Ahad, 17 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Banyak pula cerita lawak polis akhir-akhir ni ....

Posted: 17 Jul 2011 10:19 PM PDT

4 ditahan pakai T-shirt BERSIH dalam bilik

KUALA LUMPUR: In a blatant invasion of privacy, the police arrested four people on holiday in Cameron Highlands by entering their hotel room at 1am on Sunday. The reason for the arrest: they were wearing Bersih t-shirts inside their hotel room.

Those arrested were Seputeh MP's Teresa Kok's aide Teh Hoong Keat, 25; Lan Suet Ling, 23; Chin Kah Wai, 25; and a mutual acquaintance who requested anonymity.

But the baffling part is that while they were held at the police station for three hours, no statements were taken, and their Bersih t-shirts were given back to them and told "to wear it as we please".

Teh told a press conference today that the police arrested him and the three others when they were in their room at Cool Point Hotel in Cameron Highlands.

Relating his ordeal, Teh, who was flanked by Lan and Chin said about 15 plainclothes policemen arrived and knocked on their hotel room at about 1am on Sunday after being tipped off by the hotel management that they were in possession of the Bersih T-shirts.

"They just entered the room when I opened the door. One officer identified himself as chief inspector Basar Safar and said we needed to follow him to the police station for being in possession of banned material," said Teh.

However, Teh said Basar refused to inform them whether they were under arrest.

"One female officer then took our MyKads to note our details but refused to return it. She told us they will only be returned if we followed them to the police station," added Teh.

Left with no choice, the four changed to a casual clothing and handed over their Bersih t-shirts to the police before following them.

However, Teh said the police merely left them to sit on a couch for about three hours before releasing them.

"At about 3am, another officer took our personal details again and told us that we can go back," said Teh.

Unhappy with the episode, Teh accused the police of being unjust for invading their private space.

OCPD must say sorry

Another aide, Chin, said he was baffled when the police released them without taking any statement despite being held at the police headquarters for more than three hours.

"They even returned our Bersih t-shirts and told us to wear it as we please," said Chin.

Segambut MP Lim Lip Eng, who was present at the press conference, accused the police of infringing and invading the private life of a citizen.

"The youths were wearing the shirts in their hotel room. If the police say they acted not according to law, then even tourists should be wary of Cameron Highlands as a tourist spot.

"The Brinchang police OCPD must apologise for this," said Lim

BERSIH 2.0 : hahaha Utusan Meloya marah Ambiga ... nak buat macamana Zul ai tu keja hang

Posted: 17 Jul 2011 05:13 PM PDT

Jangan biar Ambiga terlepas — Zulkiflee Bakar

JULAI 18 — Walaupun perhimpunan haram Bersih yang diadakan pada 9 Julai lalu berjaya "dipatahkan" oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.

Imej negara bukan sahaja terjejas di mata dunia, malah kita mengalami kerugian ratusan juta ringgit dalam industri pelancongan dan perniagaan.

Itu belum lagi termasuk bagaimana insan-insan marhaen seperti pemandu teksi, peniaga kecil dan orang awam turut terkena tempiasnya.

Dengan segala keburukan, kesusahan dan kesengsaraan ini, wajarkah dalang di sebalik penganjuran itu dilepaskan begitu sahaja?

Dalam soal ini, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga, tidak harus cuci tangan dengan apa yang berlaku pada tarikh berkenaan.

Kedegilan beliau yang disanjung oleh pembangkang sebagai "wanita besi" ini untuk terus mengadakan perhimpunan haram tersebut biar pun telah dilarang berkali-kali oleh pihak berkuasa seharusnya tidak harus dibiarkan.

Ambiga perlu bertanggungjawab ke atas segala kekecohan yang terjadi pada hari tersebut termasuklah bagaimana hampir 10,000 yang hadir telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Malahan kedegilan Ambiga juga yang menyebabkan pemimpin dan ahli pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas berani melanggar undang-undang dengan menyertai perhimpunan haram berkenaan.

Justeru kita ingin bertanya, kenapakah sampai sekarang Ambiga masih lagi bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang?

Apa istimewanya Ambiga sehingga beliau dilihat seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila berdegil mahu mengadakan perhimpunan haram itu? dan Kenapakah Ambiga biar pun seorang peguam begitu berani melanggar perintah mahkamah yang melarang beliau berada di kawasan tertentu di Kuala Lumpur pada hari tersebut?

Kita juga ingin tahu kebenaran di sebalik dakwaan bahawa Ambiga turut menerima dana asing bagi menjayakan demonstrasi haram itu.

Jika mengikut laporan media terdapat banyak peruntukan undang-undang yang boleh mengheret Ambiga ke muka pengadilan. Malahan Ambiga juga sudah dipanggil oleh polis dan disiasat di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Kita memahami bahawa polis perlu teliti melakukan siasatan tetapi kita berharap ia tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Ia memandangkan desakan agar Ambiga dikenakan tindakan sudah kuat berkumandang sehingga ada pihak yang menganggap bekas Presiden Majlis Peguam itu tidak harus diberi muka.

Apatah lagi selepas perhimpunan haram berkenaan, Ambiga tidak menunjukkan tanda keinsafan sebaliknya semakin angkuh dalam tindakannya.

Keangkuhan wanita yang mengguris perasaan umat Islam suatu ketika dulu apabila menyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC) terbukti apabila beliau mencadangkan kepada rakyat supaya memakai pakaian kuning pada setiap Sabtu sebagai tanda sokongan kepada Bersih.

Walaupun Ambiga mengetahui bahawa pemakaian baju berkenaan adalah bertentangan dengan undang-undang namun Ambiga tidak mempedulikannya. Mungkin beliau merasakan dengan sokongan yang diterima daripada pembangkang, pihak berkuasa tidak akan berani bertindak ke atasnya.

Seperti mana kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd.Hilmi Ismail, Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang.

''Beliau cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya,'' kata beliau.

Sebab itulah penulis berpendapat, individu seperti Ambiga tidak boleh dibiarkan bebas begitu sahaja seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesalahan pada 9 Julai.

Jika sebelum ini pihak berkuasa memerangi habis-habisan pertubuhan haram Hindraf dan al-Arqam kenapa individu seperti Ambiga hendak dibiarkan?

Kita harus ingat bahawa Ambiga tidak ikhlas dalam menerajui Bersih bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Ia terbukti apabila Ambiga menolak tawaran kerajaan supaya perhimpunan haram itu diadakan di luar Kuala Lumpur dan atas dasar tolak ansur, polis bersedia mengeluarkan permit segera.

Tetapi Ambiga menolak tawaran berkenaan sebaliknya berdegil untuk mengadakannya di Kuala Lumpur, malahan Ambiga yang mendakwa kononnya perhimpunan itu tidak mempunyai agenda politik, jelas bersekongkol dengan parti pembangkang.

Kesudahannya pada 9 Julai akibat kedegilan Ambiga, Kuala Lumpur menjadi huru-hara.

Semua itu berlaku kerana tindakan Ambiga mencabar undang-undang, justeru sikap keras kepalanya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Kita tidak mahu apa yang dilakukan oleh Ambiga dicontohi oleh pihak lain pula selepas ini sebab itu tindakan tegas perlu diambil ke atas beliau.

Ambiga perlu diberi pengajaran bahawa beliau tidak seharusnya hanya bijak belajar undang-undang tetapi perlu tahu memahami serta mematuhinya.

Kalau Ambiga seorang yang patuh sudah pasti beliau akan membatalkan perhimpunan tersebut tetapi Ambiga tidak berbuat demikian walaupun pihak polis memanggil beliau untuk berunding dan memberi amaran.

Pendekatan berhemah polis terhadap Ambiga ternyata tidak dihargai, sebaliknya sebaik sahaja selesai memberi keterangan kepada polis, Ambiga terus menyatakan dengan tegas beliau akan tetap mengadakan perhimpunan haram tersebut.

Tidakkah sikap biadab dan angkuh ini menunjukkan bahawa Ambiga cuba menghasut rakyat? Tidakkah ini melambangkan bahawa Ambiga cuba mencabar undang-undang? Oleh itu kenapa perlu Ambiga diberi muka lagi?

Atas sebab itulah kita berharap pihak berkuasa akan segera menyiapkan kertas siasatan dan memastikan Ambiga dihadapkan ke mahkamah.

Pihak berkuasa tidak perlu berasa tergugat dengan sokongan pembangkang atau pihak asing kepada Ambiga, ini kerana terdapat jutaan rakyat Malaysia yang menanti tindakan ke atas Ambiga.

Mereka mahu insan seperti Ambiga dikenakan tindakan setegas-tegasnya supaya beliau belajar menghormati undang-undang dan sikap toleransi pihak berkuasa.

Mungkin Ambiga menganggap tindakan undang-undang akan membolehkan beliau 'menjaja' kononnya itu satu lagi bukti menunjukkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pihak berkuasa.

Tetapi apakah tindakan Ambiga yang terus melakukan provokasi sehingga tercetusnya huru-hara pada 9 Julai lalu bukan satu kezaliman?

Ambiga tidak berhak bercakap soal undang-undang, apatah lagi hak asasi kerana beliau sendiri tidak tahu menghormati perkara tersebut. Segalanya terbukti 9 Julai lalu! — Utusan Malaysia

TERKINI - SAH DR LOLO MENINGGAL DUNIA

Posted: 17 Jul 2011 07:51 AM PDT

ALFATIHAH ....

AHLI PARLIMEN PAS KAWASAN TITIWANGSA YB DR LOLO
TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SEBENTAR TADI ...  

INI TELAH PUN DISAHKAN OLEH PIHAK KELUARGA DR LOLO

TAKZIAH BUAT KELUARGA 

PETALING JAYA: Titiwangsa MP Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali of PAS died at about 10.15pm today after suffering from cancer.

A tweet message, sent out from her twitter account by an admin at 10.38pm, read: "Dr Lo' Lo' has just breathed her last moments ago."

This was confirmed by PAS Dewan Muslimat chief Siti Zailah Mohd Yusoff, who is also the Rantau Panjang MP.

SMSes sent out to PAS members are saying that her remains will be taken to the Masjid Agram in Keramat for prayers at 8am tomorrow.

Lo'Lo' had undergone treatment at the Selayang Hospital and was in a critical condition earlier today.

The first term MP won the Titiwangsa seat in 2008.

The news of Lo'Lo's death made its round in the micro-blogging twitter site earlier today afternoon but her family had denied the news, stating that the parliamentarian was in critical condition and seeking treatment in Selayang Hospital.

Even Opposition Leader Anwar Ibrahim had tweeted at about 2pm about her death. He later retracted his tweet and apologised to her family.

Mai tengok Ibrahim Ali jadi Dinasaur ... hahahaha

Posted: 17 Jul 2011 07:06 AM PDT

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini menghentam editor akhbar the Star, Datuk Wong Chun Wai kerana menggelarnya sebagai "dinosaur politik".

"Jadi, saya ingin memberitahu Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan memperbodohkan orang lain tetapi tidak dinosaur Ibrahim Ali."

Dalam SMS kepada pihak media, Ibrahim berkata, beliau bangga menjadi dinosaur Melayu yang akan melindungi dengan apa sahaja
daripada mereka yang cuba hendak menulis 'kontrak sosial' yang baru untuk Malaysia, iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau mengulas kolum tulisan Wong yang disiarkan hari ini yang bertajuk 'Talk less listen harder'.

Wong menulis: "Kita tidak berminat dengan bangunan 100 tingkat, pertelagahan bodoh politik, sama ada isteri perlu taat kepada suami mereka di bilik tidur atau kecaman perkauman dari dinosaur politik seperti Ibrahim Ali dari PERKASA."

Menjawab tulisan tersebut, Ibrahim berkata: "Maaf, saya juga tidak berminat dalam kecaman perkauman dari kolumnis bapa buaya seperti Wong Chun Wai dari Star."

Beliau mendakwa Wong menulis mengenai perkara-perkara yang sensitif dan secara halus cuba untuk memusnahkan negara dan "perlembagaan asasnya".

Sambil memberi amaran kepada Wong supaya menjaga pelakuannya dan menjadi seorang rakyat Malaysia yang baik, Ibrahim (kanan) menambah, 'Jangan cuba meminta lebih-lebih. Cukup-cukuplah."- mkini

Semua negara demokrasi di dunia benarkan demonstrasi kecuali Malaysia - Hadi

Posted: 17 Jul 2011 03:51 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

"Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib.

Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

"Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 -TMI

BERSIH 2.0 : Perangai macam ni yang buat orang benci dan meluat kat hampa Din ooi

Posted: 17 Jul 2011 02:10 AM PDT

Kalau hang minta polis keluarkan rakaman video tu, dah tentu lah depa tak tunjuk babak-babak depa 'jahat', dah semestinya lah yang depa baik saja. Sama juga lah kalau minta Utusan atau Berita keluarkan gambar dan tentu depa keluarkan yang "baik-baik' saja. Din ai cuba hang minta dari AlJazeera, tgk macamana gambar depa, baru boleh percaya.

Macam KPN kata baru ni, depa tak tembak air/gas ke Tung Shin Hospital, tapi lepas tu macamana pula ada  macam-macam gambarnya? Tak kan gambar palsu kot? Dan seterusnya doktor-doktor senior TSH keluarkan kenyataan yang mengatakan MEMANG POLIS TEMBAK AIR/GAS ke arah TSH .... macamana tu Din?

So apakah boleh percaya rakaman yang bakal dikeluarkan oleh polis nanti? Atau nak percaya rakaman AlJazeera?

Din pikiaq la betoi2, jangan nanti orang gelak jer kat sorang TPM ....
Masih nak kata polis betui juga ?????????????????
Aku heran sungguh la kat puak-puak ni, kalau juak-juak depa buat semua betoi .....
Kalau pihak pembangkang buat SEMUA tak betoi ....
Apa nak jadi la kat hampa ni Din?
Nak jadi kerajaan yang kuat kencing, putaq alam, penipu, ?
Hampa akan dapat sakit dalam PRU 13 nanti .... hampa ingat tu Din ... jangan dok riak sangat

Rakaman Video Perhimpunan Haram Perlu Disiar Segera Tangkis Tohmahan Pembangkang:Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog pro pembangkang telah memainkan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan.

"Jadi, untuk nak patahkan pembohongan dan putar belit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan-bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak yang benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot di sini, Ahad.

Beliau berkata rakyat pula tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja, sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta oleh sekumpulan manusia dalam perhimpunan haram itu.

Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan haram itu.

Muhyiddin berharap apa yang disebutkan oleh Hishammuddin itu dapat dilakukan dengan segera oleh polis memandangkan mereka "tahu apa yang diputar belitkan oleh pembangkang dan kita juga sudah menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh pembangkang."

Muhyiddin turut meminta supaya rakyat memahami serta menghargai tugas polis dalam menangani situasi bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlaku seperti kesesakan lalu lintas atau langkah-langkah lain yang diambil demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini.

"Rakyat mesti faham bila mana polis berdepan dengan situasi segerombolan yang sebegini, mereka mesti menangani secara bijaksana. Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang dan banyak media alternatif, Youtube dan sebagainya adalah gambaran kezaliman.

"Mereka hanya ambil gambar seolah-olah ketika polis bertindak tapi tidak mengambil gambar sebelum perkara ini berlaku yang mungkin sudah ada provokasi, baling batu, menjerit-jerit nak tunjuk begitu hebat mereka dengan pihak berkuasa polis. Mereka manusia, polis pun manusia juga. Yang penting mereka (polis) telah mengamalkan satu disiplin yang cukup di mana mereka bertahan sedangkan boleh bertindak lebih," katanya.

Katanya, rakyat juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang disiarkan atau dibaca di dalam blog-blog berkenaan sebaliknya perlu meneliti apa sebenarnya yang berlaku khususnya mengenai tujuan atau tuntutan awal Bersih yang kini sudah beralih kepada isu lain. - BERNAMA

Tiada ulasan: