dan Mobilisasi Pemuda PAS. Beliau mempersoal demikian sebagai membidas penjelasan Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said berhubung pendedahan pertukaran status individu bernama Mismah, daripada penduduk tetap kepada warganegara hanya dalam masa empat jam. Jariah dalam kenyataannya semalam berkata, Mismah sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982 dan telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011. Namun yang mengejutkan banyak pihak semalam apabila Mismah yang dikesan berstatus penduduk tetap dalam senarai JPN didaftar sebagai pengundi di Ijok. Selepas Malaysiakini melaporkan isu tersebut pada pagi semalam, semakan sebelah petang ke atas nama Mismah menunjukkan status beliau sudah bertukar menjadi warganegara. "Ini yang kita ragui dengan penggunaan sistem biometrik. Data JPN tidak diupdate dan SPR terima bulat-bulat," kata Suhaizan lagi. Sehubungan itu juga Dewan Pemuda PAS mahu mana-mana individu yang mengenali Mismah yang bernombor kad pengenalan 640704715238 dan mengudi di Dun Ijok, agar dapat menghubungi mereka. Kediaman Mismah beralamat di No 12A, Desa Coalfields, Tuan Mee, ijok, Kuala Selangor. Selain Mismah, 52 lagi kes serupa di kesan oleh PAS Titiwangsa. Mereka pagi semalam mahu menyerahkan memorandum kepada JPN ekoran mendapati 52 penduduk tetap didaftar sebagai pengundi. Ketika sampai ke JPN, kesemua nama yang dilampirkan itu bagaimanapun telah bertukar status menjadi warganegara. Selain kes itu, PAS juga mendedahkan 1,597 lagi pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di laman web JPN sebagai penduduk tetap. - Harakah Daily |
Masalah baru buat Najib. Siapa? Posted: 04 Aug 2011 01:25 AM PDT Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang PM sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah," kata Prof Datuk Dr Zainal Kling PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain. Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri. Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia. Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum. Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka. "Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman," tambahnya. Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka 'raja' dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib. Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan. - FMT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan