Ahad, 17 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Banyak pula cerita lawak polis akhir-akhir ni ....

Posted: 17 Jul 2011 10:19 PM PDT

4 ditahan pakai T-shirt BERSIH dalam bilik

KUALA LUMPUR: In a blatant invasion of privacy, the police arrested four people on holiday in Cameron Highlands by entering their hotel room at 1am on Sunday. The reason for the arrest: they were wearing Bersih t-shirts inside their hotel room.

Those arrested were Seputeh MP's Teresa Kok's aide Teh Hoong Keat, 25; Lan Suet Ling, 23; Chin Kah Wai, 25; and a mutual acquaintance who requested anonymity.

But the baffling part is that while they were held at the police station for three hours, no statements were taken, and their Bersih t-shirts were given back to them and told "to wear it as we please".

Teh told a press conference today that the police arrested him and the three others when they were in their room at Cool Point Hotel in Cameron Highlands.

Relating his ordeal, Teh, who was flanked by Lan and Chin said about 15 plainclothes policemen arrived and knocked on their hotel room at about 1am on Sunday after being tipped off by the hotel management that they were in possession of the Bersih T-shirts.

"They just entered the room when I opened the door. One officer identified himself as chief inspector Basar Safar and said we needed to follow him to the police station for being in possession of banned material," said Teh.

However, Teh said Basar refused to inform them whether they were under arrest.

"One female officer then took our MyKads to note our details but refused to return it. She told us they will only be returned if we followed them to the police station," added Teh.

Left with no choice, the four changed to a casual clothing and handed over their Bersih t-shirts to the police before following them.

However, Teh said the police merely left them to sit on a couch for about three hours before releasing them.

"At about 3am, another officer took our personal details again and told us that we can go back," said Teh.

Unhappy with the episode, Teh accused the police of being unjust for invading their private space.

OCPD must say sorry

Another aide, Chin, said he was baffled when the police released them without taking any statement despite being held at the police headquarters for more than three hours.

"They even returned our Bersih t-shirts and told us to wear it as we please," said Chin.

Segambut MP Lim Lip Eng, who was present at the press conference, accused the police of infringing and invading the private life of a citizen.

"The youths were wearing the shirts in their hotel room. If the police say they acted not according to law, then even tourists should be wary of Cameron Highlands as a tourist spot.

"The Brinchang police OCPD must apologise for this," said Lim

BERSIH 2.0 : hahaha Utusan Meloya marah Ambiga ... nak buat macamana Zul ai tu keja hang

Posted: 17 Jul 2011 05:13 PM PDT

Jangan biar Ambiga terlepas — Zulkiflee Bakar

JULAI 18 — Walaupun perhimpunan haram Bersih yang diadakan pada 9 Julai lalu berjaya "dipatahkan" oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.

Imej negara bukan sahaja terjejas di mata dunia, malah kita mengalami kerugian ratusan juta ringgit dalam industri pelancongan dan perniagaan.

Itu belum lagi termasuk bagaimana insan-insan marhaen seperti pemandu teksi, peniaga kecil dan orang awam turut terkena tempiasnya.

Dengan segala keburukan, kesusahan dan kesengsaraan ini, wajarkah dalang di sebalik penganjuran itu dilepaskan begitu sahaja?

Dalam soal ini, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga, tidak harus cuci tangan dengan apa yang berlaku pada tarikh berkenaan.

Kedegilan beliau yang disanjung oleh pembangkang sebagai "wanita besi" ini untuk terus mengadakan perhimpunan haram tersebut biar pun telah dilarang berkali-kali oleh pihak berkuasa seharusnya tidak harus dibiarkan.

Ambiga perlu bertanggungjawab ke atas segala kekecohan yang terjadi pada hari tersebut termasuklah bagaimana hampir 10,000 yang hadir telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Malahan kedegilan Ambiga juga yang menyebabkan pemimpin dan ahli pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas berani melanggar undang-undang dengan menyertai perhimpunan haram berkenaan.

Justeru kita ingin bertanya, kenapakah sampai sekarang Ambiga masih lagi bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang?

Apa istimewanya Ambiga sehingga beliau dilihat seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila berdegil mahu mengadakan perhimpunan haram itu? dan Kenapakah Ambiga biar pun seorang peguam begitu berani melanggar perintah mahkamah yang melarang beliau berada di kawasan tertentu di Kuala Lumpur pada hari tersebut?

Kita juga ingin tahu kebenaran di sebalik dakwaan bahawa Ambiga turut menerima dana asing bagi menjayakan demonstrasi haram itu.

Jika mengikut laporan media terdapat banyak peruntukan undang-undang yang boleh mengheret Ambiga ke muka pengadilan. Malahan Ambiga juga sudah dipanggil oleh polis dan disiasat di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Kita memahami bahawa polis perlu teliti melakukan siasatan tetapi kita berharap ia tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Ia memandangkan desakan agar Ambiga dikenakan tindakan sudah kuat berkumandang sehingga ada pihak yang menganggap bekas Presiden Majlis Peguam itu tidak harus diberi muka.

Apatah lagi selepas perhimpunan haram berkenaan, Ambiga tidak menunjukkan tanda keinsafan sebaliknya semakin angkuh dalam tindakannya.

Keangkuhan wanita yang mengguris perasaan umat Islam suatu ketika dulu apabila menyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC) terbukti apabila beliau mencadangkan kepada rakyat supaya memakai pakaian kuning pada setiap Sabtu sebagai tanda sokongan kepada Bersih.

Walaupun Ambiga mengetahui bahawa pemakaian baju berkenaan adalah bertentangan dengan undang-undang namun Ambiga tidak mempedulikannya. Mungkin beliau merasakan dengan sokongan yang diterima daripada pembangkang, pihak berkuasa tidak akan berani bertindak ke atasnya.

Seperti mana kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd.Hilmi Ismail, Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang.

''Beliau cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya,'' kata beliau.

Sebab itulah penulis berpendapat, individu seperti Ambiga tidak boleh dibiarkan bebas begitu sahaja seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesalahan pada 9 Julai.

Jika sebelum ini pihak berkuasa memerangi habis-habisan pertubuhan haram Hindraf dan al-Arqam kenapa individu seperti Ambiga hendak dibiarkan?

Kita harus ingat bahawa Ambiga tidak ikhlas dalam menerajui Bersih bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Ia terbukti apabila Ambiga menolak tawaran kerajaan supaya perhimpunan haram itu diadakan di luar Kuala Lumpur dan atas dasar tolak ansur, polis bersedia mengeluarkan permit segera.

Tetapi Ambiga menolak tawaran berkenaan sebaliknya berdegil untuk mengadakannya di Kuala Lumpur, malahan Ambiga yang mendakwa kononnya perhimpunan itu tidak mempunyai agenda politik, jelas bersekongkol dengan parti pembangkang.

Kesudahannya pada 9 Julai akibat kedegilan Ambiga, Kuala Lumpur menjadi huru-hara.

Semua itu berlaku kerana tindakan Ambiga mencabar undang-undang, justeru sikap keras kepalanya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Kita tidak mahu apa yang dilakukan oleh Ambiga dicontohi oleh pihak lain pula selepas ini sebab itu tindakan tegas perlu diambil ke atas beliau.

Ambiga perlu diberi pengajaran bahawa beliau tidak seharusnya hanya bijak belajar undang-undang tetapi perlu tahu memahami serta mematuhinya.

Kalau Ambiga seorang yang patuh sudah pasti beliau akan membatalkan perhimpunan tersebut tetapi Ambiga tidak berbuat demikian walaupun pihak polis memanggil beliau untuk berunding dan memberi amaran.

Pendekatan berhemah polis terhadap Ambiga ternyata tidak dihargai, sebaliknya sebaik sahaja selesai memberi keterangan kepada polis, Ambiga terus menyatakan dengan tegas beliau akan tetap mengadakan perhimpunan haram tersebut.

Tidakkah sikap biadab dan angkuh ini menunjukkan bahawa Ambiga cuba menghasut rakyat? Tidakkah ini melambangkan bahawa Ambiga cuba mencabar undang-undang? Oleh itu kenapa perlu Ambiga diberi muka lagi?

Atas sebab itulah kita berharap pihak berkuasa akan segera menyiapkan kertas siasatan dan memastikan Ambiga dihadapkan ke mahkamah.

Pihak berkuasa tidak perlu berasa tergugat dengan sokongan pembangkang atau pihak asing kepada Ambiga, ini kerana terdapat jutaan rakyat Malaysia yang menanti tindakan ke atas Ambiga.

Mereka mahu insan seperti Ambiga dikenakan tindakan setegas-tegasnya supaya beliau belajar menghormati undang-undang dan sikap toleransi pihak berkuasa.

Mungkin Ambiga menganggap tindakan undang-undang akan membolehkan beliau 'menjaja' kononnya itu satu lagi bukti menunjukkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pihak berkuasa.

Tetapi apakah tindakan Ambiga yang terus melakukan provokasi sehingga tercetusnya huru-hara pada 9 Julai lalu bukan satu kezaliman?

Ambiga tidak berhak bercakap soal undang-undang, apatah lagi hak asasi kerana beliau sendiri tidak tahu menghormati perkara tersebut. Segalanya terbukti 9 Julai lalu! — Utusan Malaysia

TERKINI - SAH DR LOLO MENINGGAL DUNIA

Posted: 17 Jul 2011 07:51 AM PDT

ALFATIHAH ....

AHLI PARLIMEN PAS KAWASAN TITIWANGSA YB DR LOLO
TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SEBENTAR TADI ...  

INI TELAH PUN DISAHKAN OLEH PIHAK KELUARGA DR LOLO

TAKZIAH BUAT KELUARGA 

PETALING JAYA: Titiwangsa MP Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali of PAS died at about 10.15pm today after suffering from cancer.

A tweet message, sent out from her twitter account by an admin at 10.38pm, read: "Dr Lo' Lo' has just breathed her last moments ago."

This was confirmed by PAS Dewan Muslimat chief Siti Zailah Mohd Yusoff, who is also the Rantau Panjang MP.

SMSes sent out to PAS members are saying that her remains will be taken to the Masjid Agram in Keramat for prayers at 8am tomorrow.

Lo'Lo' had undergone treatment at the Selayang Hospital and was in a critical condition earlier today.

The first term MP won the Titiwangsa seat in 2008.

The news of Lo'Lo's death made its round in the micro-blogging twitter site earlier today afternoon but her family had denied the news, stating that the parliamentarian was in critical condition and seeking treatment in Selayang Hospital.

Even Opposition Leader Anwar Ibrahim had tweeted at about 2pm about her death. He later retracted his tweet and apologised to her family.

Mai tengok Ibrahim Ali jadi Dinasaur ... hahahaha

Posted: 17 Jul 2011 07:06 AM PDT

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini menghentam editor akhbar the Star, Datuk Wong Chun Wai kerana menggelarnya sebagai "dinosaur politik".

"Jadi, saya ingin memberitahu Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan memperbodohkan orang lain tetapi tidak dinosaur Ibrahim Ali."

Dalam SMS kepada pihak media, Ibrahim berkata, beliau bangga menjadi dinosaur Melayu yang akan melindungi dengan apa sahaja
daripada mereka yang cuba hendak menulis 'kontrak sosial' yang baru untuk Malaysia, iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau mengulas kolum tulisan Wong yang disiarkan hari ini yang bertajuk 'Talk less listen harder'.

Wong menulis: "Kita tidak berminat dengan bangunan 100 tingkat, pertelagahan bodoh politik, sama ada isteri perlu taat kepada suami mereka di bilik tidur atau kecaman perkauman dari dinosaur politik seperti Ibrahim Ali dari PERKASA."

Menjawab tulisan tersebut, Ibrahim berkata: "Maaf, saya juga tidak berminat dalam kecaman perkauman dari kolumnis bapa buaya seperti Wong Chun Wai dari Star."

Beliau mendakwa Wong menulis mengenai perkara-perkara yang sensitif dan secara halus cuba untuk memusnahkan negara dan "perlembagaan asasnya".

Sambil memberi amaran kepada Wong supaya menjaga pelakuannya dan menjadi seorang rakyat Malaysia yang baik, Ibrahim (kanan) menambah, 'Jangan cuba meminta lebih-lebih. Cukup-cukuplah."- mkini

Semua negara demokrasi di dunia benarkan demonstrasi kecuali Malaysia - Hadi

Posted: 17 Jul 2011 03:51 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

"Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib.

Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

"Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 -TMI

BERSIH 2.0 : Perangai macam ni yang buat orang benci dan meluat kat hampa Din ooi

Posted: 17 Jul 2011 02:10 AM PDT

Kalau hang minta polis keluarkan rakaman video tu, dah tentu lah depa tak tunjuk babak-babak depa 'jahat', dah semestinya lah yang depa baik saja. Sama juga lah kalau minta Utusan atau Berita keluarkan gambar dan tentu depa keluarkan yang "baik-baik' saja. Din ai cuba hang minta dari AlJazeera, tgk macamana gambar depa, baru boleh percaya.

Macam KPN kata baru ni, depa tak tembak air/gas ke Tung Shin Hospital, tapi lepas tu macamana pula ada  macam-macam gambarnya? Tak kan gambar palsu kot? Dan seterusnya doktor-doktor senior TSH keluarkan kenyataan yang mengatakan MEMANG POLIS TEMBAK AIR/GAS ke arah TSH .... macamana tu Din?

So apakah boleh percaya rakaman yang bakal dikeluarkan oleh polis nanti? Atau nak percaya rakaman AlJazeera?

Din pikiaq la betoi2, jangan nanti orang gelak jer kat sorang TPM ....
Masih nak kata polis betui juga ?????????????????
Aku heran sungguh la kat puak-puak ni, kalau juak-juak depa buat semua betoi .....
Kalau pihak pembangkang buat SEMUA tak betoi ....
Apa nak jadi la kat hampa ni Din?
Nak jadi kerajaan yang kuat kencing, putaq alam, penipu, ?
Hampa akan dapat sakit dalam PRU 13 nanti .... hampa ingat tu Din ... jangan dok riak sangat

Rakaman Video Perhimpunan Haram Perlu Disiar Segera Tangkis Tohmahan Pembangkang:Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog pro pembangkang telah memainkan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan.

"Jadi, untuk nak patahkan pembohongan dan putar belit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan-bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak yang benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot di sini, Ahad.

Beliau berkata rakyat pula tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja, sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta oleh sekumpulan manusia dalam perhimpunan haram itu.

Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan haram itu.

Muhyiddin berharap apa yang disebutkan oleh Hishammuddin itu dapat dilakukan dengan segera oleh polis memandangkan mereka "tahu apa yang diputar belitkan oleh pembangkang dan kita juga sudah menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh pembangkang."

Muhyiddin turut meminta supaya rakyat memahami serta menghargai tugas polis dalam menangani situasi bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlaku seperti kesesakan lalu lintas atau langkah-langkah lain yang diambil demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini.

"Rakyat mesti faham bila mana polis berdepan dengan situasi segerombolan yang sebegini, mereka mesti menangani secara bijaksana. Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang dan banyak media alternatif, Youtube dan sebagainya adalah gambaran kezaliman.

"Mereka hanya ambil gambar seolah-olah ketika polis bertindak tapi tidak mengambil gambar sebelum perkara ini berlaku yang mungkin sudah ada provokasi, baling batu, menjerit-jerit nak tunjuk begitu hebat mereka dengan pihak berkuasa polis. Mereka manusia, polis pun manusia juga. Yang penting mereka (polis) telah mengamalkan satu disiplin yang cukup di mana mereka bertahan sedangkan boleh bertindak lebih," katanya.

Katanya, rakyat juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang disiarkan atau dibaca di dalam blog-blog berkenaan sebaliknya perlu meneliti apa sebenarnya yang berlaku khususnya mengenai tujuan atau tuntutan awal Bersih yang kini sudah beralih kepada isu lain. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PESANAN DARI ALLAHYARHAMAH DR LO LO' YANG MASIH SAYA INGAT MELALUI TWITTERNYA

Posted: 17 Jul 2011 10:22 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

AL-FATIHAH. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan Mujahadah YB Dr Lo Lo' Mohd Ghazali, MP Titiwangsa yang telah meninggal dunia malam tadi pada jam lebih kurang 10.13 malam di Hospital Selayang, Kuala Lumpur akibat penyakit barah yang dihadapinya.


Allahyarhamah seorang MP yang aktif bersama masyarakat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan bantuan sedaya upayanya.

Takziah buat seisi keluarga dan waris Allahyarhamah semoga diberikan kekuatan dan semangat untuk terus tabah menghadapi ujian dan ketentuan Illahi. Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarganya.

Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, kawasan Parlimen Titiwangsa telah dikejutkan dengan kemenangan Allahyarhamah Dr Lo Lo' yang mewakili PAS menewaskan calon Umno/Bn, Aziz Jamaludin dengan majoriti 1, 972 undi. Kemenangan cemerlang yang hampir mencapai majoriti 2,000 undi ini tidak merugikan semua pengundi di kawasan Parlimen Titiwangsa. Beliau telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang sebagai Wakil Rakyat yang berani dan lantang bersuara di Parlimen.


Seorang Mujahadah yang berani bersama rakyat menuntut hak bersuara sewaktu BERSIH 1.0 sehingga beliau ditahan. Turut melakukan demontrasi bersama rakyat membantah kenaikan kadar Parking di DBKL.

Di sebalik keberanian dan kelantangannya, Allahyarhamah dilihat sebagai Wakil Rakyat yang mudah mesra kepada semua peringkat dari berbagai kaum dan agama. Beliau seorang yang rajin melawat kawasannya sehingga kepada saat beliau menghadapi penyakit barah, beliau tetap prihatin kepada masalah pengundi di kawasan Titiwangsa. Sewaktu beliau tidak lagi terdaya untuk bergerak cergas, beliau tetap menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan menggunakan wakil beliau di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa.

Keberanian Allahyarhamah Dr Lo Lo' tidak boleh dipertikaikan lagi. Sewaktu Perhimpunan BERSIH 1.0 tahun 2007, beliau di antara pimpinan yang turun bersama rakyat melakukan demontrasi malahan beliau pernah ditahan di kawasan Parlimen. Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu, mungkin Allahyarhamah merasai sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama rakyat merasai betapa peritnya untuk memperjuangkan demokrasi di negara ini. Namun, doa dari beliau ketika beliau sedang sakit dan menerima rawatan yang sering dicatatkan melalui Twitter beliau sudah cukup untuk kita merasai denyut hatinya untuk turut bersama kita ketika itu.

Negara, Pakatan Rakyat terutamanya PAS telah kehilangan seorang Mujahadah yang jujur dan amanah serta berjiwa besar. Bukan mudah untuk mencari pengganti seperti Allahyarhamah yang disukai oleh semua peringkat tua, muda dari semua kaum dan agama. Sebagai seorang Profesional di bidang perubatan, segala ilmunya di manafaatkan untuk masyarakat.

Saya masih teringat, ketika beliau sedang sakit dan hanya dapat berinteraksi dengan orang ramai melalui Twitternya, ada seorang hamba Allah twit kepadanya dengan kata-kata yang tidak baik iaitu mengharapkan Allahyarhamah cepat meninggal dunia. Beliau tidak marah atau melenting dengan kata-kata tersebut, malahan beliau dengan tenang dan sabar membalas Twit tersebut dengan berkata, " Ajal dan maut di tangan Allah, cuma kamu hendaklah insaf semasa kamu masih hidup dan janganlah kamu merasa kamu tidak akan mati".

Saya sendiri secara peribadi masih mengingati satu pesanan yang sering diulang-ulang oleh Allahyarhamah di dalam Twitternya apabila ada sesiapa yang membangkitkan isu video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Beliau berpesan, kembalilah pada Al-Quran dan rujuklah di dalam Surah An-Nur dan jangan kita menjadi orang yang membawa fitnah.

Sehingga kini, saya sering menggunakan pesanan beliau di dalam hujah saya berkaitan isu tersebut. Mudah-mudahan ilmu yang Allahyarhamah Dr Lo Lo' berikan walaupun dengan sepatah ayat yang beliau catatkan di dalam Twitternya itu akan memberikan ruang yang luas dan lapang serta bercahaya buat roh Allahyarhamah di alam Barzakh. Amin, Ya Rabbul Alamin....AL-FATIHAH./wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Dr. Lo' Lo' telah kembali ke Rahmatullah

Posted: 17 Jul 2011 07:55 AM PDT

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman di Masjid Bukit Indah malam ni...

Posted: 17 Jul 2011 04:05 AM PDT

JOM ke Masjid Kosas malam ni...

Posted: 17 Jul 2011 03:16 AM PDT

Kuliah maghrib oleh Ustaz Farhan Sood

Saya juga ingin menyampaikan undangan Nazir Masjid Kosas, Tuan Hj. Ahmad Bin Disa kepada semua untuk menikmati Jamuan Rakyat selepas Isyak. Seekor lembu telah tumbang khabarnya.

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


Kezaliman ini memang dah lama.....

Posted: 17 Jul 2011 09:27 PM PDT



Semangatmu Tetap Teguh Bersama Kami...!!!


Tubuh seorang pejuang yang terbujur kaku dik kerana kezaliman kerajaan Barisan Nasional laknatullah



Keluarga Allayarham Baharuddin Tuntut KPN Mohon Maaf


Para sahabat dari pelbagai kaum berdemo untuk keadilan Allahyarham


Buatmu para pejuang keadilan

Buat para sahabat yang mempunyai account FaceBook, mari kita sama-sama "LIKE" page yang menyatakan keadilan buat Allahyarham ini -
Justice For Allahyarham Baharuddin


Kad ATM milik Allahyarham Baharuddin Ahmad


Tercatat tarikh mula da tamat tempoh perkhidmatan


Tercatat sebagai seorang anggota ATM TERBAIK

Ketika aku merakamkan gambar ini, dapat aku bayangkan seorang anggota tentera yang penuh disiplin, tegas dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan. - King Jason

Note: Lihat saja apa yang mereka lakukan kepada seorang insan yang pernah mempertahankan negara sebagai seorang anggora tentera (ATM). Beliau telah dikasari sehingga patah empat tulang rusuk dan tiga batang giginya. Apa kesalahan beliau? Adakah beliau membawa M16 atau C4 ? Tidak!!! Beliau bertangan kosong hanya datang sebagai orang awam dan juga rakyat Malaysia yang menuntut keadilan. Undang-undang apa yang polis gunakan sehingga sewenang-wenang memperlakukan demikian kepada beliau? Adakah polis mengunakan undang-undang binatang?

Note: Wahai pemerintah yang zalim.. ingatlah kamu.. selagi kezaliman yang kalian lakukan ini belum terbela, kami rakyat tidak akan berdiam diri. Kami akan terus bangun dan berdiri disamping semangat pejuang-pejuang kami yang telah syahid. Kami akan tuntut dari setiap bibit kezaliman yang kalian lakukan terhadap kami. Percaya atau tidak masanya akan tiba kezaliman akan tersungkur bersama-sama kalian akhirnya. Kami bangun kami tuntut !!!!!

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Astro Oh Astro

Posted: 17 Jul 2011 06:39 PM PDT

Aku dah biar Astro aku kena potong dr bulan 5...tiap2 kali bola takde aje aku malas nak sambung dan bayar Astro..Sebab rancangan Astro yang lain tak berapa aku berkenan nak tengok.

Aku telefon Astro..Nak tukar pakej..nak buang Variety package yang ada Channel V tu..
Tukarkan kartun ke news channel ke..

"Encik,pakej yang encik mintak tu harga dia tetap sama.." kata dia.

"Oho..baguslah!" kata aku.

"Tapi sebab ada pelarasan harga hari tu dan kenaikan government tax 6%...harga pakej encik yang baru adalah RM86 (something2 ..aku tak ingat exactly brape..).Caj baru akan mula bulan 8 nanti..."

"Oh ye ke?Kalaulah Unify ni ada channel bola..dah lama dah saya terminate Astro punya akaun ni.." kata aku."Macam mana nak terminate akaun Astro ya?" 

...................

Macam cilaka naik dekat 14 ringgit.....

TM..Please...
Dapatkan channel bola untuk Unify!
Aku tak nak miss game bola lagi semata2 kerana cuaca di luar hujan dan siaran terganggu.

Astro suck...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Belasungkawa : Perginya permata mahal dari lautan

Posted: 17 Jul 2011 07:27 PM PDT

18 JULAI — Nama Dr Lo'Lo' agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun sebutannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang benama Lo'Lo' beliau seorang yang mudah dan senang bergaul. Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan  membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya. Lo'Lo' tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu
mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti. Dr Lo'Lo' menjawab awak takpalah muslimin (lelaki), saya muslimat terpaksa tinggalkan suami di rumah untuk urusan parti.
Mendengar gurauan itu, ia benar-benar menyusup ke dada saya tentang kecekalan seorang sahabat dan seorang yang saya anggap kakak saya. Berita pemergiannya menyentap hati dan sanubari kerana suka duka kenangan seorang muslimat Pas yang bernama Dr Lo'Lo' Ghazali.
Read More / Baca Lagi >>

Pesanan Almarhumah Dr Lo' Lo' : Kembalilah pada Al-Quran dan rujuklah di dalam Surah An-Nur dan jangan kita menjadi orang yang membawa fitnah.

Posted: 17 Jul 2011 07:12 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AL-FATIHAH. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan Mujahadah YB Dr Lo Lo' Mohd Ghazali, MP Titiwangsa yang telah meninggal dunia malam tadi pada jam lebih kurang 10.13 malam di Hospital Selayang, Kuala Lumpur akibat penyakit barah yang dihadapinya.


Allahyarhamah seorang MP yang aktif bersama masyarakat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan bantuan sedaya upayanya.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar Berbicara : Pulanglah dengan tenang sebagai Mujahidah Islam..Almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali ( 2 Ogos 1957 - 17 Julai 2011 )

Posted: 17 Jul 2011 07:01 PM PDT




















Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya

Posted: 17 Jul 2011 06:50 PM PDT

Dr LO' LO' binti Mohd Ghazali adalah satu nama besar dalam Pas. Meskipun kedudukannya dalam parti Islam itu khususnya dalam Dewan Muslimat bukan ditempat teratas, tetapi dewan itu seakan sinonim dengan namanya, Dr Lo' Lo'. Nama ini mula disebut dalam Pas sekitar tahun 90-an dan mulai mewangi pada awal akhir tahun 90-an. Kelopak perjuangannya mula berkembang dan disedari tatkala meletusnya era reformasi.

Era reformasi menerjahkan namanya ke tengah-tengah gelanggang. Era ini menguji kekuatan mental dan ketabahan feminis beliau sebagai seorang pejuang. Orangnya bertubuh kecil molek, berwarna putih kuning menjadi sekuntum bunga di dalam Pas. Kelihatan manja tetapi tegas. Ia menjadi daya tarikan, istimewa kepada anak-anak muda terutamanya kaum wanita. Kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan (profesional) telah memberi rangsangan kepada anak-anak muda lain untuk menuruti jejak langkahnya menyimbah peluh di padang perjuangan.

Kesungguhnya beliau berjuang dalam Pas, menjadi aktivis muslimat Pas yang gigih, tekun dan membawa Pas keluar dari kepompong muslimat pingitan sebelum ini ke jalan baru tidak boleh dialpakan. Beliau telah merintis membuka ruang lebih luas dalam Pas untuk kaum hawa mengibarkan panji Islam, duduk tinggi atau memberi pengorbanan sama besar dengan lelaki bersama rakan-rakan lain, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf dan lain-lain.
Read More / Baca Lagi >>

Bila Umno BN nak ikut Kedah

Posted: 17 Jul 2011 06:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini menyeru Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan parti MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara.

"Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim," selar beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rahim Tamby Chik: BERSIH 2.0 gagal..ha..ha..dey macha polis kata 6,000 jerk...!!!

Posted: 17 Jul 2011 06:41 PM PDT

abdul rahim tamby chik interview 030805 thinkingMantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, berdasarkan jumlah tidak sampai 100,000 orang yang sanggup turun ke jalanan bagi menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu membuktikan ia telah gagal.

"Saya secara peribadi mengganggap perhimpunan itu gagal, kerana walaupun sasaran mereka untuk mengumpulkan lebih 100,000 lebih, saya fikir paling ramai pun 15,000 sahaja yang hadir," katanya.

Abdul Rahim yang juga pngerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), berkata, meskipun peserta perhimpunan bersih diberi layanan baik, termasuk ketika dalam tahanan, isu berkenaan akan terus dimainkan musuh kerajaan di dalam dan di luar negara.

Malah menurutnya, dakwaan bahawa pihak polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini akan terus dieksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Belasungkawa Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali..

Posted: 17 Jul 2011 06:35 PM PDT

AL FATIHAH


Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa, telah meninggal dunia, pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya di Hospital Selayang, Selangor jam 10.15 malam tadi.

Solat jenazah buat Allahyarhamah akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini.

Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz.

Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.


Berikut lengkap beliau yang dipetik dari http://pru12.pas.org.my/

TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 53 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR


LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH

2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH

3. KOLEJ ISLAM KLANG

4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)

5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST


KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM

2. EXCO PERSIAP UKM


PERTUBUHAN NGO:

KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.


KEGIATAN DALAM PAS:

AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa'
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL
AHLI PARLIMEN TITIWANGSA


PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA:

PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11.

Memenangi Kerusi Parlimen Titiwangsa pada 8 Mac 2008 dengan menewaskan Aziz Jamaludin (Umno-APCO) dengan majoriti 1,730 undi.

Pena adalah senjata tercanggih

Posted: 17 Jul 2011 06:23 PM PDT

Oleh Amaluddin Zhafir

Ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui "penderitaan" yang dibawakan oleh Sasterawan Negara (sekarang lebih mesra dengan gelaran Sasterawan Rakyat) A Samad Said berkaitan istilah baru ciptaan beliau, iaitu "carma" atau cari makan yang ditujukannya kepada golongan intelektual, seniman, wartawan dan yang sama jenis dengannya.
Memetik dari MerdekaReview, Samad Said berkata: "Daripada medium mainstream, Bersih 2.0 itu kotor. Saya sekarang pun hairan juga mengapa orang akhbar yang begitu berpengalaman, mendapat anugerah itu dan ini boleh mengotorkan Bersih? Saya tidak faham, tapi saya tahulah di sana ada kelompok-kelompok semata-mata 'carma', cari makan."
Samad yang dibawa ke balai polis sewaktu pelancaran Bersih 2.0 berhubung puisinya "Unggun Bersih" juga memperkatakan tentang sajak sebagai senjata.
Read More / Baca Lagi >>

Timbalan KPN Minta Jangan Musuhi Polis, Siapa Yang Memusuhi Siapa?

Posted: 17 Jul 2011 06:21 PM PDT

Oleh WFAUZDIN NS

TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas.
Read More / Baca Lagi >>

Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai

Posted: 17 Jul 2011 06:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.
Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.
"Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan  juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya," ujarnya.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.
Read More / Baca Lagi >>

SPR: Dakwat Kekal Perlu Pinda Perlembagaan..pulak dah...2008 ok jerk..!!!

Posted: 17 Jul 2011 06:08 PM PDT

Oleh: umnopenipu

"Kenyataan balaci UMNO yang bernama Abd Aziz selaku Pengerusi SPR iaitu salah satu parti komponen BN dalam Mingguan Malaysia 17 Julai 2011 amat menjengkelkan. Beliau cuba berlagak bijak dengan berkata bahawa pindaan perlembagaan diperlukan jika dakwat kekal mahu digunakan dalam pilihanraya.

Beliau tetap mempromosikan sistem biometrik yang tidak mungkin merugikan BN dalam pilihanraya nanti. Kita yakin jika BN amat beriya dengan sistem biometrik itu, ia semestinya merupakan muslihat alternatif mereka untuk menipu dalam pilihanraya.Benarkah pindaan perlembagaan diperlukan?"

Read More / Baca Lagi >>

Pusat hiburan: DAP Kedah syor tubuh badan pemantau khas enakmen

Posted: 17 Jul 2011 06:02 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Julai — Sambil menyifatkan keputusan kerajaan negeri Kedah sebagai penyelesaian "menang-menang", DAP negeri mencadangkan agar diadakan sebuah badan pemantau khas bagi memastikan pusat-pusat hiburan tidak dikunjungi umat Islam sepanjang Ramadan.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi, Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu yang dipimpin Datuk Seri Azizan Abdul Razak menarik balik larangan pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan adalah satu tindakan bijak.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah kerana menarik balik penguatkuasaan larangan ke atas pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan dan saya rasa ia adalah satu keputusan yang bijak dan bagus.
"Seperti yang kita maklum pengusaha pusat hiburan ini adalah orang bukan Islam. Kalau ditutup sepanjang Ramadan, habislah mata pencarian mereka terjejas, lagipun dalam Islam juga ada mengatakan hak orang bukan Islam juga harus dijaga dan saya harap perkara ini tidak berulang lagi," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Datuk Aman ini memberitahu, kerajaan negeri harus mewujudkan satu badan pemantau sekiranya mahu memastikan orang Islam tidak memasuki pusat hiburan seiring dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Read More / Baca Lagi >>

Video Bersih 2.0: From 4.00pm July 09, 2011

Posted: 17 Jul 2011 06:00 PM PDT

Jika Najib anak jantan, biarkan p’raya adil

Posted: 17 Jul 2011 05:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai: "Jika Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihan raya adil dan terima tuntutan Bersih," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, Najib mengatakan demo bukan budaya kita, justeru sepatutnya beliau kena berfikir  kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.
Beliau berkata, Najib juga tidak boleh mendabik dada kononnya BN kuat, jika berlawan di atas padang yang tidak sama rata.
Read More / Baca Lagi >>

The unpublished truth about Malaysia's political situation.

Posted: 17 Jul 2011 05:56 PM PDT

The unpublished truth about Malaysia's political situation.On June 17th a series of new guidelines were drawn to ensure that the mainstream media do not go overboard in their zest to stretch the truth. It is morally wrong to criticise a democratically elected government like BN.
Today the pro-opposition media and blogs have overtaken the MSM and pro-government by 10 to 1, which is a constant headache for the Information Ministry. The MSM cannot dispense the truth fast enough to counter the lies by the opposition.
No surprisingly, Information minister Rais Yatim was overly concerned about the cybermedia, which he claims was biased in its reporting of Bersih, while 3 Chinese newspapers have been hauled up for its sympathetic approach to Bersih by the Home Ministry.
Malaysia Chronicle's stand is that, it will publish the unblemished truth, no matter how much it may hurt. We do not impose our views or pass judgement, and readers are encouraged to formulate their own views based on the unvarnished truth.
Read More / Baca Lagi >>

After Queen E snub, Najib looks to the Pope to rebuild his image

Posted: 17 Jul 2011 05:55 PM PDT

After Queen E snub, Najib looks to the Pope to rebuild his imageThe Vatican City is a landlocked sovereign city-state. Its territory consists of a walled enclave within the city of Rome, Italy. It has an area of approximately 44 hectares or 110 acres, and a population of just over 800.
The Pope is the head of state of Vatican City. The term Holy See refers not to the Vatican state but to the Pope's spiritual and pastoral governance, largely exercised through the Roman Curia. His official title with regard to Vatican City is Sovereign of the State of the Vatican City.
The principal subordinate government official for Vatican City is the President of the Pontifical Commission for Vatican City State, who since 1952 exercises the functions previously belonging to the Governor of Vatican City. Since 2001, the President of the Pontifical Commission for Vatican City State also has the title of President of the Governorate of the State of Vatican City.
Read More / Baca Lagi >>

TUJUH Fakta Mengapa Ratu Elizabeth II Berbaju Kuning!!

Posted: 17 Jul 2011 05:54 PM PDT


Bekas pengurus Ning Baizura, Vernon Kedit, yang kini bersama PKR berjuang di Sarawak ada hujah menarik yang mahu dikongsi bersama mengapa Ratu Elizabeth II menggayakan gaun berwarna kuning semasa menyambut Najib Altantuya dan Rosmah Mansor tempoh hari di Istana Buckingham, London.

Vernon yang berasal dari bumi kenyalang, menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pengurus artis dan pernah menuntut di United Kingdom dari tahun 1989 hingga 1992 dalam jurusan undang-undang.

Ikuti kupasan Vernon seterusnya.

Let me tell you why the Queen wearing yellow when granting an audience to Najib was NOT a coincidence or a faux pas.
Read More / Baca Lagi >>

Titiwangsa MP Lo' Lo' dies

Posted: 17 Jul 2011 09:13 AM PDT

Titiwangsa MP Lo' Lo' diesPAS MP for Titiwangsa Dr Lo Lo Ghazali passed away on Sunday night, finally succumbing to lung cancer.
She had been receiving treatment at the Hospital Selayang in Selangor. Her family was by her side and a large group of PAS supporters had also gathered to pray for her.
"Dr Lo Lo has just breathed her last," said a tweet from Docmarjan, the name of her Twitter account that her family had used to inform her friends and supporters.
It must have been saddest tweet from Docmarjan.
No by-election
Born on August 2, 1957, Lo' Lo shares the same birth month as the nation. She was just a fortnight away from her 54th birthday. The PAS leader is a medical graduate of University Kebangsaan Malaysia and a first-term MP.
Read More / Baca Lagi >>

MP Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia

Posted: 17 Jul 2011 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang  meninggal dunia malam ini.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut," kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.
Wakil rakyat penggal pertama itu (gambar) meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi mesej SMS.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu.
"Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi

Posted: 17 Jul 2011 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Video Nizar Jamaluddin: UMNO Dare Not Identify Themselves In Malay Name In The Malay Heartland

Posted: 17 Jul 2011 07:13 AM PDT

Kenapa Polis Lambat Tayang Rakaman Kekejaman Bersih?

Posted: 17 Jul 2011 07:05 AM PDT

Udin anak Yassin meminta polis segerakan penyiaran rakaman video mengenai himpunan Bersih bagi membuktikan polis tidak bertindak gasan dan ganas terhadap peserta himpunan Bersih.

Kata Udin polis perlu segera tampil mengemukakan bukti dalam bentu visual dan odio itu bagi menangkis tohmohan pembangkang yang mendakwa polis bertindak gasan dan ganas.

Kata Udin peristiwa himpuan Bersih yang dihalang polis telah dieksploitasikan oleh pembangkang dan juga bloger yang pro pembangkang.

Saya menyokong penuh gesaan Udin anak Yassin itu. Polis patut segera menayangkan video berkenaan. Kenapa tunggu lama-lama sangat. Di dalam laman sosial sudah berbagai versi video himpunan berkenaan dipaparkan. Semuanya menunjukkan akan kerakusan polis dalam menghuraikan himpunan yang disifatkan haram itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Contoh Manusia Bingai.

Posted: 17 Jul 2011 06:57 AM PDT

Gua yakin ramai yang dah baca kisah makcik Singapura nih....

Ohhh...yeaahhh... makcik Singapura yang berkata kalau dia jumpa Anwar Ibrahim dia nak tumbuk muka Anwar... hahaha... apa punya samdol la makcik nih... wa cakap lu..., kenapa gua katakan makcik ni samdol...???? Sebabnya...;

1) Kenapa dia nak salahkan Perhimpunan Bersih...????, sedangkan sudah di rancang 6 bulan lebih awal dari tarikh yang dijadualkan (9 Julai 2011). Dalam jangka tempoh tersebut punyalah havoc dalam media kerajaan itu ini begitu begini, so... takan dia tak tau kalau ada perhimpunan sebegitu sudah tentu KL akan di tutup. Itu pun dia tak boleh fikir ke...????
Read More / Baca Lagi >>

Video BERSIH 2.0: Peniaga Rugi Sebab "Road-Block"

Posted: 17 Jul 2011 06:54 AM PDT

Proham gesa Putrajaya tubuh panel khas tangani isu pilihan raya

Posted: 17 Jul 2011 06:35 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Julai — Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) hari ini menggesa kerajaan pusat mengadakan satu mekanisme bebas yang dapat menghalusi segara isu berkaitan dengan pilihan raya termasuk lapan tuntutan diketengahkan Bersih 2.0.
Proham berpendapat Putrajaya boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja ataupun jawatankuasa pilihan Parlimen bagi tujuan tersebut.
Pendirian ini diulangi lapan hari selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, yang mendapat fokus di dalam dan luar negara, dan dua akhbar harian utama negara membawa kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) hari ini, mempertahankan sistem pilihan raya negara ini.
Read More / Baca Lagi >>