Ahad, 17 Julai 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Dr. Lo' Lo' telah kembali ke Rahmatullah

Posted: 17 Jul 2011 07:55 AM PDT

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman di Masjid Bukit Indah malam ni...

Posted: 17 Jul 2011 04:05 AM PDT

JOM ke Masjid Kosas malam ni...

Posted: 17 Jul 2011 03:16 AM PDT

Kuliah maghrib oleh Ustaz Farhan Sood

Saya juga ingin menyampaikan undangan Nazir Masjid Kosas, Tuan Hj. Ahmad Bin Disa kepada semua untuk menikmati Jamuan Rakyat selepas Isyak. Seekor lembu telah tumbang khabarnya.

Tiada ulasan: