RAKYAT MARHAEN |
- Belasungkawa : Perginya permata mahal dari lautan
- Pesanan Almarhumah Dr Lo' Lo' : Kembalilah pada Al-Quran dan rujuklah di dalam Surah An-Nur dan jangan kita menjadi orang yang membawa fitnah.
- Gambar Berbicara : Pulanglah dengan tenang sebagai Mujahidah Islam..Almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali ( 2 Ogos 1957 - 17 Julai 2011 )
- Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya
- Bila Umno BN nak ikut Kedah
- Rahim Tamby Chik: BERSIH 2.0 gagal..ha..ha..dey macha polis kata 6,000 jerk...!!!
- Belasungkawa Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali..
- Pena adalah senjata tercanggih
- Timbalan KPN Minta Jangan Musuhi Polis, Siapa Yang Memusuhi Siapa?
- Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai
- SPR: Dakwat Kekal Perlu Pinda Perlembagaan..pulak dah...2008 ok jerk..!!!
- Pusat hiburan: DAP Kedah syor tubuh badan pemantau khas enakmen
- Video Bersih 2.0: From 4.00pm July 09, 2011
- Jika Najib anak jantan, biarkan p’raya adil
- The unpublished truth about Malaysia's political situation.
- After Queen E snub, Najib looks to the Pope to rebuild his image
- TUJUH Fakta Mengapa Ratu Elizabeth II Berbaju Kuning!!
- Titiwangsa MP Lo' Lo' dies
- MP Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia
- Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi
- Video Nizar Jamaluddin: UMNO Dare Not Identify Themselves In Malay Name In The Malay Heartland
- Kenapa Polis Lambat Tayang Rakaman Kekejaman Bersih?
- Ini Contoh Manusia Bingai.
- Video BERSIH 2.0: Peniaga Rugi Sebab "Road-Block"
- Proham gesa Putrajaya tubuh panel khas tangani isu pilihan raya
Belasungkawa : Perginya permata mahal dari lautan Posted: 17 Jul 2011 07:27 PM PDT 18 JULAI — Nama Dr Lo'Lo' agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun sebutannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang benama Lo'Lo' beliau seorang yang mudah dan senang bergaul. Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya. Lo'Lo' tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti. Dr Lo'Lo' menjawab awak takpalah muslimin (lelaki), saya muslimat terpaksa tinggalkan suami di rumah untuk urusan parti. Mendengar gurauan itu, ia benar-benar menyusup ke dada saya tentang kecekalan seorang sahabat dan seorang yang saya anggap kakak saya. Berita pemergiannya menyentap hati dan sanubari kerana suka duka kenangan seorang muslimat Pas yang bernama Dr Lo'Lo' Ghazali. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Jul 2011 07:12 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AL-FATIHAH. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan Mujahadah YB Dr Lo Lo' Mohd Ghazali, MP Titiwangsa yang telah meninggal dunia malam tadi pada jam lebih kurang 10.13 malam di Hospital Selayang, Kuala Lumpur akibat penyakit barah yang dihadapinya. Allahyarhamah seorang MP yang aktif bersama masyarakat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan bantuan sedaya upayanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Jul 2011 07:01 PM PDT |
Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya Posted: 17 Jul 2011 06:50 PM PDT Dr LO' LO' binti Mohd Ghazali adalah satu nama besar dalam Pas. Meskipun kedudukannya dalam parti Islam itu khususnya dalam Dewan Muslimat bukan ditempat teratas, tetapi dewan itu seakan sinonim dengan namanya, Dr Lo' Lo'. Nama ini mula disebut dalam Pas sekitar tahun 90-an dan mulai mewangi pada awal akhir tahun 90-an. Kelopak perjuangannya mula berkembang dan disedari tatkala meletusnya era reformasi. Era reformasi menerjahkan namanya ke tengah-tengah gelanggang. Era ini menguji kekuatan mental dan ketabahan feminis beliau sebagai seorang pejuang. Orangnya bertubuh kecil molek, berwarna putih kuning menjadi sekuntum bunga di dalam Pas. Kelihatan manja tetapi tegas. Ia menjadi daya tarikan, istimewa kepada anak-anak muda terutamanya kaum wanita. Kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan (profesional) telah memberi rangsangan kepada anak-anak muda lain untuk menuruti jejak langkahnya menyimbah peluh di padang perjuangan. Kesungguhnya beliau berjuang dalam Pas, menjadi aktivis muslimat Pas yang gigih, tekun dan membawa Pas keluar dari kepompong muslimat pingitan sebelum ini ke jalan baru tidak boleh dialpakan. Beliau telah merintis membuka ruang lebih luas dalam Pas untuk kaum hawa mengibarkan panji Islam, duduk tinggi atau memberi pengorbanan sama besar dengan lelaki bersama rakan-rakan lain, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf dan lain-lain. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Jul 2011 06:49 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini menyeru Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka. Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan parti MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara. "Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim," selar beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Rahim Tamby Chik: BERSIH 2.0 gagal..ha..ha..dey macha polis kata 6,000 jerk...!!! Posted: 17 Jul 2011 06:41 PM PDT Mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, berdasarkan jumlah tidak sampai 100,000 orang yang sanggup turun ke jalanan bagi menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu membuktikan ia telah gagal. "Saya secara peribadi mengganggap perhimpunan itu gagal, kerana walaupun sasaran mereka untuk mengumpulkan lebih 100,000 lebih, saya fikir paling ramai pun 15,000 sahaja yang hadir," katanya. Abdul Rahim yang juga pngerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), berkata, meskipun peserta perhimpunan bersih diberi layanan baik, termasuk ketika dalam tahanan, isu berkenaan akan terus dimainkan musuh kerajaan di dalam dan di luar negara. Malah menurutnya, dakwaan bahawa pihak polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini akan terus dieksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Belasungkawa Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.. Posted: 17 Jul 2011 06:35 PM PDT Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa, telah meninggal dunia, pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya di Hospital Selayang, Selangor jam 10.15 malam tadi. Solat jenazah buat Allahyarhamah akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini. Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz. Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi. Berikut lengkap beliau yang dipetik dari http://pru12.pas.org.my/ TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957 UMUR: 53 TAHUN TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK PEKERJAAN: DOKTOR LATAR BELAKANG AKADEMIK: 1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH 2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH 3. KOLEJ ISLAM KLANG 4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN) 5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST KEGIATAN DI UNIVERSITI: 1. AHLI MPP UKM 2. EXCO PERSIAP UKM PERTUBUHAN NGO: KHIM Yayasan Amal Malaysia PPIM PAPISMA Persatuan Allergy & Aesthetic Persatuan Hypertension AFMY ABIM Al Khadeem JIM Persatuan Alumni FPUKM Alumni ALKIS Alumni SISTA. KEGIATAN DALAM PAS: AJK Dewan Muslimat PAS Pusat Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa Ketua Pengarah Al-Nisa' Ajk Kerja Pas Pusat Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth. JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL AHLI PARLIMEN TITIWANGSA PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11. Memenangi Kerusi Parlimen Titiwangsa pada 8 Mac 2008 dengan menewaskan Aziz Jamaludin (Umno-APCO) dengan majoriti 1,730 undi. |
Pena adalah senjata tercanggih Posted: 17 Jul 2011 06:23 PM PDT Oleh Amaluddin Zhafir Ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui "penderitaan" yang dibawakan oleh Sasterawan Negara (sekarang lebih mesra dengan gelaran Sasterawan Rakyat) A Samad Said berkaitan istilah baru ciptaan beliau, iaitu "carma" atau cari makan yang ditujukannya kepada golongan intelektual, seniman, wartawan dan yang sama jenis dengannya. Memetik dari MerdekaReview, Samad Said berkata: "Daripada medium mainstream, Bersih 2.0 itu kotor. Saya sekarang pun hairan juga mengapa orang akhbar yang begitu berpengalaman, mendapat anugerah itu dan ini boleh mengotorkan Bersih? Saya tidak faham, tapi saya tahulah di sana ada kelompok-kelompok semata-mata 'carma', cari makan." Samad yang dibawa ke balai polis sewaktu pelancaran Bersih 2.0 berhubung puisinya "Unggun Bersih" juga memperkatakan tentang sajak sebagai senjata. Read More / Baca Lagi >> |
Timbalan KPN Minta Jangan Musuhi Polis, Siapa Yang Memusuhi Siapa? Posted: 17 Jul 2011 06:21 PM PDT Oleh WFAUZDIN NS TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini. Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas. Read More / Baca Lagi >> |
Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai Posted: 17 Jul 2011 06:09 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam. Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih. "Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya," ujarnya. Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'. Read More / Baca Lagi >> |
SPR: Dakwat Kekal Perlu Pinda Perlembagaan..pulak dah...2008 ok jerk..!!! Posted: 17 Jul 2011 06:08 PM PDT Oleh: umnopenipu "Kenyataan balaci UMNO yang bernama Abd Aziz selaku Pengerusi SPR iaitu salah satu parti komponen BN dalam Mingguan Malaysia 17 Julai 2011 amat menjengkelkan. Beliau cuba berlagak bijak dengan berkata bahawa pindaan perlembagaan diperlukan jika dakwat kekal mahu digunakan dalam pilihanraya. Beliau tetap mempromosikan sistem biometrik yang tidak mungkin merugikan BN dalam pilihanraya nanti. Kita yakin jika BN amat beriya dengan sistem biometrik itu, ia semestinya merupakan muslihat alternatif mereka untuk menipu dalam pilihanraya.Benarkah pindaan perlembagaan diperlukan?" Read More / Baca Lagi >> |
Pusat hiburan: DAP Kedah syor tubuh badan pemantau khas enakmen Posted: 17 Jul 2011 06:02 PM PDT Ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi, Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu yang dipimpin Datuk Seri Azizan Abdul Razak menarik balik larangan pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan adalah satu tindakan bijak. "Saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah kerana menarik balik penguatkuasaan larangan ke atas pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan dan saya rasa ia adalah satu keputusan yang bijak dan bagus. "Seperti yang kita maklum pengusaha pusat hiburan ini adalah orang bukan Islam. Kalau ditutup sepanjang Ramadan, habislah mata pencarian mereka terjejas, lagipun dalam Islam juga ada mengatakan hak orang bukan Islam juga harus dijaga dan saya harap perkara ini tidak berulang lagi," katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Datuk Aman ini memberitahu, kerajaan negeri harus mewujudkan satu badan pemantau sekiranya mahu memastikan orang Islam tidak memasuki pusat hiburan seiring dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Read More / Baca Lagi >> |
Video Bersih 2.0: From 4.00pm July 09, 2011 Posted: 17 Jul 2011 06:00 PM PDT |
Jika Najib anak jantan, biarkan p’raya adil Posted: 17 Jul 2011 05:59 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Julai: "Jika Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihan raya adil dan terima tuntutan Bersih," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib mengatakan demo bukan budaya kita, justeru sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan. Beliau berkata, Najib juga tidak boleh mendabik dada kononnya BN kuat, jika berlawan di atas padang yang tidak sama rata. Read More / Baca Lagi >> |
The unpublished truth about Malaysia's political situation. Posted: 17 Jul 2011 05:56 PM PDT On June 17th a series of new guidelines were drawn to ensure that the mainstream media do not go overboard in their zest to stretch the truth. It is morally wrong to criticise a democratically elected government like BN. Read More / Baca Lagi >>Today the pro-opposition media and blogs have overtaken the MSM and pro-government by 10 to 1, which is a constant headache for the Information Ministry. The MSM cannot dispense the truth fast enough to counter the lies by the opposition. No surprisingly, Information minister Rais Yatim was overly concerned about the cybermedia, which he claims was biased in its reporting of Bersih, while 3 Chinese newspapers have been hauled up for its sympathetic approach to Bersih by the Home Ministry. Malaysia Chronicle's stand is that, it will publish the unblemished truth, no matter how much it may hurt. We do not impose our views or pass judgement, and readers are encouraged to formulate their own views based on the unvarnished truth. |
After Queen E snub, Najib looks to the Pope to rebuild his image Posted: 17 Jul 2011 05:55 PM PDT The Vatican City is a landlocked sovereign city-state. Its territory consists of a walled enclave within the city of Rome, Italy. It has an area of approximately 44 hectares or 110 acres, and a population of just over 800. Read More / Baca Lagi >>The Pope is the head of state of Vatican City. The term Holy See refers not to the Vatican state but to the Pope's spiritual and pastoral governance, largely exercised through the Roman Curia. His official title with regard to Vatican City is Sovereign of the State of the Vatican City. The principal subordinate government official for Vatican City is the President of the Pontifical Commission for Vatican City State, who since 1952 exercises the functions previously belonging to the Governor of Vatican City. Since 2001, the President of the Pontifical Commission for Vatican City State also has the title of President of the Governorate of the State of Vatican City. |
TUJUH Fakta Mengapa Ratu Elizabeth II Berbaju Kuning!! Posted: 17 Jul 2011 05:54 PM PDT Bekas pengurus Ning Baizura, Vernon Kedit, yang kini bersama PKR berjuang di Sarawak ada hujah menarik yang mahu dikongsi bersama mengapa Ratu Elizabeth II menggayakan gaun berwarna kuning semasa menyambut Najib Altantuya dan Rosmah Mansor tempoh hari di Istana Buckingham, London. Vernon yang berasal dari bumi kenyalang, menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pengurus artis dan pernah menuntut di United Kingdom dari tahun 1989 hingga 1992 dalam jurusan undang-undang. Ikuti kupasan Vernon seterusnya. Let me tell you why the Queen wearing yellow when granting an audience to Najib was NOT a coincidence or a faux pas. |
Posted: 17 Jul 2011 09:13 AM PDT She had been receiving treatment at the Hospital Selayang in Selangor. Her family was by her side and a large group of PAS supporters had also gathered to pray for her. "Dr Lo Lo has just breathed her last," said a tweet from Docmarjan, the name of her Twitter account that her family had used to inform her friends and supporters. It must have been saddest tweet from Docmarjan. No by-election Born on August 2, 1957, Lo' Lo shares the same birth month as the nation. She was just a fortnight away from her 54th birthday. The PAS leader is a medical graduate of University Kebangsaan Malaysia and a first-term MP. Read More / Baca Lagi >> |
MP Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia Posted: 17 Jul 2011 09:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini. Read More / Baca Lagi >>Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut," kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi. Wakil rakyat penggal pertama itu (gambar) meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi mesej SMS. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu. "Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat," katanya. |
Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi Posted: 17 Jul 2011 08:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat. "Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. "Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. "PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter. |
Video Nizar Jamaluddin: UMNO Dare Not Identify Themselves In Malay Name In The Malay Heartland Posted: 17 Jul 2011 07:13 AM PDT |
Kenapa Polis Lambat Tayang Rakaman Kekejaman Bersih? Posted: 17 Jul 2011 07:05 AM PDT Udin anak Yassin meminta polis segerakan penyiaran rakaman video mengenai himpunan Bersih bagi membuktikan polis tidak bertindak gasan dan ganas terhadap peserta himpunan Bersih. Kata Udin polis perlu segera tampil mengemukakan bukti dalam bentu visual dan odio itu bagi menangkis tohmohan pembangkang yang mendakwa polis bertindak gasan dan ganas. Kata Udin peristiwa himpuan Bersih yang dihalang polis telah dieksploitasikan oleh pembangkang dan juga bloger yang pro pembangkang. Saya menyokong penuh gesaan Udin anak Yassin itu. Polis patut segera menayangkan video berkenaan. Kenapa tunggu lama-lama sangat. Di dalam laman sosial sudah berbagai versi video himpunan berkenaan dipaparkan. Semuanya menunjukkan akan kerakusan polis dalam menghuraikan himpunan yang disifatkan haram itu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Jul 2011 06:57 AM PDT Gua yakin ramai yang dah baca kisah makcik Singapura nih.... Ohhh...yeaahhh... makcik Singapura yang berkata kalau dia jumpa Anwar Ibrahim dia nak tumbuk muka Anwar... hahaha... apa punya samdol la makcik nih... wa cakap lu..., kenapa gua katakan makcik ni samdol...???? Sebabnya...; 1) Kenapa dia nak salahkan Perhimpunan Bersih...????, sedangkan sudah di rancang 6 bulan lebih awal dari tarikh yang dijadualkan (9 Julai 2011). Dalam jangka tempoh tersebut punyalah havoc dalam media kerajaan itu ini begitu begini, so... takan dia tak tau kalau ada perhimpunan sebegitu sudah tentu KL akan di tutup. Itu pun dia tak boleh fikir ke...???? Read More / Baca Lagi >> |
Video BERSIH 2.0: Peniaga Rugi Sebab "Road-Block" Posted: 17 Jul 2011 06:54 AM PDT |
Proham gesa Putrajaya tubuh panel khas tangani isu pilihan raya Posted: 17 Jul 2011 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Julai — Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) hari ini menggesa kerajaan pusat mengadakan satu mekanisme bebas yang dapat menghalusi segara isu berkaitan dengan pilihan raya termasuk lapan tuntutan diketengahkan Bersih 2.0. Read More / Baca Lagi >>Proham berpendapat Putrajaya boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja ataupun jawatankuasa pilihan Parlimen bagi tujuan tersebut. Pendirian ini diulangi lapan hari selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, yang mendapat fokus di dalam dan luar negara, dan dua akhbar harian utama negara membawa kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) hari ini, mempertahankan sistem pilihan raya negara ini. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan