WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
| ROSMAH MANSOR MAHU WANITA MUSLIM MENUTUP AURAT Posted: 16 Jul 2011 08:30 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TABIK saya pada Rosmah Mansor yang mahu menggalakkan wanita Muslim menutup aurat. Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan Festival Fesyen Islam (IIF) yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan pakaian yang menghina agama Islam itu sendiri. Malaysiakini melaporkan, "Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat." Saya percaya dan yakin, ketika kenyataan ini dibuat oleh Rosmah, beliau tentunya di dalam keadaan menutup aurat. Samada beliau memakai cincin yang jutaan ringgit atau tidak, itu persoalan lain kerana beliau telah pun menutup aurat sebagai Muslimah sejati yang menjadi contoh kepada rakyat terutamanya wanita Muslim. Beruntunglah suami Rosmah mempunyai isteri yang Solehah seperti beliau. Tabik, Kak Mah./wfauzdin.blogspot.com |
| TIMBALAN KPN MINTA JANGAN MUSUHI POLIS, SIAPA YANG MEMUSUHI SIAPA? Posted: 16 Jul 2011 08:20 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini. Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas. Namun demikian, sebelum Timbalan KPN mengeluarkan amaran sedemikian rupa sepatutnya beliau memberikan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar Timbalan KPN mahu pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Masalahnya, adakah kita boleh salahkan anggota bawahan Polis semata-mata sedangkan kita tahu bukan sedikit pegawai-pegawai atasan mereka yang 2 x 5 dengan perangai anggota bawahan yang langsung tidak bermoral dan beretika itu? Bahkan, beberapa kenyataan dan tindakan dari Timbalan KPN sendiri pun seolah-olah seperti memberi lesen kepada perangai-perangai buruk anggota bawahannya. Justeru itu, munasabahkah beliau mahu rakyat memuji dan memuja pihak Polis sedangkan apakah yang telah beliau lakukan untuk memperbaiki imej Polis? Sejurus selesai Perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, tidak seorang pun pegawai atasan Polis yang tampil untuk memohon maaf di atas beberapa tindakan anggota bawahannya yang melampau dan tidak melambangkan sebagai seorang anggota keselamatan yang mesra rakyat. Zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Sukar sangatkah untuk merendahkan diri sedikit bagi mengaku kesilapan? Atau, masih yakin bahawa kezaliman itu memang dibenarkan di dalam melaksanakan tugas Polis? Perhimpunan BERSIH dikatakan `haram' kerana tiada permit. Mengapa tiada permit? Jawapannya Permit tidak dikeluarkan. Mengapa tidak dikeluarkan? Jawapan mereka demi keselamatan. Akhirnya keselamatan dijadikan alasan untuk menghalang hak rakyat untuk bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Aspek keselamatan sebenarnya bukan hanya kerana berhimpun bahkan tanpa perhimpunan pun jenayah berlaku setiap hari di merata tempat. Adanya perhimpunan juga bukan bererti pasti berlaku huru-hara. Perhatikan Konsert Jom Hebuh yang dihadiri oleh berbagai golongan yang majoritinya golongan muda, pernahkah berlaku huru-hara? Apa yang sering dilihat selepas selesai Konsert Jom Hebuh adalah terjumpanya ribuan kondom di merata tempat. Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya bersama PM pun tidak berlaku huru-hara. Banyak jalan juga ditutup sewaktu kita menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos di Ibu Kota, tiada seorang pun yang merungut sukar untuk berniaga mahu pun kesukaran mendapatkan pengangkutan awam, jauh sekali untuk melihat huru-hara. Mengapa semua ini tidak dinilai oleh pihak Polis sebelum menimbang untuk meluluskan atau menolak permit yang dipohon oleh BERSIH? Sukar sangatkah untuk mengawal peserta perhimpunan yang ingin berhimpun di dalam stadium? Mana lebih sukar, mengawal di dalam stadium atau mengawal di jalanan? Mengapa mesti `memaksa' BERSIH mengadakan perhimpunan di jalanan? Hakikatnya Polis tahu jika perhimpunan berlaku di jalanan sekali pun, jika dikawal dengan baik apatah lagi tiada provokasi dari mana-mana pihak sudah pasti suasana perhimpunan pasti aman, licin dan teratur. Jika ini berlaku, sudah pasti Kementerian Dalam Negeri tidak perlu mengeluarkan belanja RM 25 sepinggan untuk makanan nasi goreng dan seketul ayam untuk tahanan di dalam lokap. Sudah pasti kita boleh jimatkan RM 40 Ribu untuk makanan tahanan peserta perhimpunan yang kurang dari 2,000 orang itu. Tentu kita boleh jimatkan bekalan air kimia (water canon) dan bom asap yang agak mahal juga kosnya. Malangnya, pihak Polis memilih untuk berdepan dengan rakyat yang telah merayu untuk memasuki stadium. Para peserta perhimpunan hadir dengan belanja sendiri tanpa sebarang senjata, tua, muda dari berbagai ugama dan bangsa dipaksa berdepan dengan pihak Polis yang bersenjata lengkap yang bukan musuh mereka. Siapa boleh nafikan tiada peserta perhimpunan yang dikasari dan dipukul? Siapa boleh nafikan berlakunya kematian semasa perhimpunan yang lalu? Setelah semua ini berlaku, Timbalan KPN mahu rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis. Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya. Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa.Benarlah kata-kata dari Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS di dalam ceramahnya di P.Pinang baru-baru ini yang menyebut, " Sekiranya PR memerintah Putrajaya, Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno". /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Demokrasi mempunyai dua aspek. Pertama-tama, sebagai sebuah sistem dan bentuk negara dan kedua sebagai nilai-nilai universal yang diperjuangkan demi kemanusiaan. Islam lebih kepada sebuah agama dan aturan hidup bermasyarakat, tidak berbicara tentang sistem, apalagi bentuk sebuah negara. Di Eropah pula, ide demokrasi dikembangkan melalui sekularisme (Niccolo Machiavelli), Negara Kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa (John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau). Doughlas Lummis kemudian datang dengan ide demokrasi radikal tentang perlunya meredefinisi demokrasi, kerana demokrasi kini telah menggantungkan maknanya pada para demagog. Katanya, "Democracy doesn't means 'feeling' powerful. It means holding real power…Radical democracy describes the adventure of human beings creating, with their own hands, the conditions for their freedom".
Proses inilah yang berlaku pada 9 Julai 2011/ 7 Sya'aban 1432. Perhimpunan aman BERSIH juga diadakan di 18 buah bandar, mungkin lebih, yang melibatkan New Zealand, Korea dan lain-lain. "Anwar Dalang Perhimpunan Haram", "BN Tak takut", "Proses demokrasi salah" dijadikan tajuk berita media perdana agar perhimpunan dipandang serong. Stadium Merdeka mula dicanang mempunyai simbol negara. Walhal pada suatu ketika, stadium itulah yang mengalu-alukan Justin Bieber dan bakal dirobohkan untuk mendirikan bangunan 100 tingkat. Ramai masih dalam bebalisme-nya itu, tidak terkecuali para cendekiawan, yang "ter"pelajar dan penganut agama rasis- masih kukuh pendirian "orang Melayu itu seperti boneka yang dimainkan 'bangsa' lain".
Inilah Malaysia yang rakyat perlukan. Tiada sempadan kelas, etnik, agama, gender yang menghalang hasrat rakyat yang inginkan keadilan (atau dengan "K" besar). Tiada siapa-siapa yang mampu untuk berkompromi dengan penindasan.
Malah, kodok besar yang selama ini menyanyikan lagu sumbang, juga tidak ada semalam. Kodok yang satu ini tidak lebih tidak kurang seperti Encik Ghaffar. Rakyat masih ingat kata-kata Ibrahim Ali yang lancang menyuruh Cina duduk rumah. Tanggal 9 Julai sudah cukup membuktikan pihak yang berani dan pihak yang kecut. BERSIH 2.0 dikatakan hanya akan melagakan Melayu sesamanya, menjayakan agenda pembangkang, menjadi alat kepentingan politik dan macam-macam lagi telah menunjukkan ia perayaan yang dikongsi rakyat multi etnik. Mereka berganding bahu melindungi satu sama lain, menghulur tangan bagi mereka yang tersungkur di jalan dan memberi air mineral dan garam kepada yang lain. Mereka yang merupakan "bangsa pendatang", "kafir", dan entah apa lagi tohmahan ini melindungi pakcik-pakcik tua dan anak muda tampan yang sedang solat dalam hujan tetapi diserang atas arahan parti yang dikatakan membela "bangsa" dan agama.
Di situ, hari itu, cukup membuktikan rakyat telah menolak politik primordial yang berasaskan warna kulit, agama, "bangsa". Mereka berkongsi agama Cinta, rentas agama, etnik/ kaum, gender; mendahulukan kebajikan bersama daripada kepentingan diri. Perempuan juga sehebat bilangan lelaki turun ke jalan, lagaknya tidak seperti Maria Sunari dan Musa Elba. OKU juga didapati hadir dan bergerak bersama dalam laungan "Hidup Rakyat", "Daulat Tuanku", dan nyanyian lagu Negaraku. Unit amal terus mengawal lalu lintas, mereka yang hadir walaupun tidak cukup jari yang mengira, membuka jalan kepada kereta-kereta, biarpun itu kereta polis! Pemandu, penumpang, malah mereka yang berada dalam monorail menyatakan sokongan mereka dengan membunyikan hon dan melambai-lambai. Siapakah gerangan yang senang-senang dibodohkan dengan "BERSIH 2.0 tidak mendapat sokongan"?
Media sebagai aparatus politik terus mengabsahkan kata-kata dan tindakan kerajaan menipu orang ramai. Solidariti yang ditunjuk semalam itu tidak mampu dibeli dengan harga RM200, mungkin hanya dalam perhimpunan Belia di Putrajaya. 907 itu ekspresi rakyat yang mencapai kesedaran atas penindasan yang mereka alami. Pemerintahan BN selama lebih lima puluh tahun cukup untuk membuatkan siapa-siapa sahaja turun. Tambah lucu, penganjur dan pengikut perhimpunan ini dikatakan "menderhaka/ mengkhianati perintah YDP Agong". Orang ramai ada di Brickfields, ada di Hospital Tung Shin, dan ada juga yang memenuhkan jalan-jalan di hadapan KLCC, tertera "Daulat Tuanku" di situ. Mereka duduk. Sambil mendengar ucapan. Helikopter berlegar-legar di langit pun tidak mampu menutup suara dan telinga yang ingin mendengar. Ada juga yang sanggup keluar dari BMW untuk duduk mendengar bersama. Membuat stadium mereka sendiri. Semua ini gara-gara stadium tidak diberi, permit tidak dikeluarkan, "pertubuhan" BERSIH diharamkan kerana yang di atas itu tidak mampu atau mahu mengabulkan tuntutan berkehendakkan pilihan raya bersih.
Hari itu di sekitar Kuala Lumpur diakhiri dengan "tren rakyat". Di KL central pada malam harinya, kelihatan ramai yang melabuhkan punggung di lantai menantikan pembohongan tepat jam 8 malam. Berita Utama TV3 hanya menjadi hiburan bukannya alat hegemoni. Dalam tren, ramai yang masih melaungkan "Hidup hidup, hidup Rakyat!" sambil memberi laluan pada yang lain. Kata mereka ini tren rakyat, dan dengan senangnya perempuan masuk ke dalam gerabak bukan-perempuan. Budak- budak muda semuanya mendengar kata-kata nasihat dan komen orang tua yang juga penumpang. Gelak tawa seolah difahami pelancong luar yang ada. Sesudah tiga orang tua itu turun di Bandar Tasik Selatan, kedengaran takbir dilaung berkali-kali. Beberapa minit kemudian, tren berhenti di UKM. "FRU dan kereta black Maria telah menjadikan UKM sebagai tempat mereka keluar masuk." Universiti yang didirikan atas usaha rakyat, kini menjadi balaci penguasa yang zalim! Itulah mesej yang tertera di media baru seperti Tweeter, Facebook, WhatsApp.
LONDON, 16 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.









Apabila Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini. "Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.













